BAB 1

Humor Completed 12881

Stress! Aku stress! Mana taknya masuk bulan ni saja dah berapa kali aku kena sound. Selalunya aku cuma berbasa-basi tapi yang ni kalau dah sampai tahap mendesak, Siap ugut-ugut lagi. Memang menggeletar lutut dibuatnya.

Kata mak, kalau aku tidak mahu kenalkan teman lelaki aku itu kepada mak dalam tempoh minggu ini juga, mak hendak merajuk lama-lama. Bila aku tanya hendak merajuk berapa lama, mak kata setahun. Apa? Oh tidak! Mak…. tolonglah jangan merajuk lama-lama macam tu.

Sudahlah dalam rumah ni hanya ada aku dan mak. Nanti tidak pasal-pasal sahaja rumah ini jadi rumah bisu. Yalah, orang merajuk tentulah tidak mahu bercakap. Sebaliknya hanya main jeling-jeling saja.

Mak, kalau betullah mak hendak merajuk, cukuplah sehari sahaja. Huhuu…. masakan mak hendak merajuk sampai setahun? Takkanlah! Tak mungkin.

Aku yakin mak tidak akan tergamak memperlakukan anaknya yang baik sampai pijak semut pun tak mati ini begitu. Kan, mak? Nanti-nantilah anak mak ni kenalkan dia pada mak, ya?

Cik Fiona, macam mana kalau mak betul-betul bersungguh dengan apa yang dia kata? Awak sanggup ke tidak bercakap dengan mak selama setahun? Ah, suara siapa pula yang berani menegur aku ini? Eh, suara hati aku sendiri rupanya. Khayalan dan realiti pun aku sudah tidak dapat beza. Lama-lama biul aku jadinya.

Aku mengerling ke arah jam dinding. Alamak, sudah pukul 12.00 tengah malam. Lebih baik aku tidur sekarang. Kalau tidak, ada juga orang yang akan bangun lambat dan punch card warna merah pada esok hari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience