Rate

bab 1

Romance Series 2434

ligat Farah memasukkan pakaian ke dalam beg besar . sesekali dia mengeluh.hampir seharian melakukan perkara nan satu itu menyebabkan rasa bosan menerjah diri.


selesai mengemas,Farah duduk di birai katil . melepaskan lelah. dipandang beg yg padat dengan barangan yg bakal dibawa esok dalam perjalanan jauh.ketukan di pintu mengalih matanya.terjegul wajah Hajah aminah di situ.


"banyak lagi ke barang nak dikemas?"tanya Hajah aminah lalu terus duduk di sebelah nya.


"dah tak banyak nek,tinggal sikit lagi ni"jawab farah sambil tersenyum.


"hmm...lepas ni lambat lagilah kamu nak balik?rasa macam baru semalam kamu balik.tahu-tahu kamu dah balik asrama semula."keluh Hajah aminah,sayu.


"nenek ni pun,bukan ke Farah dah duduk lama kat sini?dah lebih sebulan pon takkan lah nek tak puas hati lagi duduk dengan Farah? "pujuk farah


"memang pon.kamu tu satu-satunya cucu nenek yang perempuan.ada paham?"kata Hajah aminah dan kedengaran tawa di hujung ayatnya.


"lagipon salah nenek jugak"kata Farah . sengaja dia berkata begitu kerana dia mahu membuat neneknya itu berteka teki.


"kenapa nenek yang salah pulak?"tanya Hajah aminah'pahal lah disalahkan aku pulak ' desis hatinya


"sebab..."kata Farah tergantung.


"sebab apa?!"tanya Hajah aminah dengan sedikit kuat.


"sebab nenek yang hantar Farah gi sekolah jauh " kata Farah . terdengar suara halus ketawa dari farah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience