"Ayah nak kira tolong ke?" soal shakira yang baru berumur lapan tahun ketika itu.
Hamadi membalas" Tak apa. Duduk ja diam-diam kat situ."
Senyuman dihadiahkan kepada anaknya lalu dia menyambung kerja menyusun roti di rak.
Shakira melihat perlakuan ayahnya dengan minat.
'Bila dewasa nanti aku nak jadi pembuat roti terhebat macam ayah!' Bisik hatinya teguh.
Maria, ibu shakira datang menyapa mereka.
"Dah siap ke ni? Macam mana temu janji kita hari ni?,"
Dia merenung wajah hamadi dan kira silih berganti.
" Temu janji? Temu janji apa?" seloroh hamadi sambil mengurut janggut.
"Alah... ayah ni takkan lupa...!"
kira mencebik bibir sambil memeluk tubuh.
Tetiba shayla datang menjenguk ke muka pintu. Dia memerhati mereka dengan wajah sayu. Niatnya ingin melawat ayahnya, tetapi setelah melihat ayahnya sedang sibuk melayani saudara tirinya, niatnya terus termati.
Hamadi ketawa kecil lalu memujuk," Ayah tak lupa lah!" Shakira diangkat dan dipusing beberapa kali. Berteriak dia riang. Suara tawa maria dan hamadi kedengaran.
Puan Marinda, madu kepada maria turut datang menjenguk ke mari.
Dia mendekati anaknya, shayla lalu isyarat tangan diberikan tanda senyap.
Marinda melirik ke arah mereka bertiga.
'Lihatlah nanti, sampai bila kebahagiaan kamu nak bertahan lama!' bisik hati jahatnya.
Telefon di poket bergetar. Marinda memeriksa telefon dan melihat peti mesej keluar. Satu mesej dibaca.
"Jalankan seperti yang dirancangkan, setakat ini apa kita rancang, berjalan lancar, semua bom dah dipasang"
Senyuman sinis lantas terukir. Telefon dimasukkan ke poket semula lalu tangan shayla ditarik marinda keluar.shayla diarahkan pulang ke rumah.
Suara maria kedengaran berdekatan. Marinda segera menyembunyikan diri di sebalik pokok yang berhadapan kilang roti itu.
Kira dan maria sedang menuju keluar. "Kita tukar baju dulu ya!" Kata maria lalu mereka beredar pergi.
Wajah maria menjengah ke minda marinda. Dia berbisik perlahan.
"Biar aku hancurkan kebahagiaan kau!"
Marinda segera menuju ke bilik pembakaran roti dimana tempat hamadi berada. Segera lelaki itu ditegur tanpa banyak berfikir.
"Hamadi..."
"Hmmm..."
Balas hamadi pendek lalu meneruskan kerjanya menyusun roti yang baru dibawa keluar dari ketuhar.
Marinda memulakan bicara,"
Awak masih nak serahkan harta pada maria dan anaknya?,"
Tanpa berdolak-dalih, dia terus ke straight to the point bicara.
Marinda melihat ke sekeliling bilik. Hati jahat berbisik lagi,
'kilang ni takkan jatuh ke tangan sesiapa. Ia akan musnah tak lama lagi!'
Marinda terus menyoal memandangkan hamadi hanya mendiamkan diri.
" ya... Awak pun bukan pernah anggap saya isteri awak! Mestilah awak nak bagi isteri dan anak yang awak sayangkan sangat tu" . Tebak marinda bersahaja.
Hamadi bersuara tanpa menoleh. Dia sibuk melakukan kerjanya.
"Mestilah...Takkan saya nak beri harta saya pada isteri yang dah nusyuz?"
Renungan tajam dihadiahkan sekilas setelah bicara lalu kerjanya disambung kembali.
Marinda tersengih sinis lalu membalas.
" Sebab awak! Sebab awak baru saya jadi begini. Jangan nak letakkan semua kesalahan pada saya saja!"
Hamadi menghentikan kerja.Dia menoleh pada marinda dengan tenang.
"Kesalahan saya adalah apabila saya menerima awak sebagai isteri...! Seorang isteri takkan curang dengan suaminya. Sanggup awak jalinkan hubungan sulit dengan kawan baik saya sendiri!"
Marinda bersuara lagi dengan emosi,
"Sebab awak tu asyik pandang saya macam tunggul! Awak hanya cintakan perempuan tu! Haris sangat baik dengan saya. Dia layan saya seperti seorang wanita bukannya tunggul !"
Hamadi masih beriak tenang. Dia membalas sinis" Jadi sebab tu lah awak putus asa dan curang di belakang saya?"
Marinda bermata kaca. Dia berteriakan dalam emosi,
"Yaaa...Sebab saya dah penat tunggu awakk! Saya tak patut berharap lagi daripada orang yang tak inginkan kehadiran saya!"
Hamadi bersuara lagi. Kali ini matanya sedikit berkaca. " Jadi awak rasa kenapa saya tak ceraikan awak dan menerima shayla, walaupun dia bukan anak saya."
Shayla yang terdengar di muka pintu tergamam. Dia sengaja datang kembali kerana bosan di rumah.
'Patutlah ayah macam cuba jauhkan diri dari aku. Aku bukan anak kandung ayah rupanya...!' bisik hati kecil itu
Air mata memenuhi kelopak matanya. Sebaik mata membuka, Shayla beredar pergi dengan perasaan kecewa.
Marinda jadi tersentak mendengarnya.
Dia sabar merenung hamadi yang seperti mahu berkata lagi.
"Sebab saya sayangkan awak marinda..."
Hamadi tertunduk setelah melafaznya.
" kenapa baru sekarang awak nak cakap?hati awak ni keras, tahu tak saya menderita menanti awak selama ni!" balas marinda lagi.
Tetiba, dia teringat bom yang dipasang.
Alamak, dah tak sempat ke? Tak lama lagi tempat ni nak meletup!" Hati marinda menyoal.
KEDEBUM!
Bom mula meletupkan satu demi satu ruang di kilang.
Hamadi hanya membisu dan masih membingung dengan situasi yang berlaku.
Marinda menarik lengan hamadi untuk dibawa pergi, namun dia dihentikan oleh seorang lelaki bertopeng yang menerjah mereka.
kEDEBUK!
Satu pukulan kuat hinggap ke kepala hamadi hingga dia jatuh rebah terbaring ke lantai.
"hamadii...!"
Marinda tergamam melihat hamadi jatuh. Tangannya dicengkam kuat lelaki bertopeng tadi dan dibawa lari pergi.
Mereka berada di sebuah hutan belakang kilang. Lelaki bertopeng menanggalkan topengnya. Kemudian, Dia lantas menegur marinda.
"Apasal kau tak ikut rancangan kita?!"
KEDEBUM!
Kilang itu meletup sepenuhnya. Hanya api yang marak dapat terlihat.
Marinda hanya membisu dan mengalirkan air mata.
Haris merenungnya dengan renungan tajam. "kenapa kau nangis?"
"Aku dah tak nak buat dosa lagi... Aku dah menyesal...!" Kata marinda dalam teriakan.
Haris mencengkam dagunya dengan kasar, lalu bersuara sinis,
" kau jangan nak macam-macam ya...kau memang dah tak berguna sejak awal lagi...Tak payah nak sesal-sesal bagai! "
Siren polis bergema, dahi haris sedikit berkerut. Cengkamannya diketatkan.
"sakitlahhh...! "
marinda hanya mampu berteriak keasakitan. Dia tiada daya hendak melawan.Sebelah bahunya turut dicengkam kuat.
"Kau telefon polis kan?"bentak haris
"Ya...!"
Teriak marinda dengan berani.
" Kurang ajar! kau pembelot. Kau yang mulakan rancangan ni tapi kenapa kau humban aku sorang-sorang!?" bentak haris lagi.
"Inilah balasan untuk kau yang rosakkan aku tanpa rela!" Teriak marinda lagi.
Satu tamparan hebat hinggap di pipi marinda lalu dia jatuh rebah ke lantai.
"Tamparan tu akan buat kau sedar yang kau goda aku dulu dan biarkan aku tawan diri kau..kata haris.
" Tapi bukan rosakkan aku..!" Teriak marinda lalu bersuara tenang.
"kalau kau sayang aku pasti kita dah kahwin sekarang. kenapa kau asyik tangguh! kau permainkan aku kan?"
Haris tersenyum sinis " Tahu pun kau. Aku terima kau pasal kau tu anak orang kaya. Aku cuma nak bolot harta kau, bodoh!"
Marinda tergamam mendengarnya.
'Dasar lelaki tak guna! Aku bodoh sebab percayakan kau!' hatinya berteriak sesal.
Dia merenung tajam ke arah lelaki itu.
"Kami poliss...!"
Haris dan marinda terkejut diterjah. Haris segera menarik marinda ke dalam cengkamannya.Dia mengugut untuk membunuh jika polis menghampiri.
Haris mengundur-undur cuba mencari helah.
"Jangan mara...kalau tak aku bunuh dia! " Bentak haris pada sepasukan polis yang asyik mengikut rentaknya. Marinda hanya terdiam ketakutan di situ.
Sebaik terlihat jarak sudah jauh, haris segera menolak marinda jatuh ke tanah lalu dia segera berlari pergi. Namun polis lebih bertindak pantas. Satu tembakan dilepaskan mengenai tepat di kaki haris. Dia jatuh rebah ke tanah.
Polis segera berlari padanya dan menggari tangannya.
Haris diheret menuju ke kereta polis. Dia sempat menghadiahkan renungan tajam dan membisik pada marinda sebelum menghilang sepenuhnya.L,
"Aku akan kembali untuk musnahkan hidup kau dan keluarga kau!"
Marinda hanya membisu mendengarnya.
Terkaku melihat kereta polis meluncur laju pergi.
***************
" Ayah.....!"
Teriak kira dari hadapan kilang.
"Apa yang dah berlaku ni ma kenapa kilang terbakar?" soal kira pada ibunya disebelah.
Maria menggeleng-geleng dalam tangisan.
Kira terlihat di sebelahnya. Ramai pekerja yang berjaya menyelamatkan diri hanya memerhati dengan sayu dari luar kilang yang marak terbakar.
"Kira nak cari ayah!"
Kira berlari ke hadapan dan cuba menghampiri kilang yang marak terbakar.
" kira.... Jangan pergi...bahaya...!"
Maria segera berlari mengejar anaknya dan mendakap ketat badan kira.
"Sudahlah sayang...jangan pergi..!" rayu maria dalam tangisan.
Kira akhirnya mengalah dan hanya mampu mengalirkan air mata.
'Ayah...kira tak nak kehilangan ayah!ayah kembalilah!'Bisik hatinya.
Sekumpulan ahli penyelamat tiba kemudian. Api yang marak sedaya upaya dipadam .Beberapa pekerja dilaporkan terkorban. Sebahagiannya terselamat dan tercedera. Mangsa yang cedera dibawa ke hospital.
****************
" kenapa saya disabitkan kesalahan?" Bentak haris pada polis yang menyoal siasat.
Salah seorang dari dua polis itu membalas tenang.
"kami temui bukti dari kotak hitam cctv di sebuah tiang hadapan kilang. Kau datang setengah jam sebelum kebakaran.
Ada saksi mengatakan kau memasuki kilang tanpa pas masuk dan temu janji. kami dah geledah rumah kau. kami temui ada bom buatan yang dibeli secara haram dari sempadan!"
Haris bersuara lagi, "Saya tak buat berseorangan, ada seseorang arahkan saya! Marinda! Perempuan licik tu..tahan dia sekali...! "
Polis disebelahnya membalas pula,"
Kami dah pun siasat puan marinda. Dia dah ditahan selama sehari dan diikat jamin. Tiada bukti kukuh yang menyatakan puan marinda bersalah."
"Dasar......!".
Bentak haris lalu meja dihentak kuat. Haris diheret ke sel penjara.
"Marindaaaa kau akan menyesal sebab buat aku macam niii!" Teriaknya separuh gila.
Tbc....
Share this novel