BAB 3-PERANGKAP

Romance Completed 183045

Intan pergi ke ruang pakaian selepas mandi. Dia membuka almari lalu membelek-belek baju apa yang sesuai untuk dia pakai.

“Aduh baju apa ni semua sexy-sexy takde baju lain ke?”

Tiba-tiba pintu di ketuk oleh seseorang, lalu dia bergegas menbuka pintu tersebut. Terlihat dua orang pembantu rumah dengan tangannya membawa sesuatu.

“Ye, nak apa?”

“Maaf menggangu, Sir Rayyan suruh kami serahkan kepada cik Intan. Sir Rayyan berpesan agar cik Intan guna baju ni dan guna semua perhiasan ni untuk makan malam nanti.”

Intan melihat ke arah barang kemas itu sungguh cantik dan berkilau.

“Takpelah, mahal tu. Nanti hilang macam mana?”

“Ambillah cik Intan, Sir tak pernah macam ni sebelum ni dekat mana-mana perempuan, melainkan…" Kata-katanya terhenti.

“Melainkan… siapa?”

Salah satu pembantu rumah menbesarkan matanya ke arah kawannya.

"Em, takde pape cik Intan, singkat kata kalau cik Intan tak ambil, habislah kami berdua sir mesti marahkan kami. Ambil ya?”

“Baiklah… Letak atas meja, nanti saya pakai.”

“Terima kasih cik Intan.” Lalu meletakkan barang-barang itu di atas meja. ”Kami pergi dulu. Kalau ada pape pangil je kami.”

“Baiklah” Lalu menutup pintu.

Selesai bersiap Intan terus ke ruangan bawah diiringi oleh dua orang pelayan. Sampai di tempat tujuan, Intan terkejut melihat meja makan panjang mewah diluar rumah tersusun cantik bersebelahan dengan kolam renang mewah milik Rayyan. Tempat itu di hiasi lilin dan bunga. Sangat cantik!

Meja makan itu hanya memiliki dua kerusi sahaja yang saling berhadapan. Tetapi, kenapa makanan seperti pesta. Bayangkan meja panjang dipenuhi dengan perbagai jenis makanan, tapi hanya dua orang sahaja makan, ini adalah pembaziran!

“Cik Intan”

Satu suara yang memangil Namanya. Dengan pantas dia terus menoleh. Betapa dia terpana melihat ketampanan Sir Rayyan. Patutlah Mia tergila-gilakannya. Intan akui bahawa sir Rayyan memang kacak, sangat kacak! Tapi dia harus tetap profesional. Intan perasan yang dari tadi mata Sir turun naik melihatnya. ‘Hodoh sangatkah aku ni?’

“Kenapa? Tak cantik ke?” Tanya Intan.

“Cantik, sangat… cantik.” Rayyan juga terpana melihat kecantikan Intan mengenakan dress hitam sampai paras lutut, berlengan panjang bercorak. Di tambah perhiasan yang membuatnya lebih menonjol, mengunakan kasut tumit tinggi tapi tak terlalu tinggi, rambut ponytail, body yang cantik. Singkat kata sempurnalah. Mengingatkannya pada Dian, arwah tunangnya. Seakan-akan Dian hidup semula untuknya.

Intan perasan bahawa Rayyan hanya termenung sahaja. Tapi matanya tak lepas memandang Intan.

‘Ish! Buruk ke aku ni sampai mata dia tak lepas dari aku?’ Gumamnya.

“Hello sir, are you okay? Why are you looking at me like that?”

Tersedar dari lamunan. “Takde. Dah, jom kita makan, mesti laparkan? Jauh perjalanan tadi.” Lalu menarik kerusi untuk Intan. ”Silakan.” Dengan senyuman manisnya untuk Intan.

Lalu Intan duduk“Terima kasih.”

“Sama-sama.” Lalu dia duduk di tempatnya. ”Jemput makan.”

“Baiklah.” Intan masih ragu-ragu, mana tahu ada racun ke, ada ubat tidur ke. Maklumlah, baru kenalkan. Rayyan perasan raut wajah Intan yang ragu lalu dia berhenti makan.

“Why? Kenapa tak makan lagi? Jangan takut, saya tak letak racun pun dalam tu. Kalau tak percaya, saya boleh cuba untuk cik Intan”

“Eh takpe, saya percaya sir Rayyan. Saya makan dulu.”

“Silakan.” Lalu mencuba ayam masak buttermilk kerana dalam banyak-banyak makanan yang dihidangkan tapi hanya ayam buttermilk je nampak menarik. Mencuba sesuap “Sedap.”

“Sedap? Makanlah. Kalau kurang, cakap, nanti tambah lagi.”

“Takpe, ni dah lebih dari cukup. But, boleh saya tanya?”

“Tanyalah, kenapa perlu minta izin?”

“Terima kasih. So, makanan banyak macam ni kita ada tetamu ke?”

“Tetamu? Cik Intan lah tetamu saya. Bukan tetamu biasa, tapi tetamu spesial”

“Oh yeke…”

“Lagipun saya lebih suka cik Intan makan dengan saya. Kalau boleh hari-hari pun boleh. Asalkan cik Intan setuju. Saya dah bosan makan sendiri tanpa teman”

“Jangan panggil saya ciklah. Panggil Intan je”

“Baiklah Intan! So nak tanya apa lagi?”

“Boleh ke?”

“Boleh. Tanyalah. Saya akan cuba untuk menjawabnya”

“Em, sir Rayyan tinggal sini sorang-sorang ke? Rumah besar takkanlah tinggal sendiri.”

“Dulu saya tinggal dekat rumah ibu bapa saya. Di sebabkan saya terlibat kemalangan dan meragut nyawa tunang saya atas kesalahan saya. Dari situ saya tak suka bersosial,kerana rasa bersalah terus menghantui saya, dan saya mengambil keputusan untuk beli rumah ni dan tinggal sini. Alhamdulilah, saya rasa lega takde jiran. Kalau saya keluar sekalipun, itu hanya hal-hal penting sahaja. Saya takut berdepan dengan orang kerana mereka asyik menyatakan yang saya pembunuh walaupun itu betul, setiap hari saya dengar membuat saya tertekan.” Matanya mula merah.

“Oh. Maaf saya tak patut tanya macam tu.” Intan rasa bersalah menanyakan hal yang menyedihkan.

“Eh, takpe. Saya rasa lega sebab ada seseorang yang dengar luahan hati saya. Selama ni saya hanya terkurung dengan masa lalu kerana sangat mencintai arwah tunang saya. Di sebabkan ego tinggi punca saya jadi macam ni. Patut saya mati je.”

“Eh jangan! Buat apa nak sibuk-sibuk pasal mati? Nanti tiba saatnya kita akan mati jugak. Tapi tak tahu bila gilaran kita. So, kita kena jalani hidup ini, isi setiap masa dengan perkara yang berfaedah seperti mendekatkan diri pada Allah. In sha Allah sir Rayyan akan lebih tenang.”

“Kata-kata Intan sangat menyentuh hati, tapi saya perlukan penyokong dalam hidup saya”

“Sir cari jelah yang sesuai dengan Sir. Mesti banyak yang suka rela jadi isteri Sir. Sir boleh di kira sempurna kerana Sir kaya, mampu, kacak dan banyak lagi. Kawan saya Mia, dia betul-betul minat Sir tau. Dia baik, kaya, tapi sedikit gila. Hahaha!”

“Betul ke? Hahaha. Intan tak berminat nak jadi isteri saya ke?” Menatap Intan dengan pandangan penuh makna.

“Saya… emm… Sebenarnya saya ni tak berminat ada apa-apa ikatan. Kerana saya lebih selesa single. lagipun kalau menjalinkan hubungan asmara tu sangat membuat saya rimas.”

Raut wajah Rayyan bertukar serius lalu menghampiri Intan dengan membawa gelas berisi air anggur. “Oh yeke? Rimas? Takpe mungkin satu hari nanti Intan akan terbiasa dengan semua tu. Jika Intan jumpa lelaki yang tepat. Dia akan membuat Intan rasa kasih sayang dan perhatian. Pada saat itu, Intan tak rasa rimas lagi.”

Menatap wajah Rayyan yang tersenyum menatapnya ‘Ish! Mamat ni dah kenapa? Seram pulak aku, apalah yang di maksudkannya’ Gumannya.

“Oh. Tapi tu satu hari nanti. Sekarang saya masih muda nak enjoy dulu, nikmati hidup masa muda. Kalau dah tiba masanya saya akan berfikirkan mencari pasangan hidup.”

“Ok. Saya hormati pendapat Intan. So, jemput minum. Cheers.”

“Cheers.”

Mereka saling bersulang. Lalu Intan meneguk air anggur itu. Rasanya lumayan sedap, manis tapi kenapa tiba-tiba dia merasakan kelapanya pusing dan pelihatannya mula kabur? Lalu dia dengan pantas menatap Rayyan. “Ada apa dalam air ni, kenapa saya rasa pening semacam ni?”

Rayyan hanya tersenyum melihat Intan yang mula lemah. Tapi dia merasa senang melihat Intan begitu.
“Good night Intan Zulaika. Rehatlah. Mimpi indah.”

“Kau!...” Belum sempat Intan menghabiskan kata-katanya dia sudah pengsan. Lalu Rayyan membelai-belai rambut Intan.

“Dalam keadaan pengsan pun cantik. Sama seperti Dian. Aku takkan lepaskan kau kalini sehingga kau setuju menjadi isteri aku.” Senyumannya makin lebar.

“Haniq. Angkat dia hantar dekat bilik dia. Makjah, tika dan irma pergi tukar baju dia. Nanti saya dating.”

“Baiklah Sir.” Lalu mendukung Intan.

“Baiklah sir” Kata bibik itu lalu melangkah pergi mengikuti Haniq.

“Ingat semua, jangan bagitau siapa-siapa tentang budak tu. Kalau saya dapat tau, siap saya kerjakan. Jika siapa-siapa yang tanya cakap taktau faham” Teriak Rayyan.

“Faham.” Jawab mereka lemah kerana takut.

“Saya tak dengarlah, faham ke tak?” Teriaknya lagi.

“Faham Sir!”

“Good!” Lalu melangkah pergi.

Bibik mula bergosip.

“Hei, apa sir Rayyan nak buat dekat cik Intan? kesian budak tu” Kata Yam.

“Korang tak perasan ke muka cik Intan sama dengan arwah tunang sir Rayyan, si Dian” kata Usna

“Kan! Aku pun perasan, aku haraplah sir Rayyan tak buat kerja gila. Aku tak nak masuk penjara atas dasar bersubahat.” Kata Imah.

“Dahlah, kita kemas, nanti mengamuk pulak sir Rayyan tu.”

“Jom.”

Di rumah Datuk Imran. Dia berusaha menelefon Intan tapi tidak di jawab. Kenapa dia merasakan tidak sedap hati. Lalu datang asistantnya Alvin.

“Ye kenapa?”

“Tuan Intan sekarang menginap di rumah encik Rayyan. Pak mat pun ada sekali.”

“Kenapa saya tak dapat hubungi Intan dan pak mat sama sekali?”

“Oh, tempat kediaman encik Rayyan memang susah nak dapatkan signal, kecuali satu telefon je dapat.”

“Siapa?”

“Telefon encik Rayyan sendiri”

“Ok.” Cuba untuk menelefon Rayyan namun tidak di angkat. “Kenapa tak dapat jugak?”

“Sekarang dah pukul 10:00. Mungkin encik Rayyan dah tidur atau tuan nak saya pergi periksa cik Intan. Saya boleh berangkat sekarang.”

“Tak perlulah. Esok kita cuba hubungi Intan lagi. Saya yakin Mr Rayyan takkan buat apa-apa.”

“Baiklah, Tuan rehatlah. Dah malam ni.”

“Baiklah.” Lalu melangkah ke biliknya. Alvin juga beredar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience