Rate

BAB 14 - CUTI

Romance Completed 454604

Raif yang baru selesai mandi mencari Inas.. Dia berjalan keluar dari biliknya dah menerjah masuk kedalam bilik inas..

Inas yang sedang meniarap dia atas katil tergejut melihat pintu biliknya dibuka secara tiba-tiba..tambah tergejut lagi bila melihat Raif yang hanya memakai jubah mandi putih di hadapannya..terdedah kaki putih gebu miliknya.

'lah kenapa pula ni? Kenapa masuk sini tak pakai baju.. Tak perlu nak mengoda encik suami.. Kenapa seksi sangat ni..' tak semena-semana buka Inas merona merah.

'' ikut Manja..'' Kata Raif.. Berjalan masuk kedalam bilik lalu menarik tangan Inas.

''kenapa muka Inas selalu merah?'' tanya Raif polos..

'apa patut aku jawap..memalukan lah Inas..aduh benda ni mana boleh control encik suami.. Malu...'

''hmm..kenapa manja pakai macamni?'' tanya Inas.. Menarik tangannya kembali.. Lalu, menunjuk kepada Raif dari atas sampai bawah..

''manja baru sudah mandi tadi..memang kena pakai macam ni kan..'' jawap Raif.

''Iya ..tapii kenapa tak pakai baju..'' tanya Inas..

Raif tak menjawap..dia menarik tangan Inas supaya bangun berjalan mengikutinya..mereka berdua masuk kedalam bilik Raif.. Sebaik melangkah masuk kedalam.. Pintu bilik itu ditutup dan dikunci dari dalam oleh Raif. Mendengar pintu yang baru dikunci oleh Raif itu..segera Inas berpaling melihat kepada Raif.

'kenapa pula ni? Kenapa dia kunci pintu? Tak pasal-pasal berdebar pula...' Mata inas tak lepas melihat kepada Raif..

''pilihkan baju untuk Manja..'' kata Raif kembali menarik tangan Inas, masuk kedalam bilik pakaian yang ada didalam bilik itu..

''pilih baju?'' tanya Inas bingung.. Manja menganggukkan kepalanya berkali-kali.

''kenapa.. Kita tak kemana-mana kan..?'' tanya Inas mula menolak pintu almari besar itu mengelongsor ke tepi..

''manja nak pakai baju yang Isteri manja pilihkan untuk manja hari ini..'' kata Raif sambil tersenyum manis kepada Inas..

Inas berpaling melihat kepada Raif... Sepasang mata hitam milik Raif sedang bersinar-sinar memandang kepadanya..

'alahai.. Tak kira lah macam mana pun cara kau manja..tetap buat aku rasa cair..ok kita cari baju yea... ' Inas tersenyum dan mengangguk.. Kemudian dia berpaling semula melihat kepada susunan baju-baju Raif.. Tangannya menarik keluar satu helai baju dan juga seluar panjang untuk Raif..

''nah ini bajunya..sama warna dengan baju Inas..'' tangan inas menyuakan baju yang baru diambilnya tadi kepada Raif..tapi Raif tak terus menyambut baju yang dihulurkan oleh Inas.

'kenapa dia tak ambil.. Jangan cakap nak minta aku pakaikan baju ni..untuk dia pula'

''pakaikan...'' sepatah perkataan itu keluar dari bibir merah milik Raif, membuatkan Inas lemah lutut..

'cakap lagi.. Kan dah kena..'

''tak boleh! .. Manja kena pakai baju sendiri..'' kata Inas... Kali ini dia menolak.

''kenapa tak boleh?'' tanya Raif.

''sebab Manja lelaki.. Inas perempuan..'' jawap Inas..memberi alasan..

''iya ke? Tapi kita kan suami isteri.. Bukan boleh ke?'' tanya Raif polos..

'apalagi aku nak bagi alasan ni...' baju yang dipegang inas jatuh ke lantai.. Kini dua tanggannya menutup mukanya sendiri bila melihat Raif menarik tali jubah mandinya.. Mahu tak mahu Inas terperangkap didalam bilik pakaian itu..Selesai memakaikan baju buat Raif.. Mereka sama-sama, keluar dari bilik pakaian itu..

''kita solat jemaah bersama..'' ajak Raif.

''tak-tak boleh..'' balas Inas.. Kerana semalam baru rakan bulannya itu datang menyapanya.. Untung biliknya sudah dilengkapi semua barang untuk itu. Kalau tak.. malulah dia nak meminjam kepada orang lain..

''kenapa.. Bukan solat itu wajib?'' tanya Raif bingung..

''iya.. Memang solat itu wajib.. Tapi Inas cuti.. Uzur..'' jawap Inas..

''cuti? Solat ada cuti? Tak baik bohong dengan suami.. Inas tak tahu cara solat? Kalau tak tahu.. Manja ajarkan..'' kata Raif dengan naif sekali.

''bukan Inas bohong..cuti ni khas untuk orang perempuan....''

''macam mama? Tapi kenapa mama tak pernah cakap dia cuti pun..selalu kalau manja ajak solat..tak pernah mama cakap pun cuti..'' potong Raif sebelum sempat Inas menghabiskan ayatnya..

''hmmmm...mama tu arrggmm...'' Inas mengumam panjang..

''hah kejap!'' Inas melangkah pergi tapi tangannya segera ditangkap semula oleh Raif.

''Inas tak nak solat? Inas nak lari kemana? Kalau Inas tak solat.. Dosa tu jatuh ke atas manja.. '' kata Manja dengan nada yang sayu..

''bukan nak lari.. Inas ke bilik Inas nak ambik phone sekejap.. Manja tunggu sini kejap je..'' kata Inas..tapi tangan Inas tak juga dilepaskan oleh Raif..

''manja ikut..'' kata Raif..Inas mengangguk dengan wajah yang manis..

Selepas mengambil telefon dari bilik Inas..mereka masuk balik ke dalam bilik Raif. Inas membawa Raif duduk di katil.. Manakala Inas berdiri di hadapan Raif sambil mencari sesuatu di dalam telefon bimbitnya..

Raif mendongak melihat Inas yang sedang khusyuk dengan telefon yang melekat di tangannya.. Bibirnya ditarik muncung.. Terus dua tangan Raif memeluk pinggang Inas yang berdiri dihadapannya..

''lambat lagi ke? Kenapa asyik tengok benda tu..manja tak suka lah..'' kata manja..

''ni dah jumpa...'' kata Inas..menunjukkan paparan telefon bimbitnya kepada Raif..

Raif mengambil telefon bimbit itu lalu membaca maklumat yang ditunjukkan dari dalam telefon bimbit Inas.. Inas duduk bersebelahan dengan Raif ..menunggu Raif selesai membaca.. Tangan inas digengam oleh Raif semasa dia sedang membaca.. Manakala Inas pula mengambil peluang itu untuk merenung wajah Raif dengan lebih dekat lagi..

'' jadi.. Inas haid?'' tanya Raif.. Memalingkan wajahnya ke sisi melihat kepada Inas. Dengan wajah yang merah kerana malu..perlahan-lahan Inas menjatuhkan wajahnya, mengangguk..

''perkara-perkara yang haram dilakukan oleh wanita dalam haid..solat, puasa, tawaf, jimak, membaca al-quran, menyentuh dan membawa mushaf al-quran...duduk di dalam masjid..'' kata Raif membaca petikan yang ada didalam telefon Inas.

''dia bagitahu dekat sini lagi.. wanita yang teratur pusingan haidnya setiap bulan adalah wanita yang sihat dan subur.. Jadi Inas sihat kan? Itu normal kan bukannya sakit kan...?'' tanya Raif.

Sekali lagi Inas mengangguk..

''Fungsi kitaran haid untuk menghasilkan ovum iaitu te.....''

''okay-okay.. Baca setakat situ saja...'' Inas kembali merampas telefon bimbitnya..

'ini kalau dibiarkan.. Jadi forum soal jawab sakit puan pula selepas ni.. Macam mana aku nak terangkan satu persatu..rasanya cukup dia tahu tentang aku cuti saja kan...'

''kenapa? Manja tak habis baca lagi tu..'' katanya sambil meminta kembali telefon bimbit milik Inas.

''manja kan nak solat.. Nanti-nanti saja sambung baca..'' kata Inas..

''hmm... Okay.. Manja solat dahulu..'' kata Raif bangun dari katil..sempat dia mencium ubun-ubun Inas..sebelum kakinya melangkah pergi .. Masuk kedalam bilik air..

Inas menyentuh ubun-ubunnya.. Tempat yang baru dicium oleh Raif sebentar tadi..

'dia kalau tak peluk.. Dia cium.. Kenapa banyak sangat kasih sayang yang alirkan kepada aku..memanglah dia suami aku.. Tapi aku baru kenal dia..bukan kenal..sebetulnya baru nak berkenalan..tapi dia..nampak selesa dengan aku..malah tak kisah pula tu..' Inas melihat kepada pintu bilik air yang baru dibuka..wajah Raif yang basah dengan air wuduk dipandangnya..

Raif keluar dari bilik air kemudian dia menadah tangannya..kemudian mengaminkan doanya..bibirnya tersenyum melebar melihat kepada Inas yang sedang berada diatas katil..sedang memandang kepadanya.. Tangannya mencapai sejadah lalu menghamparnya ke lantai.

''manja solat dulu ya..Inas keluar dulu.. Inas tunggu manja di bilik sana..'' kata Inas berjalan ke pintu lalu keluar dari bilik itu.

Inas kembali ke biliknya..berbaring diatas katil sementara menunggu Raif selesai solat..Raif yang baru selesai solat berjalan keluar dari biliknya menuju ke bilik Inas.. Sebaik pintu bilik itu dibuka..dia melihat Inas sedang terbaring di atas katil..kakinya menghampiri kearah katil. Merenung kepada wajah tenang Inas yang sudah terlena..

Raif naik ke katil itu perlahan-lahan kemudian berbaring di sebelah Inas..mereka sama-sama terlena didalam keadaan berpelukan..

Tok..Tok..Tok.. Kedengaran pintu bilik inas diketuk dari luar..Inas mengeliat kecil..

'la aku tertidur.. Ni mesti manja nak masuk.. Tapi aku tak kunci pintu kan..kenapa dia tak masuk saja macam tadi.. ' inas membuka matanya yang berat rasa nak sambung tidur lagi..tapi ketukan di pintu masih juga kedengaran..matanya dibuka juga akhirnya..

''manja..'' dia melihat wajah manja ada didepan matanya..

''habis tu siapa yang ada di luar sana?'' Inas berpaling melihat kearah pintu..

''sekejap!'' laung Inas.. Pelahan-lahan mengangkat tangan Raif yang ada di pinggangnya..

Inas turun dari katil dan berjalan ke arah pintu.. Membuka pintu itu sedikit dan mengintai keluar..

''kak ann..'' tegur Inas bila melihat Rohana yang ada di hadapannya.

''kak datang ni, nak panggil Inas turun makan..sebab makanan dah siap.. Kalau Inas nak makan.. Kak hidangkan..?'' tanya Rohana. Inas berpaling melihat kedalam biliknya..melihat kearah Raif yang terbaring diatas katil.

''tapi..manja sedang tidur..'' balas Inas.

''tidur? Kejut kan dia bangun..jangan bagi dia tidur siang lama sangat..nanti malam takut dia berjaga.. Susah Inas nanti..'' kata Rohana sambil terseyum-senyum..

'kenapa pula aku yang susah?' Inas mengerutkan dahinya..melihat kepada Rohana.

''ye lah.. Inas kejutkan Manja.. Sekejap lagi kami turun..'' kata Inas. Menarik bibirnya tersenyum kepada Rohana.

''baguslah tu.. Akak turun dulu ya..hidangkan makanan.. '' kata Rohana..

Inas kembali menutup pintu bilik tersebut dia berjalan kearah katil..kemudian duduk disisi Raif..

'macam mana nak kejut dia..?' Inas memainkan jarinya telunjuknya secara lembut dipipi Raif..

''manja..'' panggil Inas perlahan..

Tangan inas turun ke bahu Raif..niatnya untuk mengoyangkan bahu Raif.. Tapi lain pula yang jadinya..bila tangan kecil Inas ditangkap oleh Raif.. Melayang tubuh Inas terlentang diatas katil bila Raif menariknya..kemudian Raif menindan tubuhnya..

''Inas buat apa?'' tanya Raif.

''inas kejutkan manja..'' kata inas gugup dengan posisi mereka sekarang ini. Mata Raif yang hitam itu ditenungnya..

''kak ann panggil kita turun makan..'' kata inas lagi..sambil berpaling melihat tangannya yang digegang oleh Raif..

Cupp.. Sebuah ciuman hingga di pipi Inas.. Kemudian Raif mengalihkan tubuhnya berbaring disebelah Inas..

''manja mengantuk lagi..'' balas Raif merengek manja disamping Inas menyembamkan wajahnya di bahu inas dan bergesel manja disitu..sesekali terasa bahu Inas di cium oleh Raif.

''manja..kenapa manja suka cium Inas..?'' tanya Inas.

''kenapa tak suka ke? Salah ke seorang suami cium isterinya? Itukan pahala..'' jawap Raif polos..seperti menjawap soalan kuiz.

'hahahaha.. Padan muka kau inas..' Inas mengelakkan dirinya sendiri.

''jom kita turun makan.. Inas lapar..'' Inas menarik tangan Raif untuk bangun..tapi tak juga Raif bangun..

''Inas suapkan manja...'' kata Inas..

Raif yang awalnya tadi terbaring terus bangun duduk di katil dan mengangguk laju..

'pahala.. Insya Allah..' Inas tersenyum melihat suaminya yang sangat-sangat manja itu.. Turunlah mereka kebawah untuk makan bersama..

Yeayy!! Tamat untuk hari ini.. Kita sambung esok pulak.. Enjoy reading.. Sayang2 semua.. (^-^)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience