"Hey Rose, lama tak jumpa. Mana you hilang?" Tegur seorang lelaki Cina yang berambut kekuningan. Umurnya sudah tua tapi dia kelihatan lebih muda daripada umurnya. Dia juga tidak kurang hebatnya di ranjang kerana dia pernah menjadi pelangganku.
Oleh kerana lagu yang dimainkan terlalu kuat, aku kurang mendengar kata katanya. "Apa, I tak dengar." Ujarku separuh menjerit untuk melawan kebingitan lagu yang sedang dimainkan.
Dia mendekatkan wajahnya di telingaku, "Mana you hilang? I rindu." Sempat juga dia melepaskan gigitan manja di telinga. Aku hanya tersenyum melihat kelakuannya malam ini. Nampaknya aku akan ada pelanggan.
Dia mengambil tempat di sebelahku yang berada di meja bar. Wine yang berada di atas meja diteguknya rakus. Mungkin mula terkesan dengan wine yang baru diteguknya sebentar tadi, dia mula mengusap perlahan pehaku. Aku bertindak balas dengan merangkul lenganku di lehernya. Baru saja bibir kami hendak bertaut, seseorang datang dan menarik lenganku daripada terus merangkulnya.
Suasana menjadi agak tegang seketika akibat tindakan lelaki yang memakai cermin mata hitam dan cap itu. Aku pun geram sebenarnya kerana baru saja nafsu ku dirangsang oleh lelaki Cina tadi, tapi tiba tiba diganggu oleh orang lain.
"Wei langau, apa lu buat? Lu tak takut mati ka?" Jerit lelaki Cina itu, dia sudah bangun melangkah ke arah lelaki yang sedang menggenggam erat lenganku.
"Wa bukan takut mati. Tapi wa taknak mati." Lelaki itu bertindak dengan menumbuk perut lelaki Cina itu dan menyebabkan dia termuntah. Tanpa membuang masa, dia terus menarik tanganku meredah lautan manusia di kelab itu.
Aku hanya mengikut langkahnya. Dia semakin melajukan larian apabila tersedar pengikut Jay mengejar kami. Banyak kali juga aku hampir terjatuh dan kasut tumit tinggiku yang baru dibeli di One Utama pagi tadi sudah tercabut endah di mana.Tiba tiba sebelah tangannya menarik keluar sepucuk pistol dari poket seluarnya dan melepaskan tembakan.
Dia menyuruh aku masuk ke dalam keretanya.Aku seperti hendak menangis apabila aku melihat Mercedez Benz itu. Aku berlari masuk ke dalam kereta itu diikuti oleh Hamka. Kereta dipandu laju meninggalkan Setia Alam dan dibawa ke balai polis Shah Alam. Kereta kereta pengikut Jay yang mengikut kami sebentar tadi beredar apabila kereta Mercedez Benz itu membelok masuk ke dalam balai polis.
Baru sahaja hendak bersuara, satu tamparan hinggap di pipiku.
"Kenapa kau buat aku macam ni, bodoh? Kau tak tahu ke aku macam nak gila cari kau sana sini. Patutlah aku tergerak hati nak pergi siasat pub malam ni, rupanya kau ada kat situ. Si Jay tu memang tak boleh percaya. Kenapa kau lari, Rose? Kenapa kau balik sana, Rose? Kalau kau tak fikir perasaan aku, fikirlah perasaan mak ayah aku. Diorang sayang kau! Kalau kau hadap sangat kat batang batang jantan kat kelab tu, aku boleh bagi kau la Rose. Aku boleh la bodoh. Kenapa kau tinggalkan aku lepastu kau pergi kat jantan tak guna tu? Kenapa?"
Aku terkejut apabila melihat tangisan Hamka. Aku tak sangka dia boleh menangis kerana aku. Tamparan yang hinggap di pipiku sebentar tadi terus dilupakan kerana aku kasihan melihat keadaan Hamka sekarang.
Aku cuba untuk mengelap tangisannya namun cepat cepat ditepis. Aku terkedu kerana diperlakukan begitu. Tapi, aku sedar kesilapan yang telah aku lakukan. Aku memang layak dihukum sebegini rupa. Biarlah apa Hamka nak buat, asalkan dia tidak memarahi aku lagi.
"Hamka, Rose minta maaf."
"Kau ingat kata maaf kau boleh ganti ke kepenatan aku cari kau selama ni? Hah! Boleh ke?" Hamka menengking aku lalu membuatkan aku tersentak.
Hamka, kau jangan cabar aku. Kau belum kenal siapa Rose, Hamka. Kau fikir Rose ni perempuan yang lemah lembut ke? Hey, aku ni pelacur. Takkan kau tak tahu perangai perempuan macam aku ni.
"Hamka, kan Rose dah minta maaf." Aku masih cuba berlembut dengannya. Ya, aku tahu aku salah.
"Hey betina! Kau hadap sangat ke batang jantan kat pub tu?" Sekali lagi Hamka meninggikan suara pada aku.
"Weh jantan, kalau kau penat asal kau cari aku? Asal kau tak biarkan je aku pada Jay. Aku nak cari makan lah bangang. Kalau aku duduk kat rumah kau, bukan dapat duit. Harap kat duit kau je, ingat aku ni jenis hadap kat duit orang ke? Satu lagi, bukan Jay yang simpan aku. Aku lari dari rumah kau dan aku pergi RS. Aku duduk kat rumah kau hancurkan hubungan kau dengan Lanny. Aku duduk di RS buat Brother Joe kena pukul. Daripada aku susahkan hidup orang baik aku cari hidup aku yang dulu. Lagipun, keluar ke mana pun aku ni balik sana jugak. Dah lah jantan, hantar aku ke pub tu balik. Kau kan penat sangat. Dah! Jangan bazirkan tenaga kau untuk cari aku."
Nah! Amik kau. Kau belum kenal siapa Rose, Hamka. Diam aku diam ubi berisi, bukan diam macam pokok pandan, takde apa!
Aku terus melangkah keluar dari kereta Hamka. Biarlah kasut tak ada pun, asalkan aku boleh tinggalkan Hamka. Kalau dia cari aku sebab nak marah marahkan aku buat apa? Lebih baik jangan cari. Baru sahaja beberapa langkah berjalan, aku jatuh terduduk.
"Auch! Sakitnya." Aku mengaduh kesakitan sambil mengurut urut kaki sebelah kananku. Mesti terseliuh sewaktu berlari tadi. Apalah malang sangat nasib aku malam ni?
Tiba tiba Hamka datang dan memelukku erat. "Rose, Hamka minta maaf. Jangan tinggalkan Hamka lagi, Hamka sayang Rose."
Aku terkedu mendengar ucapannya sebentar tadi. Hamka sayang aku? Adakah aku tersilap dengar? Aku mencubit pehaku. Sakit.
Hamka bangun dan mengendongku masuk ke dalam kereta. Dari dalam kereta kelihatan dua orang anggota polis yang lengkap berseragam sedang berjalan menuju ke arah kami. Hamka yang menyedari kehadiran mereka melangkah keluar dan memberikan tanda hormat kepada anggota polis di hadapannya. Aku hanya dapat melihat pergerakan bibir mereka tanpa mendengar apa yang dibicarakan.
"Hamka, hantar Rose ke kelab. Rose nak balik." Aku berkata kepada Hamka apabila dia masuk ke dalam kereta untuk mula memandu.
Permintaanku hampa kerana dia langsung tidak memberikan sebarang reaksi terhadap permintaanku. Dia hanya berdiam diri. Dari cermin sisi, aku dapat melihat dua buah kereta peronda polis mengikuti kami dari belakang. Mungkin Hamka yang menyuruh rakan sejawatannya mengiringi kami kerana risau pengikut Jay masih menunggu.
Setibanya di laman rumah teres dua tingkat itu, Hamka menyuruhku keluar dan masuk ke dalam rumah terlebih dahulu kerana dia ada perkara yang ingin dibincangkan dengan polis yang mengiringi kami tadi. Aku tidak mengendahkan suruhannya.
"Hantar aku balik kelab!" Aku bersuara tegas. Malas nak berlembut dengan lelaki seperti dia. Tadi marah marah aku lepastu ucap kata sayang. Maaflah Hamka. Aku dah bosan mendengar kata kata sayang lelaki. Kat kelab tu pun aku boleh dapat.
Hamka hanya mengeluh panjang. "Takpelah, Rose tunggu sini. Nanti Hamka datang." Dia meninggalkan aku terkebil kebil di dalam kereta sendirian.
Selang beberapa minit, dia tiba dan membuka pintu di tempat dudukku.
"Jom." Katanya sambil tangannya dihulurkan kepadaku.
"Pergi mana? Ni bukan kelab. Aku nak balik kelab." Aku hanya berpeluk tubuh dan langsung tidak memandang wajahnya.
"Rose, jom lah."
"Aku nak balik kelab!" Aku menjerit padanya.
Dia terus mengangkatku dan mengendongku masuk ke dalam rumahnya. Aku memukul mukul dadanya namun tidak memberi apa apa kesan malahan tangan aku sendiri yang sakit. Dia membawa aku menaiki tingkat atas dan memasuki biliknya.
"Kau nak kelab kau kan? Ni lah kelab kau, aku boleh bagi kau layanan istimewa Rose." Dia membaringkan aku di atas katilnya. T shirt yang dipakainya dilucutkan. Micro dress aku direntap kasar, kini hanya tinggal pakaian dalam yang membaluti tubuhku.
"Hamka, apa Hamka nak buat ni?" Aku mula gementar. Memang ini yang aku mahukan tapi bukan dengan kekerasan. Air mata mula mengalir di pipi.
Ah! Semua jantan sama.
Share this novel