AIRRA membuang pandang ke sekeliling. Diperhatikan gelagat manusia satu persatu. Dan tdk ada satu pun yg dia kenal. Namun semuanya sama sahaja seperti dia, sakit!
Kepala yg sedikit berdenyut disentuh perlahan. Sedar dengan keadaan dirinya yg berbalut di kepala, Airra mengeluh deras. Dia memandang ke dalam tasik kecil sambil mengerutkan dahinya. Terpancul wajahnya yg pucat di situ.
Siapa dia, apa yg sudah berlaku kpd dirinya, di mana dia tinggal. Tidak satu pun dia tahu. Yang dia tahu saat ini cumalah tempat dia berteduh-hospital! Sejak semalam lagi, dia didatangi oleh dua lelaki dan seorang wanita yg mengaku sbg keluarganya.
"Airra" Dia disapa lembut oleh seseorang.
Pandangannya berkalih lantas sebuah senyuman terukir untuk Ashraf, doktor muda yg merawatnya semenjak dia dibawa ke situ. Itu apa yg dikhabarkan oleh ibu kpdnya.
" Rasa sedikit lega?"
" Hmmm.. lepas tidur yg agak lama. Doktor, berapa lama dah saya tidur?" Persoalan itu yg sering menghantui dirinya sejak dia sedar semalam. Anehnya dia tdk mampu utk mengingati apa-apa.
" Well, pretty long! Awak dah macam Sleeping Beauty, menunggu si Prince membangunkan awak dr lena yg panjang" Ada gurauan di hujung bicaranya. Dia tdk mampu utk menafikan kecantikan yg dimiliki Airra. Sejak gadis itu dimasukkan ke hospital beberapa bulan yg lalu, dia sudah nekad utk mengambil kes itu dgn hati yg rela! Padahal kes amnesia ini bukanlah sesuatu yg dia gemari. Kerana kes seperti ini memakan masa yg agak panjang.
Airra tergelak kecil, menampakkan lesung pipit di pipi kirinya. Doktor muda ini pandai berjenaka. Orangnya boleh tahan! Dia sempat mendengar daripada jururawat dan kakitangan yg bertugas di situ mengenai kehebatan dan aura yg dimiliki doktor muda ini. Memang tepat 100% seperti yg digambarkan mereka.
" Doktor pandai berguraulah. Saya serius!" omel Airra. Kalau betul dia seperti Sleeping Beauty seperti yg dicanangkan oleh Ashraf, itu bererti dia memang lena dlm jangka masa yg panjang!
" Ehhh! Mana ada saya bergurau! Betullah. Awak tidur lama sangat Airra. Saya rasa dah masuk bulan ke empat awak beradu di atas katil tu. Sampaikan cicak, nyamuk, lalat semua konco- konco dorang dah kenal awak kot"
Seloroh Ashraf disambut tawa oleh Airra. Lelaki ini tampak saja serius pd wajahnya, tetapi seorang yg ada sense of humor rupanya!
" Doktor ni ada-ada jelah! Hmmm.. empat bulan. Lama tu.. Apa jugak yg saya buat dlm masa empat bulan tu?" Airra menyoal diri sendiri. Ashraf hampir tergelak dgn pertanyaan Airra. Empat bulan dihabiskan masa di atas katil, sudah semestinyalah dia beradu! Kerja apa lagi yg dia boleh buat?
" Cuba awak bagitau saya. Empat bulan baring di katil, awak rasa awak ada masa atau keupayaan utk buat benda lain ke Cik Airra?" Sindiran Ashraf menyimpulkan sengihan pd wajah gadis itu, sedar akan kekhilafan sendiri.
" Dan masa empat bulan awak tu dah habis. Sebab Prince Ashraf ni yg selamatkan awak" Ashraf mendabik dada tanda bangga. Airra tergelak. Doktor ni memang macam ni ke?
Sepi. Sesaat. Dua saat. Tiga saat. Empat saat.
" Pergilah nikmati hidup awak Airra. Buat semua yg awak tak pernah buat atau awak teringin nak buat tapi tak pernah kesampaian. Jangan sia-siakan hidup awak lagi. Jangan cuba utk bunuh diri lagi..." Ashraf berjeda membuatkan Airra memandang ke arahnya. Keningnya bersatu. Bunuh diri?
" Maksud doktor? Saya bunuh diri?"
Ashraf kehilangan kata-kata. Dia terlepas cakap padahal dia sudah berjanji pd keluarga Airra utk merahsiakan perkara ini drpd pengetahuan Airra atau siapa-siapa.
" Tak. Maksud saya, awak jangan bunuh diri dgn buat diri awak tu depress or hypertension. U know? Benda- benda macamtu pun dikira sbg commit suicide. And its not good for your health" Jawapan coverline yg dia harap dpt mematikan segala pertanyaan Airra. Apabila dilihatnya Airra diam tdk berkutik dan akhirnya mengukir senyum, dia menghembus nafas lega. Airra menerima baik hujahnya.
" Jom. Saya bawak awak masuk. Dah sampai masanya awak kena makan ubat" Ashraf menolak kerusi roda yg diduduki Airra tanpa sempat gadis itu membalas sebarang reaksi.
Share this novel