Bukit Antarabangsa
Suasana di meja makan kelihatan tenang tanpa kelibat Fuad Sobri dan Fazilah semenjak dua menjak mereka berdua sering datang untuk makan malam tanpa membawa pasangan mereka, tingkah anak sulung dan anak keduanya itu membimbangkan Dato sri Hassan kamarudin
Farid Husin terlihat begitu berselera menikmati juadah makan malam namun saat itu dia tidak menyedari banyak mata sedang mengamati dirinya, Dato sri Hassan kamarudin dari tadi berniat mahu menanyakan jawapan anak bongsunya berkenaan perkahwinan yang telah di rancang namun cuba menahan niat tidak mahu terus menerus memaksa anak bongsunya itu manakala Fadil Fitri dari tadi asyik menjeling ke arah adik bongsunya seperti ada sesuatu yang ingin di bicarakan
"Makanlah perlahan-lahan farid"
tegur Datin sri Sahara bila melihat anak bongsunya makan seakan tidak makan seharian
"Lapar gila farid nie mak"
"Tak akan kat office tak makan lansung?,"
Tanya Datin sri Sahara dengan wajah hairan
Farid Husin menghela nafas tenang
"Kerja banyaklah mak, mana sempat"
"Bukan ke ada orang bungkuskan makanan untuk farid kat office"
Celah fadil Fitri tiba-tiba
"Memanglah ada"
Farid Husin menjeling ke arah abangnya
"Tapi farid baling makanan tu semula kat orang yang membungkus tu"
Kata-kata Farid membuatkan Fadil Fitri bahkan Dato sri Hassan kamarudin dan isterinya agak terkejut
"Farid baling?,"
Tanya Datin sri Sahara tidak memahami maksud anak bongsunya
Farid Husin mengangguk
"Yelaa.. kalau dah rehat pun dah tinggal 10 minit baru nak bagi kat Farid, hanginlah farid mak"
"Hiss.. makan pun bukan ye lama Farid, tak baik tau baling-baling rezeki,"
Tegur Datin sri Sahara kemudian mengeleng kepala
"Betul cakap mak tu farid, kesihanlah sikit kat orang yang pergi membungkus tu,"
Kata Fadil Fitri pula
Farid Husin tersengih memandang Fadil Fitri, memang dia sedar maksud abang keduanya berkata begitu
"Ah, Itu cleaner je Alang, tak perlu nak kesihan-kesihan, bagi Farid, cleaner tu macam hamba Farid je"
Fadil Fitri mengeleng kepala
"Cleaner tu manusia macam kita jugak Farid, ada perasaan,"
Farid Husin tersengih sinis sakit pula hatinya melihat tingkah kepura-puraan abang keduanya itu memang jelas-jelas ada hati dengan cleanernya
"Okaylah Alang, apa kata isnin depan, Farid suruh cleaner Farid tu jadi cleaner untuk office Alang selama seminggu, so Alang bolehlah berkenal mesra dengan Cleaner tu"
Kata Farid Husin tersengih sinis
"Tak perlulah sampai macam tu,"
"Hiss Alang nie, its okaylah, Farid tak kisah pun, cleaner tu farid boleh hantar mana-mana je farid suka"
"Pelik pula mak dengar kamu berdua nie berbual, tiada cleaner ke kat pejabat Alang?,"
Celah Datin sri Sahara
"pejabat lain semua pakai Cleaner kontrak mak, kecuali pejabat Farid, special sikit,"
Jawab Farid Husin tersengih-sengih
Fadil Fitri hanya diam, memerhati Farid Husin, namun dalam hatinya berbelah bahagi antara gembira atau tak dengan tawaran adik bongsunya itu, memang dia mula menyukai cleaner adik bongsunya tapi dia bimbang jika tingkahnya nanti di lihat setiausahanya
********
Selepas sahaja selesai makan malam, farid Husin duduk di ruang tamu bersama ayahnya tanpa kelibat Fadil Fitri, meraka berdua kelihatan sibuk melayan Telefon pintar masing-masing tanpa berbual, beberapa detik kemudian Farid Husin menerima panggilan dari Hamdan
"Yo hamdan what's up"
Ucap farid Husin
"Weii Farid, cleaner kau call akulah, katanya kau lupa ambil dia"
Farid husin diam seketika
"Alamak aku lupalah hamdan"
"Kau nie farid, menangis-nangis dia call aku tau tak, dia kata dia tunggu kau dari pukul 6 lagi, weii sekarang nie nak dekat pukul 9"
"ala apa masalahnya kalau dia tunggu sampai esok pagi pun, biarkan jelah"
"Kau nie Farid"
Hamdan diam di talian
"Aku nak tanya nie, kenapa pulak dia nak tunggu kau?,"
Farid Husin menjeling ke arah ayahnya sebelum bangun dari duduk kemudian menapak ke arah pintu rumah
"Aku bagi tumpang dia tinggal kat rumah aku, kat Ampang"
Jawab Farid Husin dengan nada perlahan sambil menapak keluar ke halaman depan rumah
"Dia takde rumah ke?,"
"Sebelum niekan dia tinggal kat hostel company lama dia, kena halaulah bila dah jadi staf kita"
"Ooo yeke"
Hamdan diam seketika di talian
"Habis tu macam manalah sekarang, nak biarkan je dia tunggu?,"
"Biarkan jela, lagi pun aku malaslah nak keluar"
"Aku dengar dari staf kau, pagi tadi kau mengamuk kat cleaner tu, itu ke kesnya?,"
"Takdelah,"
"Habis tu, tak akanlah kau boleh lupa, kau tu mulut je biadap, peragai tak?,"
"Geram pulak aku dengan kau nie hamdan, Suka hati akulah, kalau aku nak lupa pasal cleaner tu,"
"Weii farid, esokkan kau dengan dia ada kursus kahwin, kang mati pulak dia kat sana,"
Farid Husin sedikit terkejut
"Ye tak yelah pulak, aku lupalah Hamdan"
"Kau nie Farid, kau nak kahwin ke, ke taknak nie?,"
Farid Husin mengeluh perlahan sambil mengaru-garu rambutnya
"Macam nie hamdan, kau pergi ambik dia, bawak dia tinggal kat mana-mana hotel, nanti duit hotel tu aku bayar balik, esok pagi aku pergi ambil dia"
"Kenapa pulak aku yang gie ambik dia?,"
"Okay fine, no payment for you,"
"Okay.. okay farid, i go now,"
"Nanti Jangan lupa whatsapp aku, hotel mana kau bawak dia,"
"Beres Bos,"
***********
Pusat Bandar kuala lumpur
Hamdan memecut keretanya dari cheras menghala ke pusat bandar, ketika itu jalan menghala ke pusat bandar agak lengang memudahkan pemanduannya, selepas hampir 30 minit hamdan mempelahankan keretanya sambil memerhati ke arah sebuah perhentian bas tidak berapa jauh dari Bangunan Teguh holding
Seorang wanita muda bertudung hijau, berseragam biru kelihatan berseorangan duduk di perhentian bas sambil mengesat-ngesat air matanya, Fazura dengan raut wajah takut dan sedih memerhati jalan kiri dan kanannya mengharapkan Farid Husin mengambilnya, semenjak dia menghubungi Hamdan memohon lelaki itu menghubungi Farid Husin supaya memberitahu masalahnya namun sehingga sekarang Farid Husin atau hamdan tidak lagi menghubunginya
"Ya Allah, kenapalah mereka layan aku macam nie, hina sangat ke aku nie,"
Bisik Fazura mengerut wajahnya menahan tangis namun tidak lama kemudian sebuah kereta myvi berwarna merah berhenti di depan perhentian bas
"Fazura!"
panggil hamdan selepas menurunkan cermin tingkap keretanya
"sini,"
Fazura segera bangun dengan wajah terpinga-pinga kemudian menapak ke arah pintu penumpang
"Masuk je fazura,"
Arah Hamdan
"Tapi encik..?,"
Fazura agak keberatan kerana dia tunggu Farid Husin datang mengambilnya
"Jangan risau, encik farid yang suruh saya ambil awak kat sini,"
Kata Hamdan bila melihat wajah gelisah Fazura
Fazura mengangguk kemudian masuk ke dalam kereta hamdan
"Kenapa encik Farid..?,"
Fazura terdiam tidak teruskan pertanyaannya bila sedar siapalah dia untuk lelaki itu bimbangkan dirinya
Hamdan mengeluh perlahan sambil memandang fazura
"Encik farid sibuk,"
Kata hamdan seakan tahu pertanyaan dari fazura,
"Sekarang nie, encik farid suruh saya bawa awak tinggal dulu kat hotel, awak soranglah bukan dengan saya"
Kata Hamdan lagi kemudian tersengih
"Nanti esok pagi dia datang ambil awak, okay,"
Fazura mengangguk lemah
Hamdan lantas memijak pedal minyak keretanya,
"Saya hairan"
Kata Hamdan sambil mengalih pandangannya ke arah fazura kemudian mengalih pandangannya semula ke arah tingkap hadapan Kereta
"selalunya encik farid jarang terlupakan sesuatu yang penting, contohnya dia lupa ambil awak,"
Fazura tersengih nipis
"Saya tak penting pun, encik Hamdan,"
"Awak tu pentinglah, kan Encik faridkan nak kawin dengan awak,"
"Dia kawin sekejap je dengan saya"
Jawab fazura wajahnya terlihat sedih
Hamdan menghela nafas panjang, dia sendiri memang sudah sedar kemungkinan perkahwinan antara Fazura dan Farid Husin tak akan lama
"Apa yang sebenarnya belaku pagi tadi, saya dengar, encik farid mengamuk pada awak?,"
Fazura menuduk tidak terus menjawab pertanyaan Hamdan
"salah saya, sebab saya lewat hantar bungkusan sarapan kat encik farid,"
"Itu je alasannya,"
Hamdan tersengih
"Cakap jela staf ramai time tu, tak akanlah si farid tu tak boleh nak terima,"
Fazura mengeleng kepala
"Saya lewat sabab berbual dengan abang Fadil"
Hamdan lantas mengalih pandangan memandang Fazura
"Abang?,"
Fazura mengangguk kemudian memandang hamdan
"Dia yang suruh saya panggil dia abang"
Hamdan mengeluh berat sambil mengalih kembali pandangannya di tingkap hadapan
"Hati-Hati awak, jangan seberangan panggil orang abang, lagi-lagi encik fadil, dia tu dah ada girlfriend,"
"Encik Hamdan salah faham, saya bukan minat kat dia, lagi pun saya sedar, saya nie cuma cleaner,"
"Bukan itu masalahnya, cuma sekarang memang tak minat, takut nanti lama-lama boleh jadi minat"
Kening Fazura lantas berkerut, kata-kata hamdan sama seperti Farid Husin pagi tadi saat memarahinya
"Maafkan saya encik Hamdan, kalau saya bertanya,"
Kata Fazura sambil memandang Hamdan
"Tanya jelah,"
balas Hamdan semula
"Apa masalah dengan encik Fadil,"
Hamdan mengeluh lagi
"Encik Fadil tu okay orangnya, tapi dia bukan jenis lelaki yang suka-suka mendekati orang perempuan, kecuali kalau dia minat,"
Hamdan mengalih pandangan ke arah Fazura
"Contoh awaklah, kalau dia dah suruh awak panggil dia abang, maksudnya di suka kat awaklah, sebab tu saya suruh awak hati-hati,"
"Saya tak minat pun dengan dia, cuma bila dia bercakap tak sama macam encik farid,"
Hamdan terangguk-angguk
"Betul, tapi encik farid tu mulut dia je yang biadap, tapi dia bukan kaki perempuan, bukan kaki club, walaupun mulut dia macam tu, tapi dia suka menolong orang, macam awak sekarang, lepas tiga bulan nanti, gaji awak naik, semua rawatan klinik hospital company tanggung, tiap-tiap bulan dapat bonus, walaupun awak cuma cleaner, semua tu awak tak akan dapat dari company lama awak, dan awak perlu tahu, awaklah satu-satunya staf cleaner permanent dalam Teguh holding,"
Jelas Hamdan kemudian tersengih
Fazura menghela nafas berat wajahnya berkerut sedih
"Tapi encik farid layan saya, macam saya nie bukan perempuan, tapi macam hamba dia yang tiada perasaan"
"Sabar jelah awak, tapi kalau awak rasa encik Fadil tu lebih bagus dari encik farid, awak minta je kat encik Farid yang awak nak pindah department, mesti di bagi punya, pecayalah,"
*************
Ke esokkan harinya
"Mana pulak tuala nie, tadi aku dah bawa masuk"
Bisik fazura sambil mencari-cari tuala di dalam bilik air selepas selesai mandi
Fazura lantas membuka pintu bilik air tanpa seutas benang kemudian keluar dari bilik air
"Astafirullahalazim,"
Ucap Farid Husin sambil berdiri di depan pintu bilik memandang ke arah Fazura
"Aaaaaa!!!!!,"
Jerit Fazura kemudian bergegas menapak semula ke dalam bilik air
"Encik farid lain kali ketuk dulu, sebelum masuk!,"
jerit Fazura di dalam bilik air
"Ye.. ye.. jangan risau aku keluar sekarang"
Farid Husin lantas menapak keluar dari bilik
"Dia ingat aku terasang tengok dia macam tu, puii,"
Share this novel