HARI KE-29.
"Abang pilih yang mana? Perawan atau janda? Perawan memang bohai! Janda lebih aduhai!" Syakira bernyanyi kecil sambil tangannya laju mengemas rumah tersebut sebelum dia berlalu pergi dari sini esok hari.
Nampaknya misinya telah gagal secara total! Tak apalah, Syakira memang tidak mahu meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk dirinya. Syakira berharaplah esok dia dapat keluar dari rumah ini dengan hati dan perasaan yang tenang.
"Haish, apa lagi eh aku nak kemas sebelum aku berambus dari tempat ini? Haish!" Syakira berfikir sejenak.
"Hmm, nak kemas apa lagi ni. Kena kemas cepat-cepat sebelum dia balik." Kata Syakira lagi sambil memegang sebuah kotak yang terletak di atas almari.
PRANGGG!!!
Tiba-tiba kotak yang dipegang olehnya sebentar tadi terjatuh di atas lantai.
"Ops!" Syakira mula mengelabah segera dia membongkok untuk mengemas kembali kotak itu daripada bersepah sebelum suaminya pulang dari rumah. Habis semua isi di dalam kotak itu terburai dari perutnya.
Ligat tangannya menyusun kembali isi kotak itu. Tiba-tiba matanya tertancap pada satu sampul surat berwarna coklat. Segera dia membuka tanpa sebab. Rasa ingin tahunya membuak-buak seolah-olah suara hatinya meronta-ronta supaya menyuruh dia membuka dan melihat apa isi dalam sampul tersebut.
"What the.." Syakira mula tergamam.
Dia melihat isi sampul itu ada beberapa keping gambar suaminya bersama seorang wanita yang sangat cantik dan manis bertudung. Setiap belakang gambar tersebut tercatat tarikh bila ia diambil.
"12/12/2010? Wuish bapak ahh, lama dah ni." Kata Syakira terkejut beruk. Patutlah nampak muda sangat suaminya dalam gambar ini.
"Wow! Gambar dekat Australia ni. Ni mesti masa dia belajar dulu ni."
Syakira terus membelek-belek gambar itu satu per satu. Suaminya kelihatan sangat gembira dalam gambar ini. Senyumannya ikhlas! Tidak seperti sekarang yang lebih banyak terdiam dan termenung seorang diri.
Di belakang sampul itu terdapat satu VCD lama yang masih elok dan belum tercalar lagi.
"VCD apa ni?" Syakira bertanya sendiri.
"A.. For, Alysaa." Syakira membaca tulisan yang ada pada atas VCD tersebut.
Tanpa membuang masa lagi terus Syakira memasang VCD tersebut.
Jelas terpampang wajah Naufal Adrian sedang gembira dan gelak ketawa bersama gadis disebelahnya itu di satu kawasan di Australia.
Syakira tersenyum sendiri setelah melihat kemesraan mereka yang jelas terlihat ikhlas dari hati.
"Sayang... jangan tinggalkan saya eh!" Kata perempuan itu sambil tersenyum indah dalam video tersebut.
"Yes, my love! Awaklah satu-satunya untuk saya, Alysaa. Saya takkan cari orang lain selain diri awak." Ucap Naufal Adrian dalam video tersebut.
Syakira terasa sebak melihat rakaman video tersebut. Tanpa disedari setitis air matanya jatuh ke pipi. Segera Syakira menyeka air matanya.
Patutlah Naufal Adrian tak dapat terima dia dalam hidup suaminya itu kerana Naufal Adrian sudah berjanji dengan gadis yang bernama Alysaa tersebut akan tetap bersama selamanya.
Nampaknya memang tiada ruang dirinya untuk lelaki itu. Naufal Adrian tak akan sayang dirinya sebagai mana menyayangi perempuan dalam rakaman video tersebut.
Syakira menonton rakaman video itu sehingga hampir tamat. Seolah-olah sedang menonton sebuah drama Korea.
"Syakira, apa awak buat ni?" Tegur satu suara di daun pintu dengan mulut separuh terbuka.
"Hah?!" Syakira tergamam dan dengan segeranya dia menoleh memandang ke arah suara lelaki tersebut.
Alamak! Naufal Adrian!
Video itu masih lagi terpasang dan berbunyi. Jelas kedengaran suara Naufal Adrian dan Alysaa dalam vidoe tersebut.
Namun, Naufal Adrian yang berada di hadapan tergamam terkejut dan terdiam seolah-olah rahsia besarnya selama ini telah terbongkar dan viral!
"Syakira, saya tak percaya awak sanggup buat saya macam ni." Kata Naufal Adrian dengan mata mula berkaca.
"S-saya boleh terangkan..."
Share this novel