Terkebil-kebil aku pandang ayah, aku pandang ibu, nak minta penjelasan apa yang cuba nak disampaikan oleh kawan lama ayah tu.
Ibu tepuk peha aku dan arahkan aku masuk bilik. Aku apa lagi, akur sahaja lah walaupun dalam otak dalam kekeliruan nyata.
Beberapa minit kemudian, pintu bilik aku diketuk dan ibu pun masuk bersama telefon bimbit di tangannya.
Ibu kata, orang kat luar tu datang nak meminang kakak. Setuju tak? Dah bersedia belum?
Aku ambil masa untuk proses faham. Selepas dah dapat hadam semuanya, aku balas dengan soalan, "siapa?"
Ibu menunjukkan wajah lelaki yang dimaksudkan.
Aku dengan rasa tak percaya, aku soal berulang kali betul ke dia ni yang nak meminang aku.
Disebabkan aku tak percaya lagi, dengan selambanya, aku jenguk ke luar bilik untuk pastikan betul ke dia.
Ibu pun panggil semula dan tanya, "setuju ke tak?". Aku jawab dengan jujur dan menyerahkan segala keputusan kepada ibu dan ayah sama ada nak terima dia sebagai menantu atau tidak.
Malam itu, ayah dan ibu berdiskusi dengan aku tentang siang tadi. Ayah cakap, "memandangkan kakak setuju. Ayah dan ibu pun tak menolak sebab tengok budaknya baik, keluarganya pun sejenis yang jaga agama. Jadi, tempoh kakak bertunang ni kami setuju untuk tetapkan selama setahun paling lama. Hantarannya sebanyak 30K, itupun ayah dan ibu dah hadkan sebab kalau ikutkan diorang nak letak lagi tinggi. Jadi, sekarang ni kakak dah jadi tunangan orang. Jagalah batas-batas tunang dan teruskan menuntut ilmu agama. Jangan lupa, ajak dia tu pergi kursus kahwin. Kalau tak, tak boleh kahwin kamu berdua nanti."
Dan esoknya, aku terima satu teks pesanan ringkas, "assalamualaikum, aku harap kau tak marah atau terasa hati. Aku cuba untuk jaga hati kita daripada maksiat. Dan disebabkan aku dan kau dah bersedia untuk ke arah seterusnya, aku terus berbincang dengan keluarga aku untuk masuk meminang kau. Jujur, aku nak ungkapkan rasa itu tapi belum masanya lagi. Aku nak wujudkan hubungan halal antara kita dahulu supaya perasaan ini benar-benar tumbuh atas restu-Nya".
Aku hanya membaca dan membalas salam serta menyatakan terus arahan ayah,
"waalaikumussalam. Nanti tetapkan tarikh bila nak pergi kursus kahwin. Gerak sekali tapi kereta berasingan."
Aku terus letak telefon jauh-jauh dan menyambung pekerjaanku.
Semua berjalan lancar dan alhamdulillah,
Kini aku sedar dan faham, kenapa perasaan ini masih kekal walaupun dah beberapa kali aku cuba untuk padamkan dengan pelbagai cara.
Siapa sangka, rupanya dia juga pendam perasaan kepada aku.
Alasannya menyatakan ada insan yang sedang ia perjuangkan sebelum ni hanya untuk melihat reaksi aku serta untuk mendapatkan kepastian sama ada aku ada perasaan yang sama seperti dia atau tak.
The end untuk masa sekarang...
Share this novel