Bab 21

Crime Series 28566

Habislah. May sudah mengecam wajah aku barangkali.

Qarl cuma berdiam tanpa bersuara dari tadi. Mood dia tiba-tiba berubah. Sebab May ke?

Aku merenung Qarl lama dengan harapan dia berkata sesuatu.

"Aku tahu apa kau nak tanya tadi."

Erk?

Qarl Lee boleh baca fikiran aku?

"Berkemungkinan dia dah nampak wajah kau tadi. Jangan risau, selagi aku ada, kau tidak akan diapa-apakan oleh May. Aku berani jamin."

"Tadi tu May? Your girlfriend?"

Riak mukanya berubah.

"Excuse me. Not girlfriend. Ex-girlfriend"

Oh iya. Tapi May pernah jadi seseorang yang special. Sudah tentu May masih disayangi. Melupakan seseorang yang pernah bertakhta di hati bukan perkara mudah.

Aku cemburu.

Akhirnya dapat tengok May depan mata. Cantik. Seksi. Menggoda. Perfect 10.

Apela yang ada pada aku jika mahu dibandingkan dengan dia yang punyai pakej segalanya?

"Anna. Jom pulang ke kampung kau."

Eh kejap.

"Maksud awak, rumah saya?"

"Yes."

"Rumah saya yang dekat Penang tu?"

Aku jadi pelik.

"Yes."

Taknak la. Nanti mak ayah aku tanya aku bawa pulang lelaki.

"Kenapa tiba-tiba je?"

"Saja je. Tak boleh ke?"

Aku tanya dia. Dia tanya aku semula. Hmm.

"Sebab... Mungkin kat kampung kau lagi selamat dari kat sini."

Yela tu. Macamlah May nak bunuh aku real?

Aku diam.

"Aku bagitau kau perkara benar, May memang jahat. Kalau dia nampak kau, mungkin dia akan bunuh kau tanpa berfikir."

Betul ke?

Mati la aku. Tak pasal je terlibat dengan Qarl Lee ni. Aduh.

Hati aku mula rasa berdebar. Resah gelisah.

"Jadi... Jom. Aku nak ikut kau pulang ke Penang."

"Tapi... Kau tak kenal family aku. Nanti mereka tanya."

Qarl tergelak.

Aku serius ni. Dia fikir aku tengah bersenda agaknya. Eh takde masa la nak buat lawak.

"Hmmm."

"Hmmm? Is it yes?"

"Taknak la, awak. Nanti mak ayah saya tanya kat saya tentang awak. Apa saya nak jawab nanti?"

"Laa. Cakap jela apa-apa. Cakap aku ni boyfriend kau kan senang."

No. Taknak la aku dengan boyfriend mafia.

"Takpe. Kalau kau tak bagi, aku tetap nak balik kampung kau."

Qarl terus memecut laju. Mahu menuju ke jalan rumah aku.

"Awak tahu ke saya tinggal di mana?"

"Tahu."

Qarl Lee mengulum senyum.

"Eh..."

"Kau ingat sikit, kau tu mangsa culik aku. Mestilah aku tahu semua details pasal kau."

Kejamnya bunyi.

Stress aku. Qarl Lee ni perisik. Semua pasal aku kau nak siasat.

"Janganlah marah. Of course aku tahu."

Aku diam.

"Dan seperkara lagi, ada sesuatu yang kau perlu tahu, Anna Adriana."

"What do you mean?"

"Adela. Nanti aku bagitau kat kau. Ataupun kau akan terkejut nanti."

Qarl Lee punca aku jadi terpinga.
. .
. "Bos, saya da siasat, perempuan tu adik sepupu dia."

May mencerlung marah.

"Mustahil. Qarl mana ada adik perempuan."

"Tu yang apa saya tahu, bos."

"Siasat mana perempuan tu tinggal. Aku nak tahu."

"Tapi bos... Yang tu... Saya susah sikit nak cari maklumat."

"Eh kau ni. Tak payahlah bagi bermacam alasan."

Jason diam.

"Aku tahu kau kena cari jugak maklumat pasal perempuan tu."

"Hmm. Okaylah bos."

"Cari dia. Cari Qarl Lee aku. Faham?"

Jason diam.

"Kau dengar tak apa aku cakap?"

"Okay. Saya dengar bos."

"Alright. Bagus."

May menumbuk meja. Dia cemburu. Siapa pulak yang berjaya menambat hati Qarl Lee? Setahu dia, Qarl susah untuk sukakan sesiapa selain dia.

Adik sepupu?

Bukankah parents Qarl tiada adik beradik lain?

Aku takkan biarkan Qarl dirampas sesiapa pun. No way.

Qarl Lee mine!
. .
. Aku tertidur.

Sesuatu yang mengejutkan.

Memang Qarl membawa aku pulang ke kampung halaman. Dia ni... Pantang dicabar.

"Seronok tidur?"

Seronok? Perli aku nampak.

"Kau ni banyak bunyi la, Anna."

Apa pulak?

"Dah sampai Penang. Takpayah nak buat muka terkejut."

Maunya tak terkejut.

Apa aku nak jawab dengan mak ayah aku? Mati la. Mati la. Qarl buat kerja gila.

Mira... Tolong aku.

"So, sebelum nak jumpa mak ayah kau, aku kena beli pape buah tangan ke?"

Apa punya pertanyaan la dia ni soal?

"Tak payah susah-susah."

"Marah pulak. Kita tanya je. Nak jumpa bakal mak ayah mertua."

Eh melebih pulak. Siapa je nak kahwin dengan kau?

"Anna..."

Bila dia memanggil aku begitu, aku jadi terkelu.

Mendayu.

"Nanti kau akan tahu jugak, Anna."

Kata-kata dia, apa lagi yang dia sembunyikan? Apa lagi yang aku perlu tahu?

Setengah jam kemudian, kereta Qarl memarkir di hadapan rumah aku.

"Yuhuu... Kita da sampai, Anna."

Tanpa aku beritahu, dia tahu juga di mana alamat rumah aku.

"Jom, Anna. Aku tahu kau rindu dekat family kau. Dua bulan kau tak jumpa mereka."

Air mata aku bergenang.

Memang... Aku rindu sangat dengan mak ayah.

"Anna..."

"Kau... Menangis?"

Qarl Lee terkesima.

Terima kasih, Qarl. Bawa aku pulang dengan selamat.

Aku melihat Qarl keluar dari kereta. Dan. Beri salam.

Terpacul bayang mak di muka pintu.

"Waalaikumsalam."

Aku jadi gugup. Apa aku nak jawab dengan mak ayah?

"Na..."

"Bang, anak kita balik, bang."

Ayah aku juga memunculkan diri di muka pintu.

"Apa yang awak duk teriak-teriak dari tadi?"

"Anna, bang. Dengan... Eh Lee."

Qarl di sebelah mengukir senyum sumbing.

Lee?

"Anna kenal ke dengan anak Mak Ngah?"

Anak Mak Ngah?

Dia menyalami tangan mak ayah aku.

"Apa khabar Mak Su? Pak Su? Sihat?"

Eh? Apa yang sedang berlaku ni?

"Na kenal Lee dekat mana?"

Jangan cakap yang Qarl ni sebenarnya... Abang sepupu aku?

Mampus.

Aku taknak ada kaitan dengan mamat mafia ni? Penat la terlibat dengan dia. Bosan tau tak berkaitan dengan Qarl. Dengan May.

Sumpah aku taknak dia jadi saudara aku.

Huhu. Mira, aku nak lari jauh-jauh gak sekarang ni.

Damn you, Qarl Lee.

"Awak... Apa yang mak ayah saya cakap tu betul ke?"

Aku berbisik di telinga dia.

Qarl mengangguk kepala.

"Anna, ni la Abang Lee yang mak cakap dulu tu. Anak Mak Ngah yang study dekat overseas tu."

Gulp. Keciknya dunia.

Dunia aku makin mencabar. Makin berputar 360 darjah.

Aku memicit kepala yang sedikit berdenyut.

Padan muka kau, Anna. Masa mak bercerita tentang Abang Lee sikitpun aku tutup telinga tak mahu dengar ambil tahu apa-apa.

Anak Mak Ngah yang hebat belajar kat overseas tu rupanya mamat mafia senget ni.

Aku menjeling Qarl di sebelah.

Patutlah dia nampak tenang saat aku bercerita tentang family aku. Macam dia tahu banyak.

Aku tak tahu nak buat reaksi yang bagaimana.

Mira...

"Anna... Are you okay?"

Tak. I'm not okay, Qarl Lee.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience