Derap langkah Tengku Que Iskandar menghampiri ruang tamu.Melihat kelibat anaknya Tengku Benjamin Adame bersuara menegur anaknya yang kelihatan sedikit relax.
"Que..!Daddy dan bonda nak beransur pulang dulu,lagipun esok daddy ada beberapa meeting penting."Bahu Que ditepuk-tepuk perlahan,memujuk secara diam.
Sharifah Mariah juga mendekati Tengku Que Iskandar.Tubuh sasa anaknya dipeluk penuh kasih-sayang.Belakang anaknya diusap perlahan sambil berpesan sesuatu.
"Jaga Hazel baik-baik Que!Jangan berkasar dengan dia,ingat dia isteri yang perlu dilindungi bukan musuh Que!"Sharifah Mariah bersuara lembut memberi nasihat.Que hanya menganggukkan sedikit kepala tetapi wajah itu masih beriak dingin.Tangan tua daddy dan bondanya dicium penuh hormat.
Sharifah Mariah mendekati menantu kesayangannya,dahi kecil Hazel dikucup sekilas.Pipi gebu itu dipegang,Hazel mendongak memandang ibu mentuanya.
"Take care sayang!Dengar cakap suami Hazel,jangan banyak sangat melawan Que!Hazel tahu perangai dia macam mana kan sayang.Bonda dan daddy tak ada dekat sini jadi Hazel perlu jadi isteri yang baik untuk Que!".
Sharifah Mariah memeluk menantunya seketika.Hatinya risau dan bimbang untuk melepaskan Hazel sendirian dengan anaknya Tengku Que Iskandar.Namun seberat mana pun hatinya,Hazel hak mutlak anaknya.Jadi kemahuan anaknya dia sebagai ibu tidak boleh menghalangnya.
Tiba giliran Tengku Isabella menghadap Tengku Que Iskandar.Tangannya dihulur untuk menyalami abangnya.Wajahnya hanya menunduk ke bawah memandang lantai,tidak berani menentang mata indah kehijauan abangnya.Tangan sasa Que menyambut tangan halus adiknya,Que sengaja mengenggam sedikit kuat tangan itu menyebabkan Bella cepat-cepat mencium kekura tangan abangnya supaya boleh meloloskan diri.Namun Que enggan melepaskan tangannya walaupun beberapa kali Bella berusaha menariknya.Alex yang setia berdiri di muka pintu hanya menahan tawa melihat wajah cuak Bella.
"Daddy!Bella will stay here tonight.Esok Que suruh Alex hantarkan Bella ke rumah dengan selamat ".
"Eh!No...no Daddy,Bella ikut daddy and bonda balik!"
Tengku Isabella pantas mencelah dengan sebelah tangannya melambai-lambai menidakkan kata-kata abangnya.Jantungnya kuat mengepam darah hingga semput nafasnya.
"It's ok Bell,daddy bagi cuti untuk Bella.Tolong temankan Kak Hazel,kasihan dia belum biasa dekat sini",green light dari daddy menyebabkan matanya dilanda banjir,mulutnya mencebik hendak menangis.
Setelah keberangkatan Tengku Benjamin Adame dan Sharifah Mariah,Que kembali melangkah masuk ke ruang tamu.Hazel dan Tengku Isabella hanya duduk mendiamkan diri ibarat pesalah yang menunggu hukuman.Tengku Que Iskandar tegak berdiri di tengah-tengah ruangan itu dengan sebelah tangannya berada di dalam poket seluar joggernya.Matanya tajam memandang ke arah dua susuk tubuh di depannya.Dia hanya berpakaian santai dengan T-shirt hitam mengikut badan dan berseluar jogger slim fit juga berwarna hitam.Rambutnya juga masih kelihatan lembap.
"Alex!Sediakan hukuman yang tertangguh!"
"Bawa masuk Jimmy and Blacky!"nada perintah yang jelas menyebabkan Hazel mengangkat kepala.Salivanya ditelan kasar bila mana matanya terus berlaga dengan anak mata kehijauan yang penuh dengan kilatan membunuh.Hazel gugup sendiri.Nampaknya dia membuat kesilapan besar menyinggung emosi Tengku Que Iskandar sehingga suaminya berniat mahu menghukumnya.
*******
"Ready Bos!"....
Que hanya mengangguk sekejap sebelum melangkah mendekati isterinya..Hazel dan Bella masing-masing sudah cuak.
"Aaaaa!!!...."Hazel dan Bella serentak menjerit bila Que mengangkat Hazel.
"Ab.....Abang Que nak bawa Kak Hazel pergi mana?",Bella bertanya dengan panik.
"Alex,kau bawa Bella pergi bawah,glass room!"..Alex pantas memegang lengan Bella mendorongnya untuk mengikut langkah mereka ke arah lif.
Wajah Hazel dan Bella pucat lesi kerana takut.Dahi mereka juga kelihatan berpeluh dingin.Badan Bella mengigil,Alex disebelahnya hanya beriak selamba walaupun tangannya yg memegang lengan Bella boleh mengesannya.Hazel yang berada dalam pelukan Que juga dua kali lima dengan Bella.
Tingg....
Bunyi kuat salakan anjing yang memenuhi ruangan menyentakkan Hazel dan Bella.Hazel yang ketakutan mengeratkan tangannya pada leher Que,matanya naik menatap mata indah suaminya memohon simpati tetapi suaminya tidak peduli.Que melangkah keluar dari pintu besi lif masuk ke sebuah bilik kaca.Bella yang masih berdegil mengeraskan kakinya enggan keluar dari lif.Alex yang geram dengan tingkah Bella terus mengangkat gadis itu dibahunya untuk keluar menyusul langkah tuannya.Bella mula memberontak marah,belakang tubuh Alex dipukul kuat sehingga dia kepenatan.
Tiba-tiba ruang didepan bilik kaca itu disimbah dengan cahaya terang,menampakkan sesusuk tubuh yang terbaring dipenuhi darah.Hazel dan Bella terkedu,mata mereka terbuka besar dengan mulut yang melopong terkejut.Automatik masing-masing mengigil dan menangis.
"Jasmine!"....
"Look at her,sayang!"Hazel mengeleng-geleng kepalanya enggan mengikut arahan suaminya.Matanya sudah penuh dengan airmata.
Salakan anjing semakin dekat dan kuat seolah-olah berada di dalam bilik kaca itu.Bunyi jeritan dan rayuan juga nyaring kedengaran menyebabkan mata Hazel naik memandang di hadapannya.Kelihatan dua ekor anjing hitam spesis bulldog yang bersaiz sangat besar dan tinggi separas pinggang manusia sedang lahap mengigit dan menyiat kulit dan daging dari tubuh badan Jasmine.Darah dan cebisan daging yang bergayutan di mulut binatang itu membuat matanya berpinar-pinar mendatangkan rasa mual.Lama-kelamaan suara jeritan Jasmine juga sudah tidak kedengaran,yang tinggal hanya bunyi siatan demi siatan dari makhluk hitam di sebalik dinding kaca itu.
"Aaaaaarrrghhhhh....Aaaaaarrrghhhhh..."
Jeritan Hazel dan Bella memenuhi ruangan itu.Tangisan dan esakan mereka juga saling bertingkah.Tubuh Hazel mengeletar hebat di dalam pelukan Tengku Que Iskandar.Tengku Isabella pula sudah masuk bersembunyi ke dalam kot baju Alex,badannya sudah lembik seperti tidak bertulang.Alex terpaksa memeluk tubuh gadis itu daripada terjelepuk ke lantai.
"Alex!..Hantar Bella ke bilik tetamu!"
"Baik Tuan!"...Alex segera mengangkat tubuh Bella yang sudah pengsan tidak sedarkan diri.
*******
"Awakkk.....!saya ta..takutttt...saya nak keluar",Hazel merenggek dengan esakannya.
"Abang!!"....
"Call me abang sayang!.."
Jangan panggil selain itu,kalau tak,abang akan hukum sayang dengan lebih teruk daripada sekarang,faham!"Tengku Que Iskandar bersuara bersama amaran sambil membelai lembut belakang badan isterinya.
Hazel yang ketakutan tanpa langsung berfikir hanya mengangguk laju kepalanya.Dalam kepalanya dia hanya mahu keluar daripada sini,dia mahu nyahkan kejadian yang mengerikan daripada mata dan fikirannya.Sungguh dia harap kejadian ini hanya mimpi ngeri dari lenanya.
Share this novel
tq kerana update kenapa Que terlalu kejam sangat