EH !
Kepalanya di gelengkan laju. Sungguh dia ralit dalam renungan Tuan Syed Iqwal. Sepasang matanya yang gerun dan cukup memukaukan.
Matanya Nurjihan kembali mencari kelibat Puan Nora yang sedang sibuk berbual dengan beberapa orang di hujung sana.
"Tuan Syed tak bagitahu saya yang Puan Nora tu mak Tuan Syed ?"
Sengaja ke dia merahsiakan?
Tuan Syed mencebik. "Awak pun sama berahsia dengan saya pasal perkenalan korang ni."
"Mana saya tahu Puan Nora tu mak Tuan Syed."
Nurjihan berasa seperti ingin mematah-matahkan setangkai bunga mawar putih yang di pegang itu.
Geram je !
"Well saya pun tak tahu macam mana awak boleh kenal dengan mak saya. Bukan ke awak dah tahu nama mak saya?"
Sebelah keningnya terangkat memandang Nurjihan.
"Hello ! Itu Puan Nora..bukan Puan Diana ye Tuan Syed." Nurjihan berpeluk tubuh.
"Well ya..Nora Diana. That's Ami full name. Your mother in law, my dear 'wife' ".
Oh my... Patutlah... tanda nama di katil hospital waktu itu hanyalah mempamerkan pangkal nama hadapan Puan Nora ini sangat tergantung !
Peluh di dahi di lapkan dengan hujung lengan baju. Tak sangka Puan Nora itu ada kaitan dengannya.
"Ami mesti seronok kalau tahu yang kawan baik dia ni adalah menantu dia. Shall we ?"
Tuan Syed Iqwal berkata dan nekad ingin bergerak dari situ.
"Jangan ! " Lengan Tuan Syed Iqwal di capai laju oleh Nurjihan.
"Hmm?".
Melihatkan Puan Nora ingin berpaling, dengan segera Nurjihan melepaskan tangan Tuan Syed Iqwal dan dia menggeleng perlahan. Ada sedikit senyuman terlihat di bibir lelaki itu, lantas kaca mata hitam di pakai semula dan Tuan Syed Iqwal berlalu meninggalkan Nurjihan di situ.
"BERAPA lama Tuan Syed bagi kau cuti ni Ben?". Suriah yang sedang menggoreng pisang menegur si anak teruna yang ralit memberi makan pada itik-itik peliharaannya di hadapan pintu dapur.
"tak lama mana pun. 2 hari je ibu." Gerak tanggannya melempar-lempar dedak ke tanah untuk santapan berpuluh-puluh ekor itik.
"Tuan Syed dah berkahwin. Kau tunggu apa lagi ?"
Benjamin menarik nafas berat. Sungguh soalan seperti ini yang membuatkannya malas untuk pulang ke kampung. Memang dahulu dia memberikan jaminan bahawa dia hanya akan mengutamakan Tuan Syed Iqwal dalam pelbagai hal. Namun, masih ada misi dari Tuan Syed yang tertunggak menghalang dia dari mengutamakan impiannya walaupun tiada siapa yang memaksa.
"Eh orang tanya dia diam pulak." Suriah kembali bersuara.
"Ben tak ada masa lagi la nak fikir semua tu ibu. Tak perlu kejar...sampai masa jodoh tu akan memanggil kita bertemu dengan orang yang tepat dengan izinNya."
"Ewah kau kalau bercakap bab ini...bukan main ye ! kalau tak usaha macam mana nak dapat jodoh ? ibu baling sudip ni karang." Suriah melayang-layangkan sudip yang di pegangnya itu pada penglihatan Benjamin.
"Dah la ibu. Asyik cerita pasal kahwin. Ben bukan tua sangat pun. Lagi pun Ben lelaki. Tak apa kahwin lambat."
"Hmm, ibu bukan apa. Ibu nak sangat bermenantukan si Ikin tu. Lama sangat korang berkawan. Alik-alik melepas dekat si Jenab tu boleh bermenantukan Ikin." Keluhan Suriah di lepaskan mengenangkan rupa manis Asyikin.
Terhenti gerakkan tangan Benjamin dari menggengam dedak. Asyikin nak kahwin ?
"Ibu cakap apa tadi ?" Benjamin bertanya kembali seperti ibunya tersalah cakap mungkin.
"Ikin tu dah bertunang dengan Ikmal anak Mak Jenab kamu minggu lepas. Ibu tak sampai hati nak bagitahu kamu."
Sungguh hatinya rasa bersalah terlepas cakap tanpa menjaga hati anaknya itu.
"Tak apa lah ibu. Ikin tu berhak dapat yang lagi baik dari Ben."
Sungguh pahit rasanya untuk mengucapkan ayat seperti itu. Dia sangkakan Asyikin akan terus menunggunya, tetapi salahnya juga terlalu mendera perasaan gadis itu. Biarlah, dia ikhlaskan, asalkan Asyikin bahagia.
****
"Lah, Benjamin..lama Pak Akob tak nampak kamu. Sihat ke ?". Tangan tuanya di hulurkan kepada pemuda yang terlebih dahulu menghulurkan tangan untuk bersalam.
"Alhamdulillah sihat aje Pak Akob. Ouh ya, ibu pesan dia nak kelapa parut 1 kilo."
Pak Akob mengangguk laju. " Boleh..boleh tunggu sekejap ye." Pak Akob segera menghidupkan mesin parut kelapa di luar kedai itu.
Sementara menunggu kelapa parut siap, Benjamin bergerak ke arah rak-rak barangan di dalam kedai runcit Pak Akob untuk mencari sardin dan sepeket garam halus.
"Pak Akob, ni stok kerisik yang Pak Akob order semalam. Cun-cun ada 3 bundle untuk Pak Akob hehe."
Pendengaran pada telinganya menangkap suara yang sangat di rindui. Benjamin bergerak mengintai di balik rak-rak barangan tersebut.
"Yelah, kamu gantung je dekat rak belakang sana tu. Kejap lagi Pak Akob bagikan duit."
"Okey."
Asyikin mula menapak ke arah rak belakang dan dia terkejut bila hampir terlanggar Benjamin.
"A...abang...bila balik ?". Tegur Asyikin gugup.
Benjamin juga begitu.
"Err...semalam."
Tangannya menggaru-garu cuping telinga yang tidak gatal menyembunyikan rasa janggal yang bertamu.
"Abang sihat ?." Asyikin menunduk, entah kenapa dia tiada kekuatan untuk menatap mata itu meskipun dia rindu.
"Abang sihat...ikin?"
Asyikin mengganguk "Sihat."
"Er.."
"Emmm"
Kedua-duanya termati kata bila masing-masing berlaga suara.
"Abang dulu." Asyikin memberi laluan untuk Benjamin bertanya.
"Err.. Tahniah Ikin dah bertunang. Abang minta maaf abang tak dapat balik haritu." Bohong Benjamin, sungguh pun jika dia tahu akan berita itu. Tidak sanggup dia pulang ke kampung.
Asyikin terpana. Mak cik Suriah dah bagitahu dia ke?
"Terima kasih abang." Asyikin hanya akur menerima ucapan tahniah dari lelaki yang pernah separuh mati dia merindu.
"Abang.. balik dulu. Rasanya Pak Akob dah siap mesin kelapa yang abang minta tadi."
Terus dia berlalu tanpa menoleh ke arah Asyikin. Hatinya pilu mengenangkan kekasih hati sudah menjadi tunangan orang.
"Abang..." keluhan perlahan keluar dari bibirnya melihat Benjamin yang berlalu pergi.
Sudah tertulis mungkin bukan jodoh mereka. Dahulunya dia nekad untuk menerima lamaran Mak Jenab kerana marahkan Benjamin. Namun melihat Benjamin di depan mata kini, bagai di ragui keputusan yang sudah di buat. Begitu dia takut kecewa jika Benjamin masih tidak bersedia untuk berkahwin dan tetap dengan kerjayanya menjaga Tuan Syed.
Biarlah aku.....pendam tangis di hati....
"SORRY... SORRY...aku lambat sebab jalan jem." Kata Nurjihan lalu Hawa dan Pia di dakap erat.
"Nasib baik cepat datang. Kalau ikutkan lagi satu jam kau tak timbul.. kitaorang nak tapau je tau. Lapar sangat." Rungut Hawa.
Pia macam biasa. Hanya menggeleng. Ish...ish
"Lah, bukan aku suruh order ke tadi ? Ajak lepak pun time macam ni balik keja.. memang jem la jalan. Kihkih."
"Nak order apanya kalau kau tu call susah nak angkat. cet podah ! ."
Nurjihan tersengih. Ye memang dia terlupa untuk matikan mood senyap di telefon seharian untuk tidak mahu di ganggu.
"Bang, nak menu." Laung Nurjihan ke arah salah seorang pekerja kedai makan.
"Eh, Dr Haider la. !!" Hawa teruja melihatkan kelibat Megat Haider yang kebetulan masuk ke dalam kedai makan itu dan dia melambai.
"Oit jangan panggil ". terlambat ! Nurjihan berpesan kepada Hawa, Megat Haider terpaling ke arah suara yang menyebut namanya.
"Eh biarlah.." Hawa tidak memperdulikan kata-kata Nurjihan dan tetap melambai ke arah Megat Haider.
"Hai girls. Long time no see."
Matanya terpaku sekejap ke arah Nurjihan yang menunduk sedikit tanda hormat ke arahnya.
"Baru order ke ? kalau saya nak join boleh ?" Jarinya di tujukan pada kerusi kosong di sebelah Hawa. Sengaja dia ingin duduk berdepan dengan Nurjihan.
"Eh boleh Dr.. Tak order lagi pun. Jom makan ramai-ramai pun seronok juga. Dr. nak makan apa?"
Ishh Hawa ni melebih pulak . Nurjihan menjeling dari ekor matanya.
"Tak kisah. Saya makan je apa yang korang order."
Hawa mengganguk sekilas.
"Tomyam ayam, kailan ikan masin, telur dadar 2 set dan nasi putih 4 tau bang."
Lancar Hawa membuat pesanan makanan yang sememangnya sudah terbiasa kena dengan tekak mereka untuk makan di situ.
"Air tembikai satu jag ye bang, cawan 4." tambah hawa lagi.
"Ada apa-apa nak tambah lagi ?" Tanya pekerja kedai makan itu.
"Udang goreng tepung 1 set." Kata Megat Haider.
udang ? oiih aku tak makan udang !
Galau hatinya Nurjihan mendengarkan menu tambahan itu.
"So macam mana dengan awak semua lepas dah tamat belajar ni? ada yang dah dapat kerja ke sementara tunggu konvo?". Tanya Megat Haider memecah suasana sunyi di meja mereka.
"Saya macam biasa Dr. masih kerja di 7 eleven dulu tu. Tak dapat kerja tetap lagi." Balas Hawa.
"Tak apa pelan-pelan cari okay?"
Hawa mengganguk.
Pia pula mula berbahasa isyarat.
"Pia cakap..dia baru lepas interview dekat subang. Sekarang ni, dia tunggu jawapan." Hawa tolong menterjemahkan bagi pihak Pia kepada Megat Haider.
"Inshallah ada rezeki awak nanti. Doa banyak-banyak okay?". Tersenyum Megat Haider ke arah Pia.
Pia tersenyum lantas mengganguk.
"And...awak Jihan ?". Megat Haider menatap wajah gadis di depannya.
Tersentak lamunan Nurjihan bila terasa ada kaki yang menendang kecil di bawah meja itu.
Melihatkan Isyarat mata Hawa itu, matanya kembali memandang ke arah Megat Haider.
"Saya ? saya masih tengah mencari kerja Dr. Belum ada rezeki." Balas Nurjihan perlahan nadanya.
Megat Haider tersenyum. Malu-malu gadis di hadapannya itu.
"Tak apa janji usaha mencari ada dah okay tu. Nanti adalah tu rezeki awak".
Nurjihan mengangguk perlahan. Rasa gugup bila berhadapan dengan Megat Haider saat ini. Ini adalah kali pertama berjumpa semula selepas dia menolak lamaran 'Dr.Haider' itu dahulu.
Lelaki di hadapannya ini bagai kisah dengan peristiwa di tolak dahulu. Bagai tiada apa-apa yang berlalu di antara mereka. Kebalnya hati !
Sedang mereka menjamah makanan yang baru sampai tadi, Megat Haider berasa hairan dengan satu pinggan yang berisi udang goreng tepung seperti tidak terusik. Dia melihat ke dalam pinggan masing-masing dan hanya pinggan Nurjihan yang tiada undang goreng tepung itu.
lalu dia mengangkat pinggan berisi udang goreng tepung itu dan di hulurkan di hadapan Nurjihan.
"Awak je tak ambil udang lagi. Ambil lah." Pelawa Megat Haider.
Erk ! macam mana ni ?
Nurjihan buntu.
Terbuntang mata Hawa dan Pia melihat ke arah pinggan berisi udang goreng tepung dan Nurjihan bersilih ganti.
Alamak Jihan alah dengan udang.
Bagai di telan mati emak, dan di luah mati bapak. Mereka buntu akan kesannya pada Nurjihan nanti. Bukan main-main ye dia punya tahap alahan tu.
"Awak tak sudi ke ? atau awak allergic dengan udang ?" Soalan dari Megat Haider itu bagai menjerut lehernya.
Kelihatan Megat Haider masih menunggu jawapan Nurjihan dan tangan lelaki itu masih kukuh terapung di depannya.
Pia di tepi itu hanya menggeleng perlahan.
Jangan Jihan..... jangan... bisik hati Pia.
Hawa rasa dia patut membantu dan...
Pap ! udang goreng tepung itu di ambil dan di kunyah oleh Nurjihan.
Pia menepuk dahi.
Hawa meraup mukanya.
Oh tidak !
Tindakan Nurjihan itu mengejutkan mereka.
Berani dia mengambil risiko !
Nurjihan pasrah demi menyelamatkan identiti Karlisa. Sambil dia mengunyah dia tersenyum polos ke arah Megat Haider sehingga menarik mata sepet.
Comel ! desis hati Megat Haider.
"TERIMA KASIH Dr. belanja kitaorang makan." Kata Hawa.
"Sama-sama. Nanti ada masa lapang boleh la kita makan sama-sama lagi. Tak puas bersembang dengan awak semua."
Tersenyum Megat Haider sambil sebelah tangannya di masukkan ke dalam poket seluar.
Namun ada yang tidak beres pada pandangan matanya kini.
"Jihan are you okay ? dari tadi saya tengok awak asyik lap peluh. Merah dah tu muka. Awak tak sihat ke ?".
Risau Megat Haider melihat gadis itu yang asyik mengelap peluh di dahinya dengan hujung lengan baju.
"Nope. Saya okay je Dr...panas sikit malam ni. hehe." Dalih Nurjihan.
"Nak saya hantar balik ke ?". Megat Haider menunduk sedikit melihat Nurjihan.
"Tak payah !".
serentak jawapan yang terbit dari mulut Hawa dan Nurjihan. Tangan Pia juga bergerak laju untuk tidak membenarkan.
Keningnya Megat Haider terangkat sedikit.
"Sure ?"
"Sure !!". Serentak lagi mereka menjawab dan berpandangan sesama sendiri.
Ish Hawa.....
Tergelak Megat Haider. "Okay..okay.. kalau macam tu saya balik dulu. Awak semua hati-hati bawa motor." Pesan Megat Haider dan berlalu pergi.
Selepas melihat kelibat kereta Megat Haider yang semakin menghilang itu, dengan pantas Nurjihan mengeluarkan ubat dari begnya dan Hawa mengeluarkan sebotol air mineral dengan kalut dia membuka penutup botol siap-siap untuk memudahkan Nurjihan.
Alhamdulillah selamat ! 15 minit Nurjihan menahan kesan alahannya dan masih di tahap boleh di selamatkan lagi. Mujur saja kali ini dia tidak pengsan.
MATANYA terkedip-kedip melihat syiling rumah. Puas dia memujuk mata untuk pejam. Fikirannya asyik teringatkan Puan Nora.
Aduhai dia Ibu mertuaku !
selimut yang menutupi separuh muka di pegang kuat. Tuan Syed Iqwal sudah terlelap di sisi.
Nora Diana ? tidak di sangka ibu Tuan Syed Iqwal mempunyai pangkal nama. Di fikir hanya bernama Diana seperti yang tersulam kemas ejaan nama di selendang tebal milik Tuan Syed Iqwal. Selari jauh apa pun dia cuba untuk mengelak dari Tuan Syed Iqwal...Namun satu persatu keadaan mendekatkan mereka. Tidak pula di perhatikan Puan Nora itu ada iras-iras wajah Tuan Syed Iqwal. Ah..dia tidak peka langsung !
Tiba-tiba dia terasa ada sesuatu yang menjalar di bawah kepalanya menggantikan bantal.
Erk !
Zrapp ! tertarik badannya sekali lipat menghadap Tuan Syed Iqwal. Keadaan mereka sangat rapat. Terasa nafas yang di hembus oleh lelaki itu.
"Pejam mata, lewat dah ni." Suara garau itu berbunyi tetapi matanya tertutup.
Semakin laju kerdipan matanya cuba melawan detakkan jantung. Di pegang jantung itu untuk mengurangkan bunyi supaya tidak di dengar oleh si dia.
Matanya di pejam. Sleep Jihan.. sleep..
Kemudian dia masih tidak boleh tidur.
Macam mana aku nak tidur kalau dia dekat macam ni ? Ottoke !!!
Matanya di pejam erat untuk memaksa dirinya tidur.
5 minit kemudian...dia membuka mata.
Alamak ! Kini mereka bertentangan mata. Tuan Syed Iqwal masih belum tidur dan sedang menatapnya.
Aik ? adakah dari tadi lagi lelaki ini menatap mukanya ?
"I can't sleep." Kata Tuan Syed Iqwal.
Nurjihan terasa tangan yang memegang belakang kepalanya itu menggosok perlahan rambutnya.
"Kenapa awak tak bagi saya berterus terang pasal kita dekat ami ?"
Nurjihan menelan air liur.
"Saya takut, saya bukan tandingan gadis lain untuk di jadikan menantu Puan Diana dan Tuan Syed Ibrahim."
Tuan Syed Iqwal tersenyum sinis.
"Awak yakin dengan alasan itu ? atau awak tak boleh terima saya sepenuhnya ? Awak berharap kita akan berpisah suatu hari nanti dan kecewakan Ami ? "
Nurjihan kaku. Tidak di geleng dan tidak di angguk.
"Avoid me while you can now. Saya percaya suatu hari nanti awak akan tergila-gilakan saya dan merindukan saya separuh mati."
Lalu kepala Nurjihan di tarik rapat dan bibir isterinya di tawan sepenuhnya.
Apakah kata-katanya itu bakal menjadi satu sumpahan pada Nurjihan ?
Share this novel