Chapter 44

Romance Completed 35261

Pinggan, mangkuk, senduk dan gelas memenuhi sink di dapur. Mak Ziah mencuci semuanya dengan penuh berhati-hati. Meja makan sedang lap oleh Sofia Amelia. Semua tetamu yang dijemput telah pun bersurai. Dato’Johari dan menantunya, Iskandar Faiz leka berbual di luar. Sofia Amelia rajin menolong Mak Ziah untuk kemaskan rumah.

“Mak Ziah, Sofi sudah siap lap. Ada kerja apa lagi?” tanya Sofia Amelia dengan penuh tenaga.

“Sudah lah Sofi. Terima kasih bantu Mak Ziah. Sepatutnya Mak Ziah yang perlu buat semua. Sebab Mak Ziah orang gaji. Sofi orang yang bagi gaji kepada Mak Ziah.”

Sofia Amelia tersentak mendengar luahan Mak Ziah. Layanan dia terhadap Mak Ziah bermain di fikirannya. Muka Sofia Amelia berubah sayu. Teruk sangat layanan dia terhadap Mak Ziah.

“Mak Ziah, Sofi minta maaf sangat atas perbuatan Sofi selama ini. Sofi tahu Sofi banyak bersalah pada Mak Ziah.” tutur Sofia Amelia lemah. Dirinya berasa sungguh kejam apabila mengingat kembali bagaimana Mak Ziah telah dilayan dulu.

“Sofi, Mak Ziah sudah lama maafkan Sofi. Mak Ziah selalu nak tengok Sofi hidup bahagia.”

“I am so sorry.” kata Sofia Amelia dan memeluk Mak Ziah. Walaupun Mak Ziah sudah memaafkan, Sofia Amelia masih lagi berasa kesal mengenai layanannya terhadap seorang insaf yang berhati mulia.


****************************

“Mak, baru balik? Pergi mana?” menyoal Wahidah Tiara sambil memeluk badan. Jelingan maut diberikan kepada Linda. Sudah pukul 10.30 malam, baru ibunya balik rumah. Sepatutnya kerja sudahpun habis pukul 5 petang, ke mana perginya ibunya sehingga balik lewat seperti ini?

“Mak… mak pergi jumpa kawan.” bohong Linda. Kalau lah Wahidah Tiara tahu Linda pergi berjumpa dengan Iskandar Faiz dan Sofia Amelia, tak boleh bayang bagaimana reaksi Wahidah Tiara nanti.

“Jumpa kawan?” Wahidah Tiara rasa musykil dengan jawapan ibunya.

“Ye, kenapa?”

“Tiara tak tahu pun mak ada kawan. Ini kali pertama mak balik lewat ke rumah.” Wahidah Tiara memberitahu alasan kenapa dia rasa curiga.

“Terserempak tadi. Berbual-bual sampai tak sedar sudah lewat.” dengan bersungguh-sungguh Linda mencipta alasan. Bimbang kalau anak sulung itu dapat menghidu penipuan dalam alasan yang telah diberikan.

“Owh. baik lah mak. Tiara buatkan air untuk mak. Mak pergi mandi dulu. Tiara ada benda bincang dengan mak.” memberitahu Tiara dengan wajah yang serius.

“Dia nak cakap pasal apa ni? Tolonglah jangan cakap pasal Is dan Sofi. Mak nak mereka bahagia.” gumam Linda dalam hati. Namun, hati mengatakan apa yang Wahidah Tiara ingin sampaikan adalah berkaitan Iskandar Faiz dan Sofia Amelia.


***************************

Sofia Amelia menaik ke bilik selepas menolong Mak Ziah kemaskan rumahnya. Di tangannya memegang satu gelas yang penuh dengan air herba. Air yang dibuat oleh Mak Ziah untuk Iskandar Faiz. Hati berdebar. Sofia Amelia berkira-kira untuk membuka pintu bilik. Pesanan Mak Ziah masih lagi didengari di telinga Sofia Amelia.

“Sofi, sudah minum air herba Kacip Fatimah?”

“Sudah Mak Ziah. Sofi tak nak minum air tu. Sofi tak suka.” balas Sofia Amelia malas. Sudah banyak kali pesan, tetapi Mak Ziah memaksa untuk minum.

“Sofi, Mak Ziah bagi Sofi minum ni sebab Kacip Fatimah ni ada banyak kebaikan. Sofi cuba fikir pasal Dato’. Dato’ sudah tua. Bukan ke dia teringin untuk nakkan cucu? Mak Ziah tahu anak semua rezeki tuhan. Bila sudah tiba waktu, mesti ada. Allah akan bagi bila sudah tiba masanya. Tapi Mak Ziah nak Sofi bersedia dari segi kesihatan.” terang Mak Ziah.

Sofia Amelia mula berfikir mengenai nasihat Mak Ziah. Adakah ayahnya teringin cucu? Adakah dia sudah bersedia? Adakah Iskandar Faiz sudah bersedia?

“Sayang, sayang.” Sofia Amelia sedar dari lamunan. Baru dia perasan suaminya sudah membuka pintu sebelum dia bukakan pintu.

“Kenapa tak masuk? Fikir apa sampai tak dengar panggilan abang?” Iskandar Faiz hairan apabila isterinya tidak memberi respon setelah beberapa kali memanggil. Entah ke planet mana Sofi pergi?

“Tak ada apa. Ini air untuk awak.” Sofia Amelia hulur air herba itu.

“Air?”

“Yes. Air. Minumlah.”

“Okay, masuk dulu.” ajak Iskandar Faiz.

Sofia Amelia masuk ke dalam bilik. Iskandar Faiz merenung air yang diberi oleh Sofia Amelia tadi.

“Sayang, air apa ni?”

“Minum lah dulu.”

“But…” Iskandar Faiz tak sampai hati untuk menolak. Dengan laju, airnya diminum.

“Sayang, air apa ni?”

“Air tongkat ali.” jawab Sofia Amelia tenang.

“Air tongkat ali? But why should I drink this?” pelik Iskandar Faiz.

“Mak Ziah suruh.” balas Sofia Amelia. Namun dalam hati, marahkan suaminya yang blur itu.

“Tak akan lah dia tak tahu kenapa perlu minum air tongkat ali. Aduh!”

“Kenapa Mak Ziah suruh minum?”

“Ya Allah, kalau abang nak tahu cuba google!” mendengus Sofia Amelia.

Dengan laju tangan keluarkan telefon bimbit dari tracksuit. Dibuka aplikasi Google dan cari informasi tentang khasiat Tongkat Ali.

“Sayang.” panggil Iskandar Faiz nakal.

Bulu roma Sofia Amelia menegak apabila dengar panggilan suaminya lain macam.

“Jangan-jangan lah dia minta tu.” gumam dalam hati.

Sofia Amelia tidak menoleh belakang pun. Berdiri kaku menghadapi almari. Sofia Amelia tersentak bila ada tangan melingkari pinggangnya. Iskandar Faiz meletakkan dagu di bahu Sofia Amelia.

“Dah bersedia?” bisik Iskandar Faiz lembut.

“Sedia untuk?” soal Sofia Amelia berpura-pura.

“Untuk jalankan tanggungjawab.” balas Iskandar Faiz sambil mengeratkan pelukkan pada pinggang langsing isterinya itu.

Sofia Amelia menarik nafas dalam-dalam. Jawapan apa harus diberikan kepada suami itu? Adakah suami nak tuntut hak dia lagi satu? Sofia Amelia sedar dosa kalau menolak permintaan suami bila ajak untuk bersama.

“Abang, nak ke?” soal Sofia Amelia perlahan. Muka berasa panas. Malu!

“Abang tak akan paksa sayang. Abang akan sentuh sayang bila sayang betul-betul dah ready.” ujar Iskandar Faiz. Dia tahu mereka masih lagi dalam tahap perkenalan.

Sofia Amelia memusingkan badannya. Mata mereka bertembung. Tangan Sofia Amelia menyentuh bidang dada suaminya.

“Abang, kita pergi honeymoon nak?”

“Honeymoon? Nak pergi mana?”

“Paris?” cadang Sofia Amelia.

“Paris? Boleh. Tapi abang kena settle kerja abang dulu.” kata Iskandar Faiz.

“Abang take your time. Settle all your works here first. Later on we go for our honeymoon.” balas Sofia Amelia.

“Thank you for understanding sayang.” Dahi isteri dicium.

“Esok, abang nak sayang datang sekali dengan abang.”

“Of course I will. Suami sendiri dah nak buka his new office, mestilah isteri kena join event itu.”

“Sayang, esok lepas pembukaan office baru, abang nak bawa sayang ke satu tempat.” beritahu Iskandar Faiz.

“Ke mana?”

“Surprise.” senyum manis ukir di bibir Iskandar Faiz yang merah muda. Jelas menunjukkan Iskandar Faiz bukan seorang yang merokok.

“Abang, I hate surprises! Better tell me now!” ugut Sofia Amelia.

“No! Tunggu esok!”

Sofia Amelia merengus geram. Tangannya memukul dada suaminya untuk melepaskan geram. Tanpa diduga, bibir Iskandar Faiz mendarat di bibir lembut Sofia Amelia. Terkedu Sofia Amelia. Langsung tidak fikir Iskandar Faiz berani menciumkan dirinya.

Perlahan-lahan Sofia Amelia membalas ciuman suaminya. Pada malam yang indah itu, Sofia Amelia mengaku dia sudah jatuh cinta dan menerima Iskandar Faiz sebagai suami dengan sepenuh hati.


******************************

“Tiara nak cakap apa dengan mak?” Linda mula pembicaraannya. Hatinya berdoa agar anaknya tidak cakap mengenai bekas tunangnya.

“Tiara nak jumpa Is esok.” beritahu Wahidah Tiara dengan tenang.

“Ada apa Tiara nak jumpa dia?”

“Nak ajak dia kahwin dengan Tiara.”

Jawapan Wahidah Tiara menaikkan darah Linda. Bilalah anaknya akan terima hakikat bahawa dia dan Iskandar Faiz tiada jodoh?

“Tiara! Dengar sini baik-baik! Mak tak benarkan Tiara berjumpa dengan Is.” kata Linda tegas.

Berubah wajah Wahidah Tiara. Perasaan marah mula menyelubungi dirinya. Dengan sekuat hati, satu tumbukkan singgah di meja makan. Terkejut Linda. Di manakah perginya Wahidah Tiara yang lembut?

“Mak, jangan nak halangkan Tiara untuk berjumpa dengan Is. Is tunang Tiara.”

“Bekas tunang Tiara! Is bukan lagi tunang Tiara! Dia dah jadi suami perempuan lain.” Linda cuba mengingati Wahidah Tiara yang Iskandar Faiz sudah berkahwin.

“Saya tak kisah! Perempuan itu perampas! Saya akan kahwin dengan Is tak lama lagi!” nekad Wahidah Tiara.

“Tiara sanggup nak jadi madu ke?” Linda hilang sabar.

“Siapa cakap Tiara jadi madu? Tiara akan suruh Is ceraikan Sofi. Bukan talak satu! Talak tiga terus! Is akan dengar cakap Tiara. Tiara dan Is kahwin lepas Is ceraikan betina murah itu.”

Pang!

Kepala Wahidah Tiara menoleh ke kiri. Kuat juga penampar Linda.

“Mak dah lama bersabar dengan perangai Tiara. Tapi sekarang tak lagi. Mak tak nak kamu ganggu Is lagi! Kalau Tiara ganggu Is ataupun Sofi, kamu tahulah nasib nanti!”

“Mak ingat Tiara takut sangat dengan ugutan mak ke? Tiara akan pergi jumpa Is esok!” jerit Wahidah Tiara. Linda meneruskan langkah tanpa pedulikan jeritan Wahidah Tiara.

“Apa pun jadi, Is akan tetap jadi milik aku!”


*******************************

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam. Siapa ni?”

“Ni cik Wina ke?”

“Ye, saya.”

“Saya panggil dari Hospital Shah Alam. Encik Amir telah mengalami kemalangan.” beritahu seorang wanita. Suaranya cemas.

“Apa?” berdegup kencang jantung Wina.

“Encik Amir dalam keadaan serius. Dia nak jumpa dengan cik Wina. Boleh cik datang ke sini secepat mungkin?”

“Ba...baik...saya datang sekarang.”

“Ya Allah, tolong jangan ambil nyawa Amir. Saya sayangkan dia. Jangan ambil dia dari aku.”

Hi semua :) Selamat membaca. Jangan lupa rate dan comment <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience