“Ya TUHANku yang Maha Esa! Aku tahu sebagai seorang hambaMu, aku tidak berhak untuk memohon apa-apa dariMu. Namun Ya ALLAH, berikanlah kepadaku kesembuhan. Berikan semula keupayaan itu kepadaku. Aku mohon Ya ALLAH! Perkenankanlah doaku ini Ya ALLAH! Sesungguhnya hanya padaMu aku meminta dan memohon, TUHANku yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang! Amin amin yarabbal alamin!” Kedua-dua tangannya diraup pada wajahnya.
Dia berpusing ke belakang. Sebujur wajah yang dilitupi dengan telekung putih itu dipandang lama. Sudah lama dia tidak memandang wajah yang cantik itu. Walaupun ada rindu yang mencengkam sanubarinya buat wanita itu, tapi dia seakan-akan lupa bagaimana caranya untuk mengekspresikan perasaannya. Seakan-akan sekeping hatinya turut lumpuh, dilanda kedinginan.
Melissa menghampiri kerusi roda yang diduduki suaminya. Tangan kanan suaminya dicapai lalu disalami. Dikucup tangan itu lama. Terasa kepalanya dipegang, dia mengangkat kepalanya.
“Maafkan I! I dah abaikan you padahal I pernah janji tak akan buat you sedih kalau you kahwin dengan I,”
“Dif, a marriage is not a marriage if there’s no tears in it. And, you tak pernah abaikan I. I faham dengan keadaan you jadi tak pernah timbul soal pengabaian. Tapi I gembira sangat-sangat sayang! You dah berubah! You dah jadi Hadif I balik. Janji dengan I, you tak boleh jadi macam dulu lagi. Janji dengan I?”
“I janji Mel! I janji!” Hadif mengangkat tangan kanannya.
“Janji dengan I, you akan minta maaf daripada ummi dengan abah? Kesian ummi, Dif. Sampai sakit dia sebab you tak pedulikan dia. I tak nak benda macam tu berulang lagi. Please sayang?”
Hadif memeluk isterinya. “Lepas ni kita jumpa ummi? Kita balik Tampin? Boleh?”
Melissa menunduk. Dia mencium rambut suaminya. “Boleh sayang, boleh!”
Perlahan, tangan Hadif menyentuh perut Melissa. Melissa terpegun. “Maafkan papa sayang. Papa janji dengan anak papa ni, papa akan berubah. Papa akan jaga mama elok-elok. Anak papa jangan nakal-nakal kat dalam ni ye? Kesian kat mama,” Mata Hadif bertentang dengan mata Melissa. “She’s been through a lot lately,”
Melissa terharu. ‘Alhamdullillah Ya ALLAH! Kau dah perkenankan doaku selama ini. Kau kembalikan jiwa lelakiku. Terima kasih Ya ALLAH, terima kasih!’
***
“SAYANG! Comel tak?” Liara mengunjukkan baju bayi dalam tangannya yang berwarna biru cair.
Hakim yang mendengar suara isterinya mengangkat kepalanya. Dia mendapatkan isterinya.
“Kenapa pilih banyak sangat colour biru ni? You tak muak ke? Tak nak beli colour lain?”
“I tahulah kita tak scan lagi tapi feelings I kuatlah sayang. I rasa anak kita kali ni boylah. That is why I’m buying all this,”
“Boy? Hmm…tapi I nak girl lagi,”
“Girl?” Liara memandang wajah suaminya. “Kenapa nak girl lagi?”
“I love looking at Leen very much as she is you in so many ways. So, I want more girl so that they will have you in them,” Hakim mengusap perut Liara.
Liara menolak tangan suaminya. “Janganlah buat macam tu. Malulah!”
“Kenapa pulak nak malu? Biarlah kalau orang nak tengok. Biar dia orang tahu bahagianya hidup I sebab you isteri I dan dalam ni ada anak kita,”
“Adoi! Husband I ni! Tapikan yang, dah dua hari I tak rasa baby gerak,” Liara meletakkan kembali baju dalam tangannya di tempat asal semula.
Mencerun pandangan Hakim. “Dah 2 hari? Baru hari ni you nak bagitahu I?”
“I ingatkan biasa aje semalam. Tapi bila masuk hari ni pun still tak ade movement, I cuak jugak,”
“Dah jom! Kita pergi hospital. Check apa yang patut! I can’t believe you hid this from me! Jom!”
***
MASUK sahaja ke dalam Restoran Dome di KLCC itu, Airra terus mencari figura orang yang ingin menemuinya itu. Dia tidak perlu mencari lama kerana itu terlebih dahulu menggamit dirinya untuk ke meja yang agak terlindung itu.
“Sorry Iman! Auntie terlambat. Jammed teruk betul dari office auntie tadi. Sorry ye?” Airra menciumi pipi Iman.
“Tak pe auntie. Iman yang awal. Sekolah Imankan tak berapa jauh dari sini,” Dia memanggil seorang pelayan untuk mengambil pesanan tetamunya yang baru tiba.
“Terima kasih!” Ucap Airra sebaik selesai pelayan muda itu mengambil pesanannya.
“Danish sihat auntie? Lama Iman tak jumpaa dia!”
“Alhamdulillah, sihat seadanya. Dia pun dah bising sebab dah lama tak jumpa Iman. Rindu betul dia pada Iman,”
“Iman pun rindukan dia auntie…tapi Iman tak dapat nak jumpa dia sekarang. Lately ni Iman busy sikit. Exam Iman dah dekat,”
“Tak pe. Iman jangan susah hati. Auntie nak Iman concentrate pada study Iman. Pasal hal-hal lain, Iman tolak tepi dulu,”
Iman menggeleng. “Hati Iman takkan senang kalau Iman tak selesaikan hal ni auntie,”
“Papa tahu Iman datang jumpa auntie hari ni?”
Geleng lagi. “Tapi Iman dah bagitahu nenda. Nenda cakap okey,”
“Iman, auntie tak nak Iman kena marah nanti sebab Iman pandai-pandai buat keputusan sendiri,”
“Papa ada jumpa auntie?” Iman mengubah topik perbualan.
Airra angguk. “Tapi dah lama,”
“Ada apa-apa yang papa cakap pada auntie?”
“Ada,”
“Apa dia?”
“Iman, auntie rasa Iman tak payah nak fikirkan hal ni lagi sayang. Auntie tak nak pasal benda ni, hubungan baik kita nanti hancur pulak!”
“Iman tahu. Papa tak setuju ye, auntie?”
Hati Airra terjerut. Dia mengalih pandangnya. Tidak mampu memandang wajah itu lagi.
“Auntie? Iman tahu perasaan sebenar papa pada auntie. Cuma, papa terikat! Pengalaman lalu dah cukup untuk buat papa rasa serik untuk berkahwin lagi. Dia sebolehnya tak nak buat auntie kecewa. Papa takut kalau nanti auntie hilang kepercayaan pada ikatan perkahwinan. That is why his resisting you!”
“Auntie dah lama tahu pasal perasaan papa Iman pada auntie sebenarnya. Even, arwah husband auntie pun sempat bagitahu auntie sebelum dia meninggal. Papa Iman tak sanggup nak mengaku feelings dia pada auntie sebab dia tak nak lukakan hati husband auntie. Tapi husband auntie dapat tahu. And arwah husband auntie sendiri minta auntie untuk cari papa Iman,”
Iman menyentuh tangan Airra yang sudahpun mengalirkan air mata.
“Iman janji dengan auntie. I’ll try my best to make this happen,”
“Thank you sayang!”
Share this novel