lima puluh lapan

Romance Series 207093

Si isteri yang sedang enak menjamu selera di atas katil hospital itu ditatap lama hingga tak selesa Shira dibuatnya.

Anak rambut panjang Shira yang terkeluar dari sanggul itu diselit perlahan ke belakang telinga. Tangan naik mengelap ulas bibirnya pula.

'Aku makan comot ke.. tak de pape pon.' Shira memaling pula pada Khalish di kerusi pelawat bersebelahannya.

"Kenapa pandang Shira macam tu? Comot ke?" tangan naik mengelap bibir sendiri sambil menatap pelik kelakuan si suami.

'Takde apepon..'

"Tak.. takde apa cuma.." balas Khalish dingin.

"Sayang tahu kan tentang Darien dengan siapa yang rancang semua ni?" soal Khalish pula, menarik perhatian Shira.

Terhenti suapan Shira tadi, wajahnya mendung tiba-tiba. Dia mengangguk perlahan. Kalau boleh dia tak mahu ingat pun peristiwa itu.

Tambahan lagi, darah dagingnya sendiri yang merancang peristiwa hitam itu bersama Darien.

Semenjak dirinya di hospital, lelaki itu telah disoal siasat dan Darien menyatakan bahawa ianya bukan rancangannya.

Dia memang menyukai Shira dan sedikit obses tetapi itu saja. Kes penculikan ini dan cubaan merogol Shira beberapa bulan lepas di kampung Khalish adalah rancangan Shura.

Dia hanya bersetuju dan mengikut saja. Kini, pihak polis sedang mencari wanita itu.

Mereka ke kediamanan En. Kamal dan Pn. Mas dengan mambawa waran tangkap Shura, tetapi wanita itu lebih pantas bertindak dengan melarikan diri dari rumah semasa kedatangan pihak polis.

Semua terkejut yang amat dengan kenyataan pihak polis yang datang dan setelah Khalish berterus-terang mengenai perkara yang menimpa Shira kepada mereka.

"Yang.." sentuhan lembut Khalish pada lengannya menyentakkan Shira.

"Abang harap sayang tak terlalu fikirkan soal Shura tu hmm? Tak perlu stress-stress.. abang akan uruskan semuanya. Cuma sekarang, Shura dah larikan diri."

"Abang tak nak fikirkan kemungkinan yang boleh berlaku. Jadi sayang duduk je rumah umi dan abi okay? Sekurang-kurangnya tak adalah sayang sorang-sorang.. Risau abang nanti." ucap Khalish perlahan.

Kekura tangan itu diusapnya lembut. "Bolehkan yang?"

Shira mengeluh berat sebelum mengangguk juga. Pegangan tangan Khalish dibalas.

"Shira pun tak sangka semuanya berpunca dari Shura. Patutlah senang je Darien buat kerja.. ada orang dalam rupanya. Haih.." luah Shira kesal.

Tak pernah sampai dek akalnya Shura adalah dalang disebalik musibah yang berlaku padanya. Tetapi siapa yang sangka, kebahagiaan yang baru saja dikecapi pasangan suami isteri itu diduga pula sebegini.

"Abang nak tinggalkan Shira dengan abi umi ni, abang duduk sekali dengan Shira kan?" soalnya pula. Mahukan kepastian.

Melihatkan tiada reaksi dari Khalish, Shira mogok.

"Abang jangan macam-macam ek? Kalau abang tak nak duduk sekali, Shira pun tak nak jugak!" tubuh dipeluk dengan bibir memuncung. Protes.

"Okay.. okay.. abang tinggal sekali tapi abang tak selalu ade dekat rumah tau. Abang nak pergi kerja lagi, selesaikan urusan kes sayang ni lagi.." pujuk Khalish.

"Okay.. itu takpe." angguk Shira bersetuju.

"Meh makan jom. Abang suapkan." Sudu diambil dan pinggan dipusingkan menghada ke arahnya sebelum mula menyuapkan Shira.

~~~~~~~~~~~~

Dengan keterangan dan bukti yang ditunjukkan Darien semasa soal selidik, waran tangkap diperoleh untuk penahanan suspek.

Inspektor Yusa mengikuti tiga orang lagi anggota polis untuk ke kediaman Shura malam itu.

Kereta vios silver mereka dihentikan di hadapan rumah sebelum melangkah keluar bersama. Loceng ditekan beberapa kali menanti tuan rumah.

"Zat.. kau jaga belakang rumah ni." arah Yusa pada salah seorang dari mereka. Sebagai langkah berjaga-jaga.

Aizat yang berpakaian biasa itu hanya mengangguk dan beralih pada bahagian belakang rumah. Berjaga di luar.

Shura yang baru selesai mandi mengeringkan rambutnya dengan sehelai lagi kain kecil. Bunyi loceng yang bertalu-talu dari pagar luar rumah menjengkelkannya.

"Sial la.. sape bangang sangat datang malam-malam ni? Tak reti hormat orang betul." gumam Shura bengang seraya melangkah menghampiri tingkapnya.

Tirai yang tertutup diselak sedikit dan dia melihat seorang wanita dan seorang lelaku di hadapan pagar rumah. Berbual serius.

Entah mengapa, hatinya berdegup kencang. Dia dapat rasakan sesuatu.

"Diorang ni siapa? Mesti ade bende penting datang malam-malam ni. Tapi apa?" ligat otaknya berfikir keras dan kelibat bapanya pula kelihatan merapati pintu pagar.

"En. Kamal?" tanya Yusa apabila seorang lelaki separuh abad merapati pintu pagar dan membukanya separuh.

"Ya saya. Cik ni siapa? Ada apa kemari ye malam-malam ni?" soal En. Kamal pula, sedikit bingung dengan kedatangan itu.

"Kami pihak polis. Kami datang untuk menahan Cik Shura Maizara." lencana pengesahan dan waran tangkap ditunjukkan pada En Kamal.

Jelas riak terkejut pada wajah itu. Tetapi tidaklah seperti Shura yang melihat dari atas.

Terbeliak pandangannya dengan apa yang dilihat. Pihak polis?! Tapi macam mana? Tak akanlah Darien sudah ditangkap! Shit!

"Babi punya anjing. Jantan tak guna. Sial betul." gumamnya geram seorang diri.

Pakaian kalut dipakai dan diambil segala barangan pentingnya sebelum berlari ke bawah.

Hafiz yang baru keluar dari dapur dengan sepinggan buah memerhati si kakak yang berlari menuruni tangga siap berpakaian ingin keluar sambil membawa sebuah beg sandang.

"Kak Shura! Kau nak ke mana malam-malam ni?" soalnya agak kuat apabila Shura berlari pantas, meluru keluar mengikut pintu dapur di bahagian belakang.

Hafiz musykil tetapi tidak juga mengejar Shura. Kaki dibawa ke ruang tamu yang punya Haris dan mamanya.

"Kenapa Fiz?" soal Puan Mas pada si anak teruna kerana mendengarkan jeritan Hafiz memanggil Shura tadi.

"Oh.. tadi-"

Pintu terbuka mengalihkan perhatian mereka. Yusa masuk bersama Ravi dan Hamim, diikuti En Kamal di belakang.

"Ravi, Cari dia di atas. Min, jaga di luar." arah Yusa sambil terus meliar ke bahagian bawah tanpa mempedulikan pandangan dan pertanyaan sekeliling.

"Pa.. siapa mereka?" Haris bertanya pada di bapa yang terduduk di sofa bersama mereka.

Hafiz pula sudah naik ke tingkat atas mencari Shana. Risau ditinggalkan dengan lelaki tak dikenali di atas.

"Mereka anggota polis. Mereka bawa waran tangkap Shura." beritahu En Kamal pada isterinya.

"Ap-apa?! Ya Allah Shura.." Tak semena-mena, air mata Puan Mas mengalir laju sambil menunduk.

"Cik Yusa!" suara Hamim di luar kedengaran.

Yusa di salah sebuah bilik di tingkat bawah berlari semula ke ruang tamu dan bertemu Hamim.

"Dia tak ada di sekitar kawasan ni." beritahunya dengan selang nafas kepenatan.

"Cik Yusa! Suspek juga tiada di atas." beritahu Ravi pula. Hafiz bersama Shana mulai menuruni anak tangga melihat situasi itu.

"Ada sesiapa yang melihat Shura Maizara?" soal Yusa serius.

"Ya. Dia baru saja keluar dari pintu belakang sebelum Cik masuk tadi." beritahu Hafiz tiba-tiba tanpa rasa bersalah. Masih bingung.

"Apa?" soal Yusa dingin. Pandangan tajam itu menggamamkan Hafiz.

'Mak ai.. garangnya awek ni.'

Wanita tinggi lampai itu sudah mencekak pinggang memandang garang ke arah Hafiz yang terkulat-kulat di atas tangga bersama Shana.

"Haih.. Ke luar sekarang!" Yusa mengeluh berat pada awalnya dan menjeling Hafiz tajam sebelum mengarahkan anggota lain ke luar.

Alat komunikasi di belakang pinggangnya yang bergetar diambil dan ditekan punat penyambungan.

"Aizat? Jawab Zat." panggilnya sambil turut meluru keluar.

"Cik Yusa. Suspek sudah larikan diri bersama keretanya tadi. Saya tak sempat mengejarnya." beritahu Aizat kelelahan akibat lari mengejar Shura bagai lipas kudung tadi.

Wanita itu tidak keluar mengikut pintu di bahagian belakang tetapi memanjat tembok rumah di bahagian jiran sebelah rumah. Tiada sesiapa yang menjangkakannya.

Aizat mula terperasan tadi pun adalah disebabkan bunyi suis kereta dihidupkan dan kelibat Shura yang kelam-kabut berlari ke arah sebuah kereta.

Belum sempat dia menangkap Shura, wanita itu sudah memasuki kereta dan menguncinya. Kereta dihidupkan dan pantas meninggalkan Aizat yang mengejar menyuruhnya berhenti di belakang.

"Takpe Zat. Tapi kau nampak kan no. plat dan jenis keretanya?" soal Yusa pula.

"Ya Cik." jawabnya.

"Dia tak akan lama dapat bebas.." ujar Yusa dingin sebelum kembali masuk, mahu bertemu keluarga suspek di dalam semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience