Bab 66

Romance Series 80702

SETELAH di putuskan oleh hakim mahkamah syariah, Nurjihan dan Tuan Syed Iqwal sah bercerai dengan talak satu. Bekas suami dan isteri itu berjalan seiringan keluar dari mahkamah syariah dan menuruni anak tangga. Masing-masing diam dan melayani perasaan sendiri.

Dari jauh Nurjihan tersenyum pahit melihatkan Pia dan Hawa yang sudah menunggunya di penghujung tangga itu. Manakala Tuan Syed Iqwal pula tidak memperdulikan Bellinda yang menunggunya juga di hujung tangga sana.

"Dah selesai semua ?." Soal Hawa sebaik sahaja Nurjihan mendekatinya.

Nurjihan mengganguk.

"Okay jom balik. Eh tak..tak.. kita pergi makan dulu sebelum balik." Kata Hawa lagi dan ingin bergerak ke arah kereta mereka.

"Korang, tunggu kejap." Kata Nurjihan.

Hawa dan Pia terhenti dari terus berjalan dan memerhati Nurjihan dengan hairan. Nurjihan menoleh ke belakang dan berjalan menuju ke arah Tuan Syed Iqwal dan Bellinda.
Bellinda dan Tuan Syed Iqwal terpana saat melihat Nurjihan mendekati mereka.

"Terima kasih sudah ajarkan saya untuk merasai apa itu cinta." Kata Nurjihan kepada Tuan Syed Iqwal yang hanya diam menatap mata Nurjihan dengan pandangan yang mendalam.

Nurjihan menghulurkan tangan memanggil Bellinda ke arahnya. Bellinda yang memahami maksud gaya Nurjihan itu pantas bergerak datang dan menyambut huluran tangan Nurjihan.

"Saya kembalikan cinta awak yang pernah hilang dahulu..tugas awak kini untuk semaikan semula ya Bellinda. Syed Iqwal adalah memang takdir awak....tapi bukan saya." Kata Nurjihan lalu meletakkan tangan Bellinda bersama tangan Tuan Syed Iqwal yang sengaja di satukan olehnya..Tuan Syed Iqwal masih diam. Berat mulutnya untuk keluarkan walau satu perkataan buat Nurjihan kali terakhir.

"Jihan..." Panggil Bellinda. Bukan seperti yang Nurjihan sangkakan. Dia bukanlah seorang yang mengambil kesempatan di atas perpisah mereka.

Nurjihan tersenyum dan menggeleng.

"Kalau ada jodoh kita jumpa lagi. Saya pergi dulu. Assalamualaikum."

Tuan Syed Iqwal hanya memerhati kepergian Nurjihan sehinggalah bayang gadis itu hilang dari pandangannya. Air matanya tumpah sekali lagi.

Pernah kau berjanji kau akan tetap di sini.
Hingga akhirnya kau berpaling, benarkah kau tak sedari ?

Pergilah.....
Ku pasti bisa tanpamu,
Berdiri kuat tanpamu,
Kau takkan pernah lihat pedihku.....

4 TAHUN KEMUDIAN....

"Okay class, so I think our today session tamat untuk hari ini. Saya dismissed kelas kita awal. Okay tak ?." Tanya Megat Haider yang kini kembali menyandang nama Dr.Haider menjadi seorang pensyarah di Universiti Kuala Lumpur. (UniKL)

"Okey dr..." Jawapan dari kesemua pelajar fakulti kejuruteraan awam kelas 1 itu kedengaran riuh di telinganya.

"Halalkan masa yang selebihnya itu eh ?".

"Halal Dr..." jawab mereka lagi.

"Jangan complain eh ?". Tanya Megat Haider kembali.

"Tak dr..."

Jawapan terakhir itu mengundang senyuman dengan karenah pelajarnya yang sama kuat bergurau dan dia bergerak keluar dari dewan kuliah tersebut.

Sesampainya Megat Haider di meja penempatan pensyarah itu, dia meletakkan briefcasenya yang berwarna hitam di atas meja.

Pap !

Pandangan Megat Haider terarah kepada objek yang terjatuh di lantai jatuh keluar dari briefcase hitamnya. Dia melihat sekotak cincin baldu yang berwarna merah yang ingin di beri pada Nurjihan tetapi tidak kesampaian. Pernah dia cuba untuk melamar Nurjihan 3 tahun lepas, tetapi kotak cincin itu di simpan semula ke dalam poket seluarnya bila dia seakan memahami yang Nurjihan tidak terbuka hati kepada mana-mana lelaki selepas itu. Jelas dia tahu yang di dalam hati Nurjihan hanya ada satu nama. Pastinya dia tahu siapa lelaki itu. Apa yang membuatkan gadis itu bahagia, dia tetap memberi sokongan penuh walau cintanya sekali lagi berasa di tolak.

*Telefon berdering.

Lamunan Megat Haider terhenti dengan bunyi panggilan telefon bimbitnya itu.

"Hello, yes ?"

"Ouh sure. saya datang sekarang." Panggilan di tamatkan. Dia harus pergi selepas menerima panggilan penting dari Hospital Bahagia

Megat Haider memegang cermin kaca yang menampakkan Puteri Qisya sedang duduk di atas katil yang sedang berada di dalam dunianya. Pihak Hospital terpaksa membalut dan ikat Puteri Qisya dengan selimut tebal adalah untuk membataskan pergerakkannya yang hilang kawalan tengah hari tadi.

"Qisya...you buat perangai lagi ? you rindu i ke ?". Tanya Megat Haider.

"Hikhikhik..." Puteri Qisya mengekek ketawa kecil. Suka dia mendengar suara si adik.

"I datang ni tengok you. You kuat okay ? I percaya yang you akan sembuh. Don't give up. You baik kan ?....You're so strong..."

Megat Haider terus berbual dengan Puteri Qisya seakan kakaknya itu memahami walhal wanita itu berada dalam dunianya yang sedang bermain riang mengejar rama-rama di taman. Sepasang mata Megat Haider berkaca. Dia sedih Melihat keadaan kakaknya itu.

Takdir telah menghukum Puteri Qisya sekarang ini dengan Tuhan mengangkat kenikmatan sihat dari segi kewarasan akal terhadap perbuatannya di masa lalu. Dia harus tetap bertahan demi Puteri Qisya yang satu-satunya saudaranya yang tinggal setelah Megat Hanif dan ibu kandung mereka melarikan diri selepas sahaja keluarga mereka di isytiharkan muflis. Megat Rusydi pula telah meninggal dalam keadaan tidur di percayai ada masalah berkaitan dengan kegagalan fungsi jantung. Zabidi pula mati di tembak oleh Polis ketika dia ingin melarikan diri dalam adegan kejar mengejar ketika tertangkap sedang melakukan operasi seludup dadah masuk ke sempadan negara.

"MAMA !" Jerit seorang budak lelaki yang memakai pakaian sekolah tadika sedang berlari ke arah Nurjihan dengan riang.

"Hey sayang..." Balas Nurjihan yang membuka depaan tangan ingin menyambut dakapan anak kecil itu.

"I miss you mama."

"Aww..i miss you too honey." Balas Nurjihan.

"Mama tengok ni apa yang Aniq dapat." Kata budak lelaki itu menunjukkan lukisan pada Nurjihan.

"Wow... cantiknya lukisan Aniq.. pandai anak mama ni lukis." Nurjihan mencium ubun kepala budak lelaki itu.

"Amboi dia..nampak je mama terus lupa kat ibu eh ?". Suara yang menegur mereka itu di pandang Nurjihan dan Aniq seretak.

"Hahaha, biarlah aniq kan rindu mama dia." Kata Nurjihan tersenyum dan memeluk Hawa pula.

"Aniq cakap dia nak tidur rumah kau malam ni. Nak tidur peluk mama dia. Kau okay tak Jihan ?". Tanya Rizal yang berjalan ke arah mereka.

Nurjihan tersenyum. Lalu di pandang Ahmad Aniq itu. "Boleh sayang...nanti mama masak sedap-sedap tau."

Aniq yang teruja mendengarkan itu menggangguk laju. "Yeay...."

"Business kau macam mana ? okay ?". Tanya Hawa melihat cafe Lily yang semakin cantik di ubah suai.

"Okay... Alhamdulillah customer tak putus-putus datang. Bila due date kau tu ?" Tanya Nurjihan seraya memandang perut Hawa yang semakin membesar menunggu kelahiran anak kedua mereka.

"Minggu depan Jihan. Aku nervous." Balas Hawa dan mengoncang tangan Nurjihan.

"Apa kau ni, dah biasa beranak pun nervous melampau-lampau eh.."

"Ish...kau ni..beranak ni tak kira la sepuluh kali pun, sekali beranak tu ibarat kau masuk ke medan perang tau !". Hawa menjeling dan di sertai tawa oleh Rizal.

"Yela Puan Hawarizwati." Balas Nurjihan tersenyum mengalah.

"Pia ni dah sebulan honeymoon dekat Europe tu. Tak reti-reti nak balik ke jenguk aku yang dah nak beranak ni ? hishh kuat berjalan betul sejak berlaki ni." Rungut Hawa.

"Orang ada laki biarlah..kau ni." Nurjihan kembali menyambung kerjanya ketika melihat ada yang menunggunya di kauter ingin membuat pembayaran.

Cafe lily kini menjadi miliknya di beli oleh Nurjihan saat cafe itu mahu ditutup. Nurjihan Tekad untuk mengambil alih cafe yang menyimpan kenangannya pertama kali berjumpa dengan Tuan Syed Iqwal.

Dia menarik nafas panjang sambil tersenyum bila melihat kebahagiaan yang ada di depan matanya.

Cukup dengan melihat mereka bahagia..aku turut bahagia.

Kini dia sudah keluar dari "Dreaming Zone" yang mengenalkannya erti sebuah cinta dan kedukaan dalam melayari hidup bersama Tuan Syed Iqwal. Bangunlah, Hidupnya kini lebih tenang namun ada sesuatu rasa yang hilang dan dia masih mencari. Dia juga tidak pasti.

TING ! TING !

Bunyi loceng ketika pintu di buka itu kedengaran tanda ada pelanggan yang masuk. Nurjihan yang sedang sibuk mengemas itu tidak sempat menoleh ke arah pintu.

"Maaf ya, kami dah tutup." Laung Nurjihan sambil mengelap meja dan menyusun atur kerusi dan di letakkan atas meja untuk melakukan kerja mengemop lantai.

Nurjihan hairan, kenapa orang yang masuk tadi tidak bersuara dan tiada bunyi tapak kaki beredar pergi ? dia tidak faham bahasa ka ? atau tidak dengar ?

Saat kepalanya di angkat untuk melihat gerangan yang datang itu.. Nurjihan terpana.

"Saya datang dari jauh nak minum kopi dekat sini. Saya rindu barista yang handal menyediakan coffee caramel macchiato + chocolate drizzle. Boleh extendkan masa tutup kedai ni tak ?" Tanya lelaki itu.

Nurjihan masih tergamam dan cepat-cepat dia mengganguk.

"Boleh..boleh..duduk sekejap." Tangannya terketar-ketar dalam menyimpan semula alatan mengemas. Segala tingkahnya jadi serba tidak kena.

"Boleh temankan saya minum ?".

Permintaan itu membuatkan Nurjihan terpana lagi. Entah mengapa dia hanya menurut sahaja apa yang di minta bagaikan sedang di pukau.

Lelaki itu menghirup kopi yang di pesan itu dengan penuh kenikmatan.

"Rasa dan aroma yang masih kekal seperti dahulu." Dia tersenyum memandang Nurjihan.

Nurjihan berdebar. Dia menunduk. Tidak ada kekuatan bila terpandangkan sepasang mata yang dirinduinya itu.

"Macam mana dengan kehidupan awak sekarang ?." Tanya lelaki itu.

Nurjihan tersenyum pahit.

"Baik, Alhamdulillah. Macam yang awak lihat sekarang ni. Saya bahagia dengan apa adanya."

"Mana Bellinda ? kenapa tak bawa dia sekali ?".

Lelaki itu pula menunduk. Lalu di keluarkan sebuah kotak hadiah bersaiz sederhana besar lalu di tolak perlahan sehingga berada di hadapan Nurjihan.

" Ada pesanan yang di kirim kepada awak di dalam tu."

Tidak berkedip mata Nurjihan yang hairan melihat kotak hadiah tercantik yang pernah dia lihat. Dengan berbekalkan kekuatan yang tersisa, dia membuka kotak itu perlahan-lahan. Terlihat sepucuk surat berwarna merah Jambu. Dia ambil dan buka surat itu dengan berhati-hati agar tidak terkoyak.

*TINTA BUAT KAMU YANG TERISTIMEWA..

My dear Jihan. Saat kamu membuka surat ini, aku sudah pergi jauh. Maaf aku tidak sempat untuk menemui kamu. Aku hanya mampu menitipkan hadiah ini buat kamu. Aku harap saat ini ada senyuman yang sentiasa mekar di bibir kamu, ada bahagia yang menemani hari-hari kamu. Terima kasih udah hadir di dalam hidupku walau hanya untuk sebentar. Kamu adalah teman yang Paling sejati. Ketahuilah sepanjang perkenalan kita, aku sangat berterima kasih kepada Tuhan, memanjatkan syukurku terhadapNya setiap saat kerana Dia masih peduli sama aku dengan menghadirkan kamu. Sekarang sudah tiba saat kamu menjemput semula bahagiamu yang pernah kamu lepaskan. Cukuplah merasakan hidup ini adalah tidak adil. Aku sertakan gaun pengantin dan sebentuk cincin permata buat kamu sebagai persediaan kembali hilangkan duka di dalam hidupmu kerana yang ada di hadapanmu itulah sesungguhnya 'takdir kamu' tapi bukan aku. Kembalilah membina semula istana cinta kalian jangan sia-siakan. Aku doakan kebahagiaan kalian dari jauh.

Lots of love,
BELLINDA

Air mata Nurjihan laju menitis membasahi sepucuk surat di tangannya itu. Lalu di pandang Tuan Syed Iqwal mencari kata pasti.

"Bellinda dah meninggal 2 tahun yang lepas. Dokter cakap dia ada masa untuk hidup dalam tempoh 3 tahun. Tapi dia tidak mampu bertahan sehingga 3 tahun. Dia tewas. Keadaannya semakin hari semakin tenat.

Sungguh Nurjihan tidak dapat mengawal perasaan sedihnya. Dia ingin meraung namun dia tahan. Ini adalah hal yang pedih baginya. Wanita itu telah pergi.

"Saya dan Bellinda tak pernah berkahwin selepas kita berpisah. Namun sayalah yang menjaganya dan yang melihatnya pergi. Pesan Bellinda, dia suruh saya kembali cari awak masa tu, tapi saya takut saya tak mampu tahan kekecewaan yang saya akan di tolak lagi oleh awak. Hari-hari saya mencari kekuatan untuk menghadapi awak. Hidup saya kosong tanpa awak Nurjihan. Saya...saya terlalu cintakan awak."

Tuan Syed Iqwal menunduk, ada air mata yang mengalir jatuh. Maruahnya sebagai seorang lelaki yang di pertahankan dahulu gugur di hadapan Nurjihan. Hanya Nurjihan yang selama ini bertahta di dalam hatinya. Tiada ganti.

Nurjihan hanya diam. Sayu hatinya melihat keadaan Tuan Syed Iqwal. Rupanya lelaki ini tersiksa sehinggakan dia juga turut merasa kepedihan itu.

MEGAT HAIDER yang segak bergaya memakai tuxedo berwarna hitam itu sedang tersenyum memandang Nurjihan yang melangkah ke arahnya. Sunggu dia tergamam melihatkan Nurjihan yang cantik bak bidadari yang berjalan di atas karpet biru sedang terbentang di sepanjang laluan menuju ke arah pengantin lelaki yang bersedia menunggunya di sana. Taman yang cantik di hiasi bunga-bunga indah itu menjadi saksi penyatuan dua hati.

Nurjihan di apit oleh Hawa dan Pia yang memastikan langkah Nurjihan tidak tersadung dek gaun pengantin yang di pakainya itu. Aniq yang comel itu berjalan di hadapan mereka mendahui dengan menabur bunga di sepanjang jalan.

Kini Nurjihan bertentangan mata dengan Megat Haider dan dia tersenyum. Megat Haider sangat bahagia bila melihat ada sinar kebahagiaan di mata wanita ini. Megat Haider bergerak memberi laluan kepada Nurjihan untuk berada di sebelah Tuan Syed Iqwal. Tugasnya untuk berdiri menemani pengantin lelaki di situ sudah tamat sebaik sahaja pengantin perempuan tiba.

Nurjihan dan Tuan Syed Iqwal selamat bernikah buat kali kedua dan kini mereka mengadakan majlis resepsi bertemakan Taman English. Tuan Syed Iqwal menghulurkan tangan ke arah Nurjihan untuk membantu Nurjihan menapak naik di atas pentas dan berdiri menghadap ke arah tetamu yang datang. Mereka sedang bersiap sedia untuk mengadakan acara memotong kek.

Sedang Nurjihan dan Tuan Syed Iqwal bersama-sama memegang pisau untuk memotong kek, terasa ada sesuatu yang menggamit pandangannya ke arah hujung sana berdekatan bawah pokok yang besar dan teduh itu.

Nurjihan terlihat dua orang wanita yang memakai pakaian cantik berwarna putih bersih dan keadaan mereka bercahaya. Dua orang wanita itu tersenyum ke arahnya dan melambai riang. Mata Nurjihan berkaca... sungguh dia rindu. Setelah itu muncul pula seorang budak lelaki yang turut memakai pakaian berona putih berdiri di antara dua wanita tersebut dan melambai juga ke arah Nurjihan.

Anak mama ? adakah budak itu anaknya yang telah tewas di dalam kandungannya dulu ?

Mak ... Ami...terima kasih kerana lahirkan kami ke dunia ini dan kami di temukan oleh takdir untuk bersatu di dalam cinta yang agung ini. Buat anak mama...kamulah cinta pertama yang tumbuh berbuah hebat isinya daripada pohon cinta itu.

Nurjihan tersenyum. Senyumannya lebar sekali buat mereka bertiga. Berbahagialah kalian di taman syurga sana.

T A M A T

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience