BAB 12: Pindah?

Drama Series 28608

Malam berlalu dan kini fajar pun menjelma. Shahir mula bangun dari tidurnya yang ditemani mimpi ngeri. Mimpi di mana dia kehausan darah di tangannya. Namun dia tidak boleh bergerak. Seperti ada sesuatu yang menghempapnya. Matanya melihat ke atas badannya. Terkejut Shahir. Sedap-sedap je si Fatin ni letakkan kaki dia di atas badan Shahir.

" Mak ai! Lasaknya dia tidur." bisik Shahir.

Shahir menolak badan Fatin. Tolak punya tolak. Tergolek pulak dari katil jatuh ke lantai. Shahir tersentak. Fatin terbangun.

" Adui! Sakitnya kepala aku." kata Fatin sambil mengusap kepalanya.

Shahir yang mendengar suara Fatin terus pura-pura tidur. Matanya dipejam rapat. Takut kena baham agaknya.

Fatin bangun dan melihat sekeliling. Terus membulat matanya bila dia sedar yang dia di atas lantai.

" Apahal aku kat atas lantai pulak ni? Lasak sangat ke aku tidur?" kata Fatin.

Matanya dialihkan ke arah Shahir yang sedang pura-pura tidur. Fatin tersentak. Mukanya merona merah.

" Alamak.. Agaknya dia nampak tak? Aduh. Macam mana pulaklah aku boleh tertidur lasak pulak ni?" kata Fatin sambil menggaru kepalanya.

Fatin duduk di atas katil kembali. Dia menoleh ke sana-sini. Pagi-pagi memang slow sikit otaknya untuk memproses apa yang perlu dibuat. Toleh punya toleh. Akhirnya mata Fatin terhinggap ke arah ampaian yang sekarang sudah ada dua tuala. Fatin berjalan ke arah ampaian itu. Tuala itu direntap. Matanya terarah pulak pada tuala lagi satu. Dia memandang Shahir. Fatin tersenyum nakal. Tuala itu diambil dan dibaling ke arah Shahir dan dengan selamatnya mendarat di atas muka Shahir. Kakinya dengan sepantas kilat melangkah masuk ke dalam bilik air. Pintu ditutup dan dikunci.

Shahir dengan serta merta terus bangun dari ' tidurnya' tadi. Pintu bilik air dipandang. Matanya dikecilkan sekecil yang boleh. Hatinya mula berapi.

" Fatin! "pekik Shahir.

Fatin di dalam bilik air terkikih-kikih ketawa.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Fatin melangkah laju ke meja makan. Mee goreng udang Mak Senah yang masih berasap sudah terhidang di atas meja. Air liur Fatin yang kecur ditelan. Kerusi itu terus ditarik. Fatin pun melabuhkan punggungnya di kerusi itu. Tangannya pantas mencedok mee goreng itu dan diletakkan ke dalam pinggan. Dengan lafaz bismillah dia pun menikmati mee goreng itu. Dato' Rohan hanya mampu melihat anaknya itu makan dengan seleranya. Tapi macam ada sesuatu yang tak lengkap.

" Fatin. Shahir mana?" tanya Dato' Rohan.

Fatin tersentak. Dengan mulut yang penuh dia memberikan sekuntum senyuman kepada Dato' Rohan. Dato' Rohan menggeleng perlahan. Mee goreng di dalam mulut itu Fatin telan.

" Pergi panggil dia." arah Dato' Rohan.

Fatin menoleh ke arah Dato' Rohan.

" Alah. Nanti dia turunlah tu." kata Fatin sambil sambung makan.

Terangkat kening Dato' Rohan. Selamba badak dia je kata macam tu.

" Pergi sekarang." tegas Dato' Rohan.

Fatin tersentak. Dia membuat muka. Fatin pun pergi dari meja makan dengan misi memanggil suami ekspresnya dengan muka yang tidak ikhlas. Dato' Rohan hanya memandangnya. Budak macam tu kena diajar sikit.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pintu bilik dibuka. Terbuntang mata Fatin. Shahir yang hanya berseluar pendek sedang mengelap rambutnya. Badan sasanya terdedah tanpa baju. Fatin hanya berdiri di situ. Kaku. Tak tahulah nak cair ke nak muntah. Dengan kelajuan cheetah Fatin menoleh ke belakang.

Shahir yang baru perasan kehadirannya tersenyum nakal. Kakinya melangkah ke arah Fatin. Kepalanya didekatkan ke telinga Fatin. Perfume yang dipakai oleh Fatin menusuk ke kalbu Shahir. Nafasnya terasa di pipi merah Fatin itu. Jantung Fatin berdegup laju. Kakinya kaku.

" Kenapa kau pusing belakang ni? Malu?" tanya Shahir dengan suara yang menggoda.

Bergetar seluruh badan Fatin. Nasib tak sakit jantung kat situ.. Fatin menutup matanya.

" P-Papa ajak awak turun bawah. Makan." kata Fatin.

Kakinya mula melangkah pergi. Tak sanggup dia duduk kat situ lama-lama. Tiba-tiba tangannya ditarik. Fatin berpusing sehingga dia berhenti betul-betul di hadapan dada bidang kepunyaan Shahir. Shahir tersenyum nipis. Fatin tertunduk. Shahir mengangkat dagunya. Mata mereka bertentangan. Mata coklat Fatin bersinar dek cahaya lampu. Pipi gebu Fatin yang sedang kemerah-merahan itu betul-betul menyerlahkan mukanya. Kalau nak diikutkan nafsu, nak sahaja dia memeluk Fatin dari belakang. Tapi bukan sekarang.

" Janganlah malu. Aku kan suami kau.." kata Shahir.

Fatin tersentak. Mukanya dialihkan. Tangannya ditarik.

" Cepat pakai baju. Papa dah tunggu dah tu." kata Fatin sambil melangkah pergi meninggalkan Shahir sendiri.

Shahir tersenyum sendiri.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Shahir menyikat rambut untuk kelihatan kemas. Telefonnya berbunyi. Tertera nama Tailong di skrin telefon itu. Dia menjawabnya. Kedengaran suara lelaki. Shahir mengangguk perlahan seperti sedang menerima arahan.

" Erm. Ok." kata Shahir.

Telefon dimatikan dan dicampak ke atas katil. Hembusan nafas yang berat dilepaskan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Shahir melangkah ke meja makan. Kelihatan Fatin dan Dato' Rohan menunggunya di meja makan. Fatin yang nampak kehadirannya tunduk terkata. Dato' Rohan hanya tersenyum melihat menantunya.

" Ha. Shahir. Duduk, duduk." jemput Dato' Rohan.

Shahir tersenyum nipis membalas senyuman Dato' Rohan. Fatin pula hanya memandangnya sekilas kemudian kembali tunduk. Shahir duduk di hadapan Fatin.

" Papa. Shahir rasa Shahir dah buat keputusan." kata Shahir.

Dato' Rohan menoleh ke arah Shahir yang bermuka serius. Fatin turut memasang telinga.

" Saya dan Fatin akan pindah dari rumah ni." kata Shahir.

Terangkat kening Dato' Rohan. Fatin yang mendengarnya turut tersentak. Kakinya bergerak ke kaki Shahir dan memijaknya. Dengan kesakitan Shahir menoleh. Fatin membuat memek muka tidak setuju. Shahir masih serius. Permintaan Fatin ditolak begitu sahaja.

" Maaflah sebab kami terburu-buru. Sebab saya rasa kami boleh berdikari sendiri." terang Shahir.

Dato' Rohan menghirup air kopinya.

" B-Boleh je. Ada apa-apa yang kamu nak papa bantu ke? Rumah ke?" tanya Dato' Rohan.

Shahir tersenyum kelat.

" Tak apa. Saya memang dah ada rumah. Perabot semua dah sedia kat dalam rumah tu." kata Shahir.

Fatin masih berkerut memandang Shahir.

" Ooh. Jadi bila kamu nak pindah?" tanya Dato' Rohan sambil menghirup air kopinya.

Shahir tersenyum lebar.

" Lusa."

Dato' Rohan tersedak.

" Ha?!" pekik Fatin.

BERSAMBUNG..

LAGU: I WANT YOU TO LOVE ME
Dimainkan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience