BAB 33

Drama Completed 44039

Nabilla tersenyum mendengar jenaka daripada kawan-kawan yang baru dia kenal.Tujuannya berdiri di luar hotel ingin menunggu suaminya namun apabila terdapat beberapa kumpulan yang keluar juga bersamanya dan menegurnya,apa salahnya untuk mengisi kesunyian.

"Awak tak kahwin?"tanya salah seorang kawan di kelompok itu kepada Nabilla.

"Eh dah,"

"Dah?Nampak macam single je,"

"Takdeklah.Suami saya ada kat dalam,"

"Nampak macam pernah tengok je muka awak ni,"kata salah seorang lagi.

"Iyeke?Tak kot,"

"Iyee.Nampak macam pernah tengok,"

"Ha'ahh kan,"

"Kak bell,"tegur Wasila yang sedang menolak troli yang dipenuhi dengan bekas-bekas yang berisi makanan."Eh Wasila,"

"Nah.Ni untuk kak bell.Abang Thaqif bagi,"

"Uish banyak ni,"

"Banyak jugaklah.Tapi jangan risau,banyak lagi makanan kat sana.Abang Thaqif bagi kek,makanan berlauk,laksa pun ada.Ada brownies,cupcake,but mostly dessert kot,"kata Wasila,memeriksa beberapa bekal makanan yang diberikan oleh Thaqif."Tapi...Takpek ke?"

"Allah,takpeklah,"sewaktu Nabilla dan Wasila bersembang,sekumpulan perempuan itu melihat di antara satu sama lain.

Ini...Ex-wife Thaqif ke?"bisiknya kepada kawannya di sebelah."Betullah ni.Nilah ex-wife Thaqif.Yang kena cerai sebab takdek anak tu eh?"

"Ish apa kau ni?!Tak baik cakap tu!"bisiknya sambil menepuk tangan kawannya itu.

"Tapi dia cantik apa.Baik pun baik.Buat IVF je kan senang?"

"Kenapa ni?"tanya Iskandar dan itu membuatkan semuanya tersentak.

"Ouh..Abang Thaqif bagi makanan untuk kak bell dengan Iskandar,"balas Wasila.

"Huu,banyak nii.Alhamdulillah.Terima kasih,"kata Iskandar tersenyum.Sekumpulan kawan tadi menjengilkan matanya.

"Uish,Allah bagi yang lagi hensem rupanya,"bisiknya."Tulah tu.Aku dengar ex-wife Thaqif ni lawyer.Agaknya dia kerja apa?"

"Assalammualaikum Tuan Inspektor Sarjan Iskandar.Semuanya cukup ke?"tegur Thaqif,menepuk bahu Iskandar dari belakang.Bertambah jengilan sekumpulan kawan tadi.

"Polis weyh!"bisiknya,agresif.

"Inspektor!!"bisik kawannya lagi satu.Mereka melihat Iskandar dan Nabilla satu persatu."Made in Heaven,"

"Tulah,"

"Kami balik dulu.Terima kasih banyak-banyak sudi jemput,"kata Iskandar,melambai-lambai.

"Terima kasih sudi datang,"balas Thaqif pula.Akhirnya,kereta putih itu pun menjauh dalam beberapa minit.

"Yeay,dapat makanan.Tak yah masaklah ye,"

"Tulah tuu.Cukup sebulan,"

"HAHAHAH,"

"Baby ada kes ke?"

"Ada.Lagi dua bulan siap,"

"Ouhh,"

"Sayang?"

"Ye baby?"

"Comellah sayang ni,"Iskandar tersenyum malu.Dia menjilat bibirnya.Nabilla tersenyum sinis.Comelnya suami aku ni bila malu.

(beberapa bulan kemudian)

"Kes selesai.Pesalah akan dikenakan hukuman penjara selama 5 bulan,meminta untuk membayar sebanyak 10 ribu dan menceraikan isteri,"kata hakim lalu bersurai.

Nabilla memejamkan matanya,bersyukur kerana kebenaran berpihak kepadanya."Terima kasih puan Bella.Terima kasih tolong saya and lepaskan saya dari cengkaman dia.Saya takut!"

"Alhamdulillah.Segalanya kuasa Allah.In Shaa Allah,Allah akan berikan yang terbaik untuk puan sekeluarga,"

"Saya dah taknak fokuskan percintaan lagi.Saya nak fokuskan anak-anak dan kerjaya saya,"

"In Shaa Allah,saya doakan yang terbaik untuk puan,"

"Terima kasih.Saya doakan semoga puan Bella pun sentiasa berada di jagaan Allah.Puan Bella jangan terlampau mencintai.Itu je nak pesan.Saya pun terlampau mencintai dan saya ingat dialah orang yang akan selama-lamanya bersama dengan saya,tapi sekarang?Saya tak tahu mana silap saya.Mungkin saya tak jumpa.Saya harap dia bahagia,"Nabilla hanya mampu tersenyum dan menggosok-gosok bahu perempuan itu.Perempuan itu tiba-tiba tersenyum.

"Macam tulah dia tenangkan saya bila saya ada masalah.Tempat nilah favorite dia.Tapi sekarang?Tempat nilah yang banyak kesan lebamnya,"Nabilla menunduk.Hatinya berasa takut.Macam mana kalau..

(malamnya)

Nabilla memandang langit malam.Entah mengapa dia terasa sesuatu yang tidak sedap di dada.Macam ada yang tak kena.Tiba-tiba,pintu dibuka.Nabilla tersenyum memandang Iskandar yang turut tersenyum juga.Dia pun pergi ke arah suaminya.

"Assalammualaikum baby,"tegur Iskandar.

"Waalaikummussalam sayang,"jawab Nabilla,mencium tangan Iskandar.Iskandar pun memeluknya.

"Cuba teka baby masak apa malam ni?"tanya Nabilla,membuat nada manja dengan pandangan yang menggoda.Iskandar menahan senyumnya.

"Herm,tomyam?"Nabilla menggeleng.Iskandar menahan senyumannya lagi.Haish,comelnya dia ni!

"Herm,gulai tempoyak?"Nabilla menggeleng lagi."Clue?"

"Senanglah clue dia,"

"Ouh,gulai siput sedut?"

"Betul!Pandailah sayang ni,"Iskandar tersenyum lalu mencium dahi isterinya.

"Sayang mandi dulu okay.Nanti baby siapkan makanan,"

"Okay baby,"Iskandar pun pergi,selepas memberikan ciuman di pipi.Nabilla tersenyum manja.Bibirnya mengukirkan senyuman mesra.Tiba-tiba,notifikasi di telefon suaminya menarik perhatiannya.

'Sedap makanan tadi.Thank you belanja~ - Sara

Nabilla mengerutkan dahinya.Dia hanya melihat tetapi tidak mengambilnya.Dia kaku.Siapa dia ni?Kawan sekerja kot.Tapi,ada ke kawan dia perempuan?Mestilah ada.Cuma tak nampak je kot.Dia menggelengkan kepalanya lalu pergi ke arah dapur.

Cuba memberikan kata-kata positif walhal sudah hanyut di fikiran negatif yang lebih dalam.Dia mengambil pisau dan tempat pemotong sayur dan memotong sosej untuk digoreng.

Dia tersentak apabila dia terpotong sedikit ibu jarinya."Baby,"

Laju dia memandang ke arah belakang.Dapat dia melihat Iskandar yang sedang memandangnya."Ye sayang?"

"Sayang nak cakap,"Nabilla menelan liurnya.Adakah perkara yang paling dia takuti akan berlaku?Ya Allah,kuatkanlah hati ni.Jangan menangis lagi Nabilla.Jangan sakit lagi Nabilla.Kau kuat Nabilla.

"Kenapa sayang?"Iskandar mendatang dekat.Nabilla sudah menelan air liurnya.

"Sebenarnya,sayang ada jumpa seseorang,"katanya sebelum dia berdeham.Iskandar mengumpul segala keberaniannya untuk mengatakan perkara tersebut kepada Nabilla.Nabilla sudah cuak mukanya.

"Sayang nak jadikan dia sebagai isteri.Sayang tak tahu kenapa sayang ada perasaan ni.Sayang mintak maaf,"Nabilla menahan tangisnya sehingga air matanya jatuh membasahi pipi.

"Sayang cintakan dia,"Nabilla membelakangkan badannya sehingga tangannya terkena cawan kaca yang diletakkan di sinki.Dia panik sehingga kakinya yang telah terpijak kaca tidak dia sedar.Sudah dia agak..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience