BAB 12 - KAMI KEMBALI !
Di dalam rumah pokok, seorang wanita sedang tersandar lemah pada dinding berdekatan dengan lubang masuk rumah pokok itu. Mukanya pucat. Nafasnya tidak teratur. Tangannya diletakkan di atas perutnya.
“Abang…,” sebutnya.
Dia teringat kembali kejadian yang berlaku beberapa minit yang lepas.
-flashback-
“Mila, kita kena bersembunyi sekarang. Kita berdua saja tak mampu untuk melakukan apa-apa sekarang,” kata jejaka itu.
“Mari kita bersembunyi di rumah pokok kita,” cadang Mila.
“Jap. Abang nak pastikan ‘mereka’ tak nampak kita,”
Jejaka itu mengintai dari celah semak. Selepas mendapati tiada yang melihat mereka, pantas tangannya memegang tangan Mila dengan erat.
“Jom,” mereka berdua berlari menuju ke rumah pokok.
Walaupun keadaan gelap, namun, jejaka itu seperti dapat melihat dalam suasana yang agak malap itu. Apabila tiba di rumah pokok, mereka mengatur nafas masing-masing. Badan disandarkan pada dinding.
“Abang nak keluar dulu. Sayang duduk di sini baik-baik ye,” nekad jejaka itu.
Kedua-dua tangan jejaka itu dipegang dengan erat. Dia memandang wajah Mila yang sudah sembam beserta dengan gelengan kepala.
“Jangan, abang. Bahaya di luar sana. Apa kata kita tunggu bantuan tiba. Saya tak nak abang cedera nanti,” sebak Mila.
Jejaka itu melutut di hadapan Mila. Tangannya yang masih di dalam genggaman Mila dilepaskan secara perlahan. Kemudian, tangannya beralih pada kepala Mila. Kucupan dilabuhkan pada dahi Mila.
“Maafkan abang, Mila. Abang perlu pergi juga. Abang nak siasat punca ‘penjaga’ di sini berubah sehingga menyebabkan alam ini huru-hara. Sayang jangan keluar dari rumah ini ye,” pesan jejaka itu sebelum berdiri.
“Abang!”
Jejaka itu hanya membalas dengan senyuman. Dia melangkah keluar melalui lubang masuk pokok itu.
“Abang! Shahril!”
-Tamat flashback-
Mila tersedar dari lamunannya apabila dia terasa bahang. Matanya mula terbeliak apabila melihat cahaya yang semakin membesar di hadapannya. Dia mengecilkan matanya disebabkan oleh silauan cahaya tersebut.
Beberapa minit kemudian, cahaya tersebut mula hilang dan digantikan dengan kemunculan enam cahaya bersaiz bola tenis pada dinding pokok. Mila membuka matanya secara perlahan-lahan. Tergamamnya apabila melihat gerangan yang berada di hadapannya ketika itu.
“Kita di mana ni?” pelik Nik Akhil apabila melihat sekelilingnya berselerak.
“Semua selamat ke?” tanya Ismail Razak sambil memandang lima sahabatnya.
Yang lain hanya membalas dengan anggukan. Mereka masih ragu dengan keberadaan mereka. Mata Siti Syazanah tertumpu pada Mila yang masih bersandar pada dinding berdekatan dengan lubang masuk pokok.
“Itu…kak Mila?!” terkejut Siti Syazanah apabila mengenali wanita yang sering muncul di dalam mimpinya.
Dia terus mendekati Mila diikuti yang lain. Air mata Mila mula menitis. Akhirnya, doa dia termakbul.
“Alhamdulillah. Korang semua tiba juga di sini,” senyum Mila.
“Kak Mila ada cedera di mana-mana ke?” soal Shasya Edrina sambil menilik tubuh wanita yang berusia 33 tahun itu.
Mila membalas dengan gelengan kepala. Ismail Razak memandang sekelilingnya sebelum beralih pada Mila.
“Mana abang Shahril?” berubah riak wajah Mila apabila mendengar pertanyaan Ismail Razak.
“Kenapa ni, kak? Beritahulah kami,” tangan Mila diusap lembut oleh Nur Halimah.
“Tolong bantu Shahril. Dia nekad untuk mencari punca alam ini menjadi huru-hara seorang diri. Tolong bantu dia,” merayu Mila.
Sedih mereka mendengar rayuan Mila.
“Syaza, Ed dan Ima, korang bertiga duduk di sini. Akil dan Izan, kita bertiga keluar untuk mencari abang Shahril,” arah Ismail Razak.
“Baik!” serentak yang lain.
“Hati-hati,” pesan sang gadis.
“Kami pergi dulu,” lalu sang jejaka beredar dari situ.
Siti Syazanah mencari sesuatu di dalam beg galasnya. Dia pun baru sedari beg galas yang pernah mereka berenam bawa sewaktu kejadian 5 tahun yang lepas turut masuk ke dalam alam aneh itu.
“Saya nak periksa keadaan kak Mila jap,” kata Siti Syazanah.
“Saya tak cedera pun, Syaza,” ujar Mila kerana enggan dirinya diperiksa.
“Tak apa, kak. Syaza nak pastikan akak betul-betul selamat ke tidak. Salah Syaza juga sebab lambat mengumpulkan yang lain,” muram wajah Siti Syazanah.
“Bukan salah Syaza atau sesiapa pun. Kami pun tak sangka alam aneh akan menjadi macam ni. Kami pandang rendah sangat untuk kejadian kali ini,” semakin perlahan suara Mila namun masih dapat didengari oleh Siti Syazanah yang sedang memeriksa dirinya.
Selepas memeriksa denyutan jantung Mila, dia beralih pada tangan Mila pula untuk mengira denyutan nadi Mila. Manakala, Nur Halimah dan Shasya Edrina mengemas kawasan rumah pokok tersebut.
“Apa maksud akak? ‘Kejadian kali ini’ ?” ragu Siti Syazanah sambil menyimpan peralatannya.
Mila mula keberatan untuk membuka mulutnya.
Patutkah dia menceritakan kepada mereka? Desis hatinya.
“Beritahulah kami, kak Mila,” pujuk Shasya Edrina.
Nur Halimah dan Shasya Edrina turut berhenti mengemas untuk mengetahui lebih lanjut perkara yang dimaksudkan Mila. Mereka berdua sudah duduk di hadapan Mila.
Mila mengeluarkan keluhan yang panjang.
“Baiklah. Sebenarnya, sepanjang 5 tahun ini, kak Mila dan abang Shahril sering berulang-alik dari bumi ke alam aneh ini,” jujur Mila.
“Apa?!” terkejut Siti Syzanah, Shasya Edrina dan Nur Halimah.
Tergelak kecil Mila apabila melihat reaksi ketiga-tiga gadis itu.
“Teka dah mesti korang tak percaya. Tapi, apa yang akak katakan ni semuanya betul. Kami berdua dipilih oleh ‘king of guardian’ sendiri untuk menjaga keamanan alam aneh ini. Jika ada masalah, kami akan selesaikan dengan segera. Cuma, ‘masalah’ kali ini agak rumit sedikit,” hujah Mila.
“Jap. Siapa ‘king of guardian’ yang akak maksudkan tadi?” keliru Shasya Edrina.
Mila mengangkat kedua-dua bahunya.
“Kami pun tak pasti kerana kami tidak pernah berjumpa dengan ‘dia’,” jawab Mila.
“Kalau kak Mila dan abang Shahril dipilih oleh ‘king of guardian’, jadi, kami juga macam tu ke?” tanya Nur Halimah.
Mila menggelengkan kepalanya. Terkejut mereka.
“Kami berdua yang pilih kalian berenam. Sebenarnya, korang berenam pernah jumpa kami. Cuma, mungkin masa tu korang tidak perasan. Kerana, ketika itu, kalian baru berusia 10 tahun. Sebab itu, hanya korang berenam sahaja yang tahu kejadian kehilangan kami masa tu,” jawab Mila.
“Kenapa kak Mila dan abang Shahril perlukan kami?” pelik Siti Syazanah.
Mereka berenam hilang ingatan selama 5 tahun. Tetapi, apabila Mila dan Shahril memerlukan bantuan mereka, ingatan mereka mula kembali. Jika selama ini mereka boleh selesaikan tugasan tanpa bantuan mereka berenam, kenapa memanggil mereka pada 5 tahun yang lepas? Apa yang sudah berlaku pada 5 tahun yang lepas? Tertanya-tanya Siti Syazanah di dalam fikirannya.
Wajah Mila mula muram. Pandangan dialihkan memandang lantai. Dia mula gusar dengan pertanyaan Siti Syazanah.
“Sebenarnya…,” Mila menelan air liurnya yang terasa pahit.
“Kami berdua terperangkap di dalam aneh ini,” bulat mata mereka mendengar jawapan Mila.
Share this novel