BAB 33

Romance Completed 65433

Fathia sesekali melirik perlahan ke arah suaminya yang duduk di ruang tamu bersama ahli keluarga yang lain.

Ya,suami! Tengku Faqih Aiman bin Tengku Faqif Azman telah menjadi suaminya yang sah sejak 3 jam yang lalu.

Dia mengeluh.Sekali lafaz dia telah sah menjadi isteri orang.Hatinya sedikit terusik.Tidak boleh bebas seperti dulu.Dia sekaranf sudah menjadi hak orang.Hak suaminya.

Majlis akad nikah dan bersanding di adakan pada hari yang sama.Permintaan Datin Fauzana dan Datin Farah.

"Tahnia,Thia.Kau dah jadi isteri orang.Untung lah.Handsome macam Tengku ni,aku pun sanggup kahwin paksa!"Hani tersengih.

"Haha,memang best pun!Cakap kat orang.Kau tu,sejak lepas si Haiqal tu ajak kau lunch makin intim ya hubungan korang.Hai cepat-cepat lah Aunty Fazura dapat menantu!"Fathia mengenakan Hani.

Merah membahang wajahnya apabila diusik begitu.Mentang-mentang dah kahwin suka dia mengusik aku.Bebel Hani dalam hati.

"Congrats Thia.Kak Nita happy sangat untuk korang."Ujar Anita ceria.Haswani memcebik sebelum tersenyum sinis.

"Happylah sangat.Cuba tayang sikit muka sedih kau tu."Anita mencubit lengan Haswani.Terjerit dia.Kemudian mereka sama-sama ketawa.

"Nah Thia.Ni hadiah dari Kak Wani and Kak Nita.Congrats again.Kakak tak boleh duduk lama,mak kakak demam hari ni.Tu nak balik awal."Haswani memberitahu sambil menghulurkan sebuah paper bag bersaiz sederhana besar.

Fathia tersenyum sebelum mengangguk.Anita turut tersenyum.

"Hmm,so kitorang balik dulu Thia.Jangan lupa jejakkan kaki mu kembali di FA Compony and Properties tu!"Ucap Anita sambil bersalam dengan Hani dan Fathia.

Haswani turut melakukan perkara yg sama.Kemudian mereka hilang dari pandangan.Fathia memandang Hani.

"Kenapa pandang aku? Tahulah aku cantik berbaju kurung moden biru muda ni.Mesti kau tergoda kan!"Hani menayang muka bangga.

Fathia mencebik.Propa betullah minah ni!Kutuknya dalam hati.

"Hek eleh,mentang-mentang pakai baju sama dengan Prince Charming kau tu,berlagak bukan main!"Fathia menjeling.

"Eleh dengki!"Hani menjelirkan lidah.

"Kak Thia,Kak Hani jomlah makan.Mama suruh Kak Hani makan!"Laung Farha di muka pintu rumah.

"Yelah!Nanti kaka pergi."Fathia turut melaung sama.

"Ha,jomlah makan.Aku lapar.Engkau tak pe dah kena suap dengan suami handsome kau tu masa acara makan beradab.Auuu,sweet gitu!"Hani mencucuk pinggang Fathia.

"Ish,sakitlah!Banyak lah kau punya suap!"Fathia menepis tangan sahabatnya itu.Hani tersenyum sinis.

"Eh,awak ni,buat apa kat sini?Pergilah ajak Hani tu makan!"Suara Fazreen kedengaran dekat di cuping telinga Fathia.

"Herh,apa kakak ni!Jangan duk rapat-rapar sangat!Rimas i"Fathia menolak sedikit tubuh kakaknya itu

"Diva tak laku!"Kata Fazreen sambil berlalu pergi.Hani tergelak.Fathia menjeling sebelum mengheret sahabatnya ke dapur untuk menjamu selera.
~~~~~~~~~~~~~~~
"Hey,Thia.Wauu,dah jadi isteri orang sekarang.Cayalah!"Jerit satu suara.Langsung mematikan lamunan Fathia.

"Jangan nak caya-caya sangat.Kang dapat cubitan versi ketam meroyan pulak nanti!"Ugit Fathia sambil menjegilkan mata ke arah sepupunya itu.

Faris tersengih kemudian tergelak.Orang lain happy bila dah kahwin dia meroyan pulak.Alahai.

"Hehe,relax dulu.Saya gurau jelah.Sensitif bukan main!"Faris tersenyum memandang gadis yang masih dalam persalinan baju pengantin.Dress edisi khas yang menawan hati.

"Hmm,kan elok pakai mcm ni hari-hari.Cantik aja!Bukan mcm selalu.Pakai baju pun simple aja."Faris menyakat sepupunya itu.

"Ciss,ingatkan ikhlas puji.Baru nak kembang kena puji dah layu balik!"Fathia mencemik.Faris sekali lagi tergelak.

"Abang Ris,Kak Lina datang ni!"Jerit Farha.Fathia menoleh kearah pintu.Dia ternampak seorang wanita bertudung yang cantik memakai baju kurung bewarna biru gelap.Sedondon dengan Faris.

"Ai,apa kes ni?Dia yang kahwin ke aku?"Fathia berkata agak kuat sengaja hendak mengenakan sepupunya itu.

"Err,Thia,saya pergi dulu.Slamat pngntin baru,cousin!"Faris berlari pantas mendapatkan gadis itu.

Farha datang menghampiri lalu duduk di hadapan kakaknya itu.

"Hmm,Farha.Apa nama dia tu?"Fathia menunjuk ke arah gadis yang sedang berbual mesra bersama Faris di meja makan.

"Oh,tak silap dia kata Tengku Fazlina Izzati binti Dato' Tengku Fahim Ilham.Hmm,cantik orangnya."Farha memuji sambil tersenyum.

"Ah,kak,tadi mama cari kakak.Katanya dia suruh kakak pack barang sebab lepas magrib kakak dah kena balik rumah Aunty Farah."Farha memberitahu.

"Eleh,kakak dah pack awallah.Ingat kita ni tak tahu ke?"Fathia mencebik.

"Sebelum tu asar dah solat cik adik manis?"Fazreen tiba-tiba mencelah.

"Hehe,belum kak.Hmm,nak solat dulu"Lekas Fathia bangun.Fazreen menggeleng,kemudian dia mengheret adik bongsunya untuk ke biliknya melihat keadaan Fatihah yang sedang tidur.

Fathia sekadar memerhati lalu berlari anak ke tingkat atas.Sebaik sahaja dia membuka pintu bilik terus dia merebahkan badan ke katil.Tapi lain yanh diharap lain pula yang jadi.

"Aduh!"Suara seseorang mengerang kesakitan.Fathia segera bangun dari duduknya.Dia menyelak sedikit selimut.

Terbuntang matanya melihat...

"Apa awak buat kat sini?"Fathia bertanya cemas.Faqih yang masih mamai itu menggosok lengannya yang ditindih oleh badan Fathia tadi.

"Takkan tengah gosok gigi.Tidur kejap tadi.Letih."Faqih memberitahu.Dia kemudian bangun sambil menggeliat kecil sebelum memandang Fathia.

"Dah solat asar belum?"Fathia bertanya.Entahlah dia tak ada perasaan sebenarnya sekarang walau hakikatnya dia berdebar berdua-duaan dengan lelaki dibiliknya.

"Dah."Faqih menjawab pendek.Fathia mengangguk lalu masuk ke dalam bilik air,selepas mencapai tuala hijau mudanya itu.

Dia mandi dan kemudian mengambil air wudhuk.Selepas selesai dia keluar dari bilik air dengan memakai seluar track hitam dan baju t-shirt lengan pendek.

"Hmm,saya nak solat zohor dulu."Fathia memberitahu dengan kepalanya di letakkan sehelai tuala untuk menutup rambutnya.

"Dah kenapa berbalut muka dengan tuala tu?Kena plastic surgery ke?"Faqih bertnya.

"Tak adanya nak buat plastic surgery.Cuma..."Kata-kata Fathia mati.

"Sebab segan nak tayang rambut tu dekat saya?Kita dah halal pun.Tanggalkan aja."Kata Faqih kemudian melangkah kearah isterinya.

Dia menanggalkan tuala hijau muda itu dari kepala isterinya dengan perlahan-lahan.Keadaan mereka sangat rapat.

Fathia menahan hati.Jantungnya berdegup kencang.Kemudian Faqih memegang tuala itu sambil memandang wajah Fathia itu.

"See nothing..."Faqih terpaku apabila dia memandang rambut basah isterinya itu.Jiwanya rasa tersentak.Menawan!

Kemudian Fathia menolak dadanya sebelum berkata dengan wajah yang memerah.

"Air sembahyang dah batal.Tak pasal-pasal.kena ambik wuduk balik."Fathia mengomel

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience