1

Short Story Completed 49743

MATAHARI sudah mencanak naik menandakan sekarang sudah masuk waktu tengah hari tetapi anak tak berapa nak dara sorang ini masih belum bangun lagi dari tidur. Masih enak dibuai oleh mimpi basah.

"Woi! Woi! Bangun! Matahari dah mencanak naik tak reti nak bangun lagi ke anak dara?!" Jerkah Mak Senah sambil menarik selimut yang menutupi tubuh anak bongsunya.

"Ish, apa mak ni. Kita bukan daralah. Kita dah janda lupa ke?" Balas Syakira seraya kembali menutup kelopak mata. Mukanya terus ditutup dengan bantal kekabu berwarna biru muda.

"Hish! Bangunlah tak kisahlah perawan ke janda yang mak tahu kau bangun. Mak ada berita nak bagitahu dekat kau ni."

Segera Syakira membuka kelopak matanya. Bantal yang ditekup mukanya tadi terus dibaling jauh.

"Hah! Berita apa mak?" Katanya sambil sudah duduk bersila di atas katil.

"Nah ambik gambar ni tengok." Mak Senah menyerahkan sekeping gambar kepada Syakira.

Syakira menyambutnya dengan dahi berkerut.

"Gambar siapa ni mak? Handsomenya! Muka anak orang kaya ni. Macam muka Daler Yusuf!" Kata Syakira sambil matanya tidak henti memandang wajah lelaki dalam gambar itu dengan lama. Memang kacak lelaki dalam gambar ini. Kalah ex-suamimya yang berbangsa cina dahulu itu.

"Kamu nak kahwin dengan dia tak?" Tanya Mak Senah dengan nada takut-takut.

"Apa? Kahwin lagi?" Tergamam Syakira mendengar kata-kata yang keluar dari mulut maknya.

Mana tidaknya, dia baru sahaja bercerai lima bulan yang lepas. Tiba-tiba nak kahwin sekali lagi tetapi dia tidak kenal siapa lelaki dalam gambar itu.

"Nak ke? Jiran kitalah yang bagitahu dekat mak yang kawan dia ada anak lelaki umur 30 tahun bujang terlajak. Nak ke?" Soal Mak Senah dengan dahi berkerut.

"Nak!" Balas Syakira pantas tanpa berfikira panjang.

"Amboi laju je kau kan. Eh, macam sial betul perangai anak aku sorang ni." Kata Mak nya sambil ketawa berdekah-dekah.

"Hahaha, sial-sial pun dapat laki cina dulu okay. Janji sedap. Hahahaha." Syakira turut ketawa berdekah membahan diri sendiri. Dia tidak kisah bergurau kasar dengan maknya sebab keluarga mereka memang jenis macam ini. Jenis cakap main lepas.

"Kerja apa mak jantan ni?" Soal Syakira kembali setelah sisa ketawanya makin pudar.

"Cikgu sekolah rasanya. Tak silap mak lah. Acik Rogayah lah yang bagitahu tadi yang anak kawan dia ni kerja cikgu dekat sekolah menengah mana entah." Balas Mak Senah dengan sisa ketawa makin hilang.

"Jadilah mak. Syakira pun malas dah nak jadi janda lama-lama. Kang berkulat pulak asam keping Syakira."

"Alah bodohlah! Hahaha!" Mak Senah kembali ketawa berdekah-dekah.

"Dahlah, Syakira nak mandi. Cakap je Syakira setuju. Hantaran tak payah mahal-mahal. Pulut kuning dengan telur ayam kampung cukup. Buat apa yang patut je cakap."

"Kau nak kawin dengan hantu raya ke apa Syakira oii dengan telur ayam kampung bagai?" Soal Mak Senah kembali.

"Halah, buat biasa-biasa sudahlah mak." Kata Syakira seraya tangannya pantas mengapai kain tuala.

"Yalah, nanti mak bincang lain dengan dia orang. Cuci asam keping kau dengan klorox woi! Bagi ketat balik." Laung maknya dengan kuat.

"Halah bodohlah mak ni. Hahaha!" Syakira ketawa berdekah-dekah di hujung dapur.

Mak Senah hanya mampu ketawa berdekah-dekah seornag diri.

"Asam keping? Haih, hahaha. Syakira, Syakira. Kahwin masa umur 19. Jadi janda masa umur 20 tahun. Baru bercerai lima bulan nak kahwin lagi tak serik betullah kau ni nak oii. Tak apalah Syakira asalkan kau suka, mak gembira." Kata Mak Senah seorang diri sambil tersenyum seorang diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience