BAB 16

Romance Completed 42886

"Just don't hurt yourself again for me, please?"

Kata-kata Adi Ashraf masih berputar-putar di dalam kepala Ariana Atilia sehingga pening dia dibuatnya.

"Understand?" soal Adi Ashraf lagi sambil menjongketkan kening. Wajah Ariana Atilia ditatap lama menunggu balasan dari isterinya. Tak lama kemudian, anggukan kecil diberikan oleh Ariana Atilia sebagai balasan.

"Good. Nanti tak adalah kau menyusahkan aku lagi." balas Adi Ashraf menghela nafas lega. Lelaki itu tersenyum nipis sambil meletakkan tangan di dada. Ariana Atilia membesarkan mata tanda tak percaya.

Ingat sebab ambil berat tentang dia ke apa. Rupanya... Sudah la. Kenapa suami dia ni suka bagi fake hope? Hati ni dah la lemah. Hmmm.

"Ceh. Fine." kata Ariana Atilia dengan nada yang terpaksa. Kepalanya didongakkan sedikit untuk menjeling tajam ke arah suaminya. Adi Ashraf mengangkat bahu tanda tidak bersalah.

Tanpa serba salah, Adi Ashraf mengatur langkah tanpa menghiraukan Ariana Atilia. Tindakan itu mula membuatkan gadis itu naik berang. Ariana Atilia berdehem kuat.

"Oops, lupa. Sorry aku sengaja." balas Adi Ashraf selamba. Dia berpatah balik mendekati isterinya yang sedang menahan amarah.

"Kau ni memang nak buat aku sakit hati kan? Cepatlah tolong. Aku lapar." rungut Ariana Atilia tak puas hati. Orang yang tengah lapar ni jangan buat main. Nanti diri sendiri yang parah.

Adi Ashraf tayang muka tak kisah. Fikir isteri dia je lapar. Dia pun samalah. Tangannya dilingkarkan pada pinggang ramping milik Ariana Atilia. Tak semena-mena, ditampar kuat tangannya oleh Ariana Atilia.

Dia mendesis kesakitan sambil mengibaskan tangan cuba menghilangkan kesakitan tersebut. Ariana Atilia tersenyum senget melihat keadaan suaminya yang sedang menderita. Padan muka!

"Kau kenapa? Aku nak tolong kan." marah Adi Ashraf. Merah sudah tangannya ditampar kuat oleh isterinya. Tu tangan ke besi?

"Apa pegang-pegang pinggang orang hah? Pegang lengan sudah la." bidas Ariana Atilia cuba mempertahankan diri.

Tak lama kemudian, Adi Ashraf menarik kasar lengan isterinya lalu dilingkarkan pada lengannya pula. Ariana Atilia membalas kembali dengan memaut kuat pada lengan suaminya. Mereka berdua berbalas pandangan tajam.

"Kau nak tangan aku patah pulak ke?" perli Adi Ashraf sambil berjalan beriringan dengan isterinya. Semakin lama, semakin kuat pula pautan tangan isterinya pada lengan milik Adi Ashraf.

"Biar patah. Memang layak pun." serang Ariana Atilia geram. Dia mengeluh kecil. Kenapa jauh sangat meja makan ni?

Tindakan suami isteri tersebut menarik perhatian Akid Ahnaf. Lelaki itu sudah mengukir senyuman nakal. Otaknya ligat memikirkan cara untuk mengenakan mereka berdua.

"Oi. Abang kau buat apa dekat kakak ipar malam tadi, hah? Sampai tak boleh berjalan." usik Akid Ahnaf tersengih.

"Diam." serentak pasangan suami isteri itu membalas. Akid Ahnaf meletuskan tawa. Dia segera turun untuk bersarapan bersama mereka.

"Jalan cepat sikit boleh tak? Lembab." ejek Adi Ashraf. Tanpa amaran, tangan isterinya mencubit lengan lelaki itu membuatkan dia terjerit kecil.

"Eh, Riana. Kenapa ni? Adi kenapa dengan isteri kamu?" soal Puan Ratna yang risau melihat kaki anak menantunya berbalut.

Dahi Adi terkerut menahan kesakitan. Mulutnya tak mampu menjawab soalan daripada ibunya. Sakit pada lengannya tak terkata peritnya.

"Oh, tak ada apalah mama. Kaki Riana terseliuh semalam. Nasib Adi balutkan. Kan?" jawab Ariana Atilia lalu menyiku perut suaminya. Adi Ashraf mengangguk laju tanda mengiyakan.

Tak sanggup lagi dibuli oleh isteri sendiri. Sejak bila gadis itu menjadi pembuli pun dia tak tahu. Yang dia tahu, dia berada dalam kesakitan sekarang ni.

"Sayang, dah la tu berbual dengan dia orang. Cuba bagi dia orang makan dulu." tegur Encik Marzuki kepada isterinya, Puan Ratna. Wanita tua itu mengangguk tanda setuju.

"Sini sarapan dulu. Nanti kaki Riana mama tengokkan." pelawa Puan Ratna sambil menghidangkan sarapan.

Tanpa berlengah, suami isteri tersebut telah pun melabuhkan punggung di kerusi yang disediakan. Makanan yang terhidang membuatkan Ariana Atilia kecur air liur.

Manakala, Adi Ashraf teringatkan pula pada surat yang dibaca sebentar tadi. Selera makannya hilang serta-merta. Makanannya ditenung lama sambil memikirkan surat tersebut. Panggilan daripada Puan Ratna tidak diendahkan.

Tangannya digoyangkan oleh Ariana Atilia cuba menarik perhatian lelaki itu. Lantas, kepalanya ditoleh ke arah isterinya. Menemui riak wajah Ariana Atilia yang seperti dalam kerisauan.

"Kau okay tak?" soal Ariana Atilia lembut. Dari tadi dia perasan tindakan suaminya. Namun di diamkan saja kerana fikir mungkin dia overthinking tentang keadaan lelaki itu. Adi Ashraf mengangguk kecil.

Akid Ahnaf yang sibuk menjamu selera memerhatikan gerak geri mereka berdua. Seperti biasa, dia sudah mengatur strategi untuk mengenakan Adi Ashraf.

"Halah, abang teringat malam tadi lah tu." balas Akid Ahnaf selamba. Membuatkan seisi keluarga menghamburkan tawa. Namun tidak bagi Adi Ashraf dan Ariana Atilia.

Sekali lagi, serentak pasangan suami isteri itu membalas membuatkan ruangan tersebut dipenuhi dengan gelak tawa mereka sekeluarga.

"Akid Ahnaf!"

??????

"Aku nak keluar jap. Kau duduk diam-diam dengan mama." pesan Adi Ashraf mula bersiap-siap untuk keluar. Kunci keretanya yang tergantung diambil.

"Kau nak pergi mana?" soal Ariana Atilia sambil menarik lengan baju suaminya. Dia mula risau sekiranya ada apa-apa yang buruk berlaku kepada lelaki itu.

"Jumpa kawan. Kau rest elok-elok. Biar cepat sembuh." pesan Adi Ashraf. Dia memberikan pandangan yang meyakinkan kepada isterinya.

"Okay. Kau tu cepat balik. Jangan nak menyimpang ke lain pulak eh." balas Ariana Atilia yang berbaur amaran. Tangannya ditudingkan ke arah suaminya.

"Ya, ya." ringkas Adi Ashraf membalas sebelum pergi dari pandangan mata Ariana Atilia. Gadis itu mengeluh kecil.

Terasa sunyi apabila tiada teman untuk dia bergaduh. Kaki dia yang berbalut tu membuatkan dia memasamkan muka. Tubuhnya disandarkan pada sofa ruang tamu sambil merenung ke arah televisyen yang langsung tidak menarik perhatian dia.

Puan Ratna yang baru selesai mengemas dapur, melihat ke arah anak menantunya yang sedih. Dia tersenyum nipis. Langkah wanita tua itu diatur menuju ke arah Ariana Atilia.

Lantas, punggungnya dilabuhkan di sebelah Ariana Atilia berada. Kehadiran Puan Ratna disedari oleh Ariana Atilia. Gadis itu tersenyum manis ke arah mertuanya.

"Mama okay? Nak Riana tolong apa-apa? Adi tak ada. Dia keluar dengan kawan kejap." maklum Ariana Atilia mesra sambil cuba untuk berdiri. Tindakannya ditahan oleh Puan Ratna.

"Mama okay sayang. Duduk sini. Riana kena rest. Meh, kaki tu mama tengokkan." ucap Puan Ratna lembut. Membuatkan Ariana Atilia lebih selesa bersama wanita itu.

Kakinya diangkat tetapi dengan rasa teragak-agak mahu diberikan kepada ibu mertuanya. Risau dilabelkan sebagai biadab. Namun, perasaan itu hilang serta-merta apabila Puan Ratna mengangkat kakinya lalu diletakkan diatas riba miliknya.

"Kemas balutan ni. Adi ke yang balut?" soal Puan Ratna memulakan perbualan. Tangannya cekap membuka balutan tersebut dengan berhati-hati.

Anggukan kecil diberikan sebagai balasan. Puan Ratna mengukir senyuman dengan jawapan tersebut. Pergelangan kakinya yang bengkak telah mula surut.

Namun tidak sembuh sepenuhnya lagi. Mungkin memerlukan lagi dua atau tiga hari untuk sembuh. Itupun kalau Ariana Atilia reti duduk diam. Kan?

"Mama nak minta maaf." kata Puan Ratna tiba-tiba memecahkan kesunyian yang sementara antara mereka. Ariana Atilia menoleh ke arah ibu mertuanya dengan segera.

"Eh mama. Mama cakap apa ni? Riana yang kena minta maaf sebab susahkan mama. Mama tak salah." terang Ariana Atilia mula mengalami panik. Tangannya memegang tangan wanita tua itu dengan erat.

Puan Ratna mengeleng perlahan. Tangannya yang mengurut kaki milik anak menantunya dihentikan. Air mata yang mula bertakung ditahan dari mengalir laju.

"Mama nak minta maaf Riana kahwin dengan Adi. Mama tahu anak mama tak boleh bahagiakan Riana. Mama minta maaf sangat-sangat." ucap Puan Ratna bersungguh-sungguh. Dia tak dapat menanggung perasaan bersalahnya terhadap Ariana Atilia lebih lama lagi.

Ariana Atilia menarik ibu mertuanya ke dalam pelukan yang erat. Belakang badan wanita tua itu diusap lembut. Air mata yang ditahan mengalir jua. Membasahkan pipi yang sudah dimamah usia itu.

"Mama tak salah. Riana yang pilih untuk kahwin dengan Adi. Bukan salah Adi jugak. Riana tahu apa yang jadi dengan Adi sebenarnya. Tak ada apa yang mama kena risaukan." terang Ariana Atilia tenang. Sedikit demi sedikit mendedahkan rahsia dia yang tersimpan lama.

Kata-kata yang keluar dari mulut Ariana Atilia membuatkan Puan Ratna meleraikan pelukan. Wajah cantik milik Ariana Atilia dipandang penuh kasih. Tangannya mengelus lembut pipi gebu milik Ariana Atilia.

"Mana Riana tahu? Adi bagitahu Riana?" soal Puan Ratna tertanya-tanya.

"Itu tak penting mama. Yang penting sekarang, Riana janji akan bahagiakan Adi. Riana janji akan bahagiakan dia untuk seumur hidup Riana. Itu yang setiap ibu nak kan? Untuk tengok anak dia bahagia dalam hidup?" jawab Ariana Atilia membuatkan Puan Ratna terasa tersentuh.

"Terima kasih Riana. Mama tak tahu macam mana mama nak cakap betapa mama rasa bersyukur bila Riana ada dalam hidup Adi. Mama ingat mama tak dapat tengok dia bahagia lagi sejak Mawar tak ada." luah Puan Ratna sayu. Air matanya diseka oleh Ariana Atilia.

"Terima kasih juga sebab mama bagi peluang untuk Riana bahagiakan anak mama." balas Ariana Atilia bersama senyuman penuh makna. Mereka berdua berpelukan lagi bagai tak ada hari esok. Terlalu leka melayani perasaan masing-masing.

Sementara itu, Adi Ashraf duduk berhadapan dengan Alif Zafran membincangkan isu yang mula mengganggu lelaki itu. Sekali lagi, surat itu dibaca oleh Adi Ashraf.

Kau akan menyesal seumur hidup lepas ambil Ariana Atilia daripada aku. Ingat tu, Adi Ashraf.

Keluhan berat dilepaskan dari Adi Ashraf membuatkan Alif Zafran menepuk lembut bahu lelaki itu. Dia cuba menenangkan lelaki itu.

"Kau rasa siapa yang hantar surat ni? Ataupun mana-mana suspek yang kau pernah siasat?" soal Adi Ashraf serius. Perkara tersebut benar-benar tak boleh dibuat main.

"Mungkin abang isteri kau atau mana-mana lelaki yang nakkan Ariana Atilia? Kau tahu sesiapa bekas teman lelaki dia atau teman lelaki dia sebelum ni ke?" soal Alif Zafran kembali. Membuatkan Adi Ashraf berfikir sejenak.

Tak lama kemudian, kepalanya digelengkan. Setahu dia, Ariana Atilia bukan milik sesiapa sebelum mereka berkahwin. Atau dia yang tak tahu?

"Aku akan ambil surat ni untuk simpan sebagai bukti. Kalau kau dapat apa-apa surat macam ni serahkan pada aku. Mungkin pelaku tu ada tinggalkan jejak." maklum Alif Zafran lalu menyimpan surat tersebut di dalam poket bajunya.

Adi Ashraf menghela nafas lega mendengar jawapan lelaki itu. Cermin mata hitam yang dipakai dibuka. Tangan kasar miliknya meraup mukanya dengan lembut. Senyuman nipis terukir dibibirnya.

"Thank you. Aku tak tahu apa akan jadi kalau tak ada kau, Alif. Aku berhutang budi dengan kau banyak kali." luah Adi Ashraf kepada Alif Zafran membuatkan lelaki itu turut mengukir senyuman.

"Tak ada apa sangatlah aku tolong. Mana yang mampu aku tolong. Cuma buat masa ni kau kena jaga rumah tangga kau elok-elok.

Memandangkan ada orang ketiga yang akan cuba memporak perandakan rumah tangga kau dengan Ariana." nasihat Alif Zafran penuh prihatin. Risau sekiranya masjid yang baru dibina runtuh begitu saja.

Adi Ashraf mengangguk tanda faham. Dia berterima kasih atas nasihat yang amat membantu dari Alif Zafran. Kini dia lebih jelas dengan tujuan hidupnya sekarang. Semoga semuanya baik-baik sahaja.

"I'll protect her until my last breath."

-To be continued...-

✯✯✯ Hello my lovely readers! My birthday is coming in 4 days more! So enjoy reading! Don't forget to vomment! Stay tune!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience