Bab 31

Fantasy Completed 13890

"jane. Aku minta maaf sebab selama ni aku kasar dengan kau"

Jane yang sedang duduk di atas katil, terdiam. Dia terkebil kebil memandang kai yang sedang berdiri di hadapannya.

Kai mengangkat keningnya. "kau dengar tak ni?"

Gadis itu mengangguk laju. Dia menelan air liur kesat. Mereka berdua berada di dalam bilik kai. Pasangan itu baru sahaja selesai melangsungkan perkahwinan pagi tadi.

"kau marah aku lagi ke?" kalini kai mula memeluk tubuh. Bengang pula melihat isterinya dari tadi hanya membisu.

Jane menggeleng laju. "mana ada saya marah"

"bagus" kai tersenyum meleret.
"jom tidur kak jane" suara manja 'dani' keluar.

Aduh. Dah mula dah manja dia datang! Jane berdiri. "eh rasanya bonda panggil tu. Sekejap ye kai" gadis itu cuba meloloskan diri.

Jane berjalan melepasi kai namun tangan lelaki itu memegang perut jane, menghalang isterinya dari keluar.

"jane.. Jangan tipu aku. Aku tahu bonda tak panggil kau. Meh sini" kai menarik jane ke katil.

"eh. Kai saya err saya"

"apa? Kau takut ke" kai menyembunyikan senyuman.

Jane pucat. Dia cuba tersenyum.

"malam ni kau selamat. Aku pon penat. Kita tidur sekarang" ujar kai lalu merebahkan badan di atas katil empuk miliknya.

Jane memandang suaminya. Tangan gadis itu ditarik kuat sehingga jane terjatuh di atas tubuh suaminya. Kai tersenyum.

"akak malu ke? Abang kai ok je" suara 'dani' menerpa telinga jane.

Wajah jane merah. Dia cuba bangun namun tangan kai sudah melingkari pinggangnya.

"tidurlah. Aku penat" kai menutup mata.

Jane dapat merasakan deruan nafas lelaki itu dekat dengan wajahnya. Dia merenung wajah kai yang sudah lena. Hensem.

Perlahan-lahan tangan jane mengusap pipi kai. Setelah dipastikan lelaki itu lena, pantas dikucup pipi kai laju.

Wajah jane merah padam. Berani jugak aku.

Kai yang sedang lena membuka matanya. Dia menoleh ke arah jane. "kau buat apa?"

Jane tersentak. Alamak! Pantas gadis itu menekup wajahnya dengan kedua telapak tangan.

"malu lah tu" kai seakan mengejek. Dia menarik tangan isterinya dan mencium dahi gadis itu.

"ok sekarang kita seri, bukak mata kau"

Jane malu malu memandang kai.

Kai tersenyum. Peluang! Pantas dikucup bibir isterinya laju.

"kai!"

Kai tertawa kuat. Dipeluk erat tubuh jane. "terima kasih sebab sudi jadi isteri aku"

Jane mengangguk dan membalas pelukan kai seeratnya. Terima kasih sebab sentiasa jaga saya kai. Walaupun saya tak pernah sedar yang awak sentiasa dengan saya.

-------
THE END.

Thanks for my readers. And sorry sebb buat korang tertunggu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience