Bab 45

Romance Completed 78329

“Surprise?” Luqman menayangkan senyuman sinisnya.
Gia memandang ke kiri dan ke kanan sebelum menarik Luqman masuk ke dalam kondonya. Kerja gila apa yang Luqman tengah buat sekarang ni?

“Awak buat apa dekat sini dan macam mana awak tahu kondo saya?!” Apa lagi yang Luqman cuba buat sekarang ni? Dia tak tahu ke apa yang dia buat sekarang ni bahayakan nyawa dia sebenarnya?!

“Tak buat apa pun. Saja jalan-jalan.”

“Bohong! Luqman! Pleaselah dengar cakap saya boleh tak?! Awak buat macam ni lagi membahayakan nyawa awak!”

“Maksud kau? Kau takut abang tiri kau tu buat something dekat aku?” Mata Gia membulat bila apa yang dicakapkan oleh Luqman memang betul.

“Macam mana kau tahu?”

“Semudah ABC je aku nak tahu. Tak susah pun nak tahu latar belakang kau memandangkan kau kan terkenal jugak? Family kau pun bukannya orang biasa kan?”

“Gia…sino yan (siapa tu)?” tanya Maya sebelum dia turut terkejut dengan kehadiran Luqman di dalam kondo Gia.

“Gia, paano siya makakarating dito (macam mana dia boleh ada dekat sini)?” Maya pun dah gelabah. Gelabah takut kalau Danial tahu yang Luqman ada dekat kondo Gia, lain benda pulak yang jadi nanti.

“I don’t know. Maya, I need to talk with him. Can you leave just two of us here?”

“Ok…but if anything, just give me a call okay?”

“Sure,” Maya melangkah keluar dari kondo Gia meninggalkan Luqman dan Gia di dalam.

Gia melangkah menuju ke ruang tamu. Luqman pula melihat sekeliling kondo tersebut. Luas dan barangan di dalam rumah ni pun agak mewah jugak. Aku pelik. Dah ada kondo mewah macam ni pun still tinggal dan beli rumah dekat KL tu? Kalau aku jadi dia, aku takkan tinggalkan kondo ni. Tapi, yelah kan? Anak orang kaya. Semuanya boleh kalau duit banyak.

Agak-agaknya kalau kau tahu cerita yang betul Luq, kau akan cakap pasa Gia macam ni tak?

“Tengok apa?” Dari tadi dia perhatikan Luqman asyik meneliti ruangan di dalam kondonya. Tak payah Luqman cakap pun aku tahu mesti dia tengah cakap something pasal aku.

“Tak ada apa. Aku just impress tengok kondo mewah kau ni. Tapi aku tak impress mana pun sebab kau kan datang dari keluarga kaya-raya?”

Betul tak apa yang aku cakap tadi? Luqman memang akan cakap macam tu punya.

“Whatever lah Luq. Cuma, apa yang saya tak faham dengan perangai awak sekarang ni, kenapa awak nekad sangat hah Luq? Saya buat semua ni demi kebaikan awak jugak tau Luq!”

“Demi kebaikan aku? Ke demi kebaikan kau supaya rahsia kau tak bocor di media social siapa kau yang sebenarnya?!”

Tengok! Sikit-sikit nak cari gaduh! Apahallah hati dia ni sempit sangat nak dengar apa yang aku warning dekat dia?! Langsung tak ambik serius!

“Saya buat semuanya untuk awak Luq! Tolonglah jangan nekad macam ni! Kalau tak sayangkan diri sendiri pun, fikir ibu sama! Awak nak ke ibu sedih kalau jadi apa-apa dekat awak nanti hah?”

“Maknanya memang kau dah plan nak apa-apakan aku kan?”

Fuh! Sabar Gia! Sabar! Kau cakap jelah macam mana pun Luqman takkan pernah pandang positif dekat kau.

Luqman menghampiri Gia. Wajah Gia dipandangnya dengan seribu satu perasaan geram dan marah di dalam hatinya. Kalau tak mengenangkan ibu, dah lama aku cekik kau biar kau mati!

“Luq! Boleh tak jangan fikir yang bukan-bukan pasal saya?”

“Macam mana eh? Ajarkan aku boleh?”

“Luq! I’m deadly serious! Tolong jangan buat benda bukan-bukan!”

Luqman menghadiahkan senyuman sinis kepada Gia.
“Kau nak tahu satu benda gila yang aku dah buat?”

“Apa?”

“Aku dah berpakat dengan polis di sini untuk bantu siasatan pasal kau dan keluarga kau terutama sekali Danial Louis Scott Padilla. Sebab apa? Sebab aku syak something pasal dia yang buat aku tertarik untuk siasat pasal dia.”

“Hah?!”

“Woooo…kuatnya ‘hah’ kau. Aku rasa kau faham kot apa yang aku cakap tadi.”

“Luq! Tolonglah tarik diri balik! Saya merayu sangat dengan awak! Awak jangan buat kerja bodoh macam ni Luq!”

Sakit! Sakit jiwa, mentel, raga apa semua ada. Aku punyalah sedaya-upaya cuba cover dia dari Danial, dia pulak seolah-olah nak serahkan diri dekat Danial dengan buat macam ni!

“Kenapa? Kau takut?”

“Ini bukan soal saya takut ke apa tapi ini soal keselamatan! Kalau awak nak siasat pasal kematian Dariya, tolong babitkan saya sorang je! Jangan babitkan dengan keluarga saya sekali!”

“Kalau aku tak nak tarik diri, kau nak buat apa? Ugut aku macam kau dah pernah buat sebelum ni?”

“Hah? What do you mean?”

“Jangan berlagak bodohlah Gia. Kau dah lupa ke kau upah orang hantar surat ugutan dekat keluarga family kau? Kau dah lupa?!”

Kejap! Since when pulak aku hantar surat ugutan dekat keluarga dia? Kalau bukan aku…ini mesti kerja Danial!

“Ingat? Tak pa, aku anggap surat ugutan tu sebagai salah satu bukti yang kau ni memang bersalah dalam kes Dariya! Lagi banyak kau hantar surat ugut macam tu, lagi cepat kau kena tangkap.”

“Masalahnya Luq…saya…”

“Dah! Kau tak payah nak bagi alasan macam-macam lagi. Kau kena ingat satu benda dalam kepala otak kau! Aku takkan tarik diri dari siasat kes ni! Faham?!” Luqman keluar dari kondo Gia.

Gia terduduk di sofa. Buntu dia memikirkan masalah yang masuk satu-persatu. Kenapa benda jadi rumit macam ni sekali sekarang ni? Apa yang susah sangat awak nak dengar cakap saya ni Luqman? Saya buat semua ni demi kebaikan awak tapi awak pulak fikir macam-macam pasal saya! God! Please help me!

KETIKA Luqman melangkah keluar dari kawasan kondominium, sebuah motosikal jenama tinggi menderum laju menghampiri Luqman lalu sebatang kayu dihayunkan ke kepala Luqman. Luqman yang belum sempat mengelak jatuh rebah ke atas jalan dengan darah yang mengalir di celah kepalanya.

Gia berlari pantas ke luar kawasan kondominium dan menghampiri Luqman yang mula dikerumuni oleh orang ramai.

“Luqman!” Gia memangku kepala Luqman. Lagi membuatkan dia panik bila ada darah yang mengalir di celah kepalanya.

“Please someone call ambulance! Now!!!” Gia mula tak keruan bila Luqman langsung tak bagi respons ketika dia memanggil namanya.

“Miss Gia, get in my car. I will send him to hospital!”
Kebetulan pula seorang pemandu berhenti di situ dan offer untuk hantar Luqman ke hospital.

“Thank you,” Gia menolong lelaki tersebut memapah Luqman masuk ke dalam kereta. Gia masuk ke dalam kereta lalu kepala Luqman dipangku ke atas ribanya.
Bertambah cemas dia dibuatnya bila darah yang keluar dari celah kepala Luqman masih lagi tak berhenti.

Buat pertama kalinya dia menangis melihat keadaan Luqman begini dan rasa takut mula menyelubungi dalam dirinya. Ketika dia dapat video call dari Danial kejadian yang berlaku dekat Luqman, terus dia berlari turun. Dia tak sangka langsung yang Danial bertindak macam ni.

Luq…please bertahan. Kalau ibu tahu apa yang dah jadi dekat awak sekarang ni, mesti ibu risau dan sedih. Kalaulah awak dengar cakap saya Luq, mesti awak takkan jadi macam ni. Kenapa awak degil sangat Luq?
Saya buat semua ni untuk kebaikan awak jugak. Saya tak nak kejadian yang sama berlaku lagi. Saya tak nak awak sakit sebab saya lagi. Cukuplah Dariya meninggal sebabkan saya. Saya tak nak benda yang sama berulang lagi.

Sampai saja di hospital, Luqman terus ditolak masuk ke bilik rawatan. Gia pula menunggu di kerusi luar bilik rawatan. Berharap yang Luqman tak apa-apa.

“Miss Gia, are you okay?” Tanya salah seorang nurse di situ.

“I’m okay.” Senyumannya dihadiahkan kepada nurse
tersebut.

“Alright…”

Gia mengeluarkan telefon bimbit dari kocek seluarnya lalu mendail nombor Danial. Kali ini memang dia takkan bertolak ansur lagi dengan Danial. Apa yang dia dah buat memang melampau!

“Hello sweetie…”

“Tak payah nak sweetie sangat! What you have done hah Danial?! Kenapa kau kena kacau Luqman?! Dia tak kacau hidup kau pun kan?!” Sedaya-upaya dia menahan suaranya. Kalau dia bising nanti, kena tegur dengan pihak hospital.

“Itu sikit je pengajaran yang aku bagi dekat dia.”

“Sikit apanya kalau sampaikan kena masuk hospital! Kau memang dah melampaulah!”

“Kau tahu apa yang dia boleh buat kalau aku tak bertindak secepatnya? Silap hari bulan bukan setakat rahsia aku bocor tapi rahsia kau pun bocor jugak bodoh! Kau nak ke masuk jail?!”

“Pergi mampuslah semua tu! Kau ingat aku kisah sangat ke hah kalau aku kena masuk jail sekalipun kalau betul itu salah aku! Aku penat duduk dalam game kau dengan mummy! Sumpah aku penat! Aku bersumpah Danial! Kalau jadi apa-apa dekat Luqman, kau takkan hidup Luqman! Kau takkan pernah terfikir benda yang aku mampu buat!”

“Hahaha…sayang betul kau dengan Luqman? Rilekslah…setakat kena pukul macam tu tak adanya dia akan mampus.”

Gia memutuskan talian. Punggungnya kembali dihenyak kasar ke atas kerusi. Stres! Kalau Danial ada di depannya sekarang ni, lama dah dia cekik. Tak boleh jadi! Kalau setakat bercakap fon dengan dia je, benda takkan jalan. Nak tak nak aku kena berhadapan jugak dengan Danial dah alang-alang aku ada dekat Filipina ni. Nanti free je dari photoshoot, aku akan terus balik Cebu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience