Bab 98

Romance Completed 207871

Daun pintu ditolak Caden, Intan pantas melangkah masuk menuju ke sofa di ruang tamu. Caden yang melihat terus menegur.

"Eh eh, sayang nak ke mana tu?" soal Caden pelik sambil tangan menutup daun pintu.

"Penat la.." balas Intan lalu tubuh dibantingkan di sofa. Caden kemudian terus mengatur langkah ke arah Intan.

"Itu la, nak ikut sangat.." kata Caden sambil melutut di sisi Intan.

"Dah, naik mandi dulu lepas tu boleh rehat" pujuk Caden sambil menarik perlahan lengan Intan hingga Intan bangun duduk.

"Nak piggyback.." pinta Intan sambil kedua-dua tangannya dibukakan. Menggeleng Caden dengan karenah Intan tapi sayangkan isteri turutkan juga sambil bertinggung di tepi sofa.

"Cepat, naik sini" kata Caden. Pantas Intan melompat ke belakang Caden. Leher Caden dipaut lalu Caden berdiri dan berjalan menaiki tangga menuju ke tingkat atas bersama Intan yang dikendongnya di belakang.

"Thanks abang" ucap Intan lalu cium dilabuhkan pada pipi Caden.

"Nasib baik la ada sorang je isteri, kalau ramai dan perangai sama macam ni, letih.." gumam Caden.

"Abang cakap apa?" soal Intan pada Caden.

"Cakap apa? mana ada cakap apa" laju Caden membalas. Aih, dengar pulak..

"Ye ke.. sayang rasa macam abang ada cakap sesuatu" balas Intan pula sambil membaringkan wajah pada bahu Caden.

"Okay.. dah sampai" kata Caden lalu menurunkan Intan di birai katil.

"Sekarang sayang pergi mandi dulu, kejap lagi kita sarapan" kata Caden dan mahu melangkah ke wardrobe untuk mengambil tuala. Keluar sahaja dari bilik wardrobe dilihat Intan masih lagi di katil.

"Eh.. kenapa sayang abang tak mandi lagi ni.." soal Caden pada Intan sambil membuka bajunya yang sudah basah dengan peluh.

"Mandikan.." pinta Intan sambil memberikan senyuman yang menampakkan semua gigi.

"Hm.. betul ni nak abang mandikan?" soal Caden dengan wajah yang ada lain maksudnya. Intan hanya angguk dengan yakin. Kau ni Intan.. memang meminta betulkan..

"Jangan marah abang kalau mandi lain yang jadi nanti" kata Caden yang kini sudah berada di hadapan Intan terus mencempung Intan ke bilik air. Ketawa suka Intan. Gatal..!

Hampir satu jam dalam bilik air baru keluar kedua-duanya.. macam-macam mandi yang jadi dalam tu, mana tak lamanya..

Sebaik keluar dari bilik air, Intan melangkah menuju ke hadapan cermin, manakala Caden pula ke wardrobe mengambil pakaian. Setelah selesai berpakaian, Caden menghampiri Intan yang sedang menyisir rambut yang sudah dikeringkan dengan hairdryer di bilik air tadi.

"Sayang pakai baju dulu, dah siap turun bawah. Abang nak ke dapur buatkan sarapan untuk kita" kata Caden sambil melabuhkan ciuman pada bahu Intan yang terdedah itu.

"Eh, abang nak buat sarapan? Kak Sal tak datang ke hari ni?" soal Intan lalu menoleh pada Caden di belakangnya.

"Lupa la tu.. Kak Sal kan ada hal hari ni dan esok, nak balik kampung sekejapkan ada keluarga sakit" kata Caden pada Intan.

"Haah, lupa. Eh, tapi tak apa ke abang nak buat sarapan?" soal Intan lalu terus pusingkan badan mengadap Caden.

"It's okay, anything for you my dear?" kata Caden sambil mencuit hidung Intan.

"Thanks abang.." balas Intan pula.

"Dah, pakai baju cepat. Lepas tu turun bawah, okay" kata Caden lalu melangkah keluar dari bilik tidur. Intan kemudian ke wardrobe mengambil pakaian untuk dipakai. Lebih kurang lima belas minit, Intan turun ke bawah dan mencari Caden di dapur.

Dilihat Caden sedang meletakkan makanan di atas meja. Cepatnya dia masak.

"Hai sayang, sini duduk. Dah siap dah. Kejap abang ambil gelas" kata Caden pada Intan. Wah.. ada roti bakar, omelet dengan sosej.

"Okay tak?" soal Caden pada Intan lalu melabuhkan duduk di kerusi.

Intan yang melihat Caden mahu mengambil gelasnya pantas dihalang.

"Biar sayang tuangkan air" segan pula pada Caden. Patutnya dia yang buatkan sarapan. Gelas Caden diambil lalu dituangkan jus oren kemudian gelasnya pula diambil. Setelah doa makan dibaca, keduanya mulakan sarapan.

"Sedap omelet abang buatkan ni, ada tomato dan kacang panjang" puji Intan. Sedap, rasa masam-masan dan rangup sayur, telur pula garing diluar.

Caden hanya tersenyum pada Intan. Gembira rasa bila isteri suka dengan apa yang dia buat.

Tengah hari itu Caden menawarkan diri untuk memasak, menu ringkas sahaja, spaghetti aglio olio. Bertambah Intan makan, katanya sama rasa macam yang Caden masakkan di bilik rehat hotel dulu. Memanglah sama dah orang yang sama memasakkan. Petang pula Caden request cucur udang kuah kacang. Suka betul dia makan cucur udang buatan Intan. Untunglah suami isteri pandai memasak, boleh bergilir-gilir.

+++

Caden dan Intan melangkah beriringan menuju ke tingkat bawah. Hari ini kedua mereka mahu keluar dating buat kali pertama. Iyalah sebelum ini tak sempat nak dating pun, kalau ada hanya di bilik rehat Caden. Jadi memandangkan hari Ahad ni agak free, Caden mengajak Intan untuk keluar menonton wayang dan juga window shopping. Suka terkata Intan, nak keluar dating la katakan.

Hari ni Caden memakai seluar khakis dark grey bersama t-shirt polo light orange, manakala Intan memakai skirt labuh bunga-bunga bertanahkan light grey bersama blouse dan selendang warna senada dengan t-shirt Caden. Macam couple wear pulak.

Intan mengajak Caden ke Melawati Mall, katanya mall tu baru buka dan banyak kedai-kedai menjual pakaian dan kasut, kedai makan pun banyak. Layankan sahajalah.. kali ni hanya Caden dan Intan berdua sahaja, tiada Fahmi atau Carlos. Kata Caden nak dating tak boleh ramai-ramai. Ye la sangat..

"Abang, kita nak tengok wayang dulu atau nak makan dulu ni?" soal Intan pada Caden sewaktu menaiki eskalator.

"Ikut sayanglah. Kalau lapar, kita makan dulu. Abang okay" balas Caden sambil mengeratkan lagi genggaman di jemari Intan, bimbang takut terjatuh.

"Kita makan dulu la nak.. sayang nak makan steak la. Ada satu tempat ni tak silap sayang New York Steak, Shira cakap sedap. Dia pernah datang makan kat sini" kata Intan sambil mata memandang ke sekeliling. Betul lah, banyak kedai yang menjual pakaian dan kasut. Cantik-cantik pulak tu.

"Okay sayang. Tapi sebelum tu cuba google cari nama restaurant tu dulu. Dah dapat info, senang nak cari" kata Caden.

"Haah la.. tak ingat nak google" balas Intan pula.

"Abang, kita berhenti tepi ni kejap, sayang nak google" kata Intan lalu menarik jemari Caden ke tepi lalulan. Intan sibuk dengan telefon di tangan manakala Caden pula memerhati sekeliling, mana tau ada yang berkenan di hati untuk membeli nanti. Sedang memerhati sekeliling, terpaku pandangan Caden pada sepasang pasangan yang berjalan tidak jauh dari tempatnya dan Intan.

"Eh.. tu bukan Carlos dan Shira ke?" kata Caden. Intan yang ada di sisi sudah menolah ke arah Caden.

"Abang cakap apa tadi?" soal Intan sambil memandang wajah Caden. Dilihat mata Caden tegak memandang ke depan, Intan turut sama memandang. Bulat matanya.

"Oh my! tu bukan Carlos dengan Shira ke?" soal Intan pada Caden. Kedua-duanya sudah saling memandang dan tersenyum.

"Jom" serentak mereka berkata. Macam tau-tau je..

Laju kaki melangkah menuju ke arah pasangan yang seronok berbual dan bergelak ketawa. Walaupun dari belakang, dapat kenal kedua-dua orang itu. Sebaik hampir, Caden bergerak ke kanan Carlos dan Intan ke kiri Shira lalu bersaing langkah dengan kedua pasangan itu. Apabila menoleh ke kanan dan kiri, nyata Carlos dan Shira terkejut.

"Eh, Intan, kau buat apa kat sini?" soal Shira yang cuak wajahnya. Dah macam kena tangkap dengan cikgu disiplin sebab keluar dating pulak.

"Kitaorang pun nak dating juga. Ingat korang je ke.. betul tak Carlos?" sakat Intan. Carlos hanya tersenyum menampakkan lesung pipitnya.

"Nak ke mana?" soal Caden pada Carlos.

"Ingat nak tengok movie tapi Shira cakap dia lapar. Nak pergi makan la ni" balas Carlos.

"Steak!" jerit Shira dan Intan bersama. Caden dan Carlos dah tergeleng kepala. Kecoh kalau dah dua orang perempuan ni berjumpa.

"Jom, saya tau restaurant tu kat mana" ajak Shira.

"Let's go" ajak Caden lalu membiarkan Shira dan Carlos berjalan dahulu dan mereka mengikut dari belakang. Sebaik Intan hampir, pantas jemari itu dipaut.

Hampir seharian berada di Melawati Mall, mula dari makan steak, tengok movie, shopping, makan lagi. Seronok rasa walaupun kaki penat kerana banyak berjalan. Barang yang dibeli tidak banyak pun cuma selendang dan blouse. Caden pun singgah di kedai sukan membeli kasut sukan dan sportswear. Intan ada membelikan tali leher untuk Caden. Walaupun tak pandai nak pilih, tapi dibeli juga dua helai untuk Caden.

"Hm.. bila nak langsung?" soal Intan pada Carlos yang waktu itu sedang menanti makanan di meja makan.

Carlos memandang Shira di sebelah sebelum menjawab soalan Intan.

"Rasanya tak lama dah. Tapi saya nak ikut Shira balik kampung jumpa keluarga dia dulu" balas Carlos.

"Eloklah macam tu, kau pun bukan makin muda. Esok-esok dah tua tak ada orang jaga pulak" kata Caden selamba. Bulat mata Carlos memandang Caden di depannya.

"Apa? betul lah. Rugi kahwin lambat-lambat ni, kan sayang" sambung Caden lagi sambil mencuit hidung Intan. Sengaja diprovoknya pasangan di hadapannya itu.

Kaki Intan di bawah meja disepak Shira. Terus Intan memandang Shira sambil ketawa.

"Sengaja kau kan" bisik Shira pada Intan.

"Lepas ni kita orang dah nak balik. Penat. Lenguh dah kaki ni" kata Intan pada Shira dan Carlos.

"Oh, kalau macam tu tak apalah, korang balik dulu. Ada barang nak cari sikit" balas Shira.

"Hantar kawan saya balik rumah terus tau, jangan nak melencong pulak" pesan Intan sebaik melangkah keluar dari restaurant.

"Wei, aku bukan budak-budak la. Mengada kau kan" marah Shira. Ada patut cakap macam tu.. sabar je la kawanya yang sorang ni.

"Ye.. dont't worry. Saya hantar terus ke depan pintu" balas Carlos sambil tersenyum.

"Kalau macam tu, aku gerak dulu. Esok jangan lupa ambil aku di rumah pulak" pesan Caden lalu menghulur salam pada Carlos. Begitu juga Intan dan Shira saling berpelukan sebelum berpisah.

Intan dan Caden melangkah ke arah lift untuk ke tempat parking.

"Are you happy?" soal Caden pada Intan di sisi.

"Of course. Seronok sangat hari ni. Thanks abang" balas Intan sambil memberikan senyuman manis pada Caden.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience