Bab 3

Romance Completed 34148

"Morning mama..." Sapa Daniel lalu mencium pipi kiri mamanya.

"Morning sayang..." Balas Puan Akisya.

Dia sudah biasa menerima ciuman daripada anak tunggalnya itu. Setiap hari bila dah turun untuk sarapan, pipi Puan Akisya akan dicium dahulu. Manja. Yap, Daniel sememangnya manja dengan mamanya memandangkan hanya dialah satu-satunya penyeri dalam kehidupan Puan Akisya dan suaminya, Haiman Lew.

Daniel mengambil tempat dihadapan mamanya. Hari cuti begini dia selalunya lambat turun untuk bersarapan. Jikalau hari bekerja, pukul 8 lagi dia sudah bersiap untuk ke pejabat. Memandangkan hari sabtu dan ahad cuti, akan dia gunakan masa ini sebaik mungkin untuk rehatkan diri. Maklumlah... kerja Daniel agak sibuk sikit.

"Papa mana?" Soal Daniel apabila kelibat papanya tidak kelihatan. Nasi goreng ayam yang dimasak oleh mamanya dimakan dengan penuh kenikmatan. Sedap. Masakan mamanya memang terbaik baginya.

"Macam biasalah... dia pergi main golf dengan pak long kamu. Dah rutin mingguan mereka kan?" Balas Puan Akisya. Suaminya baru sahaja keluar untuk bermain golf bersama Dato' Ikram, abang sulung Puan Akisya.

Daniel hanya mengangguk. Sengaja tanya tadi. Mana tahu tiba-tiba hari ini papanya tidak keluar untuk bermain golf. Itu dah satu keajaiban namanya. Hihi... yalah, golf dan papanya memang tidak boleh dipisahkan.

Daniel tersenyum sendiri. Lucu bila dia mengata perihal papanya sendiri.

Puan Akisya sedari tadi memandaag pelik ke arah anaknya. Dah kenapa Daniel senyum macam tu? Dengan pakaian lawa macam ni, dia nak pergi mana? Lama Puan Akisya menilik penampilan Daniel sebelum bersuara.

"Niel nak pergi mana? Lawa aje mama tengok."

"Niel nak ke rumah kak Na. Dah lama tak jenguk Naufal." Balas Daniel.

Dua minggu lalu dia amat sibuk dengan kerjanya sehinggakan tiada masa untuk bertemu dengan si kecil Naufal. Dia rindu anak buahnya yang satu itu. Naufal merupakan anak sulung kepada Naurah dan Nazim. Naurah merupakan anak kepada pak long Daniel, Dato' Ikram. Bermakna dia dan Naurah adalah sepupu.

"Mama nak ikut?" Soal Daniel pada mamanya.

Puan Akisya menggeleng kepala. "Mama ada kerja sikit nak buat. Tapi mama nak kirimkan kek untuk kak Na kamu nanti. Semalam dia ada call mama. Dia nak makan kek buatan mama. Mengidam katanya. Jadi, dah Niel nak ke sana, mama kirim sekali la ya..."

"Dah 6 bulan kandungan kak Na... takkan masih mengidam lagi kut..." Ujar Daniel sambil memerhatikan mamanya yang sedang sibuk memasukkan kek yang di buat semalam ke dalam bekas.

"Biarkan ajelah Niel. Orang mengandung memang macam tu. Masa mengandungkan Niel pun mama kuat mengidam tau. Even dah 8 bulan masa tu, mama masih nak makan sesuatu yang mama tak pernah cuba sebelum ni. Nasib baik papa sabar aje dengan karenah mama..." Puan Akisya tersenyum bila mengingati detik-detik dia mengandungkan Daniel, cahaya mata pertama mereka.

"So sweet mama and papa..." Usik Daniel. Dia suka mendengar cerita lama daripada mamanya. Dia ingin tahu semuanya sebab dia tidak dapat mengingati semua itu... langsung tak....
Puan Akisya tergelak kecil. Bungkusan yang terisi kek tadi diberikan kepada Daniel.

"Nah... kirim salam kat Na dan Mi. Say sorry from mama sebab dah lama tak jenguk mereka sekeluarga."

Mama amat rapat dengan Naurah. Kalau orang yang tak kenal keluarga mereka, mesti dah salah anggap Naurah anak kepada Puan Akisya... sebab mereka rapat dan Daniel bahagia dengan semua itu. Dia juga rapat dengan Naurah. Dia sudah menganggap Naurah sebagai kakak sendiri. Apa salahnya untuk dia merasakan kasih sayang daripada seorang kakak. Dia juga ingin merasai semua itu.

"Okey mama... Niel pergi dulu. Bye..." Daniel sudah berdiri. Barang kiriman mamanya segera dicapai. Pipi mamanya dicium sekilas sebelum berlalu.

Puan Akisya tersenyum sahaja melihat telatah anak terunanya itu.

"Daddy Niel!" Naufal segera berlari mendapatkan Daniel. Sekejap saja sudah berada dalam dukungan Daniel.

"Rindu daddy Niel tak?" Soal Daniel kepada Naufal. Naufal kelihatan sangat comel.

"Along rindu sangat dengan daddy Niel." Si kecil Naufal memaut leher Daniel dan memeluknya erat. Daniel terus mencium pipi Naufal berkali-kali sehinnga Naufal sudah kerana kegelian. Lepaskan rindu katanya.

Naurah yang menyaksikan gelagat mereka tersenyum. Anak sulungnya, Naufal sememangnya amat manja dengan Daniel. Dia sendiri tidak tahu bagaimana Naufal boleh menyukai Daniel sedemikian rupa sehinggakan memanggil Daniel 'daddy'. Setahu dia, anaknya itu sukar untuk didekati oleh orang lain. Tetapi, dengan Daniel tak payah tunggu lama. Sebulan selepas kepulangan Daniel daripada overseas, mereka dah jadi macam anak beranak dah pula.

"Seorang aje Niel?" Naurah mendekati mereka.

"Ha ah. Singgah nak jumpa Along." Daniel menurunkan Naufal daripada dukungannya.

"Kiriman dari mama..." Daniel menyerahkan beg plastik itu kepada Naurah.

"Wah kek!!" Naurah teruja apabila melihat isi di dalamnya.

"Niel duduklah dulu. Akak nak ke dapur kejap."

"Baiklah kak. Along, mari sini dekat daddy. Daddy ada belikan sesuatu untuk Along ni..." Laju sahaja Naufal berlari mendapatkan Daniel semula apabila Daniel menunjukkan sebungkus coklat cardbury kepadanya.

"Abang Mi mana kak?" Soal Daniel apabila Naurah datang dengan mengangkat dulang di tangan.

"Ada kat bilik lagi. Kejap lagi turunlah tu." Naurah tersenyum.

"Mama, tengok ni. Daddy Niel belikan Along coklat." Si kecil Naufal menunjukkan coklat itu kepada mamanya. Daniel dan Naurah tergelak melihat aksi comel Naufal.

"Excitednya anak mama ni."

"Sayang... hai Niel." Nazmi datang menyertai mereka dan mengambil tempat di sebelah isterinya. Bahu isterinya dipeluk sayang.

"Abang, kita ada tetamu ni." Naurah mengingatkan Nazmi apabila suaminya itu selamba sahaja memeluk bahunya dihadapan Daniel.

"Alaaa, Daniel aje pun tetamu kita. Dia bukannya kisah sangat pun. Iya tak Niel?" Dua pasang mata memandang Daniel. Daniel hanya mampu tersengih.

"Papa, Along bosanlah papa. Kenapa kita tak jalan-jalan? Daddy Niel, daddy Niel bawalah Along jalan-jalan." Naufal berkata tiba-tiba. Dia memasamkan muka.

Naurah, Nazmi dan Daniel tergelak melihat telatah Naufal. Comel pula bila dia buat muka macam begitu. Sebijik macam mama dia. Hahaha... Daniel sambung gelak dalam hati.

"Papa tak sihatlah Along. Lain kali kita jalan-jalan ya. Papa need to rest." Naurah memujuk anaknya.

"Alaaa... daddy Niel..." Dengan ibu bapanya tak jalan, Daniel pula yang jadi mangsa pujukan Naufal untuk membawanya keluar.

"Okey, lepas ni daddy Niel bawa Along jalan lepas tu kita pergi rumah Nek Su. Nak tak?"

Laju sahaja Naufal mengangguk.

"Nak nak... yey, boleh jumpa Nek Su. Daddy Niel tunggu kejap tau. Along nak tukar baju kejap." Dengan senang hatinya Naufal berlari kebiliknya untuk menukar pakaian. Semangat benar dia untuk jalan bersama Daniel.

Nazmi dan Naurah hanya tersenyum melihat telatah anak sulung mereka.

"Abang Mi sakit apa?" Soal Daniel.

"Abang muntah-muntah tadi kat pejabat. Kepala abang dah pening sangat. Itu yang minta Pak Amat hantarkan abang balik rumah." Nazmi membuka mulut menceritakan segalanya.

"Dah check ke klinik ke?" Prihatin Daniel bertanya. Mana tahu kut Nazmi kena poison food.

"Penat dah mulut kak Na suruh dia ke klinik tapi dia tak nak dengar cakap akak juga." Naurah menyampuk perbualan Nazmi dan Daniel.

Tersengih Daniel mendengar manakala Nazmi menepuk perlahan bahu isterinya. Kena ambil hati isteri dahulu.

"Alaaa, sakit perut biasa aje ni Na. Bukan serius sangat pun sakit abang ni."

"Tak serius apanya? Kalau dah siap tak larat nak jalan tadi." Marah Naurah pada suaminya. Tapi marah sayang saja.

"Mungkin ini sakit untuk petanda baik baik tak?" Naurah memandang ke arah suaminya. Petanda baik apa?

"Maksud abang?"

"Manalah tau Along bakal ada adik baru lagi." Tergelak Daniel mendengar perbualan mereka suami isteri.

"Auch!!" Terjerit kecil Nazmi apabila isterinya mencubit pehanya.

"Sakitlah Na..." Ganas juga Naurah ni kalau mencubit. Habis merah peha Nazmi.

"Padan muka. Mulut tu tak nak diam kan?" Naurah menjeling manja ke arah suaminya.

Tersengih dia apabila dijeling oleh isteri tercinta. Sengaja dia ingin mengusik isterinya. Bukan dia tak tahu isterinya itu sedang mengandungkan anak kedua mereka.

"Daddy Niel... along dah siap. Jomlah jalan." Naufal sudah menarik tangan Daniel. Tak sabar nampak si kecil Naufal ni.

"Handsomenya anak mama." Naurah mencubit pipi tembam Naufal. Comel! Memanglah comel kalau dah mama dan papa dia cantik dan handsome. Hahah... perasan kejap.

"Along nak ikut daddy Niel jumpa Nek Su dan jalan-jalan. Kan daddy Niel?" Naufal mendongak memandang Daniel yang sudah tersenyum.

"Iya sayang... kak Na, bolehkan Niel bawak Along keluar?"

"Kalau akak cakap tak boleh pun, dia tetap juga nak ikut nanti. Tengoklah tu, siap pakai baju lawa-lawa lagi. Bosan tahap gilalah tu duduk rumah."

"Along, so sorry. Papa tak dapat nak bawa Along jalan. Lain hari kita pergi ya sayang?" Nazmi memandang Naufal. Naufal tersenyum dan memeluk papa dan mamanya.

"Papa janji nanti bawa Along pergi zoo ya..."

"Boleh sayang. Untuk Along, dengan zoo-zoo itu sekali papa belikan untuk along tau." Tergelak besar mereka dengan gurauan Nazmi kepada anaknya yang jelas kebingungan memandang kearah mereka bertiga.

"Okeylah kalau macam tu. Along, salam mama dan papa." Nazmi dan Naurah menghantar Daniel sehingga depan pintu. Naurah mencium sekejap pipi anaknya apabila Naufal datang menyalami mereka.

"Along jangan nakal tau." Pesan Naurah. Naufal mengangguk dan tersenyum kearah mamanya.

"Abang Mi, kak Na, Niel pergi dulu."

"Hati-hati memandu Niel."

Kereta yang dipandu Daniel meninggalkan halaman rumah Naurah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience