Bab 14 : HV

Mystery & Detective Series 29168

~The memories make everything so difficult.~

Eshal Maisarah melambai tangan kepada Tengku Nafla Maryam dan Tengku Naina sebaik sahaja dia mendekati pintu pagar yang dikatakan rumah sewanya kepada mereka. Mereka yang berada dalam kereta Mitsubishi Lancer milik Nafla turut melambai kepadanya. Seketika kemudian kereta itu bergerak meninggalkan Eshal, menghilang di sebalik kegelapan malam.

Eshal pusing tubuh, menapak menjauh dari pintu pagar rumah entah siapa pemiliknya lalu berlari-lari anak dia balik ke rumah sewanya yang terletak di seberang jalan sana. Ada sebuah lorong kecil di situ, jadi kedudukan rumah sewanya yang serba kekurangan itu agak tersorok dari pandangan luar. Walaupun tidak jauh dari rumah yang dia berhenti sebentar tadi tetap tidak kelihatan dari situ.

Tombol pintu dipulas perlahan sebaik sahaja kuncinya masuk ke lubang kunci. Eshal tolak perlahan dedaun pintu, mengintai sedikit ke dalam yang sudah bergelap. Dadanya berdebar memikirkan apa yang bakal menanti dia disebalik pintu itu. Baariq akan membebel dengan garang atau jelingan maut lelaki itu? Itu perkara yang Baariq akan tunjukkan setiap kali abang angkatnya itu sedang marah.

Apabila memastikan keadaan sudah selamat, Eshal menolak dedaun pintu dengan lebih luas dengan kadar yang sangat perlahan seolah-olah satu bunyi pun tidak berjaya dihasilkan. Kalau boleh dia tidak mahu menganggu sesiapa pun. Sedar saat ini jam sudah pun merangkak ke angka 10 malam, sudah pasti penghuni rumah sudah lena diulit mimpi. Seperti kebiasaannya, mereka akan tidur awal memandangkan esok mereka perlu bangkit awal untuk berkejaran ke tempat kerja masing-masing.

Eshal menutup kembali pintu dan dikunci. Walapun keadaan gelap gelita tidak membuktikan yang dia perlukan bantuan dari cahaya lampu, cukup dengan samaran cahaya lampu dari luar rumah sahaja sudah memandai untuk membawa Eshal ke biliknya. Baru sahaja Eshal ingin berpusing tubuh,

Pap!

Sekonyong-konyong itu ada telapak tangan besar mendarat dengan kuat di pintu, betul-betul bersebelahan dengan telinganya. Eshal yang masih membelakangi pemilik tangan itu sudah meneguk liur. Dapat meneka tangan kekar milik siapakah itu. Lambat-lambat Eshal menoleh. Muka Baariq yang disimbahi dengan samaran cahaya dari luar itu jelas menunjukkan beriak garang.

"Jam berapa sekarang?" Baariq dengan seriusnya bertanya.

"Jam 10..." jawab Eshal takut-takut. Dia tak suka muka abangnya serius. Sungguh dia tidak suka, dia takut.

"Janji dengan abang jam berapa? Sekarang jam berapa?"

Eshal menunduk, menekur lantai. Tali beg sandang tepinya dipegang kemas.

"Eshal, abang tanya ni," suara celah gigi Baariq.

''Janji jam 6."

"So?" Terjungkit sedikit kening Baariq saat bertanyakan itu. Hatinya panas betul. Balik sahaja dari kilang tadi, maknya bagitahu Eshal masih belum balik dari Taska kerana masih ada kerja. Kalau bukan disebabkan Taska itu milik Tengku Nafla sudah lama Baariq pergi mencari Eshal disana, diseret bawa Eshal balik. Sudah acap kali dia ingatkan Eshal jangan balik lewat, keselamatan Eshal adalah tanggungjawabnya sekarang. Tetapi disebabkan dia masih tidak bersedia untuk bersemuka dengan keluarga Eshan, ditahan sahaja kemarahan itu dalam hatinya.

"Eshal minta maaf." Eshal menunduk.

"Balik tadi siapa hantar? Eshan?" Terus diasak dengan soalan lain tanpa mempedulikan permohonan maaf dari Eshal.

Eshan menggeleng.

"Habis tu dengan siapa?" Tidak sabar mahu tahu. Eshal ni pun satu, satu ditanya satu yang dijawab. Lemah betul dia!

"Cik Nafla dengan umi."

"Ooo.. Sekarang dengan umi pun dah jumpa la?"

Eshal panggung wajah dengan keningnya bertaut, lain macam sahaja soalan Baariq. Adakah Baariq tidak suka kalau mereka bertemu kembali?

"Han ada tak tadi?"

Eshal mengangguk.

"Dah kenapa tak bunyi suara? Simpan dekat mana suara tu? Ke tinggal dekat Taska tadi? Seronok sangat jumpa sampai lupa janji dengan abang jam berapa nak balik?" Baariq menyindir. Hatinya yang sakit jadi dia perlu lepaskan.

Garisan kerutan di dahi Eshal makin berlapis. Sepasang mata Eshal masih terpaku pada sepasang mata milik Baariq.

"Abang ni dah kenapa?"

"Abang dah kenapa, Eshal tanya? Sepatutnya abang yang perlu tanya Eshal soalan tu. Eshal sedar tak apa yang tengah Eshal buat sekarang ni?" selar Baariq lagi. Makin geram dia dengan Eshal yang masih buat tak tahu apa yang sedang berlaku.

"Apa yang Eshal dah buat abang? Apa salah Eshal sekarang ni? Abang marah Eshal jumpa Han? Jumpa Cik Nafla dan umi, ke?" suara Eshal juga naik setakuk. Geram juga dia dengan tuduhan-tuduhan Baariq.

"Ya, memang. Memang abang marah. Abang tak suka Eshal jumpa Han, jumpa Nafla, jumpa Umi. Eshal perlu sedar diri Eshal. Eshal bukan Sarah lagi. Eshal kena ingat tu!" Naik oktaf suara Baariq.

Eshal tergemap dengan bicara Baariq. Seketika mereka bertatapan. Mata merah Baariq berlawan dengan mata berkaca Eshal. Ada getaran kecil disebalik mata itu.

"Eshal tak pernah lupa abang. Eshal tak pernah lupa siapa diri Eshal. Eshal tahu Eshal tak mungkin akan kembali jadi Sarah lagi. Sarah dah lama mati. Eshal sedar Eshal bukanlah sesiapa kalau nak dibandingkan dengan diorang. Eshal ini cuma pipit yang sayapnya tidak lagi sempurna. Sedangkan orang seperti Eshan dan arwah Waeez itu diibaratkan seekor enggan. Enggan dari kayangan. Masakan pipit yang serba kekurangan ini mampu bermimpi untuk bergandingan dengan Enggan lagi, setelah dia jatuh tersungkur kerana khilaf sendiri?"

"Eshal tak pernah minta untuk berjumpa dengan mereka lagi. Dan abang pun pasti tahu pasal tu. Eshal tak pernah bermimpi untuk bersama Han lagi walaupun itu amanah terakhir Waeez. Eshal sedar siapa diri Eshal. Eshal cuma menumpang kasih seorang ibu dari mak dan umi. Dari dulu nasib selalu tidak menyebelahi Eshal yang serba kekurangan ini abang."

Baariq tersentak dengan luahan Eshal tujukan buatnya. Nampaknya dia sudah melampau kali ini sedangkan dia sendiri tahu apa yang terjadi kepada mereka semua.

Eshal lepaskan keluhan, kecewa dengan Baariq. Baariq sepatutnya tidak perlu marahkan dia sedangkan Baariq pun tahu apa yang dia sedang alamai sekarang. Eshan perlahan-lahan pusing tubuh, mahu ke biliknya. Belum pun sampai ke bilik, terasa tali beg sandangnya ditarik dari belakang. Eshal mematikan langkahnya. Menanti bicara dari abangnya.

Baariq tarik nafas panjang terlebih dahulu sebelum tarik tali beg Eshal kepadanya. Mahu Eshal berada dekat dengannya.

"Eshal... Abang tahu abang tak sepatutnya marahkan Eshal macam tu. Abang mengaku abang marah, abang tak suka. Bukan sebab abang cemburu ke, apa ke... tapi sebab abang fikiran tentang keselamatan Eshal. Eshal, 2 tahun abang menyaksikan Eshal menderita. Eshal terluka. Abang tak nak Eshal alami kesedihan dan kesakitan itu lagi. Abang tak sanggup nak hadap benda tu lagi."

Eshal Maisarah menekur lantai. Nada Baariq sudah tidak sekeras tadi. Sudah lembut seperti biasa ketika memujuknya.

"Abang marah bukan sebab abang tak sukakan diorang tapi abang marah sebab kita dah tak perlu jumpa dengan diorang lagi. Kita perlu jalani kehidupan kita tanpa jumpa diorang lagi. Diorang sudah banyak tanggung derita akibat dari perbuatan kita." sambung Baariq.

"Bukan kita, abang... tapi sebab Eshal Maisarah. Hanya Eshal penyebab kepada keluarga itu hampir musnah. Eshal faham, itu yang sebetulnya abang cuba katakan kepada Eshal."

Baariq menggeleng. Bahu Eshal dipegang.

"Abang tak salahkan Eshal. Tolong jangan salahkan Eshal. Look, abang minta maaf sebab abang marahkan Eshal tadi. Abang cuma fikirkan keselamatan Eshal saja. Eshal tahu kan yang abang tak senang duduk selagi Eshal tak muncul depan mata abang?"

Eshal cuma mengangguk. Baariq sedang mengingatinya kejadian 2 tahun lepas. Kejadian dimana dia diculik dan dikurung serta diseksa oleh orang-orang Waazin.

"Jangan takutkan abang lagi. Eshal tanggungjawab abang sekarang ni. Eshal faham kan?"

Eshal mengangguk lagi, Baariq sedang ingatkan dia tentang amanah Waeez pula. Waeez sempat mengamanahkan Baariq untuk menjaga Eshal sebaik mungkin sebelum Eshal disatukan kembali dengan Eshan.

"Abang, ada sesuatu yang perlu Eshal bagitahu abang tentang Eshan." Sebelum kembali ke biliknya, dia teringat yang dia belum lagi kongsikan satu perkara penting tentang Eshan kepada Baariq.

"Apa tu Eshal? Kenapa dengan Han?" Berdebar Baariq menanti bicara Eshal yang seterusnya bila membabitkan tentang Eshan. Kenapa dengan sahabatnya itu?

"Han.. he had amnesia for 2 years ago."

Tercengang Baariq. Rasanya mungkin telinganya ada tersilap dengar. Tapi betulkah?

"Apa? Han apa?"

"Cik Nafla ada bagitahu Eshal. Eshan accident 2 tahun lepas di Turki. Dia hilang ingatan, semua benda dia tak ingat. Tapi, abang tahu ada sesuatu yang dia tak pernah lupa sampai sekarang."

"Apa?" Sesak dada Baariq selepas tahu apa yang terjadi kepada Eshan. Sejujurnya dia sudah lama tidak ambil tahu tentang Eshan selepas apa yang berlaku. Macam mana dia mahu ambil kesah tentang Eshan sedangkan kehidupannya sendiri tidak ubah seperti pelarian.

"Dia tak pernah lupakan nama Sarah dan Baariq. Dia tercari-cari dimanakah kita berdua. Apa yang telah terjadi semasa dia tidak ada dekat sini. Apa yang berlaku kepada Sarah dan Baariq. Dia bergelut dalam kenangan lalunya. Dia sedang menderita untuk ingat balik semuanya. He needs you abang."

Tergamam Baariq. Tidak percaya dengan berita yang baru dia tahu tapi dia yakin Eshal tidak mungkin akan menipunya.

'Eshan, tak mungkin kau macam tu! Aku tahu kau kuat.' Baariq bermonolog dalam hati. Dia yakin pasti ada sesuatu yang sudah berlaku. Patutlah Eshal pernah bagitahunya Eshan sudah lain sekarang. Dia ingatkan Eshan sengaja buat-buat tidak kenal Eshal. Rupanya ada sebab lain disebalik itu.

Baariq mula menyusun plan, dia perlu bersemuka dengan Eshan. Mahu lihat dengan mata dan kepalanya sendiri tentang keadaan Eshan baru dia akan fikirkan apa rancangan seterusnya. Baariq tersedar dalam ketermanguannya. Sedar-sedar, Eshal sudah tidak ada depannya

* * *

Tengku Nafla Maryam mendekati adiknya, Tengku Eshan Maisur yang sedang termenung di beranda rumah mereka. Eshan sepertinya sedang memikiran sesuatu yang sukar untuk Nafla tebak apakah yang ada dalam fikiran adiknya itu. Kaki kian mendekat tapi Eshan masih lagi tidak menyedari kehadirannya lalu dia berdeham sedikit.

Eshan toleh sedikit ke arah datangnya bunyi dehaman itu. Dia tahu itu Nafla. Nafla senyum melebar sambil mengangkat sedikit muk di tangan kiri dan kanannya. Eshan balas senyuman itu dengan anggukan lantas dia memperbetulkan duduknya untuk memberikan sedikit ruang kepada Nafla untuk duduk disebelahnya.

Nafla melabuhkan duduknya sambil meletakkan dua biji muk berisi hot chocolate. Satu muk dicapai kembali lalu disuakan kepada Eshan dan Eshan cuma mengangguk. Nafla kembali meletakkan di atas meja bulat kecil dihadapan mereka.

"Kenapa?" tanya Nafla. Tangannya diletakkan di ribanya. Merasai kesejukan angin malam yang sesekali datang menderu.

"Kenapa apa, cik?" Eshan pulangkan balik soalan kakaknya.

"Fikirkan apa?"

Eshan helakan nafas panjang dengar soalan kakaknya.

"Masih teringatkan Sarah?" teka Nafla.

Eshan toleh sedikit mukanya ke arah Nafla.

"Entah la cik. Susah Han nak cakap. Han sendiri pun tak ada bayang-bayang clue apa yang jadi. Sarah tu siapa pada Han, cik? Ham kata kami kawan tapi kenapa rasa hati ni lain setiap kali teringat pasal dia?"

"Han tahu tak.. ada satu quotes yang cik jumpa lebih kurang macam ni ayatnya, if you truly love someone then the only thing you want for them is to be happy. Even if it's not with you."

"So?"

"Itulah yang Han buat."

"Maksud cik, Han sukakan Sarah tapi sebab Han tahu Sarah mungkin bahagia dengan orang lain jadi Han lepaskan Sarah?"

Nafla mengangguk. Hot chocolate dihirup perlahan.

"Sarah tu orangnya sangat baik Han. Cantik. Sopan santun. Umi dan walid pun berkenan dengan Sarah. Tapi sebab Han dah lepaskan Sarah kepada Waeez jadi umi dan walid akur dengan pilihan Han. Mungkin sebab Han dah tahu Sarah tak mungkin akan terima Han sebab Sarah dah ada Waeez."

Eshan senyum segaris. Dalam ingatannya pun Sarah begitu orangnya.

"Han, kalau tiba-tiba Sarah muncul balik... Han rasa Han boleh ke terima dia balik?"

"Maksud cik?"

"Kalau Han nak, cik boleh usaha carikan Sarah untuk Han."

Eshan sekali lagi termangu. Terima Sarah balik? Mampu ke dia?

"Eh, lupa cik nak tanya. Tadi Han sembang apa dengan Eshal?" Segera Nafla ubah topik bila perasan riak wajah adiknya sudah lain bila menyentuh topik tentang Sarah.

"Eshal? Tukang masak acik tu?"

Nafla mengangguk. Tangan sudah menongkat dagu, tunggu jawapan dari Eshan.

"Tak ada sembang apa pun. Han cuma tanya dia masak apa je. Sebab ada bau yang Han rasa dekat dengan Sarah."

Biji mata Nafla meluas.

"Apa tu?"

"Nasi lemak pandan dengan ayam goreng berempah. Itu masakkan yang Sarah selalu buatkan untuk Han dulu."

"Han ingat?"

Eshan mengangguk.

"Banyak yang Han ingat tentang Sarah sampaikan Han jadi tertanya-tanya siapa sebenarnya Sarah kepada Han. Entah la.. makin lama, makin sakit rasa hati Han ni sebab Han nak tahu apa jawapannya tapi tak dapat," luah Eshan kemudiannya.

"Cik rasa ada seorang saja yang boleh jawab semua soalan Han tu..."

"Siapa?"

"Baariq."

"Tapi dia pun tak ada. Han pun tak tahu kemana Baariq dan Mak Som pergi."

"Jangan risau. Cik akan carikan Baariq untuk Han. Cik akan selalu ada untuk Han kalau Han perlukan apa-apa."

"Thanks cik."

Nafla tepuk bahu Eshan.

"Anything for you, Han."

'Cik akan lunaskan segala janji cik dengan arwah walid. Bagi kami, kebahagian Han adalah kebahagian kami.'

Kita enjoy dulu dgn teka-teki ni... hihi.. Tq to all the readers. HV.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience