Chapter 7

Family Completed 11174

" Assalamualaikum, Fiq " tiba tiba Adham Rahman, suami Tengku Adira tiba di hospital Kuala Lumpur.

" Waalaikumsalam, ha sampai pun. Jem ke bang? " Tengku Afiq menjawab salam dan bertanyakan soalan.

" Haah, ada jem tadi. Kat Seremban nak masuk KL tu. Fuh. Panjang. Ni Kak Dira macam mana? " Adham bercerita sedikit lalu menanyakan tentang isterinya.

" Masih belum ada perkembangan dari doktor lagi bang. Sabar eh " jawab Tengku Afiq. Tiba tiba seorang doktor keluar dari situ. Dia bertanyakan tentang Adham Rahman.

"Encik ni siapanya Tengku Adira? " tanya Doktor Nafeesha kepada Adham.

" Saya suaminya Tengku Adira " jawab Adham.

" Tahniah. Tengku Adira selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Tadi terdapat sedikit komplikasi ketika mengeluarkan bayi. Mujur saya dan Dr Naim berjaya mengawalnya. Apepun Tahniah ya " ucap Dr Nafeesha.

" Terima Kasih Doktor. Kerana menyelamatkan nyawa isteri saya " kini giliran Adham mengucapkan terima kasih.

" Sebenarnya, awak tak perlu berterima kasih kepada saya. Awak hanya perlu berterima kasih kepada Allah kerana memanjangkan umur isteri awak. Saya hanya menjalankan tugas " ujar Dr. Nafeesha.

" Ya doktor. Lagi sekali saya ucap terima kasih " Ucap Adham lagi.

" Ye sama sama " jawab Dr. Nafeesha lalu berlalu pergi. Kemudian keluar Dr. Naim dari wad tersebut.

" Tahniah, Encik. Anak perempuan. Semangat. 3.7 kg. Tahniah " ucap Dr. Naim.

" Terima kasih doktor " balas Adham.

" Ada nampak Dr. Nafeesha tak? " soal Dr Naim kepada Adham.

" Ada tadi dia pergi ke arah sana "jawab Adham sambil menunjukkan arah.

" Terima kasih " ucap Dr Naim.

" Fiq, boleh call mummy lah. Cakap Kak Dira dah bersalin. Abang masuk dulu eh " kata Adham kepada Tengku Afiq.

" Ha ok bang. Bereh " jawab Tengku Afiq lalu mengeluarkan telefonnya untuk menelefon mummynya. Tengku Haniez yang berada di situ hanya menggelengkan kepala bersama Irfan melihat gelagat Tengku Afiq. Sungguh seperti budak budak.

*** Pilot VS Doktor ***

" Wuu. Sampai hati dia tinggalkan aku macam tu je. Mana hati perut dia " rintih Nur Qistina.

" Sudahlah Qis. Kau cakap mana hati perut dia sebab dia tinggalkan kau, habis kau nak runtuhkan hubungan diorang boleh pulak. So mana hati perut kau? " kata Mellysa dengan memulangkan paku buah keras.

" Diamlah kau. Aku tengah sedih ni patutnya kau support. Bukannya nak deep kan aku " rengus Nur Qistina.

" Orang kalau dah keras hati boleh ke aku nak support " kata Mellysa sendirian lalu meninggalkan Nur Qistina keseorangan di ruang tamu.

*** Pilot VS Doktor ***

" Ha Dira, apa nama cucu mummy ni? " tanya Puan Sri Zulaikha sambil mencium dahi cucunya yang baru lahir.

" Dira dengan Abang Adham dah rancang nak bagi nama Tengku Nur Afiqa Aulia " jawab Tengku Adira.

" Aik macam nama aku je " kata Tengku Haniez di dalam hati.

" Wow! Sedap nama. Kenapa pilih nama tu ? " tanya Puan Sri Zulaikha lagi.

" Dira pilih nama Afiqa tu sebab nama dia sama dengan Haniez Afieqa. Bakal adik ipar akak ni " jawab Tengku Adira.

" Apasal Fieqa pulak? " giliran Tengku Haniez pulak bertanya.

" Sebab akak nampak kesucian dalam diri Fieqa. Akak sayang Fieqa " jawab Tengku Adira.

" Takpe kak. Lagi 4 bulan " tiba tiba Tengku Afiq mencelah.

"Ishh" Tengku Haniez memijak kaki Tengku Afiq.

" Aduh " Tengku Afiq mengaduh kesakitan.
" Eh, kenapa Fiq? " tanya Tan Sri Zulkipli.

" Nothing pa " jawab Tengku Afiq.

"Alaa Uncle. Ni diorang main pijak pijak kaki Uncle " selamba Tengku Iezkandar membocorkan rahsia.

" Woi, kau ni mulut celupar lah " bisik Tengku Haniez.

" Alaa takpelah Fieqa. Ni Afiq ni kadang kadang pelik sikit perangainya. " kata Puan Sri Zulaikha.

" Mummy " Tengku Afiq yang malu menutup mukanya.

" Kantoi " usik Tengku Haniez. Mereka semua ketawa bersama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience