BAB 11

Romance Completed 11647

HAMKA

Aku terpaku apabila melihat Rose terduduk sambil menangis di hadapanku. Mesti dia sudah mendengar perbualanku dengan Lanny sebentar tadi. Aku lantas memeluknya sekadar memujuknya agar berhenti menangis. Bukan niatku untuk berkata begitu tentang Rose, bukan niatku.

Tiba tiba tangisan Lanny sebentar tadi menjengah di ingatanku.

Aku terus menolak Rose yang berada di pelukanku. Kerana Rose, Lanny menangis. Padahal Lanny selalu membuatku tersenyum ketika aku mengalami kemurungan akibat kehilangan adik kembarku, Zahra.

"Kenapa dengan kau sebenarnya betina? Kan aku dah cakap jangan pakai seksi macam ni depan aku. Kau saja nak goda aku kan? Puas kau tengok aku dan Lanny bergaduh? Puas ke pelacur? Puas?" Jeritku kepada Rose.

Aku meraup wajahku kasar sebelum berlalu meninggalkan Rose yang baru saja memasuki biliknya dengan linangan air mata.

Ah, biarkan Rose. Lanny lebih penting.

Aku masih ingat suatu ketika dulu ketika Zahra, adik kembarku pergi meninggalkan aku.

Awalnya, dia mengadu sakit kepala. Pada fikiranku mungkin dia menghidapi migrain. Dia merupakan pelajar cemerlang dan guru guru selalu memberi tekanan kepadanya agar mencapai straight A+ dalam SPM.

"Hamka, Zahra, adik kau, dia pengsan." Ujar Taufiq, rakan sekelasku sambil tercungap cungap. Mungkin dia baru sahaja berlari selepas memanggilku.

Taufiq merangkap sahabat baikku mempunyai perasaan terhadap Zahra. Jadi tidak hairanlah jika dia terlalu mengambil berat terhadap Zahra.

Aku segera mengikut Taufiq ke bilik sakit yang menempatkan Zahra. Aku memangkunya di pangkuanku.

Tidak lama kemudian, Cikgu Dahlia yang merupakan cikgu paling rapat dengan Zahra masuk dalam keadaan panik. Dia menyuruhku menggendong Zahra ke keretanya.

Aku memangku Zahra di tempat duduk belakang. Taufiq turut mengikut kami ke Hospital Besar Kuala Terengganu, kasihan juga aku melihat wajah risaunya.

Apabila diperiksa, rupa rupanya Zahra menghidapi barah otak. Patutlah selama ini dia mengadu sakit di kepala. Kata doktor, peluang untuk Zahra hidup amat tipis.

Aku menangis. Zahra, satu satunya adik beradikku akan pergi meninggalkan aku.

Emak dan ayah turut menangis, menyesal mungkin kerana mengabaikan Zahra yang selalu mengadu sakit kepala.

Petang itu, Zahra tersedar dari pengsan. Hanya aku dan Taufiq yang berada di situ menjaga Zahra. Emak dan ayah sudah pulang ke rumah pagi tadi, mungkin kerana takut dimarahi majikan kerana meninggalkan kerja.

"Zahra, jangan tinggalkan saya." Ujar Taufiq dalam tangisan.

"Maafkan saya Taufiq, ini bukan kehendak saya. Kalau diberi pilihan, mestilah saya pilih untuk terus hidup. Ajal dan maut di tangan Tuhan." Kata Zahra sambil berlinangan air mata.

Aku kagum melihat cinta Taufiq kepada Zahra. Meskipun mereka bercinta, Taufiq langsung tidak pernah menyentuh adikku. Malah, dia selalu menasihati adikku agar menjaga tingkah lakunya.

Kasihan juga aku dengan Taufiq sebenarnya, pelbagai pesanan dia beri kepada Zahra. Tapi, apabila bersamaku Zahra kecundang. Hubungan kami yang terlalu rapat menyebabkan kami selalu mencuba benda benda yang baru dipelajari bersama termasuklah melakukan hubungan suami isteri.

Tapi, belum pernah lagi Zahra membenarkan aku memasukkan alatku ke dalam kemaluannya. Katanya disimpan untuk Taufiq.

Tapi, hubungan 'rapat'ku dengan Zahra tidak kekal lama kerana Zahra ingin bertaubat. Aku mengikut kehendaknya dan selepas itu tiada lagi berlaku perkara yang dinamakan sumbang mahram.

Aku mengusap lembut belakang Taufiq. Tidak pernah aku melihat dia selemah ini.

"Zahra, walau apa pun yang jadi, awak tetap cinta terakhir saya. Saya takkan pernah gantikan awak dengan orang lain. Saya janji Zahra. Kalau awak pergi, saya rela tidak berkahwin. Awak tunggu saya di syurga tau?" Ujar Taufiq bersungguh sungguh. Sayang benar dia pada Zahra.

"Terima kasih Taufiq. Saya sayang awak." Balas Zahra sambil tersenyum.

Aku menghantar Taufiq ke luar hospital memandangkan siang semakin melabuhkan tirainya. Ibu bapanya akan menjemputnya sebentar lagi.

Selepas bersalaman dengan ibu bapa Taufiq, aku berlari untuk menemui Zahra.

"Adik, jangan tinggalkan abang. Abang sayang adik." Aku memeluk Zahra erat.

"Adik pun sayangkan abang." Zahra pula mengemaskan pelukannya.

Aku tidak menghiraukan orang lain yang melihat kami. Apa nak dirisaukan, kami adik beradik.

Malam itu, ketika aku, emak dan ayah melawat Zahra, dia kelihatan amat lemah sekali. Malah untuk duduk pun dia tidak mampu, kata Zahra kepalanya terlalu sakit mungkin kesan daripada barah itu.

Kami tidak mampu berbuat apa apa melainkan memandangnya sayu.

Dada Zahra tiba tiba berombak kencang, adakah Zahra akan meninggalkan kami?

Baru sahaja aku hendak pergi memanggil doktor, ayah menarik tanganku.

"Dah. Kita tidak boleh melawan kuasa Allah. Hanya Allah yang Maha Menghidupkan dan Maha Mematikan." Kata ayah sambil memandangku dengan pandangan sayu. Aku dapat melihat wajahnya tenang dan mata yang digenangi air mata.

Emak pula sedang membisikkan kalimah suci di telinga Zahra. Aku nampak Zahra mengucapkan kalimah itu dengan lancar. Patutlah Zahra beria ria untuk bertaubat, mungkin dia dapat rasakan ajalnya semakin dekat. Malam itu, Zahra pergi dengan tenang.

Ping! Ping! Ping!

Aku kembali ke alam nyata. Aku lihat kereta di depan sudah tiada. Rupanya aku tidak sedar yang lampu isyarat sudah berwarna hijau.

Selepas mengangkat tangan tanda memohon maaf, aku meneruskan perjalanan untuk ke rumah Lanny.

Sejak malam itu, aku tidak lagi bertemu Zahra sehinggalah suatu malam ketika aku menyerbu sebuah kelab malam di Setia Alam. Aku menemui Rose, wajahnya yang sedang menangis itu persis wajah Zahra, satu satunya adik kembarku.

Sejak kematian Zahra juga, aku menghidapi kemurungan. Masalah kemurungan aku berakhir apabila aku menjejakkan kaki ke universiti.

Di sana, aku tidak mempunyai ramai kawan. Mungkin kerana sikapku yang pendiam. Hanya Lanny yang menjadi penemanku. Walaupun pada mulanya aku tidak melayan dia, dia tetap berusaha membuatku tersenyum.

Oleh kerana aku terlalu rapat dengannya, timbul gosip tentangku mempunyai hubungan istimewa dengan Lanny, mungkin kerana dia merupakan seorang yang lemah lembut atau dalam erti kata lain, dia pondan.

Aku tidak menghiraukan apa kata mereka kerana aku tidak mempunyai apa apa perasaan terhadap Lanny. Tidak lebih daripada kawan biasa.

Suatu hari, Lanny meluahkan perasaannya terhadapku. Aku menolaknya dengan mengatakan aku bukan jenis lelaki songsang.

Sejak dari peristiwa itu, dia langsung tidak menegurku malah menjauhkan diri daripadaku. Pernah juga aku nampak matanya sembab, mungkin baru lepas menangis.

Aku kasihan melihat keadaan Lanny. Dulu waktu aku murung, dialah yang menghiburkan aku. Jadi aku mengambil keputusan untuk menghiburkan Lanny pula.

Aku mula menerima Lanny, tetapi bukannya sebagai kekasih. Aku sekadar berlakon di hadapannya dengan tujuan untuk menggembirakannya.

Hubunganku dengan Lanny semakin erat dari hari ke hari sehinggakan dia pernah mengajakku untuk 'bersama' dengannya. Tapi aku menolak kerana aku masih mempunyai akal.

Apabila tamat pengajian di universiti, aku mula bekerja di sebuah kedai makan dan mula mengenali beberapa rakan yang lain. Aku sering melepak bersama mereka dan menubuhkan kumpulan yang dinamakan White Dragon, iaitu sebuah kumpulan gangster di Shah Alam.

Meskipun mengenali mereka, aku tetap tidak melupakan Lanny kerana Lanny merupakan sahabat paling baik pernah aku ada. Tambahan pula, aku dan Lanny tinggal serumah.

Namun, semua itu berakhir apabila aku menerima tawaran untuk bekerja sebagai seorang polis. Aku membubarkan White Dragon. Berbekalkan duit simpanan kami, sebuah kafe dibuka di Setia Alam.

Tidak lama kemudian, aku tiba di kediaman Lanny. Aku mengetuk pintu rumahnya, namun langsung tidak menunjukkan tanda tanda pintu akan dibuka.

Hairan juga kerana kasutnya ada. Takkan dia keluar tidak memakai kasut. Tidak lama kemudian, aku mengambil keputusan untuk membuka pintu rumahnya menggunakan kunci yang pernah diberikan kepadaku suatu ketika dahulu.

Apabila aku menjengah masuk ke dalam, aku melihat Lanny sedang terbaring di atas sofa. Aku cuba mengejutkannya namun dia tidak memberi sebarang reaksi.

Aku memalingkan badannya yang membelakangkan aku. Apa yang mengejutkan aku adalah mulut Lanny mengeluarkan buih putih.

Tak mungkin Lanny membunuh diri. Aku terus mengangkatnya untuk dibawa ke hospital.

Lanny, takkan kau pun nak menyusul Zahra.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience