BAB 8

Family Completed 10579

Deringan telefon bimbitku menjerit-jerit minta diangkat. Berkerut keningku melihat nama yang tertera di atas skrin. Dr. Mazlan??

“Assalamualaikum,” terdengar suara pensyarah yang amat aku kenali.

“Waalaikumussalam. Ya…. Dr. Mazlan?” tegurku sopan meskipun hanya di dalam telefon.

“Dilah, saya nak tanya awak sikit ni. Awak tahu tak kat mana rumah Fasha?” lain macam sahaja soalan Dr. Mazlan ini. Nak pergi rumah Fasha buat apa??

“Erm… sebelum tu, kenapa ya Dr. Mazlan?” Pertanyaan wajib yang aku harus tahu akan jawapannya.

“Malu pulak saya nak cakap. Sebenarnya… saya betul-betul dah cinta kat kawan awak tu… Fasha. Saya bercadang nak pergi meminang dia,” jujur jawapan yang diberikan oleh Dr. Mazlan.

Seperti mahu terlepas telefon bimbit ini aku genggam. Aku bermimpi ke? Aku cubit pipi kiri…… sakit… aku tidak bermimpi. Tidakkah Dr. Mazlan tahu bahawa Fasha sudah mempunyai tunangan.

Apakah sebab Fasha meminta perpisahan dengan Ikram? Disebabkan oleh Hairi…. atau disebabkan oleh Dr. Mazlan? Fasha…. apa lagi yang kau buat ni??

“Dr. Mazlan…. minta maaf saya nak bercakap dengan Dr. Mazlan sikit ya. Dr. Mazlan ni betul-betul ke cintakan kawan saya tu?” tanyaku dengan perasaan kurang puas hati.

“Betu! Saya memang cintakan dia!” bersemangat sungguh nada suara Dr. Mazlan. Aku menelan liur. Parah ni…

“Macam ni Dr. Mazlan. Yang sebenarnya, Dr. Mazlan tahu ke yang kawan saya si Fasha ni, dah bertunang sejak dua tahun lalu?” soalku penuh hati-hati. Tidak mahu ada hati yang terguris.

“Bertunang??” terdengar suara kejutan di hujung talian.

Sudah… Fasha buat hal lagilah ni. Apa tujuan Fasha? Dan disebabkan aku kawan baik Fasha, aku yang selalu dilontarkan dengan pelbagai soalan dari orang-orang di sekeliling Fasha. Orang-orang yang adakala langsung tidak aku kenali.

“Ya… Dr. Mazlan. Fasha dah bertunang,” ulangku sekali lagi. Biar terang dan jelas di cuping telinga Dr. Mazlan.

“Bila kali terakhir Dr. Mazlan dan Fasha berhubung?” Soalan peribadi aku tanyakan. Aku tidak peduli apa anggapan Dr. Mazlan terhadapku. Aku harus tahu.

“Baru sekejap tadi, sebab dia tak nak beritahu alamat. Itu yang saya telefon awak,” jujur juga jawapan Dr. Mazlan. Sesungguhnya Dr. Mazlan juga telah menjadi mangsa sikap Fasha yang suka mengambil kesempatan.

Geli geleman aku mendengar kata-kata cinta Dr. Mazlan buat Fasha. Tidak sedar diri itu juga sudah berkahwin dan punya ramai anak di rumah. Rambut sudah beruban. Ada hati mahu meminang kawan baikku pula.

Fasha! Di mana janji-janji manis kau dulu???? Kau pernah berjanji tidak akan melayan Dr. Mazlan lagi. Dia suami orang. Kau tidak sedarkah, Fasha?

Kau telah memungkiri janji… aku akan bongkar semua rahsia kau. Kau belum kenal siapa aku sebenarnya Fasha. Aku bukan boneka yang boleh kau tolak dan tarik sesuka hati. Bila kau susah kau rayu aku. Bila kau senang kau lupa semuanya. Kau lupa janji! Kau mencabar prinsip aku Fasha? Akan aku sahut cabaranmu itu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience