Cara mengajar baharu

Adventure Series 173

Seperti kebiasaan, Saizo akan melukis sesuatu di papan putih kelas. Kali ini dia melukis muka Puan Rohayati dengan melukis tahi lalat yang besar di mukanya. Shafeeqa memarahi Saizo dan menasihatinya supaya berhenti melukis wajah hodoh kerana itu merupakan sejenis buli dan juga ejekan. Mizan hanya mempersetujui kata-kata Shafeeqa. Tetapi, Saizo tidak mendengar sepatah pun kata-kata Shafeeqa.

Sebelum sebuah petengkaran yang dahsyat berlaku, Iman terlebih dahulu menarik tangan Saizo untuk menghentikan Saizo daripada terus-menerus melukis wajah hodoh itu di papan putih.

Pada masa yang sama, Puan Rohayati tiba di kelas. "Maafkan saya... Tadi saya terlewat... Berdasarkan pemerhatian saya, kamu semua amat gemar untuk bermain. Jadi, saya sudah membuat keputusan!Kita akan melakukan proses pembelajaran sambil bermain!" jelas Puan Rohayati bersemangat. Semua pelajar 2B masih kehairanan, apakah yang dimaksudkan oleh Puan Rohayati.

"Ini adalah 'Jadual Markah Adab' kamu semua! Jadual ini akan menunjukkan markah yang kamu perolehi apabila kamu semua melakukan sebarang kebaikan dan menunjukkan adab yang baik kepada semua orang. Sesiapa yang mempunyai markah yang paling tinggi akan mendapat hadiah menarik!"jelas Puan Rohayati selebarnya. "Saya masih tidak faham, tetapi jika ada hadiah, saya rasa ini merupakan sesuatu yang menarik!"ujar Balqis. Malah, kata-kata Balqis dipersetujui oleh semua pelajar 2B.

"Oleh itu, ayuh mulakan sesi pembelajaran kita pada hari ini!" jerit Puan Rohayati dengan bersemangat. Semua pelajar 2B mula menjadi malas semula apabila mendengar bahawa hari ini mereka tetap perlu belajar. "Ala... mengapa hari ini juga? Tidak bolehkah kita semua tidak belajar untuk sehari dan hanya bermain untuk hari ini? " ujar Amin yang sudah hilang semangatnya.

"Hey, hey! Don't judge a book by it's cover~ Pembelajaran tidak semestinya membosankan... hari ini kita akan belajar membuat sebuah karangan cerita fiksyen bahasa inggeris, dan kita semua akan membina jalan ceritanya bersama-sama!" kata Puan Rohayati untuk menenangkan hati para pelajarnya. "Setiap pelajar perlu menyambung ayat yang dikatakan oleh pelajar lain secara spontan untuk menghasilkan sebuah kisah yang lengkap. Sebagai contoh, saya mengatakan 'I walked in the wood last month'. Kemudian Amira menyambung 'And then I saw a monkey playing on the tree' dan seterusnya Hidayah sambung 'The monkey was too cute'. Sekarang sudah faham cara permainannya? " jelas Puan Rohayati.

Dan ceritanya bermula. (Saya ringkaskan ceritanya begini):

Amira: I was walking in the woods with my brother last month.
Hidayah: We realized that we were lost
Balqis: Then I saw a big tree.
Jasslene: So I climbed the tree to see where we were.
Hau Yee: I was very happy to see a nearby town.
Min Chi: Unconsciously, my shoes have fallen off.
Salnia: So I went back down to find where my shoes were.
Izzah: But I did not find my shoes.
Natasya: When I looked back, my brother was gone.
Pashwinny: I'm separated from my brother.
Thurgashini: I feel very sad.
Kuganeswaari: Then I saw a cute rabbit.
Eva: Then I followed the rabbit.
Shafeeqa: I followed it until I arrived at an aboriginal village.
Mizan: I was amazed to see that very beautiful area.
Nuha: I see a lot of handsome men and very beautiful and polite women.
Umairah: But their animals are not polite.
Anis: Th-The-Then... I... I... I was invited to the... the... their ho-use...house~.
Jaanardthan: The service provided was excellent.
Jia Sheng: The girls fed food into my mouth.
Iman: The taste of the food is very good.
Ikmal: It feels like in Isekai.
Noel: Many girls want to marry me.
Zaim: A few months later, we got married.
Kimie: A few years later, I was blessed with a cute child.
Nash: The child's name is Zaitama.
Azri: But there are evil creatures who want to eat the villagers.
Daniel: My wife wanted to save this village and was eaten by the creature.
Kishen: Then Zaitama came to save the village.
Amin: But Zaitama said he did not want to fight.
Fauzan: Then Zaitama was swallowed by the creature.
Mi 9: Then, the creature wanted to swallow me.
Saizo: I was very scared and then I realized, it was just a dream.

Maka terciptalah sebuah kisah yang lengkap (walaupun ceritanya mengarut)

Puan Rohayati hanya ketawa mendengar cerita yang disampaikan oleh pelajar 2B. Selepas itu, mereka semua menulis karangan berdasarkan apa yang mereka sampaikan sebentar tadi.

Setelah tamat mata pelajaran Bahasa Inggeris, kelihatan seperti pelajar 2B sudah berminat untuk berlajar lebih lagi. Nampaknya rancangan Puan Rohayati berjaya.

Malah Saizo sendiri mengatakan bahawa dia gembira Puan Rohayati yang mengajarnya Bahasa Inggeris. "Seronoklah belajar dengan Puan Rohayati! Saya harap Puan Rohayati juga mengajar mata pelajaran Matematik!" ujar Saizo.

"Matematik? Mengapa dengan Matematik? Kamu tidak menyukai mata pelajaran tersebutkah? " soal Puan Rohayati kehairanan. "Benar! Matematik adalah sejenis mala petaka yang sangat dahsyat dan mampu menghancurkan dunia dengan menggunakan bom-bom pop quiznya yang dahsyat! Tetapi, gurunya tetap membosankan~" balas Saizo dengan penuh perasaan.

"Patutlah kamu semua tidak suka untuk belajar, rupanya disebabkan guru-guru kamu yang sangat membosankan... Saya sudah faham, " kata Puan Rohayati setelah mendapat tahu perkara yang sebenar. "Nanti saya akan berbincang dengan guru-guru kamu yang lain~" sambung Puan Rohayati. Saizo dan juga pelajar lain amat gembira lalu mengucapkan terima kasih kepada Puan Rohayati lantas memohon maaf atas kenakalan mereka sebelum ini.

Puan Rohayati pun tersenyum gembira. Itulah namanya,

Jika kita memahami orang lain, hubungan kita dengan mereka akan bertambah rapat

-Slayerz Xyzo

"Bagaimana perkembangan awak, Ejen 205? " soal seorang perempuan di dalam sebuah alat komunikasi yang tidak wujud di dunia biasa. "Segalanya baik-baik sahaja. Saya boleh uruskan pelajar ini, Puan Farah. " balas Puan Rohayati. "Ingat, awak kena lakukannya sebelum terlambat!" jelas perempuan tersebut.

Siapakah Puan Rohayati yang sebenarnya? Adakah beliau seorang pengintip yang ditugaskan untuk membunuh pelajar 2B?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience