Somewhere in Malaysia
PAK!
Lontaran padu Iphone 6 Plus miliknya menghasilkan sedikit retakan kecil di cermin sisi kereta di bahagian sebelah penumpang. Lantas diputarkan volum radio sekuat yang boleh. Mengharapkan alunan muzik yang dimainkan oleh DJ Radio bisa mententeramkan hatinya yang sedikit membara.
"Tengah malam buta ni kau nak buat hal lah waze oi! Aku nak keluar ke highway je pun! Entah ceruk lorong mana kau bawa aku daa... mengong!"
Maya Harlisya Dato' Haji Smith Abdullah. Gadis muda yang baru berusia 19 tahun. Menghadiri satu majlis alumni sekolah menengah yang dianjurkan oleh bekas senior merangkap ‘crush’ beliau di salah sebuah resort terkemuka yang terletaknya di salah satu lokasi peranginan berkonsepkan permandangan laut.
Sepatutnya Maya Harlisya bermalam di resort tersebut bersama teman-teman yang lain. Akan tetapi hatinya kuat mahu berangkat pulang ke Kuala Lumpur pada malam ini juga.
BUK!
****
MAYA Harlisya sudah mulai tidak senang duduk. Sedari tadi figuranya asyik bermundar-mandir di hadapan pintu wad unit kecemasan.
Darah yang memekat likat melekat di sekitar telapak tangan dan pakaiannya tidak diendahkan. Dia hanya risaukan akan sesuatu perkara dan tidak mahu dirinya digelar sebagai...
Seorang pembunuh!
"Doktor. Macam mana dengan keadaan lelaki bertattoo tu?"
"Cik ni waris kepada si mati ke?" Raut wajah cantik Maya Harlisya sudah berubah pucat tanpa darah!
"Arghhh! Tidak! Saya tak bunuh dia doktor! Dia yang lintas jalan secara tiba-tiba!" Maya Harlisya sudah meraung ketakutan. Beberapa jelingan mata-mata yang berada di sekitar ruang menunggu wad hospital langsung diendahkan!
"Cik. Bertenang cik. Saya ulang sekali lagi pertanyaan saya. Cik ni waris kepada si mati ke?" Doktor yang dikenali sebagai Mazlan itu hanya tersenyum tipis sebaik sahaja melihat gelengan lemah si gadis muda tersebut.
"Cik jangan risau. Punca kematian lelaki tu bukanlah disebabkan impak kereta yang dipandu oleh cik melanggar dia... tetapi..."
Dr. Mazlan berdehem sebentar sebelum menyambung bicaranya. Sedikit serba salah mahu memberikan penjelasan kepada gadis muda ini. Tetapi baginya... dia perlu juga lakukan demi meredakan rasa bersalah yang menghuni diri gadis ini yang sudah berfikiran bahawa dialah punca kepada kematian ‘jejaka bertattoo’ yang tidak dikenalinya itu.
"Lelaki itu mati disebabkan kehilangan banyak darah akibat kesan beberapa tembakan dan tikaman di beberapa bahagian anggota badan..."
**
"UWEKKK... uwekkk... uwekkk..."
"Kasihan sungguh la aku dengan baby boy ni. Baru saja berusia sehari. Ayah budak ni sudahlah meninggal dunia dalam keadaan tragis. Senang cerita diklasifikasikan mati dibunuh! Pula tu waris tak tahu siapa. Kalau tak dituntut dalam tempoh masa yang ditetapkan... sah-sahlah budak ni terpaksa dihantar ke Pusat Persatuan Kebajikan."
Kebetulan Maya Harlisya yang barusan sahaja keluar dari bilik wad yang menempatkan mayat ‘si jejaka bertattoo’ terkalih sebentar ke sisi sebaik sahaja mendengar perbualan tersebut di antara dua orang misi hospital.
Ya! Kalut punya pasal... hampir sahaja terlupa akan satu lagi jasad. Jasad kecil yang masih lagi bernyawa!
"Maaf Cik-Cik Misi. Ini ke bayi yang saya bawa sekali ke sini dengan ayah dia?"
"Ya cik..."
Entah mengapa... sebaik sahaja Maya Harlisya mengendong bayi lelaki tersebut di atas pangkuan ribaannya... hati dan nalurinya dijentik dengan satu perasaan yang aneh... tetapi cukup indah sekali.
"Hello little cutie Danial Armand...." Nama itu spontan meluncur di bibir Maya Harlisya.
"Mulai hari ini... Danial Armand bin Abdullah adalah..."
"Anak mama."
Mellbie ISR
Actual date published: 1/6/2021
Republished cum editing: 30/8/2022
Share this novel
ada buku novel kan.mcm mna nk bli
yeahhhh dah ada