Rate

02

Family Series 1140

Ivry mengeluh memandangkan masih jauh lagi perjalanan hidupnya. Bagi Ivry hidup ini hanya membebankan. Penat. Semalam sudahlah baru datang sekolah sudah dibuli. Duit sakunya dikebas. Dia pernah melawan dulu dan akhirnya rakan sebiliknya turut diheret sekali. Ikutkan hati ingin sahaja Ivry membalas balik.

Come on, Ivry ni nampak je senyap tapi skillful okey. Oleh kerana dia sangat berbakatlah sekolah tidak mengenakan sebarang tindakan undang-undang kepadanya atas apa yang dilakukannya.

" Ivry kau okey? " Rose , teman sebiliknya bertanya. Ivry akhirnya kembali ke dunia nyata. Ah indahnya dunia jikalau dapat diisi dengan fantasi !

" Okey " Ivry sememangnya terkenal dengan perangai suka menyendiri dan tidak suka bergaul. Sebenarnya perwatakan Ivry mula berubah semenjak kakaknya meninggal. Pemergian Ivy Ellysa memberikan impak yang sangat besar bagi Ivry . Dia kehilangan satu-satunya teman bercerita, teman bermain , tempat dia mengadu .

Prestasi pelajaran juga turut merosot dengan sangat mendadak. Memang dari dulu Ivry tidaklah begitu bijak tapi tidak pernahla dia mendapat results seteruk sekarang. Bakatnya dalam bidang penulisan yang amat didorong oleh guru-gurunya juga tidak dihiraukan oleh keluarganya. Bagi mama papanya, markah peperiksaan ialah segalanya. Ilmu tanpa bakat tak jalan juga please lah!

Risle Carter lupa agaknya dia mampu buka syarikat tu bukan sebab pengetahuan semata-mata tapi kerana bakat. Ish tak mahulah berdebat tentang hal ini lagi. Bagi Ivry mama papanya bukanlah sesiapa buatnya. Orang asing.

" Auch " secara spontan Ivry memegang dadanya. Terasa seperti ada sesuatu yang amat tajam menusuk ke dalam dadanya

" Wei kau okay tak ni? " Tanya Rose buat kali kedua. Ivry cuma membuang kerutan di dahi dan senyum bagi menghilangkan kerisauan temannya itu. Hanya Rose yang berani bercakap dengannya . Itupun kerana mereka sebilik. Sekiranya sebaliknya entahlah.

" Aku okay . Kau tak payahlah risau . Sikit je ni. Lepas tidur aku okay lah ni" Ujar Ivry seraya baring diatas tilam . Ahhh nikmatnya sekiranya dapat tidur.

" Wei kau lupa? Kejap lagi ada perjumpaan " Rose cuba mematahkan niat Ivry. Ivry yang baru pejam mata tak jadi nak tidur

" Perjumpaan apa? " Sejujurnya Ivry langsung tidak mengetahui apa-apa. Dia ada dalam group sekolah tapi langsung tidak menyambuk. Membuka group itu pun tidak. Baginya tak penting.

" Entah . Macam biasalah . Nak tunjuk diorang hebat " diorang yang dimasukkan ialah kumpulan pembuli Ivry . Acah je lebih.

" Hmm kau cakap aku tak sihat " tanpa menghiraukan amaran yang diberikan Rose, Ivry melelapkan mata.

" Haih kau memang keras kepala Ivry. " Bisik Rose perlahan. Tanpa diketahui Ivry, Rose punya rancangannya sendiri. Yang bakal merobek hati Ivry . Ivry dipandang dengan pandangan yang sukar ditakrif.......

Keesokan harinya,

" Ivry kamu sudah sihat? " Tanya prof Allen apabila menyedari kehadiran Ivry pada hari itu. Ivry merupakan pelajar kesayangan. Ivry sangat cepat belajar. Tapi sayang, gadis itu tidak menumpukan fokus tiap-tiap kali kelas . Lagi-lagi sejak kebelakangan ini.

" Yes sir " jawab Ivry dengan senyuman yang dibuat-buat. Sakit tapi terpaksa. Oleh kerana dia tidak menghadiri perjumpaan pada malam itu, PIERUN  masuk ke dalam biliknya dan membelasahnya. Aduu hanya kerana tidak menghadirkan diri urmmm

" Baguslah kamu sudah sihat. Sudah banyak pelajaran yang kamu tertinggal. Kamu kena catch up untuk peperiksaan sem akan datang . " Hanya prof Allen yang mengambil berat tentangnya. Seorang jejaka hanya memerhatikan dari belakang perbualan mereka. Baginya Ivry seorang yang mengagumkan. Bukan dia tidak tahu kisah Ivry. Rasanya semua tahu. Tapi ramai buat-buat tak tahu sebab takut akan kena dengan PIERUN. PENGECUT!

" Mari kita mulakan pembelajaran kita hari ini "

Sang jejaka tidak menumpukan fokus kerana terlalu menumpukan perhatian kepada Ivry. Rindu . Gadis itu jarang ada disekolah akibat selalu sangat mengelat tak mahu ke sekolah. Sudah lama dia memerhatikan gadis itu. Dia kasihan akan gadis itu. Sudahlah kesunyian, malah dibuli. Dia mengenali gadis itu semenjak mereka berada di sekolah rendah tetapi mungkin sang gadis tidak pernah mengetahui kewujudannya

' tak apa Ivry, walaupun engkau tidak mengetahui kewujudan aku, aku tetap akan menyokong mu dan terus mendukung mu disaat semua manusia pergi meninggalkan mu ' bisik hati kecil jejaka itu. Jejaka itu hanya tersenyum kecil melihat gadis itu seronok belajar. Bijak tapi tidak dihargai. Sayang. Umpama mensia-siakan permata .

" Ivry Mills ! Aku rindu kau " panggil seseorang sebaik sahaja Ivry keluar daripada kelasnya itu. Fake. Itu perkataan pertama yang terlintas di dalam otak Ivry. Sudah semestinya si pemanggil hanya berlakon. Siapa sahaja yang ingin berkawan dengan gadis sepertinya bukan?

" Hey, kau tak rindu aku ke ? " Ujar Posey sambil memaut lengan Ivry. Ivry hanya menjeling sahaja. Sesiapa yang melihat sekarang ini pasti menyangka bahawa Ivry seorang yang berlagak dan sombong sedangkan ini hanyalah satu-satunya cara untuk Ivry bertahan disekolah ini. Sekali kau dijadikan target, selamanya kau akan kena aims. Gila tak gila.

Pelajar yang berkuasa akan terus disanjung dan yang tidak mampu melawan akan terus dipijak. Ekstremis! Ikutkan hati ingin sahaja dia ambil surat tukar sekolah akan tetapi malas mahu bertekak dengan mama papa Ivry bertahan disini.

" Kau siapa? " Tanya Ivry. Sememangnya itu wajah baharu . Tidak pernah pula dia lihat selama ini.

" Aku Posey. Kawan kau " Ivry menunjukkan muka kebingungan. Sejak bila pula aku ada kawan? Tidak pernah pula ada manusia berani berkawan dengannya. Selain takut dibuli, ada berita yang mengatakan Ivry gila! Kerana itu ramai tidak mahu berkawan dengannya.

Propaganda semata-mata demi memburukkan namanya. Ivry hanya mengambil langkah proaktif dengan mengabaikan segalanya itu. Mungkin kerana kekerapan dia bercakap sendirian mengakibatkan khabar angin itu tersebar.

" Kawan? " Sudah lama dia tidak merasai mempunyai kawan.. Rose pun dia tidak pernah anggap kawan kerana Rose hanya berkawan disebabkan mereka sebilik.

" Yeap, aku roommate baru kau. Aku pelajar kelas weles kau budak kelas elysian kan? Budak bijak " komen Posey apabila melihat nametag Ivry. Nametag mereka dibahagikan mengikut kelas. Lain kelasnya, lainlah nametagnya.

" Rose? " Kalau Posey roommate baru, bagaimana pula dengan Rose?

" Oh budak tu dapat room better than room kau. Ada kumpulan apa entah tawarkan " tanpa dipinta, Posey memberikan maklumat tambahan.

Mengikut pemerhatian Ivry, Posey merupakan seorang gadis yang cheerful. Dia bukannya tidak suka manusia begitu tetapi dia lagi suka kalau orang tidak menyibukkan diri dengan urusannya. Itu lebih baik baginya.

" PIERUN? " entah mengapa hanya nama itu yang terlintas difikirannya. Apakah Rose sudah penat dikunjungi mereka dan akhirnya menerima tawaran daripada PIERUN untuk menjauhkan diri daripada aku? Tetapi siapa Posey? Hati Ivry tidak henti berteka teki

" Hmm kau ada cakap sesuatu ke? " Soal Posey. Ivry tersengih. Sangkaannya dia hanya melontarkan perkataan itu di dalam fikirannya sahaja.

" Nothing" sepantas kilat, Ivry mengembalikan mukanya kepada muka poker. Tak sporting!

Dari jauh pelajar pelajar yang lalu-lalang mula berkata-kata melihat akhirnya Ivry bercakap dengan manusia . Sang jejaka yang asyik memerhatikan semenjak di dalam kelas mengerutkan dahinya. Siapa pula perempuan itu? Kenapa hatinya mengata perempuan tersebut ada niat tersirat?

" Sempena aku jadi kawan kau, kau kena belanja aku . Jom ! " Ujar Posey sambil menarik tangan Ivry kearah kantin. Ivry hanya mengikut dalam keterpaksaan. Dia bukanlah robot tidak memiliki perasaan. Dia juga ada perasaan. Sejujurnya dia gembira ada manusia ingin berkawan dengannya. Sudah lama dia tidak merasai nikmat berkawan. 2 tahun mungkin? Tetapi dia hanya curious. Betulkah Posey ingin berkawan dengannya atau dia punya niat lain?

To be continue...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience