CHAP 19

Romance Series 74213

"Tambah lagi Anya, sikit sangat kamu makan tu." tegur Mummynya. Bahr sudah pelik. Kenapa Anya ini seperti orang yang rapat dengan keluarganya. Tapi, satu apapun dia tidak tahu. Lama dia merenung Anya yang duduk di sebelah Becky. Ya, semenjak dia disahkan hilang ingatan, dia tidak ingat satu apa pun, kecuali.. dia hanya mengingati dia belajar di Paris.

"Darling.. boleh cedokkan I udang?" soal Sherry, manja. "Oh.. sorry Candy. Okay-okay.." kata Bahr. "Sherry, dengar cerita akan ke USA, betul ke?" soal Mummynya. "Ya mummy. Lima bulan dekat sana." kata Sherry. "And after that, saya akan khawini Sherry, tak nak dah dia lari dari Bahr." senyum Bahr. Becky hanya diam. Begitu juga Anya, "syukur.. kau akan kahwin Bahr. Aku gembira." bisik Anya dalam hati.

"Ni Bahr nak tanya, Anya ni.. Anya ni siapa ye? Macam mana Mummy kenal dia?" soal Bahr. Mummynya hanya ketawa, "Anya ni kawan baik Becky, dari zaman universiti lagi." kata Mummynya. "Maksudnya, Anya yang jaga Becky bagi pihak Bahr lah kan. Oh, terima kasih lah.. Tapi, maksudnya adakah sebelum Bahr hilang ingatan kita pernah berkenal?" soal Bahr, pelik.

"Memang lah berkenal, korang tiga macam belangkas dulu. Ke mana ada Anya dan Becky, dekat situ ada Bahr." usik Mama Becky pula. "Lah.. yeke? Tapi, kenapa tiga bulan sebelum ni, Saya tak nampak Anya pun? Basically, kalau kita rapat, mesti awak pun akan ada dekat hospital kan?" soal Bahr.

"Anya dah jaga awak dekat hospital. Kami bergilir-gilir." kata Mummynya. "Oh yeke, terima kasih ye. Yelah.. awak tu tak ada apa-apa kaitan dengan kami pun terpaksa jaga saya. Tapi, saya pun harus berterima kasih dengan Sherry, selalu saya dengar suara dia bercakap dengan saya. My Candy.." senyum Bahr.

Anya hanya diam. "Biarlah Anya.. Dia gembira, dan aku akan bahagia." bisik Anya.
***
"Hati-hati balik tu Anya.. Okay?" kata Becky. "Okay, no problem.. Kau tu, jangan sampai terlupa kerja esok." usik Anya. "Apa pula nak lupa, nanti kena potong gaji aku oleh bos aku ni. Hahahaha." Becky ketawa, begitu juga Anya ketawa. "I miss this. Kita gelak ketawa dan sebagainya. Zahin balik esok kan? Sakan lah kau ni esok." kata Becky.

"Takde lah sakan nya pun. Cuma tulah, tengok lah bulan depan Datin Zainab cakap Zahin hantar rombongan meminang." kata Anya. Ya, selama tiga bulan ni, Zahin yang sentiasa ada dengan dirinya. Mungkin, Zahin lah orangnya.

"Yalah.. semua nak khawin. Tinggal aku jelah yang anak dara ni." kata Becky. "Takpe, nanti.. bila aku kahwin, ada anak. Kaulah jadi bibik aku." usik Anya. "Okay, janji gaji butik dengan gaji jaga anak kau kasi lain. Hahhaha." ketawa lagi mereka berdua.

"Amboi.. gelak sakan nampak." kata Bahr, lama dia melihat ke arah dua kawan baik tersebut. Dan, apa yang paling dia suka dengar, suara Anya dan ketawanya. Entah kenapa, selepas menghantar Sherry ke kereta tadi, sempat juga dia mendengar perbualan Anya dan Becky. Sesekali nama Zahin kedengaran.

"Sorry kacau.. Tapi, nak tanya siapa Zahin tu? Sebab nama dia sama dengan nama musuh Abang waktu belajar dekat Paris tu." kata Bahr, manalah tahu, dunia ini kecil. "A ah, dia lah tu. Zahin, musuh Abang. Bakal tunang Anya ni." kata Becky.

"Ehh, kijap.. macam mana korang boleh kenal Zahin?" soal Bahr. "Ibu dia pelanggan tetap butik kami, merangkap bakal ibu mertua Anya ni." kata Becky. Anya hanya tersenyum kecil kepada Bahr. Lama Bahr merenung Anya. "Kenapa pula sakit hati aku bila Anya nak tunang dengan Zahin erk? Apa kaitan dengan aku ni? Biarlah mereka." bisik Bahr dalam hati.

"Okay, saya balik dulu. Jumpa esok ye Becky." kata Anya. "Becky je? Ni saya, awak tak sapa pun." kata Bahr, terasa hati seakan Anya ingin melarikan diri dan tak nak bercakap dengannya. "Okay, saya balik dulu ye, Encik Bahr." kata Anya.

"Encik? Panggil Bahr jelah." senyum Bahr. Anya hanya membalas senyuman Bahr dan meninggalkan mereka.

Becky melihat ke arah Bahr sehingga kereta Anya berlalu pergi. "Abang, kenapa tengok Anya macam tu?" soal Becky. "Entahlah. Abang pun tak faham dengan diri Abang ni. Asyik nak tengok Anya je. Tadi pun dekat meja makan, perasaan Abang macam nak suruh je Anya makan banyak, nak je Abang cedokkan lauk dekat pinggan Anya. Hishh.. entahlah.." kata Bahr, pelik dengan dirinya.

"Tu sebab Abang risaukan Anya." tu sahaja daripada Becky. "Risau? Pelik kan? Kenapa Abang risaukan dia ye? Memang sebelum Abang hilang ingatan, Abang selalu risaukan dia ke? Abang rapat sangat ke dengan dia? Dia pernah jadi girlfriend Abang ke?" soal Bahr bertalu-talu.

"Saya kalau boleh tak nak bagitahu. Sebab, saya takut.. bak kata Anya, adalah lebih baik kita macam ni." kata Becky terus masuk ke dalam.

"Kau antara orang yang penting dalam hidup aku ke Anya Inayla?" soal Bahr, sendiri.
***
"Sibuk ke sayang?" soal Zahin, terkejut Anya ketika sedang mengambil ukuran di kain untuk dipotong. "Zahin.. bila awak sampai?" soal Anya, dia gembira. "Adalah dalam 10 minit, sempat jugalah tengok orang tu ralit sangat nak potong kain." kata Zahin.

Anya mendekati Zahin. "Terima kasih sebab balik dengan selamat." Kata Anya, Zahin tersenyum. "Dan, terima kasih sebab tunggu saya. Dah, jom makan nak. Boleh kan Becky saya nak curi bakal tunang saya ni dulu?" soal Zahin. Anya hanya tersenyum, "boleh.. apa salahnya.." kata Becky.

Zahin mengambil beg tangan Anya dan memimpin tangan Anya,seakan tidak mahu dilepaskan.
***
Zahin lama merenung Anya. "Dah puas renung saya Encik Zahin Zyril?" soal Anya. Zahin hanya ketawa. "Maaf, ralit sangat tengok bakal tunang saya ni. Makin lama makin lawa.." kata Zahin. "Biasalah, siapa punya bakal tunang. Hehhee." ketawa suka Anya.

"Eh, Anya kan?" suara lelaki kedengaran. Anya melihat ke arah suara tersebut dan begitu juga Zahin. "Bahr?" serentak suara mereka berdua keluar. "Zahin.. what a small world, apa khabar musuhku?" soal Bahr, terus menyalam tangan lelaki tersebut. "Kau dah ingat ke?" soal Zahin.

"Ingat apa?" soal Bahr membalas pertanyaan Zahin. Zahin melihat Anya dan melihatkan Anya mengelengkan kepalanya, Zahin mengerti. "Kau tengah tunggu siapa?" soal Zahin. "Tengah tunggu Sherry, ahh.. tu dia.. Maklumkan lusa dia nak berangkat ke USA." kata Bahr.

"Hai Zahin, hai Cik Anya." ramah Sherry terus merangkul lengan Bahr. Menandakan Bahr dia punya. "Hai Sherry." kata Zahin. "Ahh, apakata kita makan sama-sama dengan mereka.. Boleh tak darling?" soal Sherry.

Zahin sudah tidak senang, apa lagi yang Sherry ingin rancangkan. Dia harus melindungi kekasihnya. "Boleh tak Zahin, Anya?" soal Bahr.

"Boleh, apa salahnya. Kan Zahin?" soal Anya. Zahin hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju. "Mesti ada sesuatu Sherry ni, apa lagi dia tak puas hati ni? Gila punya perempuan!" bengang Zahin dalam hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience