Chapter 11

Romance Completed 11798

BAB 11

“NAH..”
Huluran Datin Maria itu aku pandang hairan. Termangu-mangu aku di situ sambil memandang wajah seriusnya. Dahi yang sudah sedia berkerut dikerutkan lagi. “Baju apa ni, Datin?”
“Baju event malam ni. Mmm.. cantik tak?”

“Cantik..” Terangguk-angguk aku mengiakan kata-kata Datin Maria itu. Mata tidak lepas memandang maxi dress labuh itu. Senyuman manis dikirimkan buatku.

“Hatta Dolmat yang design.. Specially for my birthday gift,” ucapnya mendabik dada. Penuh bangga. Yalah, pereka fesyen terkemuka Malaysia menghadiahkan sehelai seni rekaan yang cukup cantik, gah dan menawan. Cukup memukau bagi sesiapa sahaja yang melihatnya. Siapa je yang tak bangga? Kalau aku jadi Datin Maria pun aku bakal bangga tak ingat dunia. Atau mungkin jauh lebih bangga daripada si dia. “So, it might be the exclusive one,” telahku.

“Of course.. Eh Nina, tolong seterikakan baju ni ya. Malam ni saya nak guna. Ada majlis makan-makan sikit,” pesannya sebelum berlalu dari situ. Aku sekadar mengangguk bak burung belatuk tanda mengerti. Penuh cermat dress itu digantung pada hanger. Mahu menyelesaikan urusan lain terlebih dahulu sebelum melaksanakan tugas yang Datin Maria arahkan.
Baru sahaja aku ingin membuka pintu kamar… “Hai.” Terjengul wajah kacak Megat Rayyan di hadapan muka pintu. Aku terkedu di situ. Terkejut. Atas bawah, atas bawah tubuh sasa itu aku perhatikan. T-shirt Nike merah tanpa lengan bersertakan seluar pendek hitam paras lutut menjadi pilihannya. Err.. dia ni memang model Nike ke apa? Sepanjang berminggu-minggu aku bekerja di Vila Idaman ini, hampir hari-hari aku melihatnya bersama barangan jenama Nike. Kalau bukan baju, kasut. Kalau bukan kasut, baju. Kalau tak pun, seluar. Hmmm..

“Awak nak apa?” Mendatar sahaja suaraku bertanya. Mata masih tak lepas memerhati wajah iras Taylor Lautner itu. Dia tersenyum memandangku. Manis dan ikhlas di mata ini. “Tak ada apa. Just nak ajak awak have fun with me..”
“Have fun?” Belakang kepala yang tidak gatal aku garu perlahan, selamba. Berkerut seribu dahiku mencerna kata-katanya itu. Gara-gara reaksiku yang jelas keliru dan tampak bodoh, dia ketawa, sehingga menampakkan sepasang lesung pipitnya. Terpaku aku memerhatikan gelagatnya itu. Comel. “Haha yes. Mmm.. jom? Teman saya cuci kereta?”
***
“ENCIK RAYYAN ni apahal? Habis basah baju saya!” teriakku sambil mencapai batang paip sepanjang setengah meter itu. Pantas aku memancutkan air paip ke wajahnya. Terkekek-kekek Rayyan ketawa geli hati. Suka pula aku melihat wajah cerianya itu. Tampak ceria dan bahagia.

“Berani awak pancut air ke muka saya ya? Nah.. ambik ni!” Kali ni giliran dia pula memancutkan air ke wajahku. Bertambah lencun baju aku dikerjakannya. Haish, Rayyan ni.. Memang nak kena! “Iyaaaaaa!!!” jeritku kuat. Penuh perasaan. Bersama mata yang dipejam rapat. Tangan masih setia memancutkan air ke wajah si dia.
“Bik, stop!” Suara jeritan Rayyan membuatkan aku tersentak seketika. Pantas aku membuka mata – melihat apa yang aku lakukan pada masa itu. Ya Allah.. Mak Umi!

“Mak Umi.. Mak Umi tak apa-apa ke?” soalku penuh prihatin. Serba salah. Batang paip sudah lama aku campak entah ke mana. Habis lencun baju Mak Umi gara-gara keterlanjuranku sebentar tadi. Perlahan-lahan aku membantunya untuk bangun. “Aiyok Nina.. Tak tahu..”

“Awak boleh tolong diam tak?!” Amarah aku hamburkan pada Rayyan yang sedang asyik mengenakanku. Terus terdiam mamat itu. Membuatkan aku bertambah serba salah. Kalau aku tidak terlalu emosional tadi, pasti keadaan tidak akan bertukar sebegini. Pasti Mak Umi tidak akan dihentamku seteruk ini.

“Mak Umi.. Maafkan Nina..” ucapku perlahan. Sebak. Air mata yang hampir mengalir aku tahan, aku sekat. Menyekatnya agar tidak terlerai. Karang tak tentu fasal aku dijadikan bahan tawa Rayyan. Haih, tebal muka aku nanti. “Ya Allah, Nina.. Tak ada apa lah. Mak Umi okey aje.”

“Kenapa ni, Mak Umi?” soal Tania yang baru sahaja muncul di situ. Terkejut benar dirinya melihat keadaan Mak Umi yang jelas basah kuyup. Tajam matanya memandang aku. “Kau buat apa kat Mak Umi, hah?!”

“Eh Nia.. Sudah, sudah.. Jangan bertengkar. Mak Umi okey lah. Bukan salah Nina pun. Salah Mak Umi. Mak Umi yang cuai,” Sedaya upaya Mak Umi cuba menyebelahiku. Air mata yang aku tahan sedari tadi mengalir jua. Rasa sebak di dada menguasai diri. Pantas tubuh tua Mak Umi aku peluk. Melepaskan segala rasa di situ. “Maafkan Nina, Mak Umi.. Nina tak sengaja. Nina tak ada niat nak susahkan Mak Umi.. Ampunkan Nina..”

“Kau ni memang suka menyusahkan orang kan?” potong Tania, cukup menyampah dengan sikapku barangkali. “Tania.. tak baik cakap macam tu.”

“Tak baik apanya, Mak Umi? Perempuan ni yang kurang ajar!”
“Tania, enough!” Tegas dan kuat Rayyan bersuara. Tersentak Tania dibuatnya. Namun, minah itu masih berani melontarkan kata. “Awak yang sepatutnya enough, Rayyan! Bermesra-mesraan dengan bibik sendiri. Menyusahkan orang lain lagi. Do you think you’re enough good, huh?”

Pandangannya dialihkan pada aku. Tajam matanya memandang diri ini. “Saya tak tahu lah apa yang ada kat perempuan tu, sampaikan awak sanggup tinggalkan saya, abaikan saya. She’s just a maid, sedangkan saya? The one who dare to be a maid.. a servant.. just because of you,” Perlahan dia memegang bahu Rayyan, sebelum mengangkat kaki dari situ. Rayyan terdiam. Lama.
***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience