Chapter 23

Romance Completed 11899

BAB 23

MUNCUNG sedepa aku tayangkan kepada Noah. Bersertakan dengan mimik muka nak minta penampar. Haha. Mujurlah Noah tak kasi penampar, kalau tak, tak ke naya namanya tu?

“Bolehlah, Encik Noah. Bolehlah.. Sekejap aje. Lagipun, saya bukannya nak makan angin pun. Nak beli barang dapur aje kot..” pujukku lembut. Selamba badak sumbu aje aku paut lengan sasanya. Berharap agar dia termakan dengan pujuk rayuku. Namun..

“Hesy, suka hati kaulah nak pergi supermarket ke, pergi dating ke, suka hati. Aku tak peduli. But sorry, aku tak boleh tumpangkan kau. Nak pergi, pergi sendiri. Okay?” Penuh angkuh Noah bersuara. Berlagak. Bongkak. Poyo. Segala-galanya lah. Menyampah pula aku melihat sikapnya. Meluat. Tapi.. “Bolehlah, Encik Noah. Please.. Saya merayu sangat kat Encik Noah. Kalau Encik Noah nak saya melutut pun, saya sanggup. Sumpah!”

“Kau ni memang tak faham Bahasa Melayu kan? Aku kata tak boleh, tak bolehlah! Dahhh.. jangan nak bikin aku berangin kat sini. Aku nak keluar. Tepi..” Tubuhku ditolaknya kasar. Huh! Nasib baik tak tersungkur menyembah tanah. Kalau tak, memang dialah pula yang tersungkur lepas ni!

Erk, dasar kedekut tahi hidung masin punya buaya. Minta tumpang kereta pun tak boleh. Kejam gila! Alang-alang nak keluar tu, apa salahnya tumpangkan aku sekali? Huh, ni mesti kes takut awek marah ni. Arghhh.. tak ke manalah hubungan cinta beruk kau tu! Lambat laun akan terputus juga! Tak percaya, tengoklah.

Setelah penat membebel sendiri, kaki dilangkah jua ke bus-stop yang berdekatan. Alahai, sedihnya hidup.. Rasa macam sejarah lama berulang kembali pun ada. Kena halau.. kena caci.. kena maki.. Namun, cacian dan makian Noah tidaklah segah Datin Maria. Siap kena fitnah berbakul-bakul lagi. Apapun, hinaan daripada beliau lah yang paling meletop. Paling sukar dilupakan. Buktinya, sehingga kini, kesannya masih berbekas di hati.

Cakap pasal Datin Maria, serta-merta sahaja wajah anak terunanya terbayang di minda. Hmm.. Megat Rayyan. Dah lama rasanya aku tak nampak batang hidung Rayyan. Rasanya, dah berbulan-bulan, sejak peristiwa di meja makan rumah Noah haritu. Terus lenyap bayangannya dalam hidup aku. Erm.. bagus juga. Tenang hidup ini rasanya biarpun rasa rindu tetap ada. Tapi.. ke mana dia menghilang agaknya? Ke laut? Ke London? Atau.. ke hujung dunia?

Jalan raya di depan mata mula melekat pada pandangan. Kosong. Lengang. Langsung tak ada kenderaan yang lalu-lalang. Teruk betul. Kalau beginilah gayanya, memang sampai matilah aku takkan ke supermarket. Melainkan..

Terlihatkan Porsche 918 yang berhenti di situ, terus bersinar anak mata bundarku. Bersinar bak cahaya bulan, kata orang. Gembira. Bahagia. Terlalu sukar untuk diungkapkan dengan kata perasaanku kini. Apa yang jelas lagi nyata, aku senang hati kerana permintaanku bersambut jua. Kerana hati si dia dilembutkan juga. Alhamdulillah!

“Nak tumpang ke tak ni?” soal Noah dingin di tepi keretanya. Kaca mata hitam jenama Lexis mula ditanggalkan. Tajam mata hazelnya memandang aku. Aku sekadar tersengih. “Hehe, mestilah nak. Dah mengantuk, disorongkan bantal pula, siapa je tak nak?” Aku mula bermadah, sengaja. Sengaja nak bakar hati dia.

Noah mencebik. Masam aje mukanya. “Cepatlah masuk. Karang aku ubah fikiran, baru kau tahu.” ugutnya sebelum melenyapkan diri ke dalam Porsche 918. “Chop!”

“Apa lagi?”

“Tak nak bukakkan pintu kereta ke?” Aku sengih, memandangnya. Kedengaran dia merengus kasar. Geram barangkali. Namun, pintu kereta dibukakan jua. Makin meleret sengihan aku dibuatnya. Walao, seronoknya! “Terima kasih, kakanda.. Sayang kakanda!”

“Sama-sama, sayang adinda juga. Dah masuk, jangan nak banyak cakap.” ucapnya dingin. Sedingin Double Mint. Namun, selambanya tetap ada. Baiknya juga tetap terselit bersama. Tak semena-mena aku tersenyum sendiri. Cukup senang akan layanan baiknya.

Dalam diam, aku juga suka akan sikapnya. Ah, suka aje. Tak semestinya cinta.

***

MELILAU mata bundar ini memandang sekeliling. Macam tak percaya pun ada. Macam baru bangun daripada mimpi ngeri juga. Terkejut? Pasti. Gila tak terkejut kalau..

“Mimpi apa awak bawak saya ke Midvalley ni?” soalku bodoh. Langsung tak memandang Noah di sebelah. Mana taknya, mata masih merayap di sekeliling bangunan shopping complex yang cukup besar itu. Besar. Luas. Cantik. Sejujurnya, inilah kali pertama aku menapakkan kaki ke sini. Kesian kan?

“Tak mimpi apa. Just mimpi nak bawak kau pergi beli barang dapur lah..” Selamba Noah bersuara. Diselitkan juga loyar buruknya. Aku memandangnya hairan. Berkerut juga keningku untuk seketika. Masih bingung nampaknya. “Masalahnya, saya nak ke supermarket, bukannya shopping mall. Encik Noah ni korek telinga ke tak?” sindirku pedas. Sengaja.

Noah sekadar menahan rasa. Merah padam muka dia dikerjakanku. Mungkin bengang akan sindiranku itu. Dia berpaling. “Kau ni gosok gigi ke tak? Mulut punyalah busuk dok mengata orang. Lagipun, apa masalahnya? Dalam shopping mall ni pun ada supermarket apa? Come on, dunia dah lama maju lah.. Kau je yang mundur. Mentaliti kolot.” Kali ni, giliran Noah pula menyindir aku. Sindiran yang jauh lebih pedas dan lebih menyakitkan hati.

Huh, puaka betul mulut mamat ni. Langsung takda insurans. Ikut sedap mulut dia aje. Nasib baiklah buaya tak reti bercakap. Kalau tak, em, puaka beginilah mulut binatang tu agaknya. “Cakap tu berlapik sikit ya. Saya tahu lah saya ni bibik. Tak macam Encik Noah, Pengarah Urusan. Tapi tak payah lah nak mengata saya ni mundur, kolot. Well, saya ni manusia biasa. Ada hati dan perasaan juga.” ucapku sebelum melangkah pergi. Namun..

Terus termati langkahku saat merasakan lengan ini dipaut. Kemas. Kuat. Cukup membuatkan aku tersentak untuk seketika. Pantas aku angkat muka – memandang Noah yang sedang enak memaut lenganku. Selamba. Tajam mata ini menikam mata hazelnya. Namun, dia langsung tak beriak. Tangan sasanya juga masih tak berganjak. “Laluan ke Aeon Big bukan kat sini. Kat situ,” ucapnya lembut. Tidak berangin seperti tadi. Terdiam lima saat aku dibuatnya.

“Jom..” Lenganku ditariknya pula. Nak tak nak, terpaksalah aku menurut. Kalau tak, mahu kena pelangkung. Perlahan-lahan kaki ini membontotinya dari belakang. Sekali sekala aku menilik wajahnya dari tepi. Tenang. Selamba. Seolah-olah tiada apa yang berlaku antara mereka. Sedangkan tadi, ribut dan taufan baru saja melanda.

Lima minit berjalan sambil berpimpin tangan, akhirnya tiba juga ke Aeon Big. Satu-satunya supermarket yang terletak di dalam Midvalley. Lama aku menilik supermarket itu sebelum melangkah masuk. Noah di sebelah sekadar memerhati. “Nak masuk ke tak ni?” soalnya bangang abadi.

Aku pandang dia. “Kalau tak masuk, macam mana nak beli barang dapur?” Sekali lagi aku menyindirnya. Geram. Siapa je yang tak geram kalau ditanya soalan bodoh? Soalan bangang? Adoi. Noah sedikit terangkat, seolah-olah tak berpuas hati. “Habistu yang kau tercongok lagi kat sini, apahal?”

Huh! Tak nak kalah tu! Apalah masalah si Noah ni sebenarnya? Memang sengaja nak sakitkan hati aku ke? Kalau ya, okey, dia berjaya. Memang aku dah sakit hati pun sekarang ni! Hah, siap membakar lagi. “Whatever, saya nak masuk. Tak ada hati nak melayan perangai tak senonoh awak tu.”

“Aku pun. Tak ada hati nak melayan perangai kolot kau tu.” Dan akhirnya, kami membuat haluan sendiri.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience