Bab 12

Humor Series 9625

Anda mesti pandai berlakon.Buatlah pura2 jatuh di dalam kolam atau kaki anda terseliuh.Pasti hubungan anda dan bakal kekasih anda akan bertambah erat!
______
Festival Seni akan berlansung tak lama lagi.
Jadi banyak preparation yang hendak dilakukan.
Aku mencabar diri untuk masuk lakonan Theater.Natalien tak pulak join sebab dia lebih suka masuk persembahan tarian.Sesuailah dengan dia sebab kat dalam persembahan tu ramai awek yang cantik2 dan dia kan tergolong dalam golongan macam tu.

"Theater pada kali ini..kita akan buat pasal..Rapunzel.!"ujar Cikgu Mugam selaku Cikgu pembimbing dan juga directer.

Krik krik krik.
Tiada reaksi yang ditunjukkan oleh semua orang.Tambahan pula,Mereka yang join Theater ni ada yang terpaksa dan dipaksa dan juga ada yang tak tahu kenapa dia ada kat sini..Macam aku,ada banyak sangat pilih untuk masuk pelbagai acara.Tapi akhirnya aku buat keputusan untuk masuk ke sini pula.

"Err..Jadi kita pilih pelakon dulu!"ujar Cikgu Mugam.Kemudian menilik kami semua.

Kepalanya berhenti tepat kearah aku.
Muka selamba aku ditayangkan.

"Hah kamu!"ujarnya sambil menunjuk kearah aku.
"Kamu jadi Rapunzel."arah Cikgu Mugam.

"Ala..saya malas lah.."ujar aku perlahan.
Kemudian mata aku menangkap kelibat seekor makhluk yang sedang meletakkan barang Theater di atas pentas.
Eh tu Firash! Idlan pon ada..ish sebok je.
Oleh kerana Firash dan Idlan merupakan AJK fotography..maka mereka hendaklah menolong persembahan theater dalam membina props sebab diorang tak ada lah banyak sangat kerja kan?Eleh setakat ambik gambo je.
Bagus!kalau dia ada sini boleh lah aku buat plan nak rapatkan dia dengan Natalein.

"Apa kamu kata tadi?"soal Cikgu Mugam.
"Er..Saya cakap saya akan berusaha cikgu!"ujar aku bersemangat.

"Hah bagus!"Ujar Cikgu Mugam.
"Hah kamu!Jadi Prince"ujar Cikgu Mugam kepada Seorang pelajar lelaki yang sedang tersengih.

Pelajar lelaki yang bernama Nazrul itu memandang aku dan tersengih.

"Eeeeuuu.."gumam aku.
Haih cikgu ni..pilih watak hero pun dipilihnya budak selekeh macam si Nazrul ni.Ish.

Selesai sahaja memberikan tugasan dan watak,kami diberi tempoh beberapa hari untuk menghadamkan segala skrip di dalam otak.

***
"Natalein!"laung aku dari jauh.Natalein berpaling ke belakang sambil tersenyum apabila melihat aku.Dia kemudian berdiri di tepi kolam sambil menunggu aku yang bergerak kearahnya.

Kemudian kelihatan seorang pemuda yang kelihatan begitu tergesa2 berjalan berhampiran dengan Natalein.

Entah macam mana dia yang begitu rushing dan berjalan dengan tertunduk tidak perasan akan Natalein di hadapanya.

Tidak semena2 lelaki tersebut merempuh Natalein lalu menyebabkan Natalein....

"Nataleinnn!!"jerit aku cemas.Oh my macam mana ni?!

Aku nampak Natalien dah tergapai2 di dalam air.Haah!!Natalein tak pandai berenang!
Orang di sekeliling aku hanya mula berkumpul.Macam baru perasan ada orang tergapai dalam kolam tu.

"Somebody!Please help her!!"jerit aku lagi.

*Splashhhh
Kedengaran bunyi air seperti ada seseorang yang telah terjun ke dalam kolam.

Kemudian dia muncul kembali dengan mudah dia mengangkat Natalien baring di tepi kolam.

Aku berlari kearah Natalien yang sedang terbaring tidak menyadarkan diri.
Pipi Natalien ditampar2 lembut oleh aku.Please bangun!Wake up girl!

"Dia tak bangun.."
"Buat CPR cepatt!"arah aku dengan cemas.

Firash menoleh kearah aku.Macam sedang fikirkan sesuatu.

"Now!Do it!Aku tak pandai!"desak aku sambil menyesat kasar air mata yang sedang bertakung.
Tolong lah hidup balikkk!

Tanpa berlengah Firash melakukan CPR pada Natalien.1..2..3..4..5.. hingga seterusnya.

Kemudian suasana sunyi seketika.Tatkala melihat respon Natalien terhadap CPR yang dilakukan tadi.

Aku mengenggam tangan Natalien.Please come back!I dont want to lose you!

"Uhukk!"terbatuk2 Natalien mengeluarkan air kolam renang yang ditelanya.

Natalien duduk mengumpul sedikit tenaga.
Seseorang menghulurkan aku towel untuk diberikan kepada Natalien lalu aku menyambutnya dan meletakkanya pada badan Natalien agar dia tidak kesejukkan.

"Hayla,bawak Natalien masuk dalam."arah Firash.Aku mengangguk seraya membantu Natalien untuk berdiri dan memapahnya untuk masuk kedalam dewan.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience