(cinquantasei)

Other Series 152486

Hari ini Dom akan menunggu Aleena di hadapan U untuk menjemputnya. Kereta Merc-Maybach nya menarik perhatian warga U di sekeliling di tambah lagi dengan penampilan dan raut wajahnya yang menjadi tarikan.

Memandangkan Dom ramah, dia mula berbual kosong dengan beberapa orang lelaki di situ sementara menunggu Aleena.

Apabila melihatkan Aleena turun dari tangga utama di perkarangan dipimpin Zen, Dom meminta diri.

"Well please excuse me.. Wife aku dah sampai." salam dihulurkan pada beberapa orang pelajar lelaki itu. Mereka bersalaman sebentar sebelum Dom mula mengarah ke arah Aleena yang menuruni anak tangga.

Tangan dihulurkan menyambut Aleena yang menuruni tangga dengan senyuman. "Sayang."

Tangan Zen dilepaskan sebelum Aleena dipimpin Dom pula.

Mereka beriringan ke kereta, manakala Zen memandu audi A7 yang digunakannya tadi pulang mengikuti belakang kereta Dom.

"Kau tengok la tu, kawin dengan orang kaya.. orang lua negara pulak tu.. siap ada bodyguard.. pergh, untung gile." Faiz berkata setelah mereka pergi meninggalkan kawasan perkarangan.

"Kau masih suka lagi pada Aleena tu ke Fal? Macam tak berpeluang je.. Lagipun dia dah kawin la." Dinie menegur Naufal, rakan di sebelahnya.

"Bukan 'macam tak', memang tak berpeluang pon. Tak payah teringin la bro." Shahrul menepuk bahu Naufal perlahan dan ketawa bersama dua orang lagi rakannya.

Naufal hanya tersengih kecil. "Memang aku suka dia sejak first jumpa dia... cantik. Baik pulak tu. Lembut je.. Sejuk mata memandang. Kau rasa boleh ke aku jumpa perempuan macam dia lagi?" Naufal memang sudah mula jatuh suka pada Aleena sejak hari pertama dia bertembung gadis itu.

FLSHBCK.

Naufal ke tandas sebentar meninggalkan rakan-rakannya di meja rehat di sekitar U.

Semasa dia pulang melalui koridor utama, kakinya terpaku sebentar di tempatnya, tergamam melihatkan ciptaan-Nya di hadapannya kini.

Aleena sedang berjalan ke arahnya sambil membawa beberapa buah fail bersamanya. Bertembung dengan Naufal secara berhadapan.

Raut wajah putih kemerahan bersama mekap nipis di wajahnya, raut muka yang sempurna dan matanya yang unik menarik perhatiannya.

Ketinggian dan tubuh badan yang ideal di tambah dengan lenggang lembutnya amat memukau pandangan mata Naufal padanya.

Sungguh dia terpegun.

Aleena yang bertentang mata dengan Naufal hanya tersenyum manis dan menunduk sedikit tanda menegur tanpa berkata-kata. Naufal juga begitu.

Si dia melintasi Naufal dan berjalan menuju ke arah bertentangan. Entah mengapa, dia mengikuti langkah Aleena dari belakang. Agak jauh.

Di bahagian utama U, Aleena berjalan bersebelahan beberapa orang perempuan dan tanpa melihat gadis itu, salah seorang dari mereka melanggarnya.

Naufal dari jauh berlari ke arah Aleena yang sudah jatuh terduduk di lantai. Habis segala failnya berteraburan.

"Eh! awak okay tak ni? Ada cedera mana-mana ke?" Kalut saja Naufal bertinggung bersebelahan Aleena.

"It's okay.. saya tak apa-apa." Aleena membalas lembut sambil tersenyum nipis.

Baru dia hendak bangun, salah seorang dari perempuan tadi memarahinya.

"Kau ni mata letak mana ha?! Lutut?! Kau tengok habis baju aku ni!" dengan riak marahnya dia menjerkah Aleena di kakinya.

Baju yang sedikit basah dengan minumannya yang terjatuh tadi ditarik sedikit.

"Saya minta maaf.." Aleena bertutur perlahan.

"Banyak la maaf kau! Sial betul! Suka hati je!" Dia mula naik angin pula.

"Hey! Yang kau nak marah-marah dia dah apahal? Kau yang langga dia kan?" Naufal berdiri daripada bertinggung, mempertahankan Aleena.

"Kau sapa nak backup dia? Boyfriend dia? Awek kau ni memang buta! Sebab tu dia langga aku!" balasnya berani.

"Sebab kau salah la! Kau minta maaf pada dia!" Naufal mula bertegang lidah dengan wanita bernama Jenny itu.

Sedang mereka bergaduh, seseorang merapati. Tak dihiraukan semua di sekeliling, dia berlari pantas ke arah Aleena.

"Signora.. what happened? Let me see.." tubuh Aleena dibelek Zen tanpa rasa segan.

Mata-mata yang memandang tingkahnya diabaikan. Melihatkan mata berkaca puannya, Zen bangun. Mencerlung memandang mereka yang ada.

"Who made her cry?" aura lelaki itu membuatkan semua di sekeliling terdiam. Menyaksikan adegan dingin mereka.

Naufal memandang Jenny dan dua orang lagi perempuan bersamanya.

"Jawablah." Naufal memprovok Jenny yang kelihatan terkedu seketika.

Manakan tidak, lelaki dingin pujaan U itu betul-betul di hadapannya kini dan dia sedar dirinya dalam masalah.

Aleena cuba bangun perlahan-lahan dari belakang tubuh Zen. Lengan Zen dipegang lembut dengan kepala yang digelengkan.

"Takpe.. saya okay." Aleena cuba menghalang.

Zen memandang Aleena sebentar sebelum menoleh kembali pada Jenny. Instinct nya kuat mengatakan wanita itu puncanya.

Dia berjalan mendekati Jenny sebelum wajah mereka dirapatkan, dia berbisik sebentar.

"Apologize, or I'll kill you tonight."

Cukup sekadar Jenny yang mendengarnya. Zen mengutip segala fail dan kertas-kertas di lantai di bantu Naufal.

Jenny terpaku sebentar, mencerna kata-kata Zen. 'Dia serius ke atau sengaja nak permainkan aku?'

Jenny masih dengan egonya. "Jom girls." Jenny menjeling Aleena sebelum melanggar bahu gadis itu kasar.

Zen yang melihat tak teragak-agak menarik tangan Jenny dan mencengkamnya kuat.

"Aku sudah berikan kau peluang.. dan kau abaikannya. Kau nantikan aku malam ini."

Tuturnya serius dan perlahan di telinga Jenny sebelum tangan Jenny yang meronta dilepaskan kasar.

"Gile!!" dia membentak sebelum melangkah pergi sambil mengurut pergelangan tangannya yang amat sakit.

Zen kembali pada Aleena dan Naufal, Naufal menyerahkan fail itu pada Aleena tetapi diambil oleh Zen.

"Kau siapa?" suara dingin Zen menegurnya. Naufal tergamam. Sebenarnya dia takut dengan lelaki itu, dingin dan punya aura yang berbahaya.

Dia? Sekadar lelaki bertubuh kurus, tak kacak, tak kaya, tak punya apa-apa yang istimewa .. dia hanya lelaki biasa saja.

"Dia yang selamatkan saya Zen.. terima kasih awak.. Saya Aleena. Aleena Humairah. Ini Zen. Awak?" Aleena memperkenalkan dirinya dan Zen sebelum menyapa Naufal yang kelihatan canggung seketika.

"Say..saya Naufal. Naufal Hakim. Selamat berkenalan." Dia tersenyum manis pada Aleena dan kekok pada Zen sebelum menyuakan tangan menyalami Zen yang memandangnya tajam.

"Hmm.. terima kasih untuk tadi." Salam Naufal dibalas Zen erat. Naufal hanya mengangguk kekok.

Sebagai tanda terima kasih, Aleena mengajak Naufal duduk bersamanya untuk morning tea.

Melihatkan peluang, dia mahu mengenali Aleena dengan lebih rapat lagi dan mengetahui hubungan antara Aleena dan Zen.

Zen menyediakan segalanya terlebih dahulu sebelum berlalu dari situ, berjaga. Meninggalkan Naufal berduaan dengan Aleena. Tak mahu menganggu.

Dan dari situlah mulanya bait-bait cintanya pada Aleena. Walaupun dia lega Zen hanyalah bodyguard nya, tapi kata Aleena dia sudah berkawin.

Berita itu mengejutkan Naufal tapi dia masih menyimpan perasaan pada gadis itu.

'Tak mengapalah.. aku hanya akan pandang kau dari jauh saje..' desis hati kecilnya.

END FLSBCK.

Dia dan Aleena bagaikan langit dan bumi. Tak setaraf dan sangat jauh jaraknya. Layakkah dia mendampingi gadis sesempurna itu?

Walaupun dia cuba melupakan Aleena, wajah gadis itu sering mendatangi fikiran dan hatinya. Entah mengapa..

Melihatkan saja suami Aleena sendiri tadi, membuatkan dirinya terasa lebih kerdil. Semestinya gadis sebegitu mengahwini lelaki yang selayaknya seperti Danielle.

Dan dia tak akan menjadi orang itu.

Naufal menghela nafas berat, kata-kata rakan-rakannya langsung tak menarik perhatiannya.

Tapi dia mula teringat akan peristiwa pertemuan pertamanya dengan Aleena itu, sehari selepas kejadian..

Jenny dan rakannya disahkan mati bunuh diri bersama-sama di rumah sewa mereka. Polis juga mengesahkan mereka membunuh diri beramai-ramai dengan tali diikatkan pada kipas angin di siling.

Bagi Naufal pula... ianya bukan bunuh diri. Dia pasti bukan begitu.. Pelakunya.. dia tak pasti.

Tapi hatinya kuat mengatakan ianya punya kaitan dengan Aleena. Zen kah?

Mungkin juga..

'Argh.. biarlah mereka. Kenapa aku nak sibuk pulak? Tapi kalau betul.. Aleena dikelilingi orang berbahaya ke? Mengapa? Selamat ke dia?'

Persoalan demi persoalan muncul di benak fikirannya. Tak dapat membuat sebarang spekulasi, dia mengalah dan mula menyertai perbualan perbualan rakan-rakannya yang lain agar dapat melupakan hal berkaitan gadis itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~

"Let's go dear.." tangan Aleena dipimpin sebelah tangan Dom sementara sebelah tangannya lagi melingkari pinggang gadis itu.

Sengaja dia menutup mata Aleena dengan bandannanya agar kejutan dapat dibuat. Aleena dengan teruja hanya mengikut saja.

Arah tujuan mereka langsung dia tak ketahui. Kaki hanya mengikuti langkah Dom perlahan-lahan.

"Mika.. jauh lagi ke nak sampai.?" Aleena bertanya lembut.

Bukan lama mana pun dia berjalan, tak sampai seminit pun lagi. Sengaja dia bertanya kerana tak sabar mahukan kejutan dari suami tersayang.

"Tired already? I'm sorry carrissima. Come here." sekelip mata, kaki Aleena di awangan. Dia ketawa kecil sebelum memeluk leher Dom manja.

"Awak nak kita buat apa ni? Kita dekat mana sebenarnya..? Saya sejuk la." Aleena mula merengek manja. Kepala bersalut tudungnya digesel pada batang leher jijang Dom.

Sesekali anak halkum lelaki itu dapat dia rasa bergerak menelan liur. Sensual.

Rasanya sudah beberapa hari dia tak bermanja dengan lelaki itu kerana Dom agak sibuk katanya. Tentang apa? Aleena tak tahu.

"Don't teasing me sweetheart.. or I can't hold myself any longer then.. and you gonna ruin this surprise. How naughty." Lembut saja pertuturan Dom di sebelah Aleena. Gadis itu ketawa manja. Suka.

Dirasakan Dom mendaki anak tangga ke suatu tempat. Aleena tak pasti. Dadanya mula berdetak laju, dia berdebar-debar menantikan kejutan Dom.

Akhirnya kakinya mencecah tanah apabila diturunkan. Bandanna pada mata masih tak dibuka, Dom menariknya mengikuti langkah lelaki itu sebentar sebelum pandangannya mula dibuka.

Tapi dia kaget. Aleena berada dalam kegelapan. "Mika.. where are you? Awak.." panggilnya gusar, tangan meraba-raba sekeliling mencari si suami.

Tak lama, suatu tangan kasar mula melingkari tubuhnya dari belakang, bibir Aleena diragut lama. Dalam dari tepi bagai tak mahu dilepaskan.

Selepas saja bibir itu berpisah. Sesuatu menarik perhatian Aleena, betul-betul di hadapannya.

"Surprise my darling.." bahu Aleena dikucup sayang.

"Oh dear, what you have done..?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience