BAB 5

Romance Completed 31277

"Puan, saya Fifa. Anas kena langgar sebab nak selamatkan saya tadi, saya minta maaf banyak-banyak."

"Awak siapa? Macam mana Anas kenal awak? Sampai boleh pulak dia nak selamatkan awak?" bertubi-tubi soalan Datin Suzana kepada Fifa.

Fifa mula menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Dari mana aku kena start cerita ni? Bab Anas tidur mati atas bahu aku atau bab kami nak pergi makan tapi aku merajuk sampai Anas kena langgar?"

Saya kawan dia. Perghhh laju je menipu. Ntah bila kau jadi kawan dia. Setakat tahu nama. Tapi bolehlah kot sebab aku pernah hantar Anas balik rumah masa kereta dia rosak.

Fifa hanya bermonolog di dalam hati.

Tidak lama kemudian Anas ditolak keluar dari ICU dan ditempatkan di wad biasa.

Fifa masih lagi berkira-kira samada dia perlu menjenguk Anas atau pulang sahaja ke rumah dan datang melawat esok harinya.

Sedar tidak sedar sudah seharian dia di hospital.

Ikutkan hati mahu sahaja Fifa merempuh bilik Anas dan melihat sendiri dengan mata kepalanya keadaan penyelamat hidupnya. Namun apakan daya. Dia takut kepada Datin Suzana.

Dari jauh Fifa melihat kepala Anas berbalut, ada tompokan darah merah pada dahi sebelah kanannya.

Air matanya gugur namun cepat-cepat diseka. Kini dia hanya menunggu masa untuk masuk dan melawat Anas.

Datin Suzana sudah pun pulang 15 minit yang lalu.

Setelah memastikan keadaan benar-benar selamat, dia melangkah masuk dan duduk di hujung katil.

Anas sedang nyenyak tidur. Mungkin kesan daripada ubat-ubatan. Bibirnya pucat, Wayar berselirat di tangan dan dada.

Fifa memegang lembut tangan Anas. Entah dari mana dia beroleh kekuatan begitu.

Tidak pernah di dalam hidupnya dia memegang tangan mana-mana lelaki dengan penuh pengharapan.

"Anas sedarlah. Tolonglah buka mata. Saya datang ni," rayu Fifa.

Bagaikan mimpi, Anas membuka mata. Perlahan-lahan, namun Fifa cukup yakin yang Anas sudah kembali sedar.

Fifa perlu berlari mendapatkan doktor, namun sempat di tahan Anas.

Anas hanya mengelengkan kepala sebagai isyarat Fifa tidak ke mana-mana. Dia masih terlalu lemah untuk berkata-kata.

Bagaikan patung Fifa hanya tercegat di situ. Duduk dan menemani Anas yang sudah kembali lena.

Jam sudah menunjukkan 7.30 minit malam, tanda masuknya waktu Maghrib. Cepat-cepat Fifa menuju ke surau dan menjalankan kewajipan sebagai hambaNya. Dia masih berkira-kira samada mahu pulang ke Shah Alam atau tidur sahaja di situ dengan baju kerjanya.

Fifa akhirnya terlena di kerusi menunggu bersebalah Anas.

Anas yang tersedar keesokkan paginya, hanya menatap wajah mulus Fifa yang jelas keletihan. Dia mahu mengejutkan gadis itu, tapi hatinya meronta-ronta mintak jangan dilakukan.

"Biarlah dia tidur, mesti penat tu. Tak balik dari semalam.Tapi kenapa dia teman aku?" gumam Anas.

"Aduh, sakitnya kepala," Anas terlepas cakap.

Fifa yang terdengar keluhan Anas terus terjaga dan menatap lelaki di hadapannya.

"Kenapa awak tolak saya? Kenapa awak tak biar je saya kena langgar. Tengok ni, siapa yang sakit sekarang?" Lalu menekup wajahnya dan menangis semahu-mahunya.

"Sebab saya sayang awak," tanpa sebarang tapisan, Anas dengan kepalanya yang masih lagi berbalut melauhkan isi hatinya.

Ya benar, Anas sudah jatuh hati. Jatuh cinta kepada gadis yang sedang menangis dihadapannya.

Fifa yang masih lagi tersedu-sedan bingkas bangun dan memeriksa dahi Anas.

"Tak panas, tapi kenapa dia cakap dia sayang aku? Gila kot sebab terhantuk kepala. Astaga"

"Hishhhh, apa awak merepek ni? Sayang? Baru kenal je kot? Jangan la buat saya susah hati. Awak nak saya panggil doktor?"

"Eh minah ni! Aku siap terbaring sakit kat sini sebab selamatkan dia, boleh pulak dia ingat aku gila! Potong betul," getus Anas.

Fifa terus bangun, dia perlu keluar dari sini.

Cepat-cepat dia berjalan melepasi koridor dan turun ke lobi.

"Alamak lupa pulak nak ambil nombor telefon mamat tu,"

Akhirnya dia naik semula.

"Awak nak nombor telefon?" saya nak balik mandi pergi kerja ni.

"Buat apa? Awak bukan sayang saya pun. Biar je saya kat sini tanggung sakit kepala and sakit hati saya ni," rajuk Anas.

"Eiiii, pagi-pagi ni jangan merepek boleh tak? Kang saya cubit kang. Cepatlah tulis nombor awak. Nanti habis kerja saya datang melawat awak ok,"

Hati Anas menyanyi riang walaupun kepalanya masih lagi terasa berat. Sekurang-kurangnya hatinya ringan.

"Apa yang kamu tersengih-sengih tu Anas?"

"Eh....ayah, mama, bila sampai?"

"Tadi, masa kamu tersengih macam kerang busuk 5 minit yang sudah," sakat Datuk Rahim.

Anas rasa, Anas nak kahwinlah ayah, mama.

"Haih budak ni, abang tengoklah anak kita. Kepala berbalut, ada hati nak kahwin pulak?

Datuk Rahim dan Anas hanya saling memandang kemudian terus pecah ketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience