Rate

Bab 25 Anis Mendapat Rawatan

Romance Completed 278216

Adib menghantar Anis ke hospital yang terdekat agar dapat menerima rawatan dengan cepat dan telah di masukkan ke dalam bilik rawatan VIP, Adib sengaja mengambil bilik kelas VIP agar mereka sentiasa dapat menjenguk dan melihat keadaan Anis di hospital.

Adib menunggu Anis di luar bilik rawatan sementara Anis di beri pertolongan oleh doktor. Puan Saleha yang baru saja tiba segera mendekati Adib setelah melihat Adib yang duduk di luar bilik rawatan.

"Adib, macam mana boleh jadi macam ni?" Tanya Puan Saleha yang telah tahu keadaan Anis.

"Adib pun tidak tahu ibu, Anis tidak sedarkan diri selepas kepalanya terkena bola tampar."

Puan Saleha hanya menggeleng pelan, baru sehari Anis Umairah tinggal dengan mereka sudah di terkena musibah.

"Kita tunggu apa kata doktor nanti!" Kata Puan Saleha cuba menenangkan hati anaknya.

Selang beberapa minit kemudian, doktor dan beberapa orang nurse keluar dari bilik rawatan Anis.

"Macam mana dengan pasien doktor?" Adib dan Puan Saleha segera berdiri untuk bertemu dengan doktor.

Doktor tersenyum ramah setelah melihat Adib dan Puan Saleha.

"Alhamdulillah pasein tidak apa-apa ya, dia sudah sedarkan diri. Pasein telah terkena balingan keras di kepalanya itu yang menyebabkan dia pengsan tadi." Jawab doktor dengan detail.

"Terima kasih doktor." Ucap Adib setelah mengetahui keadaan Anis.

"Boleh kami jenguk Anis?"

"Silakan." Ucap doktor tersebut dengan ramah.

Mereka masuk melihat Anis yang tengah duduk bersandar.

"Anis dah rasa okay ke?" Tanya Puan Saleha sambil mengusap lembut kepala Anis.

"Anis dah okay ibu." Sahut Anis dengan senyuman.

"Anis ada mau makan apa-apa?" Tanya Adib pula mendekati katil Anis.

"Anis nak minum air sahaja." Kata Anis pelan.

"Kalau macam tu sekejap abang belikan." Kata Adib segera keluar dari bilik kesihatan.

Puan Saleha tersenyum melihat layanan Adib kepada Anis. Puan Saleha duduk di kerusi yang telah di sediakan.

"Anis nak tahu? Abang Adib tadi panik lihat Anis pengsan."

"Maaf, Anis menyusahkan abang dan ibu."

"Anis jangan kata begitu, yang namanya musibah tidak ada orang yang minta."

Anis cuma tersenyum.

Tidak lama kemudian...

"Anis, ini air yang Anis minta tadi." Adib menghulurkan sebotol air mineral kepada Anis dan meletakkan beberapa makanan di atas meja untuk Anis makan.

"Terima kasih Abang Adib." Ucap Anis lemah.

"Sama-sama Anis!"

Adib duduk di sofa ruang rawatan Anis.

"Adib kembali ke sekolah dulu, biar ibu yang jaga Anis." Tawar Puan Saleha.

"Adib sudah minta izin pulang awal dengan pengetua sekolah ibu."  Sahut Adib. " Ibu baliklah dulu, biar Adib yang jaga Anis." Kata Adib pada ibunya.

"Baiklah, ibu balik dulu ya Anis." Puan Saleha memeluk singkat menantunya itu kemudian pulang ke rumah.

Adib datang mendekati Anis Umairah dan duduk di sebelah katil Anis.

"Anis ada nak makan? Biar abang bantu ambilkan."

"Anis belum lapar abang."

"Baiklah kalau macam begitu."

Adib duduk di tepi katil Anis, kemudian mengusap pipi Anis dengan lembut sambil tersenyum.

"Anis minta maaf sudah menyusahkan abang!"

"Ini semua bukan salah Anis, Anis berehat ya."

Anis mengangguk pelan kemudian berbaring di atas katil yang di bantu oleh Adib. Kemudian Adib berdiri dan membetulkan selimut Anis, setelah itu dia pergi ke bahagian tingkap dan membukanya luas-luas. Dia melihat keluar tingkap, tidak tahu apa yang Adib tengah fikirkan.

___________________________________

Keesokan paginya, Adib Umair pergi mengajar seperti biasa.

"Cikgu Adib, macam mana dengan Anis?" Tiba-tiba Cikgu Farah menyapa dan beberapa orang guru datang mendekati Adib.

"Alhamdulillah Anis sudah okay, cuma kecederaan ringan biasa saja." Sahut Adib menerangkan keadaan Anis.

"Berapa hari Anis di tahan dekat hospital?"

"Kalau tiada yang serius, mungkin hari ni atau esok sudah boleh keluar."

"Baguslah kalau macam tu." Sahut seorang guru yang ingin mengetahui perkembangan Anis.

"Ini ada beberapa buah tangan dari pihak sekolah untuk Anis." Puan Azie menyerahkan sebungkus beg plastik yang berisi buah-buahan segar.

"Terima kasih Cikgu." Sahut Adib dengan senyuman.

"Saya ada nak tanya sedikit dengan Cikgu Adib." Tiba-tiba Cikgu Farah bersuara.

"Ada apa Cikgu?"

"Kita bincang di kantin sekolah Cikgu, sebab yang saya tanya ni mengenai Anis." Kata Cikgu Farah lagi.

Mereka pun segera pergi ke kantin.

"Apa perkara penting yang Cikgu Farah nak kata tu?" Tanya Adib setelah mereka telah mengambil order dan duduk di bahagian meja guru.

"Cikgu Adib dan Anis ada kaitan keluarga ke? Tanya Cikgu Farah ingin tahu.

Adib cuma mengangguk pelan.

"Ayah saya dengan abah Anis berkawan sejak di university lagi dan ikatan kekeluargaan kami memang rapat." Jelas Adib pada Cikgu Farah.

Cikgu Farah senang mendengar penjelasan Adib Umair.

"Jadi skarang ibu Cikgu Adib yang menjaga Anis dekat hospital? Kemana ibu bapa Anis?"

"Iya Cikgu, ibubapa Anis mengamanahkan saya menjaga Anis Umairah kerana mereka berada di luar negara atas urusan kerja." Terang Adib Umair dengan detail.

Cikgu Farah mengangguk faham.

"Sampai bila Anis akan tinggal di rumah Cikgu?"

"Dalam masa 2 minggu ni." Terang Adib singkat.

"Oh macam tu." Sahut Cikgu Farah. "Minta maaf Cikgu saya sempat curiga dengan Cikgu." Kata Cikgu Farah dengan senyuman bahagianya.

"Tidak apa-apa Cikgu." Sahut Adib sambil meminum airnya yang di pesan tadi.

"Boleh saya tahu hospital mana Anis kena tahan? Saya bercadang nak datang menjenguk Anis."

"Hospital sekian-sekian Cikgu "

"Terima kasih Cikgu Adib dengan infonya."

"Sama-sama cikgu." Jawab Adib seadanya.

Setelah berakhir pelajaran dan pembelajaran, Adib Umair segera ke sekolah membawa buah tangan yang di beri oleh pihak sekolah. Puan Saleha yang menunggu Anis di ruang rawatan menyambut kedatangan Adib dengan senyuman.

"Macam mana dekat sekolah tadi?"

"Alhamdulillah semua okay ibu, keadaan Anis macam mana?" Soal Adib setelah melihat Anis masih tertidur pulas.

"Anis okay, cuma tadi nurse bagi makan ubat. Tu yang membuat Anis tertidur." Jelas Puan Saleha agar Adib tidak cemas memikirkan Anis.

Adib cuma mengangguk pelan melihat Anis.

"Ibu belum mahu balik? Mana tahu ibu nak bersih-bersihkan diri."

"Ibu memang dah nak balik ni, ayah kamu dalam perjalanan ke sini."

Tok tok tok

Encik Amri menyelak pintu bilik rawatan Anis. Dan segera masuk melihat keadaan Anis.

"Assalamualaikum, macam mana sudah dengan keadaan Anis?" Suara berat ayah Adib Encik Amri kedengaran.

"Waalaikumussalam!" Sahut mereka bersamaan.

"Wah panjang umur baru saja di sebut!" Ucap Puan Saleha dengan senyuman.

"Alhamdulillah, sudah okay ayah." Sahut Adib sambil tersenyum melihat kedatangan ayahnya.

Tidak berapa lama kemudian...

Tok tok tok

Pintu bilik Anis terbuka dan kelibat beberapa orang Cikgu dari SMU datang untuk menjenguk Anis.

"Assalamualaikum, boleh kami masuk?" Kedengaran suara Cikgu Farah sambil masuk ke bilik rawatan Anis.

"Waalaikumussalam, silakan masuk." Ramah Puan Saleha menyambut beberapa orang guru yang datang melawat.

semoga terhibur

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience