Bab 2 Malam Bencana

Drama Completed 185896

Bab 2

 

      Harun membawa Intan Saleha masuk ke lobi hotel.  Intan Saleha  bagaikan tidak percaya sekarang ini dirinya berada di sebuah hotel. Mata Intan Saleha liar mencari lelaki yang mungkin adalah ayah biologinya.

       “Intan tunggu dulu dekat sini. Pak Cik nak pergi jumpa dengan kawan Pak Cik sekejap. Sebab nak tahu ayah Intan tu ada dekat mana.” kata Harun lalu meninggal Intan Saleha.

        Harun melangkah kakinya menuju ke suatu tempat yang agak terlindung sedikit. Sudah ada 2 orang lelaki menunggu kedatangan Harun.

        “Mana dia perempuan yang kau cakap tu?”tanya seorang lelaki yang badannya agak gembal sedikit.

          “Ada dekat situ.”Jawab Harun sambil menunjuk ke arah Intan Saleha yang agak jauh dari mereka bertiga.

          “Perempuan tu masih dara lagi?”tanya lelaki berbadan kurus.

          “Jangan risaulah, perempuan tu masih dara lagi. Sebab dia perempuan baik-baiklah.”balas Harun.

            “Kalau macam tu baguslah.”kata lelaki berbadan gembal.

             “Mana kamera tersembunyi tu? Aku nak letak dekat baju perempuan tu.”kata Harun.

            “Kau betul-betul nak buat? Tak cukupkah duit yang aku bagi tu?”tanya lelaki berbadan kurus.

          “Mana nak cukup duit tu. Lagi pun aku memang perlukan duit sekarang ni.”Terang Harun.  

           “Nah kamera tersembunyi yang kau mahu tu. Lepas malam ni hutang kau tinggal separuh je lagi. Tentang kau nak ugut lelaki tu pandai-pandai kau lah.” kata lelaki berbadan gembal.

           “Lelaki itu ada didalam bilik nombor 45 tingkat 5. Sekarang bolehlah kau bawa perempuan tu pergi ke bilik tu.”kata lelaki yang berbadan kurus pula.

            “Baiklah.” balas Harun sambil tangannya mengambil kamera tersembunyi di tangan lelaki berbadan gembal.

              Harun berjalan ke arah Intan Saleha. Intan Saleha berasa lega bila melihat bapa saudaranya itu berjalan ke arahnya. Hatinya dari tadi tidak tenang kerana di tinggalkan seorang diri di sini.

              “Intan, jom ikut Pak Cik,”ujar Harun kepada anak saudaranya itu.

              “Ayah Intan, dah ada dekat hotel ni ke?” tanya Intan Saleha agak teruja.

               “Aah... ayah Intan dah tunggu dalam bilik hotel. Pakai benda ni dekat leher Intan,”kata Harun sambil memberikan satu rantai berwarna perak kepada Intan Saleha.

             “Kenapa kena pakai rantai ni?” soal Intan Saleha bila melihat rantai perak yang berada ditangan bapa saudaranya itu. Intan Saleha merasa pelik dengan rantai itu kerana buah rantai itu agak besar dan berwarna hitam.

            “Intan kena pakai rantai ni... sebab dengan rantai ini barulah ayah Intan tahu Intan anak dia.”Harun berbohong kepada Intan Saleha.

             “Baiklah, Intan akan pakai,”kata Intan Saleha lalu tangannya mula memakai rantai perak itu.

            Harun dan Intan Saleha berjalan masuk ke dalam lif untuk naik ke tingkat 5. Setelah sampai di tingkat 5 pintu lif terbuka. Intan Saleha dan bapa saudaranya keluar dari dalam lif. Sekarang ini Harun mula melihat nombor di setiap daun pintu bilik hotel. Melihat daun pintu bilik hotel tertera nombor 45, Harun segera memberhentikan langkah kakinya di depan bilik itu.

           “Intan, nilah bilik dia nombor 45.”kata Harun lalu mula mengetuk daun pintu bilik itu.

           Knok... knok... knok.

           Bunyi ketukan tangan Harun di daun pintu. Tidak berapa lama kemudia daun pintu bilik terbuka.

          “Intan masuklah.”kata Harun lalu menolak Intan Saleha masuk ke dalam bilik itu.

           Intan Saleha agak terkejut bila melihat lelaki yang berada di sebalik daun pintu. Kerana wajah lelaki itu bukan seperti lelaki melayu. Tetapi lelaki didepannya ini mempunyai wajah kebaratan. Matanya berwarna biru, rambutnya juga agak keperangan. Intan Saleha menelan air liurnya kerana merasa takut. Kerana ia mula menyedari dirinya telah di tipu oleh bapa saudaranya. Kerana lelaki didepannya ini bukan ayah biologinya. Apa lagi Intan Saleha juga merasakan umur lelaki didepannya ini tidaklah tua seperti bapa suadaranya.

           “Sampai pun, dah lama aku tunggu ni.”kata lelaki bermata biru kepada Intan Saleha.

           “Maaf, saya tersalah masuk bilik ni. Saya nak keluar,"ujar Intan Saleha sambil mula mengundurkan dirinya dari lelaki itu.

           “Siapa yang dah masuk dalam bilik aku ni, jangan harap boleh keluar macam tu saja”kata lelaki bermata biru itu sambil tangannya mula mencengkam tangan Intan Saleha.

           Intan Saleha terkejut dengan tindakan lelaki yang berada didepannya ini. Intan Saleha cuba ingin melepaskan tubuhnya dari cengkaman tangan lelaki bermata biru ini. Tetapi Intan Saleha tidak mampu kerana tubuh badannya dengan lelaki itu terlalu jauh berbeza. Intan Saleha mempunyai tubuh badan yang kecil. Manakala lelaki yang telah menindih tubuhnya ini mempunyai tubuh badan agak besar dan sasa. Air mata Intan Saleha mula jatuh membasahi pipi bila lelaki itu mula merobek pakaiannya.

          “Tolong jangan lakukan!”teriak Intan Saleha meminta simpati kepada lelaki yang berada diatas tubuhnya.

           Lelaki bermata biru ini bernama Muhammad Hanafi. Muhammad Hanafi memang sangat terkenal dengan perangai kasanovanya. Walaupun Muhammad Hanafi sudah mempunyai isteri dan mempunyai seorang anak lelaki. Tetapi sikap kasanovanya tidak pernah berubah. Tetap juga suka berfoya-foya dan suka mencari perempuan yang masih perawan untuk memuaskan nafsunya. Muhammad Hanafi sanggup menawarkan harga yang tinggi untuk mendapat perempuan yang masih perawan untuk melayani dirinya. Kerana Muhammad Hanafi sangat kecewa bila mengetahui isterinya bernama Nur Jannatil sudah tidak perawan pada malam pertama mereka.

          Muhammad Hanafi dan Nur Jannatil berkahwin kerana dijodohkan oleh keluarga masing-masing. Walaupun Muhammad Hanafi tidak mencintai Nur Jannatil tetapi dia tetap mengikut kehendak ibunya supaya berkahwin dengan Nur Jannatil. Muhammad Hanafi tidak pernah menyangka Nur Jannatil sudah tidak perawan. Kerana Nur Jannatil mempunyai ciri-ciri perempuan yang baik. Dan keluarga Nur Jannatil juga dari kalangan orang baik-baik. Muhammad Hanafi benar-benar kecewa bila mengetahui Nur Jannatil sudah tiada dara pada malam pertama mereka.

         Nur Jannatil tahu Muhammad Hanafi tidak mencintainya. Kerana Muhammad Hanafi telah memberitahu kepada Nur Jannatil bahawa dia tidak mencintanya. Sebelum mereka berdua berkahwin. Tetapi Nur Jannatil tidak peduli tentang itu kerana hatinya telah terpaut pertama kali melihat Muhamad Hanafi. Nur Jannatil tetap ingin berkahwin dengan Muhammad Hanafi. Setelah kejadian malam pertama mereka melakukan hubungan suami isteri. Muhammad Hanafi sedikit berubah dan kerap pulang lewat malam. Kadangkala dua tiga hari Muhammad Hanafi tidak pulang ke rumah.

       Walaupun rumah tangga mereka mempunyai masalah. Mereka tetap dikurniakan seorang anak. Rumah tangga mereka berdua tetap kekal sampai sekarang. Kerana Nur Jannatil yakin sesuatu masa nanti Muhammad Hanafi pasti akan berubah. Dan mereka pasti akan hidup seperti pasangan suami isteri lainnya. Lagi pula Nur Jannatil sanggup bertahan selama ini demi anak lelaki tunggal mereka yang sudah berumur 6 tahun. Nur Jannatil tidak mahu anaknya kekurangan kasih sayang dari mereka berdua.

        Intan Saleha terus cuba untuk melepaskan dirinya dari cengkaman tangan Muhammad Hanafi. Tetapi semuanya hanya sia-sia. Muhammad Hanafi kelihatan seperti di rasuk syaitan. Tangannya mula menarik baju yang ada di tubuh Intan Saleha. Muhammad Hanafi kelihatan seperti binatang buas yang cuba melahap mangsanya. Intan Saleha hanya mampu menangis dan merayu kepada Muhammad Hanafi. Tapi Muhammad Hanafi langsung tidak peduli dengan rayuan dari mulut Intan Saleha. Kerana Muhammad Hanafi telah membayar wang kepada seseorang yang akan membawa perempuan yang masih perawan untuk melayani dirinya malam ini. Mustahil Muhammad Hanafi akan tersentuh dengan rayuan dan air mata dari Intan Saleha.

        Muhammad Hanafi mengagap Intan Saleha seperti perempuan-perempuan lain yang pernah melayani dirinya sebelum ini. Yang sanggup menjual daranya demi wang. Kerana itu Muhammad Hanafi tidak mempedulikan langsung rayuan dari Intan Saleha. Muhammad Hanafi meneruskan aksinya sambil menindih tubuh Intan Saleha di atas katil. Tangan Muhammad Hanafi terus mencengkam tangan Intan Saleha dengan kuat, supaya Intan Saleha tidak dapat mengerakkan tangannya.

        Seluruh tubuh badan Intan Saleha terasa sakit setelah Muhammad Hanafi berjaya menakluki mahkotanya. Air mata Intan Saleha terus mengalir mengenangkan nasib dirinya. Yang telah dianaiya oleh bapa saudaranya sendiri. Intan Saleha sangat mempercayai bapa saudaranya itu. Kerana Intan Saleha sudah mengagap bapa saudaranya itu seperti ayahnya sendiri.

       “Sudah! jangan nak menangislah. Sekarang kau boleh keluarga dari bilik ini. Sebab tugas kau dah selesai,"kata Muhammad Hanafi.

       Intan Saleha tidak bersuara hanya air matanya saja yang keluar. Perlahan-lahan tangan Intan Saleha membetulkan baju di tubuhnya.

        “Pergi tukar baju lain. Ada baju atas sofa tu, kau boleh pakai," ujar Muhammad Hanafi sambil tangannya menunjuk ke arah baju wanita yang ada di atas sofa.

           Intan Saleha mengambil baju yang ditunjukkan oleh Muhammad Hanafi. Baru sahaja Intan Saleha ingin melangkah masuk ke dalam bilik air untuk menukar baju. Tiba-tiba daun pintu bilik di ketuk dengan sangat kuat. Dengan malas Muhammad Hanafi membuka daun pintu. Intan Saleha terkejut melihat orang yang berada dibalik daun pintu itu. Orang itu adalah Harun bapa saudara Intan Saleha.

         “Ada apa ketuk-ketuk pintu ni?”soal Muhammad Hanafi.

          “Saya bapa saudara perempuan tu,”jawab Harun.

         “Habis tu, kenapa?”tanya Muhammad Hanafi.

         “Saya nak awak kahwin dengan anak saudara saya tu.”jawab Harun sambil memandang wajah Muhammad Hanafi.

          “Jangan harap saya akan kahwin dengan anak saudara awak ni. Lagi pun saya sudah beristeri.”kata Muhamad Hanafi dengan sinis.

          “Awak tetap kena bernikah dengan anak saudara saya tu. Jika tidak saya akan buat report yang kamu rogol anak saudara saya tu. Lagi pula anak saudara saya tu masih di bawah umur lagi.” Harun tetap mahu Muhammad Hanafi memperisterikan Intan Saleha.

         “Masih bawah umur!”Ucap Muhammad Hanafi agak terkejut. Kerana melakukan hubungan intim bersama gadis bawah umur adalah satu jenayah. Mustahil untuk Muhammad  Hanafi terlepas dari pertuduhan itu jika Harun melaporkan kepada pihak polis.

        Harun memandang ke arah Intan Saleha yang berdiri tidak jauh darinya. Mata Intan Saleha kelihatan bengkak kerana terlalu lama menangis.

        “Saya tak ingin kahwin dengan gadis bawah umur macam anak saudara awak ni. Lagi pun bukan salah saya.” tolak Muhammad Hanafi.

        “Kalau macam tu tak apalah. Saya akan bawa anak saudara saya pergi buat report di balai polis sekarang juga. Intan! Jom ikut Pak Cik.”ujar Harun sambil menarik tangan Intan Saleha.

         “Jangan!.. saya setuju jadikan anak saudara awak ni isteri saya. Tapi kena nikah dekat sempadan Thailand.”Muhammad Hanafi mengikuti kehendak Harun kerana tidak mahu ada kejadian buruk menimpa dirinya.

         Jika ada yang mengetahui dirinya telah melakukan hubungan intim dengan gadis bawah umur. Reputasinya sebagai usahawan berjaya bakal tercalar. Biarlah dia mengikut sahaja kehendak Harun bapa saudara Intan Saleha.

         
 

 

Apa yang akan terjadi dengan Intan Saleha agaknya. Hidup tanpa ada ibu dan ayah di sisinya.

Share this novel

Orked Ahmad
2022-01-04 17:02:34 

Best2...

Orked Ahmad
2022-01-04 17:02:34 

Best2...

Jenny Pait
2021-12-02 00:57:25 

Kesian Intan


NovelPlus Premium

The best ads free experience