Pagi itu Isha bangun awal untuk membantu ibunya menyiapkan sarapan dan mengemas rumah. Adiknya Arizza, awal-awal lagi sudah keluar berjogging bersama abangnya. Isha menolak pelawaan abangnya untuk ikut berjogging atas alasan tidak mahu membiarkan ibunya seorang diri menyiapkan kerja rumah. “Ibu nak masak apa hari ni?” soal Isha ingin tahu. “Kita ikut citarasa tetamu lah. Dia suka makan apa?” giliran ibunya menyoal. “Entah lah bu. Isha tak pernah tanya lah pulak. Ibu masak je lah apa-apa pun” balasnya. “Ish kamu ni. Lain kali ambik lah tahu. Macam mana nak jadi bakal isteri dia kalau makanan kegemaran dia pun kamu tak tahu?” ibunya mengomel. “Bila masa pulak Isha cakap nak kahwin dengan dia? Isha Cuma cakap dia kawan Isha kan. Pandai-pandai je ibu ni” Isha cuba menafikan. “Yelah tu. Ibu ni makan garam dulu dari kamu. Ibu tahu macam mana cara orang berkawan dengan orang bercinta. Dah. Pergi buat air tu” arah ibunya. Isha hanya diam dan menurut kata-kata ibunya tanpa bantahan. Dia tahu kalau berlawan kata dengan ibunya dia tidak akan menang. Setelah semuanya selesai, Isha duduk di sofa di ruang tamunya sambil menonton cerita kartun yang diminatinya, Barbie. “Macam budak-budak tengok cerita kartun!” tegur abangnya yang baru pulang berjogging. “Do i ask your opinion?” balasnya. “Lagipun kartun ni cantik, colourful, jalan cerita dia pun not bad apa. Endingnya mesti dia kahwin dengan putera raja yang handsome tu. Wah! So romantic!” katanya sambil meletakkan tangan di bawah dagu. “Banyak lah Isha punya romantik! Tu kejap lagi putera Akmal datang. Jangan asyik nak layan tv je. Tengok sikit kat luar tu!” omel abangya dan berlalu masuk ke bilik air untuk mandi. Isha hanya membuat mimik muka dan kembali menonton ceritanya. Tiba-tiba kedengaran bunyi hon kereta di hadapan rumahnya. “Assalamualaikum!” ucap Akmal. Isha pantas menjawab salam. “Masuk lah!” sambut ayahnya. Isha mengiringi Akmal ke dalam rumahnya. Akmal pamtas mencium tangan Encik Faizul dan duduk di sofa. “Oh, ni lah kawan Isha tu ya?” soal ayahnya. “Ya pakcik. Saya Akmal.” balasnya dengan penuh berhati-hati. “Handsome orangnya.” puji Encik Faizul dan disambut dengan ketawa oleh Akmal. Kamu kerja di mana?” ayahnya menyambung perbualan. “Saya pengurus di syarikat ayah saya, D’amerz Holding.” jelasnya. “Oh! Syarikat perkapalan tu ya? Kawan pakcik ada kerja di situ!” balas Encik Faizul. “Oh yeke? Boleh saya tahu siapa nama kawan pakcik tu?” soal Akmal. “Encik Azli. Kalau tak silap pakcik dia bertugas bahagian kawalan kualiti.” ayah Isha cuba meneka. “Aah. Dia kawan baik papa.” beritahu Akmal. “Awak ni kalau dah berborak, tak ingat nak ajak tetamu makan.” sampuk isterinya. “Eh, lupa pulak. Mari lah Akmal, makan sekali. Isha, ajak kawan tu makan.” arah ayahnya sambil menuju ke meja di ruang tamu. “Jom makan! Makanan dah siap tu.” pelawa Isha. Akmal hanya mengangguk dan mengekorinya dari belakang. “Dah berapa lama kamu berkawan dengan anak pakcik?” soal ayah Isha. “Dah masuk setahun dah. Saya kenal Isha pun dari kawan saya, Nia.” balasnya. “Nia kawan rapat Isha tu? Dah lama ke kamu kenal dia?” soalnya lagi. “Saya kenal dia dah dekat empat tahun. Boleh dikatakan kami ni kawan rapat la. Saya kenal dia masa kami sama-sama kerja di hotel Zenith.” jelas Akmal. “Ayah ni banyak tanya lah.” omel Isha. “Biarlah ayah nak tanya. Bukannya selalu ayah dapat jumpa Akmal ni.” ayahnya membalas. Akmal hanya tersenyum mendengarnya. ‘Mungkin ayah dia berkenan dekat aku kot. Ada can ni.’ bisiknya dalam hati. Selesai sahaja makan, Akmal meminta diri atas alasan ingin ke pejabat. “Senang-senang datang lah ke sini lagi. Tak payah malu-malu.” kata Encik Faizul. “Insyaallah pakcik. Ada masa saya datang lagi. Terima kasih lah sudi jemput saya makan-makan hari ni. Saya pergi dulu ya, assalamualaikum!” ucap Akmal. Dia bersalam dengan ayah Isha dan mesuk ke keretanya. Isha ke dapur untuk menuci pinggan mangkuk yang digunakan tadi. “Banyak jugak dia makan tadi, tak sia-sia masak banyak.” ucapnya sendiri. Selesai mencuci, dia ke ruang tamu untuk berehat. Ayahnya sedang duduk di kerusi di penjuru dinding sambil membaca surat khabar. “Ayah tak masuk office ke hari ni?” soal Isha. “Kamu nampak ayah kat office ke sekarang ni?” balas ayahnya selamba. “Tak ada lah, saja je tanya.” Isha membalas. “Kalau ada masalah baru ayah datang. Setakat ni abang kamu boleh manage lagi.” jelas Encik Faizul pada anaknya. Isha hanya mengangguk tanda faham. “Akmal tu tinggal di mana?’soal ayahnya tiba-tiba. Dia seperti tertarik dengan anak muda itu. “Dekat Taman Anggerik.” balasnya ringkas kerana dia menganggap ayahnya sudah tahu tempat tinggal orang-orang berada itu. “Oh. Kamu tak pernah ke rumah keluarga dia lagi?” soalnya lagi. “Tak. Kenapa ayah tanya?” Isha membalas dengan soalan. “Tak ada apa. Kalau Isha nak berkawan dengan dia, kawan lah. Ayah tak kisah. Tapi kalau Isha serius dengan dia, ayah nasihatkan kenal dulu isi hati masing-masing. Kenal latar belakang dia, keluarga dia. Faham?” balas Encik Faizul menasihati anaknya. Isha sedar ayahnya tidak mahu masa depannya disia-siakan dengan orang yang hanya mahu mengambil kesempatan atas apa yang dimilikinya. Tambahan pula Isha seorang wanita berkejaya dan berpelajaran. Dia juga mempunyai paras rupa. Lelaki mana yang tidak mahu dengan wanita yang lengkap dengan pakej sebegini. “Isha faham maksud ayah. Tapi Isha tahu Akmal tak macam tu. Kami dah kenal setahun.” Isha cuba meyakinkan ayahnya. “People change Isha. Remember that. Tapi ayah tak bermaksud nak bersangka buruk pada Akmal. But we need to be careful.” kata Encik Faizul pada anaknya. “I will!” jawabnya dan berlalu naik ke biliknya di tingkat atas.
Usai solat zohor, Isha keluar bersama rakan baiknya, Nia dan Azwa. Mereka menghabiskan masa di Tasik Teratai yang sering dikunjunginya bersama Akmal. “Kau serius ke dengan Akmal tu Isha?” Azwa tiba-tiba menyoal. “Ha? Er.. Yelah! Kenapa? Are we no suitable together?” soalnya kembali. “Tak ada lah. Aku tanya je. Lagipun, Danny kan minat kat kau. Dari dulu lagi dia tunggu kau. Kau tak kesian kat dia ke?” Azwa membalas. “Wa, aku dah ada Akmal. Danny tu aku anggap tak lebih dari kawan. Dia pun tahu aku dengan Akmal. Lagi satu, ni bukan soal kesian or tak. Cinta tak boleh dipaksa. Dah aku tak suka dia, nak buat macam mana.” jelas Isha panjang lebar. Azwa terdiam mendengar jawapan itu. Niatnya adalah untuk melihat Isha dan Danny bersama. Tetapi dia tidak mahu sesiapa pun tahu termasuk Isha dan Nia. “Entah kau ni Wa. Ke kau yang syok kat dia?” usik Nia. “Merepek la kau ni. Aku Cuma cadangkan je.” balas Azwa. “Dah. Tak payah nak jodohkan orang sangat. Kau tu pun single lagi. Cari untuk diri sendiri je.” kata Nia. “Dah lah. You guys ni asyik nak bertekak je. Bingit tau tak?” ucap Isha sambil menunujukkan jarinya ke arah telinganya. Rakan baiknya hanya ketawa melihat gayanya itu. Mereka pulang setelah melihat matahari terbenam bersama-sama di tepi Tasik Teratai.
Share this novel