Bab 31

Romance Completed 207871

(Dinasihatkan supaya jangan baca waktu siang jika di bulan puasa and If you don't like this chapter, just ignore it. Tq *Not to heavy*)

Intan yang mengadap closet di depan terkaku di situ. Bukan tadi dia dah tutup pintu bilik ke. Macam mana dia masuk aku tak dengar.

Dapat Intan rasakan pandangan mata Caden yang memerhatikan tubuhnya ketika itu walaupun dia menghadap closet.

Caden pula tidak sesekali akan melepaskan permandangan yang indah itu. Lantas tubuh Intan diraih dalam pelukannya. Leher putih itu dicium lembut, lama bibirnya melekap disitu sambil menghidu aroma yang terbit.

Intan sudah tidak keruan, jantung sudah berdegup kencang.

Caden seakan hayal dengan haruman yang terbit dari tubuh Intan. Bertalu talu leher itu menerima kucupan sementara tangannya sibuk mengusap tubuh Intan di pinggang dan kini sudah naik ke dada.

Lembut dada itu diusap tangan kanan manakala tangan kiri kejap memeluk pinggang.

Bibirnya pula sudah menjalar dari leher naik ke telinga. Menggeliat Intan menahan geli. Terdengar desahan halus dari bibir Intan.

Walaupun semakin ralit dengan belaian Caden, Intan masih lagi menyedari hakikat sebenar perkahwinan mereka. Keadaan makin bahaya, jika tidak dibendung akan tersasarlah jawabnya.

Belum sempat Intan bertindak, tubuh itu dipusing menghadap Caden yang waktu itu hanya memakai tshirt dan seluar sukan.

Pandangan Caden pada waktu itu tidak sukar ditafsirkan.

Intan pula serba tak kena antara kemahuan hati dan akal.

Caden yang semakin bergelora perasaannya tunduk mengucup lembut kedua-dua mata cantik itu, turun ke pipi, beralih ke hidung dan lama dibibir. Seakan tidak puas, berkali-kali bibir itu dijamahnya.

Sudah tidak mampu bertahan lagi dengan naluri yang satu itu lalu tubuh Intan dicempung dan dibawa ke atas katil.

Terjerit kecil Intan kerana terkejut.

Perlahan tubuh itu dibaringkan. Dalam waktu yang sama sapat dirasakan deru nafas Caden menampar wajahnya.

Sekali lagi bibir basah Intan disapa lembut. Terpejam mata Intan menikmatinya.

Tiba-tiba perut Intan berbunyi.

Terhenti segala tindakan Caden, tercetus ketawa kecil. Kepalanya dijatuhkan pada dada montok Intan. Lembut macam marshmallow..

Caden bangun dari menindih Intan. Muka diraup.

"Sorry.. You so beautiful my dear. Tak boleh tahan." ucap Caden yang masih berada di sisi Intan.

"Kesian my wife, lapar ye" usik Caden lalu mencuit hidung Intan.

Bagai baru tersedar, pantas selimut ditarik menutup badannya yang terdedah. Merah wajah menahan malu.

"Come, i help you up" ucap Caden lalu menghulur tangan untuk membantu Intan bangun.

Intan menghulur tangan kanan pada Caden manakala tangan kiri kuat memegang selimut.

"My dear bersiap dulu, saya call room service hantar makanan. Okey?" ucap Caden lalu bibir Intan dikucup sekilas sebelum menghilangkan diri keluar dari bilik.

Bahaya betul la. Nyaris-nyaris. Nasib baik kau tolong aku perut. Kalau tak, dah ke mana-mana la tadi.

Tergeleng kepala Intan.

Setelah siap berpakaian, Intan keluar dari bilik, makanan sudah pun tersedia di meja makan. Mana pulak dia ni. Tadi ajak kita makan sangat.

"Cari siapa?" soal Caden dari belakang sambil tangan memeluk pinggang Intan.

Terperanjat Intan ditegur begitu.

Jangan la macam ni awak, saya tak kuat..

"Kenapa diam?" bisik Caden di telinga Intan.

"Ha? Mana ada. Lapar kot" balas Intan.

"Lapar.. mari. Kita makan. Nanti sejuk tak sedap" ajak Caden lalu pelukan dilepaskan dan jemari Intan dipaut bersama jemarinya.

Hai lah.. Jalan dalam ni pun nak pegang tangan juga ke.. Payah la macam ni.

"Nanti lepas sarapan kita buat VC kat papa ye. Papa tak sabar nak tengok menantu dia" ucap Caden selamba.

"Papa? Ayah awak tahu pasal ni?" soal Intan sambil menarik kerusi di meja makan dan melabuhkan duduk.

"Yup, he know" Caden mengangguk.

Kalau dah papa dia tahu, tak risau ke Cleine pun akan tahu?

"Tak. Papa tak akan bagitau pada Cleine. Sampai saya yang beritahu sendiri" kata Caden sambil wajah isterinya dipandang.

Intan sudah buat muka pelik. Dia ni boleh baca apa yang aku fikir dalam kepala ke apa ni.

Ketawa Caden dengan ulah Intan.

"Dah, dah.. Saya ni bukan ada super power yang boleh baca fikiran orang" kata Caden sambil ketawa.

Lagi bulat mata Intan. Makin galak Caden ketawa.

Pagi itu buat pertama kali Caden dan Intan bersarapan sebagai suami isteri.

"Nak tanya sikit boleh tak?" soal Intan pada Caden yang sedang menghirup kopi.

"Yes my dear" kata Caden dan kemudian cawan kopi diletakkan di atas piring.

"Tak apa ke saya dah banyak hari tak masuk kerja. Nanti apa pula kata orang lain" tanya Intan.

Ialah, sudah beberapa hari dia tidak turun bekerja.

"It's okey, Carlos dah maklum pada Rahim, yang my dear ambil cuti" jawab Caden sambil tersenyum.

"Hm.. Awak tak payah la panggil saya macam tu, panggil macam selalu dah la. Saya tak biasa" ucap Intan serba salah.

"Kalau nak biasa, kena la panggil selalu. Kan my dear" usik Caden lagi.

Hish, tak makan saman betul la dia ni.

"Er.. Saya lupa nak bagitau. Sebaik Cleine balik, saya kena RTB segera" kata Intan.

"RTB?" soal Caden tidak faham.

"Sorry dah terbiasa. Return to base, RTB. Saya kena kembali ke sana semula untuk rancang strategi sebelum bertindak bersama pasukan" terang Intan.

"Awak kena ikut sekali?" soal Caden tidak percaya.

"Ya, selain saya, ada beberapa orang lagi" terang Intan.

"Bahaya, saya tak benarkan" tegas kata Caden. Laju Caden bangun meninggalkan meja makan menuju ke ruang tamu.

Aduh.. Dia ni faham tak. Aku ni polis, dah memang itu kerjanya. Payah betul kahwin dengan orang yang tak faham tugas polis ni.

Intan bangun lalu berjalan menuju ke sofa tempat Caden berada.

"Awak.. Saya ni polis, memang dah itu tugas saya. Ini bukan kali pertama saya sertai operasi macam ni" terang Intan.

Tegang sahaja wajah Caden.

Ish, macam mana ni. Tak silap, esok lusa si Cleine dah balik. Aku nak kena standby.

"Awak.." panggil Intan sambil tangan Caden diraih dan pegang. Lembut jemari besar itu diusap.

Kuat Caden mendengus. Aik, dah cair. Cepatnya.

"My dear, awak dah susah-susah undercover dekat dua bulan. Tak boleh ke biar orang lain pulak yang handle?" tanya Caden tidak puas hati.

"Mana boleh macam tu, saya.." tak sempat Intan habiskan kata-katanya, Caden pantas memotong.

"Awak tak nak gelaran polis hebat tu orang lain pula yang galas. Awak nak orang tahu yang ini semua hasil usaha awak kan?" tinggi suara Caden.

"Apa yang awak mengarut ni?" suara Intan lemah sahaja.

Belum sampai satu hari jadi suami isteri, dah bertekak. Macam mana lah nak hidup lebih lama macam ni.

Intan malas nak bergaduh lalu Intan bangun meninggalkan ruang tamu dan menuju ke dapur.

Inilah risiko yang harus ditanggung jika berkahwin dengan orang yang tidak faham dengan tugas polis.

Lebih baik Intan beralah. Tidak mahu perkara ini dipanjangkan.

Sampai di dapur, tangan dan mulut dicuci. Lama tangan bermain dengan air di pili.

Aku salah buat keputusan ke.. Kuat Intan mengeluh. Baru Intan berura mahu berpusing, ada sepasang tangan memeluk pinggangnya. Tahu sangat tangan siapa.

Caden mencium sekilas pipi Intan.

"Saya risaukan awak. Saya takut jadi sesuatu nanti. Awak tak kenal siapa Cleine tu sebenarnya." perlahan Caden menuturkannya. Tangan dipinggang Intan semakin rapat dipeluk.

"Hai la abang oi, dah itu tugas saya" kata Intan lanjut sahaja ayatnya.

Mendengar saja panggilan itu disebut. Pantas tubuh Intan dipusing mengadapnya.

Mata Intan ditentang matanya.

"Kenapa?" soal Intan pelik.

"My dear panggil apa tadi?" soal Caden.

"Panggil apa pulak" Intan menyoal kembali.

"Tadi..." kata Caden sambil tangannya memeluk pinggang Intan.

"Yang mana?" Intan masih tidak faham.

Puas fikir, baru perasan.. Oh..

"Abang?" soal Intan.

Caden mengangguk dan tersenyum.

"Saya suka panggil saya macam tu" kata Caden, lalu bibir Intan dicium sekilas.

"Ingatkan apa la tadi.. Hm.. Nak saya panggil abang boleh tapi benarkan saya ikut operasi ni" putus Intan.

Terus berubah wajah Caden. Pelukan pinggang dilepaskan dan terus Caden berlalu ke sofa three seater.

Baru tadi okey dah mula balik. Perangai macam budak-budak.

Intan mengekori Caden dari belakang. Sebaik Caden melabuhkan duduk di sofa, Intan pantas duduk di ribaan Caden dengan mengadapnya. Terkejut Caden dengan tindakan Intan.

Wajah Caden diusap perlahan. Intan tunduk lalu menghembus perlahan ke telinga Caden. Dapat dilihat bulu romanya berdiri. Tertawa suka Intan.

Belum sempat Intan meneruskan tindakannya, tubuh Intan ditolak perlahan hingga terbaring di sofa. Tajam pandangan mata Caden.

Intan dah usik rasa yang satu itu. Caden perlahan menunduk lalu bibir Intan ditindih, lama dan asyik hingga tangan Intan naik meramas lembut rambut Caden.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience