Bab 75

Romance Completed 78329

Gia mengukirkan senyuman kepada orang-orang Danial. Walhal dalam hati sebenarnya menyampah. Tapi, dah disebabkan diorang ni tak kacau aku jadi aku pun baiklah dengan diorang.

Matanya terpandangkan ke arah sosok tubuh yang berlindung di sebalik dinding dengan cap di kepalanya. Dah sapa pulak tu main aci sorok? Gia melangkah ke arahnya lalu bahu itu dipegang.

Luqman segera menoleh. Terkejut bila ada tangan yang memegang bahunya.

“Luq?!” Gia segera memboloskan dirinya di sebalik dinding bersebelahan dengan lif. “Awak buat apa dekat sini hah?!”

“Aku nak jumpa dengan abang kau! Danial!”

“Nak buat apa?!”

“Kau rasa aku nak buat apa?”

“Awak dah gila ke Luq?! Awak tahu tak risikonya macam mana kalau keberadaan awak dekat sini dapat dihidu oleh Danial?! Awak tahu tak?!”

“Kau ingat aku kisah ke pasal dia tu?! Apa yang aku tahu aku nak settle masalah aku dengan dia sekarang ni jugak! Apa yang dia dah buat dekat kawan aku tu melampau tahu tak?! Dia ingat nyawa kawan aku boleh refill dekat hospital ke?!”

“Luq! Tolonglah jangan buat kerja gila! Awak kata awak nak cari bukti untuk kematian Dariya dan saya tahu dalam hati awak masih anggap saya ni pembunuh kepada Dariya! Awak tahu tak kalau awak mati di tangan Danial, selama ni apa yang awak usahakan untuk Dariya sia-sia je! Kalau awak tak fikir macam tu, tolong fikirkan keluarga awak, ibu yang masih lagi nak tengok awak hidup sampai sekarang! Kalau diorang tahu awak bahayakan nyawa awak sendiri, awak rasa keluarga awak dan ibu tak sedih ke Luq?!”

“Hey! What are you doing here?!” Tiba-tiba saja mereka berdua disapa oleh orang suruhan Danial. Jacky.
Luqman bertindak dengan menendang perut Jacky.
Jatuh terduduk Jacky dibuatnya. Orang suruhan Danial yang lain melihat kejadian tersebut mula menghampiri mereka berdua. Salah seorang dari mereka lapor kepada Danial tentang keberadaan Luqman di sini.

Gia berlari ke arah lif. Punat turun dibuka berkali-kali. Pintu lif terbuka. Dia segera menarik Luqman untuk masuk sekali ke dalam lif dengannya. Lif turun ke ruang parking di basement.

“Awak nampak tak apa akibatnya kalau awak buat kerja bodoh Luq?! Itu baru sorang tau. Awak tak tahu dekat area bilik Danial berapa banyak orang yang kawal. Tolonglah Luq…jangan buat macam ni lagi! Kalau saya tak sampai tepat pada waktu, entah apa yang jadi dekat awak nanti!”

Baru je dia cakap dengan abang Eric tadi pasal Luqman. Tup tup Luqman memang betul-betul ada di sini. Mulut masin betul!

“Boleh tak kau jangan masuk campur urusan aku? Setakat orang-orang Danial, aku tak heranlah! Kau tahu tak dah berapa lama aku tunggu peluang ni untuk bersemuka dengan Danial? Tapi kau pulak senang-senang heret aku lari dengan kau!”

“Awak boleh cakap apa saja yang awak nak cakap Luq! Saya tahu awak cuba untuk dapatkan kesemua bukti pasal Danial! Tapi, jangan sampai risikokan nyawa awak sendiri. Ini kerja gila namanya Luq! Kalau awak tak fikir perasaan orang lain, tolonglah fikir perasaan saya sama!”

Luqman mengerutkan dahinya. Pelik dengan apa yang Gia cakapkan. Apa sebenarnya yang cuba disampaikan Gia?

“Maksud kau?”

“Apa?”

“Tadi kau cakap aku kena fikir perasaan kau jugak.
Maksud kau apa?”

Aduh Gia!!! Tulah! Bila cakap ikut perasaan hati yang tengah risau, semua benda keluar. Dah tu aku nak cover apa pulak sekarang ni?

“Errr…tak ada apa-apa.”

“Tipu.”

Ting! Pintu lif terbuka. Mereka dah sampai di ruang parking basement. Ketika mereka langkah keluar dari lif, bunyi tembakan pistol mula kedengaran. Gia yang ternampak orang-orang Danial yang mula berlari ke arah dia dan Luqman segera menolak Luqman menuju ke keretanya yang diparkirkan tidak jauh dari situ.

Bunyi tembakan pistol ada di mana-mana. Tembakan tersasar ke arah dinding. Untung Gia dan Luqman sempat menunduk.

Sambil berlari, sambil Gia mengeluarkan kunci keretanya dari beg tangannya. Orang-orang Danial berada di belakang mereka. Gia sempat melihat ke arah Matt yang menghalakan pistol ke arah Luqman. Gia tanpa menunggu lagi terus menerkam belakang Luqman.
Bang! Satu tembakan terkena pada bahu Gia. Gia jatuh terduduk menahan sakit pada bahunya. Kali kedua dia kena tembak.

“Gia!” Danial memanggil namanya dari belakang. Tujuannya nak tembak Luqman tapi last-last kena dekat Gia.

Luqman memandang Danial yang memegang pistol berwarna emas di tangannya. Tak boleh jadi ni! Luqman bingkas menarik Gia supaya berdiri dan membawa Gia ke arah kereta.

Kunci kereta Gia dirampas dan menekan punat unlock. Kereta jenama Volkswagen Golf menyala. Pintu sebelah penumpang dibuka. Dia menyuruh Gia masuk manakala dia pula menuju ke tempat pemandu. Enjin kereta dihidupkan dan dia segera memandu keluar dari ruangan parking basement. Bunyi tembakan pistol masih lagi nyaring.

Danial memandang kereta Gia yang mula hilang dari pandangan mata. Tak guna! Berani kau datang sini Luqman. Kau jangan ingat lepas ni aku akan lepaskan kau macam tu je!

Luqman memandang Gia yang mengerutkan dahinya. Bibirnya nampak pucat. “Kau kenapa Gia?”

“Tak ada apa-apa. Saya just terkejut dengan bunyi tembak tu.”

“Sampai jatuh terduduk macam tadi?”

“Ya…saya kalau terkejut sangat-sangat memang macam tu.”

Agak susah dia nak percaya apa yang Gia cakap. Dulu masa Gia kena tembak pun, keadaan Gia macam ni jugak.
Bibir pucat dan macam orang tengah tahan sejuk. Dah tu dahi dia tu mula merinik dengan peluh. Duduk dalam aircond tapi berpeluh?

Tapi, belum sampai berapa saat, dia pengsan tak sedarkan diri dan kepalanya tersandar pada bahu Luqman.

“Gia?! Gia?!”

Luqman memberhentikan kereta di tepi jalan. Seatbeltnya dibuka dan memegang tubuh Gia. Bila dia pegang belakang badan Gia, tangannya basah. Dia memandang tapak tangannya. Darah!!!

“Gia?! Gia?!” Pipi Gia ditepuk kuat. Tak ada respons dari Gia.

Kau kena tembak ni! Kenapa kau tak cakap dekat aku yang kau kena tembak?! Kenapa kau tahan rasa sakit kau tu?!

Tak menunggu lagi, Luqman mengeluarkan sapu tangannya lalu diikat pada bahu Gia untuk mengelak darah keluar dengan lebih banyak. Untung je sapu tangannya besar jugak. Selesai mengikat, Luqman segera memandu kereta menuju ke hospital yang berdekatan.

“Gia…kau kena ok! Kau kena ok!” Hatinya betul-betul risau kalau ada komplikasi lain pada Gia. Dah dua kali Gia kena tembak semata-mata ingin selamatkan dirinya. Dia takut kalau kali ini Gia tak dapat nak survive.

“HOW is she?” Tanya Luqman sebaik saja doktor lelaki yang merawat Gia tadi keluar dari wad. Risau dia dengan keadaan Gia sekarang ni. Janganlah jadi apa-apa dekat Gia. Kalau jadi apa-apa nanti, susah.

“Bullet in her shoulder was successfully removed. But now, her condition so weak due to the shot. So, she needs to stay in the hospital for a few days for further monitoring. But you don’t have to worry because we’ve added a pack of blood and she will be okay after she finish the IV drip.”

“Thank you so much doctor for helping. Can I see her now?”

“Sure. If there is anything happen to Gia, call nurse immediately or press the red button.”

“Ok doctor.”

Doktor tersebut melangkah pergi dengan nurse. Luqman
berjalan menuju ke wad Gia. Kali ini kali kedua Gia masuk wad disebabkannya. Semuanya sebab kena tembak dan puncanya memang dari dia sendiri.

Bohonglah kalau aku cakap aku tak ada rasa bersalah atas apa yang dah jadi dekat dia. Setiap kali dia dekat dengan aku, mesti dia dapat sakit.

‘Kalau awak tak fikir perasaan orang lain, tolonglah fikir perasaan saya sama!’ Apa maksud Gia yang sebenarnya bila dia cakap macam tu dan kenapa tiba-tiba dia cakap macam tu dekat aku? Dia betul-betul risaukan aku ke?

Ataupun sebenarnya dia sukakan aku dalam diam-diam? Isy! Merepek-merepek! Takkanlah dia nak suka dekat kau pulak Luqman oiii! Make sense sikitlah kalau kau nak fikir yang macam-macam pasal dia pun. Kau cuba bayangkan…dah berapa banyak kau sakitkan hati dia, sangat mustahillah dia nak sukakan kau!

Then, kalau bukan sebab dia sukakan aku, kenapa dia cakap macam tu? Hmmm…tak tahulah nak fikir apa lagi. Aku pasti Gia risaukan aku sebab tak nak jadi apa-apa dekat aku. Aku yakin jugak dia buat semua ni untuk keluarga aku dan ibu. Mungkin dia tak nak lagi kejadian malam yang jadi dekat Dariya berlaku dekat aku. Ya…boleh terima akal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience