Takhta Yang Di Rampas

Poetry Series 2151

Ada yang khabarkan pada aku,
Seseorang telah mengikatmu selamanya.
Seseorang bakal menjadi suri hidupmu.

Ya,Permaisurimu.
Takhta yang pernah kau janjikan pada aku satu ketika dulu.
Kini, takhta itu menjadi milik wanita lain.
Wanita yang mengambilmu dari aku.
Wanita yang kau pilih dan tinggalkan aku.

Sakit.
Sakit bila aku lihat yang denganmu itu dia, bukan aku.
Sakit bila takhta yang kau janjikan milik aku itu, milik dia.

Orang mungkin bilang,
"Redha sajalah, tak ada jodoh kan. Tak usahlah meratap"

Haha,
Mereka tidak faham.
Mereka tidak faham apa perasaan menjadi orang yang ditinggalkan begitu sahaja.
Mereka tidak faham bagaimana rasanya menjadi orang yang masih menanggung rindu, sayang dan cinta tanpa mampu berbuat apa-apa.

Tidak,
mereka tidak faham.

Tetapi,
tidaklah pula aku meratap.
Aku cuma terkesima.

Semoga Tuhan lekas sembuhkan luka ini.
Bukan aku tak mampu tanggung, cuma mahu belajar jadi lebih kuat.
Bukan untuk pura-pura seperti tak ada luka.
Cukup untuk bekalan kuat hari-hari mendatang.
Sampai aku lupa aku pernah rasa sakit yang teramat.

Dia dan dia pula?
Semoga berbahagia.
Semoga tak terpisah seperti aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience