Midnight News

Drama Series 421991

"Joy, kau tengok berita tengah malam ni tau".

"Ha??? Ada berita apa?", soal Joy padaku yang sedang membancuh air untuk Arif. Aku dah siap, menunggu Arif bersiap pula sebelum kami sarapan bersama. Semalam kami di rumah sewa aku. Joy ketika itu baru nak mandi.

"Tengok je la. Kan abang kan". Lembut saja tutur bicaraku. Sebenarnya aku tak benarkan Arif memberitahu sesiapa pun tentang tawaran yang aku terima.

Ketika itu Arif keluar dari bilik siap berpakaian, mengambil mug berisi kopi di atas meja lalu mencium pipiku. Geram tau dengan Arif ni, depan Joy lagi galak dia nak bermesra dengan aku. Aku pula naik malu. Aku tau Joy mesti pelik kenapa tiba tiba aku minta dia menonton berita. Diulangi b.e.r.i.t.a.

Setengah jam sebelum bersiaran, kaki tangan aku dah sejuk. Arif turut ada bersama tadi sebelum aku dipanggil masuk ke bilik mekap. Tenang saja sayang, itu pesannya. Bersiaran kali pertama, mana tak gementar. Untungnya tengah malam, tak semua orang masih berjaga.

Selesai setengah jam yang aku rasa sangat panjang selain sewaktu ujian lisan Bahasa Malaysia dan Inggeris, segala bebanan yang tergalas di bahu hilang serta merta. Senyuman di bibir bukan lagi palsu. Dadaku lebih tenang untuk bernafas.

Sebenarnya aku lebih gemar untuk menjadi penyampai berita ringkas namun memandangkan slot itu hanya di waktu siang dan aku ada komitmen lain, jadi inilah aku kini penyampai berita lewat malam.

Keluar dari konti, Arif tersenyum lebar. Aku rasa nak berlari dan memeluknya tapi aku harus kawal diri. Perbuatan itu hanya akan mengundang tanggapan negatif pada kami. Arif, kebanyakkan pekerja di stesen tv ini mengenali dia dan juga aku, yang selalu mengekorinya jika ada temujanji di situ. Cuma kali ni aku menjadi sebahagian dari warga stesen tv.

"Tahniah". Kata Arif sebaik aku sampai didepannya.

"Ok ke?", tanyaku pada dia sebagai seorang penonton sambil menghidupkan kembali telefon bimbitku. Terus bergetar menandakan ada panggilan masuk.

"Hei bitch. Apsal aku tak tau?", jerit Joy. Kuat seperti aku letak dalam mode pembesar suara.

Aku ketawa besar, "Suprise. Sekarang dah tau kan?".

Arif berjalan di depanku dan aku mengekorinya dari belakang menuju ke kereta.

"Jom kita yumcha. Aku tunggu kau kat mamak biasa", kataku pada Joy sebelum memutuskan talian dan berlari mendekati Arif agar dapat jalan beriringan dengannya.

Sebaik masuk ke dalam kereta, tanpa lengah kami berdua berkucupan bagi melepaskan keinginan tadi.

"Macam mana saya tadi?", soalku sejurus kucupan kami berakhir sambil membetulkan rambut, lipstik yang sudah sememeh serta baju yang dah tersingkap. Arif terus menekan pemacu kelajuan dan kami keluar dari perkarangan stesen tv.

"Sangat bagus untuk newcomer. Abang rasa kurang setahun, sayang boleh baca berita di waktu perdana", jawab Arif penuh yakin. Tangannya di atas pahaku mengelus perlahan. Aku tau tadi hanya appertizer, mana nak puas.

"Wow.. tinggi sangat expectation abang tu. Ramai la yang lagi bagus. Esok giliran orang lain, mesti bagus juga", ujarku sambil mengesat kulit muka Arif yang ada bekas gincuku dengan tisu basah.

"Siapa?"

"Shelly. Rambut panjang, wavy tu".

"Oh dia.. kita tengok esok. Rupa cantik tak semestinya pandai menyampaikan. Mood dan tempo bacaan harus selari. Sebutan pun kena jelas", terang Arif. Ya, aku tahu semua itu. Sudah diberitahu oleh tenaga pengajar.

"Ala bang... kan dah masuk kelas hari tu. Mesti bagus la. Sia sia je kalau tak", balasku melentukkan kepala di bahu Arif. Tangan di paha tadi, aku genggam. Kami melayan perasaan di sepanjang perjalanan.

"Pakai ni". Arif menghulur kemejanya yang tergantung di belakang kereta selepas memakir kereta di seberang kedai mamak. Aku pelik, untuk apa disuruh aku pakai.

"Sejak sejak dah bersuami ni, ada orang tu dah mula feminin. Baju singkat ketat, rambut dah cutting perempuan, pinggang pun dah ramping. Paling abang tak boleh, boobies tu makin bulat. Pakai baju ni. Kat luar tu, malam macam ni banyak mata mata kelaparan macam serigala". Aku ketawa bila Arif berkata begitu. Baru malam ni aku  memakai blaus putih tanpa lengan kerana tadi dipadankan dengan jaket hitam.

"Dan abang salah seorang daripada serigala tu kan?", usikku sambil ketawa.

"Abang bukan serigala tapi abang adalah drakula yang menghisap darah dan dara Nura Lisa", balasnya menerkam aku yang sedang menyarung baju kemeja Arif sebagai cover.

"Abang.. jangan kat situ". Aku menolak kepala Arif bila terasa dia cuba menggigit dan menyedut bahagian tepi leherku.

"Kenapa tak?", tanyanya tak berpuas hati.

"Nanti orang mekap nampak". Arif mendengus kuat.

Aku buat tak dengar, yang penting sekarang aku lapar. Nak roti tampal.

*****

Sepasang tangan melingkari pinggangku, hangat belakang tubuhku dengan haba dari Arif. Aku ketatkan rangkulan Arif dan kualih tinggi sedikit, membiarkan tapak tangannya menekap payudaraku. Arif tersedar dari lena, seolah mengerti keinginanku di pagi hari lalu dia meramas perlahan sebelum memilin puncaknya. Aku hanyut dalam keenakkan sentuhan nafsu. Kepalaku berpusing ke sisi mencari mulut Arif. Suami mana mahu menolak breakfast on bed kan? Daging segar dan jus dari ladang.

Sedang kami asyik menikmati sentuhan, mata aku tiba tiba terbuka luas, bibir kami tak lagi bersatu, tangan Arif juga berhenti bila terdengar telefon berbunyi.

"Sayang, mak call", bisik Arif. Aku menutup mata seketika bagi memperlahankan nafas yang sudah mula mencanak tadi.

"Ya bang...". Aku mencapai telefon di meja sisi dan terus duduk di birai katil untuk menjawab panggilan.

Arif pun turut bangun berjalan di depanku dengan kadar ketegangan yang kurang dari tadi. Kami terganggu, bukan kerana panggilan tapi sebab mak yang memanggil. Jika nada lain, aku biarkan saja. Ini nada khas untuk mak yang berdering.

Arif terus menuju ke bilik mandi, membersihkan diri. Aku mengerling pada jam sambil berbual dengan mak. Kami tak dapat teruskan kerana masa suntuk.

"Mak suruh balik hujung minggu ni. Dia ingatkan pasal kenduri aqiqah anak Nuha". Aku beritahu Arif tentang perbualan tadi sambil mengunyah roti bakar. Arif siapkan hidangan sarapan ketika aku mandi dan bersiap tadi.

"Dia tanya betul ke saya masuk baca berita sekarang. Ada orang beritahu dia masa pergi surau subuh tadi". Arif tersenyum. Geram aku dengan smiling eyes tu. Rasa nak gomol je Arif, dah memang hormon nak gomol menggomol ni.

"Kita balik naik kereta masing masing macam biasa", ulas Arif. Itu yang kami buat selama kami bernikah. Balik kampung bersama tapi dengan kereta berbeza. Singgah di rnr sebelum susur keluar untuk menjamu selera dan bercengkerama seketika bagi melepaskan rindu untuk beberapa hari. Kadang kadang jika rindu tak dapat dibendung, kami akan berjumpa di sungai kampung sebelah atau pondok 'bersejarah'. Dapat jumpa depan depan pun dah cukup, bukannya nak apa sangat. Selalunya bercerita tentang keluarga kami sambil menghisap rokok.

Raya pertama kami sebagai suami isteri, kami sambut di Guangzhou. Arif ada kerja di sana sejak sebelum puasa, aku ambil kesempatan beraya bersama dia. Pada keluarga, aku katakan aku kerja di luar negara. Ya, kerja la kan. Dengan suami tercinta. Arif pun tak berura ura untuk balik beraya. Dia yang mencadangkan kami beraya di sana. Kali pertama beraya bersama suami dan di perantauan, memang berbeza. Tak sama seperti beraya di tempat sendiri bersama keluarga.

Aku tiba di rumah mak awal pagi. Usai tugas membaca berita, pulang ke rumah menunaikan tugas sebagai isteri melayani suami. Sempat juga kami melelapkan mata dua jam sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman.

Aku nampak kereta angah dan along, ada di bawah khemah namun aku hanya meletakkan kereta di pinggir jalan. Aku mengetuk pintu rumah dan memberi salam. Setelah pintu dibuka oleh mak, barulah kereta Arif bergerak ke rumah keluarganya.

"Pukul berapa dari sana kak?", soal mak terpisat pisat. Pasti mak lewat tidur semalam, selalunya waktu begini mak sudah bersiap untuk ke surau.

"Dekat dekat pukul tiga mak".

"Lewat sangat. Bahaya. Bukan ke habis baca berita 1230".

Aku mengangguk. "Ada kerja lain lepas tu mak. Bukannya habis tu boleh terus balik. Tu yang kakak lewat dari sana"

"Lain kali balik pagi", ujar mak keras.

"Balik pagi nanti kakak sampai majlis pun habis. Mata ni tak boleh janji kalau dah tidur".

"Ye la. Pergi masuk bilik mak. Rehat. Mak nak mandi, dah masuk subuh ni". Aku mengangguk, berbaring terus terlelap kepenatan.

Aku tersedar dari lena bila ada rengekan halus di sisi. Aku buka mata seluasnya, ok.. aku dalam bilik mak dan rengekan itu bukan rengekan mengada Arif minta dicumbui. Aku pandang ke sisi.

"Hai sayang... assalamualaikum". Aku  mengesot ke bawah sedikit mencium ubun ubun kemudian pipinya.

Hadif Aiman, anak sulung Nuha dan Zaf. Kali kedua kami bertemu. Pertama dulu ketika dia masih di hospital, baru dilahirkan. Bau bayi sangat menenangkan. Kata orang itu bau syurga.

"Bila sampai kak?", tanya Nuha masih belum lagi bersiap. Padahal lagi sejam majlis akan bermula.

"Subuh tadi", jawabku mengambil Hadif dan memangkunya. Pipinya kucium lagi.

"Diam diam kau kan. Tau tau dah jadi selebriti", kata Nuha mencubit pahaku.

"Ala.. baca berita je. Selebriti apanya?", balasku bersahaja, membelek kepala Hadif seperti ada kulit kulit kering.

"Kenapa anak kau kecil kecil dah ada kelemumur?", soalku.

Nuha ketawa besar ditamparnya aku, "Bukan kelemumur la. Kuping baby".

"Haaa.. tak bahaya ke? Mesti gatalkan Hadif", ujarku sambil cuba mengopek kulit tersebut.

"Kak, kau jangan macam macam. Ada cara la nak hilangkan. Bukan cabut gitu je. Berdarah nanti", balas Nuha mengambil semula Hadif dari aku. Takut la tu... tunggu la aku ada anak nanti. Aku tak bagi kau pegang.

"Kau makin cantik ek sekarang kak", tiba tiba Nuha memuji aku.

"Kau nak apa ni puji puji aku???". Aku menjelir lidah padanya dan mengambil tuala bersih dari dalam almari mak. Hari dah makin meninggi, orang pun dah ramai. Takkan aku nak berkubang dalam bilik lagi.

Siap berbaju kurung moden, aku singgah sebentar di meja makan. Ada kopi dan karipap sejuk. Boleh la buat lapik perut. Kemudian aku ke bangsal tempat merewang dan memasak lauk pauk kenduri.

Ramai warga kampung hadir, namun maklong Yam tetap tidak kelihatan. Aku melabuhkan punggung di pangkin bersama makcik makcik yang membantu.

"Kak, tolong pegang Hadif jap. Nak masuk toilet", kata Nuha memberi Hadif padaku dan berlari masuk ke dalam rumah. Ni mesti Zaf hilang tak dapat dikesan.

"Macam dukung anak sendiri la. Dah la baju matching". Ada seorang makcik bersuara.

"Haah kak. Bila nak ada anak ni?", tanya salah seorang dari makcik makcik yang ada di situ.

"Ada anak apa? Kawin pun belum. Calon pun takde lagi", sahut mak. Tah dari mana datangnya, tau tau dah ada sebelah aku.

"Betul takde ni? Aku pinangkan untuk anak aku la", sahut seorang makcik di situ. Aku tak perasan siapa.

"Mintak mahap la. Anak aku dah book dulu. Ni alang alang semua ada, aku nak bagitau Biah, minggu depan kami nak datang meminang kakak. Anak aku yang kerja kastam kat Padang Besar tu berkenan sangat dengan kakak ni. Tiap malam dia tunggu kakak baca berita", ujar makcik Intan dengan lantang.

Share this novel

Hani
2019-12-03 07:14:49 

jeng jeng jeng

Nurul Abdullah
2019-12-02 23:59:57 

morning news ni lagi gempak dari midnight...cemana laki bini ni nak buat strategi supaya org x masuk minang

Hana
2019-12-02 22:06:55 

wow...lajuuu je cop2 nura yaa...mesti nk menantu selebriti tu


NovelPlus Premium

The best ads free experience