Level 2

Romance Series 5758

Flashback.

"Selamat pagi, Abi", sapa Zafirah kepada Abinya sambil menuruni anak tangga untuk ke meja makan.

"Selamat pagi", En Zabbar membalas sapaan anak perempuannya dengan senyuman manis.

"Wah!, sedapnya bau. Wan masak nasi lemak rupanya, patut la bau sampai ke atas" , Zafirah cuba berlawak semasa keadaan rumahnya sunyi sepi.

"Hish Zaf ni, Wan masak biasa2 je. Sampai ke situ sekali dia memujinya. Wan dah rasa macam masuk bakul tekan lift.", Wan juga sama berseleroh dengan anak majikannya, Zarifah. Sampai tergelak Zaf mendengar kata2 dari Wan.

"Apa yang biasa2nya Wan, masakkan Wan adalah yang ke2 paling sedap di dunia ni.", puji Zafirah kepada orang gajinya. Zafirah sudah menganggap Wan sebagai ahli keluarganya sendiri kerana Wan sahaja la yang selalu bergurau senda dengannya semasa ketiadaan Abi di rumah.

"Yang pertama, siapa?", tiba2 En Zabbar mencelah gurauan senda Zafirah dengan Wan.

"Yang pertama mestilah Ummi!", kata Zafirah dengan nada yang lancang. En Zabbar hanya tersenyum manis apabila mendengar jawapan anaknya. Dia sendiri pun setuju dengan Zafirah bahawa masakkan isterinya adalah yang paling sedap.

"Eh Zaf!, dah pukul berapa ni?. Kamu belum siap lagi ke makan?. Nanti terlambat pula nak ke sekolah." , En Zabbar baru menyedari yang anaknya sudah hampir lewat untuk ke sekolah.

"Ala Abi.... awal lagi la. Lagipun kalau terkejar2 masa makan nanti tak syok nak makan nasi lemak Wan yang sedap ni.", Zafirah bukan tak nak makan dengan cepat tapi dia senjaga melewatkan makan sebab malas untuk datang awal ke
sekolah. Baginya datang awal ke sekolah adalah leceh.

"Banyak la kamu punya tak syok. Cepat makan nasi tu", tegas En Zabbar apabila mendengar Zaf memberi alasan 'geliganya'

Dengar saja suara tegas En Zabbar, Zafirah terus bingkas bangun untuk bersalam dengan Abi dan Wan.

"Zaf pergi dulu.", kelibat Zafirah terus menghilang daripada pintu hadapan sedikit demi sedikit.


**********************
"Aduh... gate dah kunci!", kata Zafirah sambil menepuk dahinya.

"Kalau aku masuk gate depan, confirm aku kena hukum + kena bebel 40 hari 40 malam tanpa henti dengan ketua pengawas paling poyo abad ini, Idrus Naufal.", bebel Zafirah sendirian.

"Plan B kita panjat pagar belakang.", Zafirah menolak basikalnya ke belakang sekolah.

"Gigi..... Gigi duduk sini diam2 ye. Zaf nak panjat pagar ni", Gigi adalah panggilan kepada basikalnya. Dengan extremnya Zafirah terus memanjat pagar sekolah tanpa berfikir panjang.

"Yes... akhirnya aku dapat masuk ke dalam sekolah dengan aman dan selamat tanpa adanya perang dunia ke3.", kata Zafirah seorang dengan girangnya kerana dapat masuk ke dalam sekolah.

Tiba2 datang satu kelibat di belakang Zafirah. "Senang hati nampak Cik Zafirah Naufal",kata kelibat tersebut.

"Oh mak kau!", latah Zafirah sebaik sahaja mendengar suara datang dari belakangnya.
" Eh kau rupanya, ketua pengawas paling poyo En. Idrus Naufal. Aku ingat lembaga mana la tadi", perli Zafirah sambil memberi rolling eyes kepada Idrus.

"Amboi sedap sungguh mulut kau mengata orang ya. Mengata diri sendiri tak nak. Kau ni memang anak dara yang tak tahu malu ke panjat pagar." , getus Idrus dengan sindiran Zafirah sebentar tadi dan membalas pula dengan sindiran kepada Zafirah.

"Ala... apa yang nak di malukannya, aku panjat pagar pakai baju sukan bukan pakai uniform sekolah pun.", Zafirah memang pantang kalau tak berbalas kata dengan Idrus.

"Memang la... kalau tak, tak pasal2 aku dapat freeshow", kata Idrus berserta senyuman sinisnya.

'Hish... mamat ni, makin lama makin kecil je aku tengok' , getus Zafirah di dalam hati sambil mengecilkan matanya yang sekian kecil itu.

"Dah, disebabkan kau lambat hari ni + lambat aku akan denda kau bersihkan makmal kimia." arah Idrus sambil mencatat nama Zafirah di buku laporan.

Kringgggggg.....
Bunyi loceng yang cukup nyaring telah berkumadang di satu perkarangan sekolah yang menandakan waktu belajar sudah bermula.

Tiba2 terukir satu senyuman di wajah Zafirah. "Kau dengar tak tu. Bunyi loceng dah berkumandang, jadi maknanya kelas dah nak start. Aku cau dulu ya", kata Zafirah kepada Idrus dan terus melarikan diri untuk ke kelasnya, 5 Spade.

"Hoi minah!. denda kau waktu rehat nanti ye", laung Idrus sekuat hati.

"Ye la!", balas Zafirah sambil melambai tangannya.


*********************

"As... assalamualaikum....", Zafirah memberi salam setelah tiba di pintu kelasnya dengan nafas yang tersekat - sekat.

"Wa'alaikumussalam", Qhalisha menjawab salam kawannya dengan baik sekali.

"Cikgu Zammil masuk dah ke belum?", tanya Zafirah sambil melabuhkan punggungnya di tempat duduknya iaitu di sebelah Qhalisha.

"Belum lagi....", jawab Qhalisha dengar suara yang agak mendatar.

"Alhamdulilah, aku ingat kena denda pula sekali lagi", kata Zafirah sambil mengipas - gipas mukanya yang merah kerana keletihan.

"Denda?. Jap... kau tahu tak, aku ingatkan kau tak datang sekolah hari ni dan kenapa kau sebut pasal denda?. Kau kena denda lagi ke? ", bertubi - tubi soalan keluar daripada mulut Qhalisha.

"Hish kau ni... kau nak bagi aku ni ke strok ke apa. Banyak betul soalan. Nanti aku cerita la.", Zafirah membuatkan matanya yang kecil itu kepada Qhalisha.

"Soalan aku ni berkait ke dengan kau akan kena strok?", tanya Qhalisha bingung.

"Sha.... baik kau diam, Cikgu dah masuk dah tu.", Zafirah meletakkan Jari telunjuknya di bibir Qhalisha bagi mendiamkan mulut Qhalisha yang tidak berhenti bercakap.


***************

"Eh Zaf, Kau kata nak cerita kat aku apa penyebab kau boleh lambat pagi tadi", Qhalisha mengocang - goncangkan tangan Zafirah.

"Hesh... kau ni, kalau ikutkan hati aku... aku nak je ketuk kepala kau dengan botol air ni. Kalau ya pun nak tahu, tak payah lah sampai nak tarik2 tangan bagi nak tercabut betul2", bebel Zafirah sambil menunggu giliran untuk membeli nasi.

" Hehehe...sorry. Aku cuma nak tahu je", kata Qhalisha sambil memucungkan mulutnya.

"Okey la... macam ni ceritanya, aku lewat sebab syok sangat makan nasi lemak Wan sampai lewat datang sekolah. Sampai je kat sekolah gate depan dah kunci jadi gunalah plan B aku iaitu panjat pagar...", cerita Zarifah dipotong oleh Qhalisha.

"Kau panjat pagar?!", nada Qhalisha agak tinggi ketika itu.

"Kau ni slow sikit suara tu... nanti semua orang dengar", Zafirah berbisik - bisik dekat telinga.

"Semua orang dah tahu la kau tu memang campion bak2 lompat pagar sekolah la. Tak payah nak berselindung la.", rolling eyes diberi satu das kepada Zafirah.

"Eh kau nak dengar tak cerita aku ni. Melarat sampai lompat pagar lagi", getus Zafirah kerana cerita belum habis diceritanya.

"Okey la. Lepas kau nak panjat pagar tu... apa jadi?", Qhalisha cuba menanyakan kejadian seterusnya bagi menenangkan perangai si panas baran dihadapannya ini.

"Lepas aku panjat pagar belakang sekolah tu, ingatkan dapat la masuk kelas dengan harmoni sekali rupa2 tak juga. Datang pula perang dunia ke3 tanpa dijemput..." cerita Zafirah.

"Perang dunia ke3?. Siapa?", tanya Qhalisha bingung.

"Siapa lagi kalau Ketua Pengawas poyo tu, Idrus Naufal. ", jawab Zafirah
"Di sebabkan mamat tu la aku lewat dan sempat pula dia bagi aku denda", jelas Zafirah dalam keadaan geram bila teringat kembali pagi tadi.

"Idrus bagi denda apa dekat kau?", perasaan ingin tahu Qhalisha semakin menbuak - buak.

"Dia suruh aku bersihkan makmal kimia masa waktu rehat", kata Zafirah.

"Eh... ni kan dah waktu rehat, jadi bila pula kau nak pergi makmal kimia tu?", Qhalisha semakin pelik dengan kawannya seorang ni, ada sahaja rancangannya untuk diri sendiri.

"Ala kau ni... kan aku dah cerita, so stop tanya aku. Pasal denda tu lepas makan boleh pergi. Tak da kuasa aku nak pergi dalam keadaan perut aku tengah berlagu ni, lagi pun aku nak fokuskan jer mata aku untuk barisan ni supaya aku boleh makan dengan harmo...", belum sempat Zafirah menghabiskan ayatnya datang pula 3 orang pelajar lelaki memotong barisan yang membuatkan gunung berapi dalam diri Zafirah hampir nak meletup.

'Datang entah dari planet mana mamat2 ni, sesedap hati kau je potong barisan aku. Ni Cik Zafirah Zabbar la, siap kau kena sembur kat aku.',kata hati Zafirah geram melihat gelagat 3 orang pelajar lelaki yang memotong barisannya.

"Hoi!!!!", jerit Zafirah sekuat hati memanggil mereka bertiga. Salah seorang daripada mereka mengalih padangan ke arah Zafirah.

"Apa hoi2, kau ingat kita orang tak da nama ke. Ni... kau tengok nama aku Engku Imran Haikal.", langkah lelaki itu sedikit maju untuk menuju ke arah Zafirah sambil menujukkan name tagnya kepada Zafirah.

"Eh En teruna... kau dengar sini ea, aku tak kisah la nama kau engku ke, putera ke, apa ke.... yang aku kisah sekarang ni adalah 2 orang kawan kau dengan kau sekali sesedap rasa kau jer potong barisan aku. Apa? Barisan ni bapak kau buat ke?", perli bercampur geram memang kepakaran Zafirah.

"Ha'ah... memang bapak aku buat pun barisan ni. Kenapa?. Lagipun kau ada nampak muka aku kesah? Tak... aku tak kesah...", selamba sahaja Imran membalas kata2 Zafirah.

"Kalau bapak kau buat pun, tu bapak kau punya bukan kau punya. End then, kau dengar sini ea... kalau muka kau yang macam muka shrek baru lepas masuk loji najis tu tak kesah ke, kesah ke... tak ada kena mengena dengan aku pun. Muka aku yang macam Cindarella baru lepas mekap ni kesah sangat sebab aku nak makan...", panas semakin panas keadaan di kantin.

"Hesh minah ni, dah puji diri sendiri lepas tu kutuk aku pula. Eh...aku nak buat macam mana dah budak2 perempuan dekat barisan depan ni bagi aku beli dulu, jadi aku belilah dulu. Bukan salah kami...", rolling eyes diberi kepada Zafirah.

"Kau ni....memang nak kena, kan!!!", Zafirah mengangkat penumbuknya tiba2 datang Idrus dengan langkah yang agak laju menuju ke arah mereka berdua.

"Apahal ni?...dari jauh lagi aku dengar suara korang berdua bertikam lidah bagai.",tanya Idrus dengan nada yang tegas.

"Bagus kau datang Idrus... kau tanya mamat ni kenapa...", Zafirah menjeling ke arah Imran.

"Zaf kau pun sama je la... ni mesti disebabkan kau suka cari pasal, kan?. Korang berdua ni tak tahu malu ke dekat junior2 korang gaduh macam budak2 tadika baru nak up. Dah aku tak nak dengar apa2 perjelasan... dua2 kena. Engku Imran Haikal, Cikgu Kamal nak jumpa kau dan kau Zaf... bukan kau kena denda bersihkan makmal kimia. Kau buat apa kat sini?", selepas membebel dan menyuruh Imran berjumpa dengan Cikgu Kamal, Imran beralih pula pandangan ke arah Zafirah.

"Eh jap2... aku kena bersihkan makmal, mamat ni pula jumpa cikgu disiplin je... mana adil macam tu Idrus.", kata Zafirah tak puas hati sambil jari telunjuknya tak lengkang daripada menujuk Imran.

"Kau ni banyak cakap la... baik kau pergi sekarang sebelum aku bagi flying kick kat kau.", Idrus cuba mengugut Zafirah.

"Ye la2 aku pergi", kata Zafirah sambil menghentak kakinya sebelum ke makmal kimia.


********************

Idrus mempelawa dirinya untuk membawa Imran bertemu dengan Cikgu Kamal kerana Imran pelajar baru masih tidak biasa lagi dengan blok2 di sekolah barunya. Dengan itu lebih baik Idrus menujukkan jalan untuknya.

"Ermm Idrus, kau kenal ke dengan perempuan yang aku bergaduh dekat kantin tadi?", tiba2 perasaan ingin tahu dalam dirinya tentang Zafirah semakin mendalam.

"Ohhh...Zafirah Zabbar a.k.a Zaf, mana tak kenalnya... dia tu aku kenal dari tadika lagi doi.", jawab Idrus bersungguh - sungguh.

"Bila aku tengok dia tadi, dia macam budak laki pula", Imran teringat cara percakapan Zafirah sebentar tadi agak kelakian.

"Ala dia memang macam tu pun, kasar sikit tapi sebelum ummi dan abang dia meninggal dia tak macam tu pun...", lancar betul Idrus bercerita.

"Maksud kau?", Imran tidak faham dengan kata2 Idrus yang last sekali.

" Maksud aku... Zaf tu tak kasar macam tu pun sebelum ummi dan abangnya meninggal tapi lepas jer dua insan dia sayang tu meninggal... Zaf terus berubah. Tak ayu, lembut, manis macam dulu dah", cerita Idrus. Imran pula khusyuk betul menjadi pendengar setia.

"Kalau kau tengok dia dulu, kau pun boleh cair macam ais dibawah sinaran mentari.", boleh pula Idrus membuat lawak hambar.

Tiba2 Imran berkhayal sakan tentang Zafirah. 'Patut la aku nampak dia tadi muka boleh tahan tapi perangai macam laki.', tanpa di sedari jauh juga Imran berkhayal.

"Oittt... dah sampai dah bilik disiplin, jauh mengelamun... dah sampai mana?", Idrus mengejutkan Imran daripada lamunannya.

"Hah!...eh mana ada mengelamun, terima kasih la tunjuk jalan", tersengih - sengih Imran apabila mendengar kata2 dari Idrus.

"Tak da hal la, tunjuk jalan je kot. Aku pergi dulu la ya... nak pergi tengok awek...", kata Idrus tersengih - sengih seperti kerang busuk sambil bersalam dengan Imran ala 'brother'.

"Okey2... kirim salam dekat awek tu juga", Imran menyabut salaman daripada Idrus.

"Not hal", katanya sambil memberi tabik kepada Imran ala2 pegawai tentera sebelum beredar.


****************

"Sakit pula hati aku dekat mamat tu. Siapa mamat tu ea... budak baru ke tak pernah tengok pun. Eh apa nama dia tadi?", bebel Zafirah sendirian.

"Engku Imran Haikal...", tiba2 datang Idrus dari pintu belakang makmal.

Terkejut Zafirah dibuatnya tiba2 bunyi suara orang. "Eh kau ni Idrus tak boleh bagi salam dulu ke... main masuk jer. Kau nak apa?", kata Zafirah masih geram dengan Idrus kerana memberinya denda.

"Assalamualaikum Cik Zafirah Zabbar, saje jer nak tengok kau hidup tak lagi dalam makmalnya", salam berserta perli diberi kepada Zafirah.

"Wa'alaikumussalam... kalau kau datang sini nak perli2 aku baik kau balik jer ke kelas. Lagipun kelas dah start, kan?", suara agak mendatar. Malas nak dilayan Idrus, nanti hatinya juga yang sakit.

"Aku tak masuk ke kelas hari ni... cikgu Kamal suruh aku perhatikan kau, takut juga kau buat hal. Lagipun nah... aku tahu kau tak makan lagi, kan?", kata Idrus sambil memberi Zafirah sebotol air mineral dan sebuku roti coklat.

"Roti jer... mana kenyang kalau nasi tak pa la juga", kata Zafirah jual mahal.

"Amboi berlagaknya kau... kalau kau tak nak aku ambil balik" , kata Idrus sambil menarik roti dan air mineral kembali.
"Aku ni takut la juga kau akan kebuluran macam dekat Somalia tu, tapi kau tolak roti aku bagi", Idrus seakan - akan merajuk sambil berpeluk tubuh.

"Hello...ni Malaysia la, kebuluran macam Somalia bagai la, tak payah la ambil hati aku bergurau je la... mari sini roti tu.", tanpa rasa malu Zaf terus menyambar roti yang berada dalam genggaman Idrus.
"Eh Idrus", panggil Zafirah dengan mulut penuh roti.

"Kau ni kalau ya pun nak bercakap, biar la makanan dalam mulut kau habis dulu", kata Idrus sambil mengeleng - gelengkan kepalanya melihat sikap Zafirah.

"Ye la... Idrus Naufal", akur Zafirah.
"Ni... apa nama mamat yang baru jadi musuh aku tadi?", tiba2 sahaja Zafirah ingin tahu nama Imran.

"Engku Imran Haikal. Kenapa?", tidak puas hati dibuatnya tiba2 sahaja Zafirah ingin mengetahui nama Imran.

"Tak da saja. Dia tu budak baru ke, tak pernah nampak pun", jawab Zafirah selamba.

"Ohhh... aku ingat ke dah berkenan", kata Idrus geram.

"Tak da maknanya dah berkenan. Hello... ini Cik Zafirah Zabbar la takkan berkenan mana2 laki sebelum kahwin.", Zafirah mempertahankan prinsip agungnya.

"Lantak kau la. Ha'ah dia tu memang budak baru. Classmates aku.", kata Idrus.

"Classmates kau rupanya, patut la perangai hampir sama. Elok la yang sorang tu poyo dan sorang tu pula berlagak.", perli Zafirah.

"Sedap betul mulut kau mengata",getus hati Idrus mendengar kata - kata Zafirah.

"Ala... aku bergurau jer dengan kau. Lama tak bergurau dengan kau", kata Zafirah sambil tersenyum - senyum ke arah Idrus.

Kali ini Idrus bersetuju sangat dengan Zafirah, memang sudah agak lama dia tidak bergurau dan berbual kosong dengan Zafirah. Paling last dia berbual lama dengan Zafirah pun masa mereka di tingkatan 3, selepas kematian ummi dan abang Zafirah. Rindu betul kenangannya bersama Zafirah dulu. Dia la yang menjadi pak sanggup memujuk Zafirah daripada menangis masa kematian ummi dan abang Zafirah.

"Eh Idrus kenapa kau bagi aku denda bersihkan makmal kimia?", tanya Zafirah.
"Berhabuk sekali tau.", protes Zafirah.

"Sebab berhabuk la aku suruh bersihkan makmal. Lagipun cikgu kan selalu buat eksperimen dalam makmal ni dan tak sempat Kak Rose nak bersihkan.", terang Idrus.

"Kak Rose?. Siapa kak Rose?",tanya Zafirah bingung. Dia rasa pernah dengar jer nama kak Rose tu tapi dekat mana ea.

"Zaf, dah nak cukup 5 tahun dah kau sekolah sini... Kak Rose pun kau tak kenal ke?. Pembantu makmal kimia ni la... yang sarat mengandung tu. Sebab tu la aku bagi denda ni kat kau kalau tidak boleh terberanak dia dalam makmal ni.", pening betul dengan perangai si Zafirah. Ada saja perkara yang nak buat dia tergelak seorang diri.

Tersengih - sengih Zafirah bagai kerang busuk apabila mendengar perjelasan Idrus.
'Apa la yang bangak sangat aku ni, nama pembantu makmal kat sekolah ni pun aku lupa. Baik kau pindah sekolah je la, Zaf. Patut la macam familiar jer nama Kak Rose', kata hati Zafirah.

Kringgggggggg.......
Bunyi Ioceng menandakan waktu tamat persekolahan telah mematahkan lamunan Zafirah.

"Eh loceng dah bunyi, aku balik dulu la ye", kata Zafirah kepada Idrus.
"Amboi kau, kalau bab balik laju betul ea kau", satu senyuman diberikan kepada Zafirah.

"Mestilah... eh terima kasih tau roti dan air mineral tu. Aku hargai sangat", kata Zafirah.

"Sama2, Not hal la.", bagi Idrus untuk Zafirah, dia sanggup lakukan apa sahaja walaupun mereka sering bergaduh.

"Kau tak nak balik lagi ke?",tanya Zafirah bila melihat Idrus masih berada dalam makmal.

"Kejap lagi aku balik la, aku nak tutup tingkap jap lepas tu aku nak kunci pintu makmal ni. Kau balik je la dulu.", jelas Idrus.

"Okey la kalau macam tu. Bye!!!!", Zafirah terus beredar sambil melambaikan tangannya ke arah Idrus.

Idrus hanya memerhatikan sahaja setiap langkah Zafirah sehingga menghilang daripada pandangannya sebelum menjalankan tugasnya.


*****************

Dalam perjalanan ke bengkel Abang Zack untuk mengambil basikalnya yang ditinggalkannya pagi tadi, tiba2 Qhalisha memanggil Zafirah.

"Zaf!!!", panggil Qhalisha dengan nada yang tinggi sambil berlari anak menuju ke arah Zafirah.

"Oittt... Apa cerita kelas Sejarah dan Addmath?", tanya Zafirah

"Cerita apanya... kelas macam biasalah. Nah, ni nota sejarah dan addmath aku boleh ajar kau esok", jawab Qhalisha sambil memberikan buku nota sejarahnya kepada Zafirah.

"Terima kasih Sha, sayang kau ketat2", terharu Zafirah apabila mendengar penjelasan Qhalisha dan memeluk Qhalisha dengan serta merta.

"Dah2... aku kan kawan kau mestilah aku tolong kau. Dah ar tu peluk, aku boleh sesak nafas tau.", kata Qhalisha sambil meleraikan pelukan Zafirah daripadanya.

"Ye la2", Zafirah akur juga dan melepaskan pelukannya.

"Wait, mana basikal kau?",tanya Qhalisha apabila menyedari bahawa tiada kelibat basikal Zafirah di sampingnya.

"Gigi... gigi aku tinggal dia dekat bengkel Abang Zack, aku kan lewat tadi.", jawab Zafirah.

"Oh yeke, eh bapak aku dah datang... aku balik dulu ye", kata Qhalisha sambil melambaikan tangan ke arah Zafirah dan menuju ke kereta milik Ayahnya. Zafirah membalas lambaian Qhalisha sambil menuju ke bengkel Abang Zack.

Setelah mengambil basikalnya dia terus pulang dengan riangnya sambil menyanyikan lagu. "Senangnya dalam hati bila dapat balik rumah, oh gembiranya hati ini...". tiba2 tanpa disedari Zafirah dia sudah tersalah lorong dan dirinya hampir dilanggar kereta tapi nasib baik dia dapat mengawal basikalnya hingga membawa dirinya terhempap ke tepi jalan.

Dalam kesakitan, tiba2 berhenti sebuah kereta hitam di depannya.
'Siapa pula main berhenti2 ni. Ke nak culik aku?. Arghh Abi tolong la Zaf!!!', kata hati Zafirah.
Tetapi tidak seperti pemikiran Zafirah, yang keluar daripada kereta itu adalah Engku Imran Haikal sambil berjalan menuju ke arah Zafirah.

"Zafirah... awak okey?", tanya Imran apabila melihat keadaan Zafirah yang sedang duduk diatas rumput dengan basikal disisi.

'sejak bila pula dia tiba2 berubah jadi baik ni?. Ke kena sampuk hantu raya?', kata hati Zafirah bingung dengan perubahan drastik daripada Imran.

"Zafirah, awak okey tak?", tanya Imran sekali lagi apabila Zafirah tidak menjawab pertanyaannya tadi.

"Er... saya okey", jawab Zafirah ringkas.

"Okey apanya...lengan awak banyak je berdarah", kata Imran apabila melihat lengan kirinya penuh dengan darah menyebabkan bajunya menjadi basah akibat darah yang tidak berhenti.

"Ohh...sikit je ni", kata Zafirah sambil menutup luka daripada dilihat Imran kerana dia dapati lengan bajunya sudah terkoyak.

"Kalau macam tu biar saya hantar awak pergi klinik. Mari saya angkat awak.", Imran cuba untuk mengangkat Zafirah tapi cepat2 dihalang oleh Zafirah. Walaupun dalam darurat Zafirah masih tahu batasnya dengan Imran.

"Eh... apa ni nak angkat2, mana bolehlah kita ni bukan mahram. Lagipun tangan saya yang sakit bukan kaki, saya boleh bangun sendiri la... dan lagi satu tak payah la bawa saya pergi klinik. Hantar saya balik rumah pun dah cukup", jelas Zafirah panjang lebar dan dia terus tanpa menghiraukan Imran.

"Okey2", pasrah Imran dengan kata2 Zafirah. Ya la... takkan dia nak memaksa si Zafirah tu pula nanti tak pasal2 kena penumbuk free.

"Oh ya Imran, boleh tak awak angkat Gigi masuk dalam bonet.", Zafirah meminta tolong Imran sebelum masuk ke dalm kereta milik Imran.

"Gigi?", Imran tiba2 menjadi bingung. Siapa pula Gigi?.

"Gigi tu nama basikal saya la", kata Zafirah dan masuk ke dalam kereta.

'Basikal pun ada nama.', bingung Imran dibuatnya, nak tergelak pun ada juga.
Selepas Imran mengangkat Gigi ke dalam bonet keretanya dia pun masuk ke dalam kereta untuk menghantar Zafirah ke rumahnya.


***************

Beberapa minit kemudian tiba rumah Zafirah yang tersergam indah.

'Wow besar juga rumah Zaf ni, nampak tuan rumahnya biasa2 saja. Low profile rupanya Zafirah Zabbar ni.', kata hati Imran kagum dengan Zafirah kerana tidak menunjuk - menunjuk dengan apa yang ada.

"Assalamualaikum, Abi. Zaf dah balik", Zafirah memberi salam sebaik sahaja tiba di rumah.

"Wa'alaikumussalam, kamu dah balik ya", sahut En Zabbar sambil membuka pintu.

"Abi...", suara Zafirah agak pelahan kerana takut Abinya terlebih risau apabila melihat lengannya penuh darah.

"Zafirah...kenapa lengan kamu berdarah. Mari sini Abi tengok. Siapa yang buat dekat kamu. Lelaki ni ke yang buat kamu berdarah sampai macam ni sekali", En Zabbar tidak berhenti daripada bercakap apabila melihat lengan anaknya berdarah dan beralih pula ke arah Imran dengan muka yang garang.

"Abi2... listen to me, bukan salah Imran la.. Zaf yang cuai sampai jatuh basikal. Imran yang tolong Zaf tadi. Lagipun dia satu sekolah dengan Zaf. Abi jangan la risau... sikit jer ni. Nanti Zaf suruh Wan sapukan ubat dan balut lengan Zaf ni, ye?", Jelas Zafirah bagi menenangkan Abinya yang sedang panik.

"Ye la2, jadi dia ni satu sekolah dengan Zaf la?", akur En Zabbar apabila mendengar penjelasan Zafirah.

"Iya... dah jom masuk. Imran dan Pak Amat masuk dulu minum teh", Zafirah mempelawa Imran dan Pak Amat, driver Imran untuk minum teh tanda terima kasihnya.

Setelah siap lengan Zafirah dibalut, dia menghidangkan teh kepada En Zabbar, Imran dan Pak Amat. Setelah itu, Imran meminta diri untuk pulang setelah agak lama berbual dengan En Zabbar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience