Chapter : 5

Action Completed 47669

Selepas siap membersihkan diri dan menunaikan solat subuh dia berbaring di atas katil. Tiba tiba talefon bimbitnya berbunyi menandakan ada orang menelefonnya

CALL = AKRINA ADELIA

'Asal dia call aku pagi pagi buta ni?'geram Razin apabila melihat nama pemanggil

"Ha kau nak apa talefon aku ni?"

"Biy.......jangan lah macam ni, i ni special for you tau biy"gedik dan manja sahaja suara si pemanggil

"Hotak kau lah special, bagi aku kau ni sampah, merata rata spesis jenis kau ni ada dekat dalam dunia ni!"marah Razin dia betul betul sakit hati sekarang

"Apa you ni marah marah i,you tau tak i dah siapkan majlis kita,bulan depan kita kawin,you datang tau jangan tak datang, menangis tak berlagu i nanti"

"Eh betina siapa nak kawin dengan kau sekarang ni,aku tak hingin lah hadap muka perempuan murahan macam kau ni,ada aku kesah ke kau menangis tak berlagu. Orang nangis memang takde lagu kau je pasang lagu masa menangis betina"

"I dont care, yang penting you milik i sorang je"

"Eh betina kau dengar sini, aku tak akan balik dan kawin dengan kau lah, kau tak layak jadi isteri aku, betina macam kau ni layak duduk dekat club malam je lah,layan lelaki jahanam tu,kau jangan nak rosakkan mood aku pepagi ni erh"di sebabkan terlalu marah dia menamatkan panggilan itu

Dia berbaring di atas katil,dia mengucap dan berzikir menenangkan hatinya.Tidak lama kemudian dia terlelap.

"TOK TOK"Shira mengetuk pintu bilik Razin,tapi
Razin tidak menyahut

"Raz awak buat apa tu?"tanya Ira

Dia membuka pintu perlahan lahan dan terlihat Razin baru sahaja keluar dari bilik air,dia hanya melilitkan tuala di pinggang,terserlah lah six pack nyer itu.Tidak beralih mata Shira dari six pack itu akibat terkejut

"Ehem ehem sampai bila awak nak tenung saya punya six pack ni?"tanya Razin sambil mengambil baju di dalam rak

"Eh eh,ni tok wan panggil makan"Shira terus berlari turun ke dapur akibat malu. Mukanya yang putih itu telah bertukar warna merah

"Assalamualaikum"Shira memandang ke arah belakangnya apabila terdengar orang beri salam. Semakin merah wajah Shira apabila melihat tuan punya suara

"Eh Shira kenapa muka tu merah je,jom duduk makan"Shira duduk di sebelah Puan Shafa manakala Razin duduk berhadapan denganya. 'Eeee,saja mamat ni kan duduk depan aku'kata hati Shira.

Semasa makan dia hanya menghadap nasi di dalam pinggan sambil menguis nguis nasi itu. Dia teringat kejadian tadi menyebabkan mukanya kembali memerah

"Eh kamu ni Ira dah lah main nasik tu makan elok elok,dari takdi lagi tok wan tengok muka kamu merah dah kenapa?kamu demam ke Shira?"

"Eh tak lah tok wan mana ada Ira demam."jawab Shira

"Nenek nak tau tak..."tidak sempat Razin menjawab dia terasa kakiknya di pijak,dia memandang ke arah Shira

Shira renung tajam mata Razin yang berwarna biru,cantik sekali mata itu

"Eeee tak de apa lah nek, hihihih"sakit oii Shira pijak kaki aku .Huhuhuhuhu

"Haih lah kamu berdua ni macam macam hal.Sekejap berbaik sekejap gaduh. Memang jodoh dah kot"usik Puan Shafa.Hah gaduh lagi

"Nek"

"Tok wan"

Jerit Razin dan Shira serentak

"Ni tok wan nak tanya kamu. Bila kamu balik KL, dah seminggu duduk dekat sini"

"Esok"balas Ira

"Ermmmmmmm"

"Dah makan cepat"

Mereka berdua mengangguk lalu menyambung memakan nasik di dalam pinggan itu

"Nek,nek jaga diri nek tau,"pesan Razin kepada Puan Shafa

"Ye nek tau lah, kamu tu kawin bagi tahu nenek tau"usik Puan Shafa. Dia sebenarnya tidak sabar untuk melihat perkahwinan dua orang cucu kesayangannya

"Apa nenek ni orang tak ready lagi nak kawin semua ni.Tiba masanya nantilah orang masuk lah meminang, nek"kata Razin seraya memandang ke arah Shira,muka Shira sudah merah menahan malu

'Mamat ni memang suka buat aku malu betul lah'kata hati Shira dengan geram

"Dah dah, kamu berdua tak boleh balik sini selagi tak kawin"usik Puan Shafa

"Alah apa ni tok wan mana boleh paksa paksa,nak majok arh"

"Tok wan tak kesah pon kalau kamu nak merajuk,Razin ada boleh tolong pujukkan"

"Tok wan ni"

"Dah pergi balik"

"Ye lah nek,kami balik dulu"Razin dan Shira menyalami tangan Puan Shafa

"Ingat pesan nenek Raz"

"Ye nek"

Mereka berdua masuk ke dalam kereta dan melambai tangan ke arah Puan Shafa

Tidak lama kemudian

"BANG,BANG,BANG"

Kereta yang di pandu oleh Razin di tembak.Razin menarik nafas panjang dan mengambil sepucuk pistol di dalam dashboard lalu menembak ke arah kereta yang melepaskan tembakan tadi,dia menembak ke arah tayar kereta.Kereta itu hilang kawalan dan terlanggar tiang

"A...a..awakk saya takot"badan Shira menggigil melihat kejadian tadi

"It's ok,saya ada, saya akan jaga awak"Razin menggenggam tangan Shira dengan kemas

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience