Bab 62

Romance Completed 53836

Suasana bertukar riang sekali apabila semua sanak-saudara terdekat sudah mula berkumpul untuk meraikan Majlis akad nikah Azman dan Iman. Munirah duduk di samping Bonda, umi dan juga Puan Noriah iaitu umi kepada Iman. Mereka semua seronok berbual tentang kandungan kembar Munirah sahaja. Sementara mahu menunggu Iman turun ke bawah, Azhar menolong Azman memakai sampinnya dahulu. Walaupun sudah banyak kali diajar ia tetap tidak tahu cara pemakaiannya. Azfar dan juga walid masih sibuk menjemput para tetamu yg bertandang ke rumah. Majlis ini di jalankan secara kecilan sahaja. Kaum kerabat yg terdekat antara tetamu yg hadir ke sini. Setelah beberapa minit membuat persediakan akhir, Tok kadi dan saksi sudah melangkah masuk ke dalam rumah. Semua orang mula memberi perhatian ke arah Azman yg segak bergaya baju melayu songket putih. Di sampingnya Azhar yg hanya mengenakan kurta berwarna biru gelap dan seluar jean sahaja selepas baju melayu berwarna baby blue tempah Wirda itu terkena muntah Munirah. Azhar baru sahaja membeli perfume baru untuk mencubanya tadi. Dia tidak menyangka pula Munirah akan rasa mual teruk selepas menghidu wangian perfume itu. Dari jauh Munirah ketawa halus melihat Azhar seorang saja memakai baju warna biru tua di situ. Azhar hanya tersenyum sinis sambil melirik mata ke arah Munirah. Bukan dirinya saja yg memakai baju warna ini. Munirah juga mengenakan jubah berwarna biru tua selepas baju berwarna baby blue itu tidak muat dengan baby bumpnya. Masing-masing terkena sama sendiri.

Haa, bolehlah jemput bakal pengantin turun. Kata Tok kadi kepada Walid selepas mereka selesai berbincang uruan akad ini. Walid pun meminta Farah untuk menjemput Iman turun ke bawah. Azhar menepuk bahu Azman setelah melihatnya mula rasa panas punggung dan mengigil. Keadaannya dari tadi tenang sahaja, sekarang sudah bertukar kepada gemuruh. Azfar pula mula memberikan kata-kata semangat kepada Azman. Walid menggeleng sahaja kepalanya melihat anak-anak lelakinya ini sempat bergurau lagi dalam keadaan begini. Inilah detik terakhir dia menjadi wali kepada Azman. Selepas ini sudah tidak perlu menjadi wali lagi. Kuota keluarganya akan lengkap juga akhirnya. Dalam beberapa minit menunggu, akhirnya iman mula menuruni anak tangga diiringi bersama Wirda dan juga Farah. Munirah menepuk perlahan tangannya kerana rasa terharu melihat keayuan Iman hari ini. Tersergah kecantikan dan kesopannya di khalayak ramai. Untung Azman dapat memiliki Iman. Iman adalah calon isteri idaman para teruna di luar sana. Munirah mula berangan jika dia dapat memakai pakaian seperti itu juga di hari pernikahannya. Mengidamkan sebuah perkahwinan yg diraikan oleh semua orang tetapi semua itu hanyalah impian yg tidak berkesampaian sahaja. Pernikahannya ketika itu bersama Azhar tidak diterima oleh orang disekelilingnya. Hanya akad sahaja berjalan. Munirah rasa sedih sangat bila teringatkan semua itu kembali. Dia melihat semua orang yg berada di sekelilingnya tersenyum riang meraikan akad nikah yg akan berlangsung ini tidak lama lagi. Pandangannya terus jatuh ke bawah. Rasa sebak sangat melalui suasana seperti ini.

"Kalaulah..aku dapat merasai suasana seperti ini ketika dahulu kala..." nguman Munirah lalu mengukir senyuman kelat di situ sendiri. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa muncul perasaan seperti ini di dalam lubuk hatinya. Dari kejauhan, Azhar memerhati sahaja gelagat Munirah seperti itu. Hatinya juga rasa sakit melihat keadaan Munirah memendamkan satu perasaan yg tidak pernah ia luahkan kepada orang lain. Memang benar, Memiliki majlis pernikahan yg diraikan oleh orang yg tersayang adalah impian para gadis sepertinya. Azhar faham apa yg dirasai oleh Munirah sekarang. Satu kekurangan di dalam hidupnya sepanjang mereka berdua berkahwin selama ini. Sampai bila pun mereka berdua tidak boleh mengubah takdir yg telah terjadi itu.

Majlis berjalan dengan lancar sekali apabila Azman dapat menglafazkan sekali sahaja akad nikah itu maka Iman sudah pun bergelar isterinya yg sah. Semua para tetamu sibuk menjamu selera santapan yg telah disediakan oleh pihak catering. Suasana di khemah ini riuh rendah sekali. Anak-anak kecil mula bermain kejar-mengejar, bualan kosong antara kaum ibu dan juga jejak kasih sanak-saudara yg baru saja hadir ke sini. Munirah duduk sendiri sahaja di meja makan di dapur. Tubuhnya rasa letih sangat hari ini. Tangannya masih lagi memegang segelas air kosong untuk menghilangkan rasa dahaga. Munirah lebih suka duduk bersendirian seperti ini. Memang di sini tempatnya. Munirah hanya layak bersembunyi di sini sahaja. Kepalanya mula bermain tentang kejadian tadi di mana sanak-saudara bonda bertanya tentangnya.

"Ehh Fazilah..Ibu bunting sebelah engko tadi tu siapa?? Aku tak pernah nampak pun selama ini?? Tanya wanita itu kepada bonda sambil matanya curi pandang ke arah Munirah yg sedang berbual dengan pengantin dan juga beberapa orang di situ. Bonda terus memandang ke arah Munirah lalu di pandang wajah sepupunya ini."

"Ehh cepat benor ko hilang ingatan. Itukan menantu aku Wirda. Bukan ke ko datang majlis pernikahan Azfar dulu.. Jawab Bonda hairannya melihat sepupunya ini sudah tidak mengenali Wirda lagi."

"Aku kenal lah Si Wirda itu..Yg tengah sarat mengandung tu lah..Yg kecil-kecil saja tubuhnya itu. Siapa dia?? Soal wanita itu lagi kepada bonda. Bonda terus mati kata sahaja di situ. Tidak tahu mahu memberikan jawapan apa lagi dekat sepupunya ini. Jika dia memberitahu yg Munirah adalah menantunya pasti mereka akan menganggap Munirah dan Azhar berkahwin secara sengap-sengap saja dan anak di dalam kandungan itu pasti anak luar nikah. Bonda tidak mahu perkara ini akan berlaku nanti. Dengan tenangnya Bonda cuba memberikan alasan lain dahulu."

"Itu..anak kawan akulah..halah..mana ko pernah nampak. Dah..Jum, kita pegi depan. Kita makan dulu. Balas Bonda terus menarik lengan sepupunya itu. Mereka berdua lalu berjalan pergi dari situ. Dari kejauhan Munirah mendengar saja apa yg dibualkan oleh bonda dan juga sepupunya itu. Miskipun Wirda, Farah dan Iman juga mendengarnya. Mereka bertiga cuba memberikan semangat kepada Munirah semula. Hanya senyuman kelat sahaja Munirah berikan untuk menutup satu kekecewan di hatinya itu."

Air mata mula terkumpul di kelopak matanya. Satu perasaan sakit dan kecewa mula dirasainya sekarang. Badannya mula rasa mengigil dan lemah sangat dengan semua ini. Tidak semenangnya gelas di tangan Munirah terus jatuh ke lantai.

"Prang..."

Terkejut Munirah buat sejenak waktu. Nasib sahaja tiada sesiapa di sini sekarang. Munirah mula turun duduk di lantai. Perlahan-lahan tangannya mula mengutip sisa gelas kaca yg pecah itu.

"Auchh"

Adu Munirah selepas melihat jarinya mula tampak tompok darah mula keluar dari kesan terluka kena serpihan kaca itu. Kesan luka ini sudah tiada rasa sakit. Hatinya lebih sakit sekarang ini. Jika hati ini dapat berbicara sudah lama ia berkata-kata. Disebabkan itulah hati di cipta untuk dipendam sahaja. Di simpan di dalam badan. Munirah membiarkan saja darah di jarinya itu. Munirah terus mengemas semua ini dahulu barulah dia melihat kesan luka ini. Setelah selesai di mula berjalan ke ruang tamu semula. Terlihat Wirda dan juga Farah masih seronok bergambar bersama Iman di atas pelamin itu. Para tetamu mula beransur pulang dan hanya beberapa orang sahaja yg masih menjamu selera. Munirah terasa lapar sebenarnya tetapi dibiarkan saja perutnya ini berkelaparan. Tiada sesiapa yg kisah tentangnya sekarang. Semuanya sibuk menguruskan hal masing-masing. Bukan perhatian yg ia mahukan tetapi satu keikhlasan orang menerima dirinya ini.

Irah..Irah pergi ke mana tadi? Puas umi cari Irah tau..Jum..umi dah nak pulang ni. Nanti Abah dan Mikhail tunggu lama pula di luar. Tegur Puan Ruziah akhirnya ketemu juga Munirah di sini. Sejak dari tadi lagi dia mencari kelibat Munirah tetapi tidak muncul-muncul juga.

Owhh Umi sudah nak pulang?? Maaflah, Irah duduk di dapur tadi..Irah dahaga. Ermm. Napa nak pulang awal sangat. Duduklah dulu. Kata Munirah mula rasa hiba sahaja apabila Puan Ruziah berkata begini. Jika Puan Ruziah pulang sekarang, dengan siapa dia mahu berbual nanti. Munirah mula rasa kesunyian bila tanpa Keluarganya. Munirah memegang erat lengan Puan Ruziah. Seolah dia tidak mahu sahaja Puan Ruziah pergi meninggalkannya di sini.

Irah..sudah lewat ni. Esok abah kerja. Kenapa ni? Irah ada masalah? Tanya Puan Ruziah mula risau apabila melihat wajah Munirah pucat sangat. Matanya juga kemerahan saja. Puan Ruziah tahu mesti Munirah baru sahaja menangis tadi. Melihat keadaan Munirah seperti ini, hatinya juga terasa sakit.

Eermm..Tak ada apalah..Jum. Irah teman Umi sampai ke kereta. Balas Munirah lalu memberikan senyuman kepada Puan Ruziah. Munirah tidak mahu uminya ini berpra sangka bukan-bukan pula.

Mereka berdua pun berjalan keluar. Nasib sahaja kereta yg di parking itu tidak jauh dari rumah walid. Badan Munirah mula terasa sakit sedikit. Kelihatan Azhar juga berada di situ sambil berbual dengan abah dan Mikhail. Patutlah Munirah tidak nampak susuk tubuhnya sejak dari tadi lagi. Bibir Munirah mengukirkan senyuman riang sekejap. Azhar memang pandai memikat hati keluarganya. Munirah rasa bersyukur sangat mendapat suami sebaik Azhar. Sedang asyik berborak, sebuah kereta subaru berwarna biru berhenti di tepi kereta En Shukri. Mereka semua terkejut kerana secara tiba-tiba sahaja kereta ini berhenti. Tiba-tiba secara melulu saja susuk tubuh Amar keluar dari perut kereta itu. Belum sempat dia datang menghampiri Munirah pantas sahaja tangan Azhar menghalangnya.

Ehhh, kau nak buat apa ni Amar?? Kau buat apa di sini haa?? Tak cukup lagi ke kau cuba cederakan Munirah?? Marah Azhar sudah menolak kasar badan Amar ke belakang sedikit. Azhar sempat menyuruh Munirah pergi berlindung dekat dengan umi dan abah dahulu. Mikhail juga sudah bergegas pergi ke perkalangan rumah walid untuk meminta bantuan selepas disuruh oleh Azhar.

Aku tak nak main kasarlah Azhar..aku datang ke sini bersebab. Biar aku berjumpa dengan Munirah. Pinta Amar biasa saja ton suaranya itu. Amar tidak melawan kembali atas tindakan Azhar terhadap tadi. Malah dia meminta secara baik sahaja untuk bercakap dengan Munirah. Amar mencuri melihat ke arah Munirah sebentar. Kelihatan riak wajah Munirah sudah berubah. Munirah sangat takut akan dirinya selepas berlaku kejadian itu.

Kau cakap tak bersebab Amar?!! Kau sudah bunuh kucing aku!! kau cuba nak cederakan Munirah..Sekarang kau kata tak bersebab!! Ehh, mari sini kau..sudah lama aku bersabar dengan jantan tak guna macam kau ni!! Tengking Azhar kuatnya terus menolak kasar tubuh Amar sehingga jatuh ke atas jalan.

Selepas itu, satu tumbukan terus jatuh ke wajah Amar. Mereka berdua terus bergelut sekejap di situ. En Shukri mula masuk campur kerana keadaan mereka berdua sudah bertukar teruk sekali. Huzair yg baru sahaja tiba ke sini turut membantu En Shukri meleraikan pergaduhan mereka berdua. Munirah sudah pun menangis di dalam dakapan Puan Ruziah. Bukan keadaan begini yg dia mahukan. Keadan mula menjadi riuh rendah sahaja di situ. Mujur saja walid, Azfar dan juga Azman mula tiba untuk melihat apa yg telah terjadi di sini.

Aku sudah buat laporan polis!! Bila-bila masa saja aku akan sumbat kau dalam penjara. Aku tak akan lepaskan kau!! Jerkah Azhar lagi sudah hilang sabar dengan semua ini. Azfar dan juga Azman sudah memegang badannya. Mereka berdua cuba menenangkan keadaan Azhar sebentar. Tergamam Munirah melihat keadaan Azhar begini. Ini adalah kali pertama dia melihat Azhar benar-benar marah. Azhar cuba mempertahankan haknya kali ini.

Diamlah sial!! Aku datang ke sini cara baik kan!! aku nak berterus terang dekat Munirah. Aku nak bertanggungjawab setelah apa yg aku telah buat dekat dia. Balas Amar sudah berdarah hidungnya itu setelah dibelasah teruk oleh Azhar tadi. Huzair juga memegang tubuh Amar untuk menenangkan dirinya.

Bertanggungjawab apa lagi tak guna!! Semuanya sudah berlaku. Kau nak bertanggungjawab apa lagi??!! Munirah adalah isteri aku sekarang. Dia milik aku. Kau jangan berani nak buka mulut kotor kau lagi dekat sini!! Ujar Azhar sudah hilang sabarnya. Mahu sahaja dia pecahkan wajah Amar sekarang. Azfar dan Azman cuba sedaya upaya mereka untuk mengawal keadaan Azhar. Keadaan di situ mula menjadi riuh-rendah sekali.

Sudah!! Kamu berdua..Sudah!! Bawa bertenang dahulu. Kita bincang secara baik..Jangan berbalah mulut seperti ini. bersuara En Shukri sejak dari tadi lagi hanya mendiamkan diri sahaja. Melihat keadaan ini sudah bertukar kepada satu pergaduhan besar. Semua ini melibatkan anaknya, Munirah.

Mari kita berbincang di dalam rumah saya saja selepas semua tetamu beransur pulang nanti. Semua ini melibatkan urusan keluarga. Kita berbincang secara baik. Bukan ini jalan penyelesaiannya. Tambah Walid pula cuba tenangkan keadaan di sini. Azhar hanya mendengus kasar sahaja selepas Azfar dan Azman melepaskan pegangan tangannya. Begitu juga dengan Huzair. Menolak sedikit badan Huzair setelah meleraikan pegangan di badannya. Mereka semua terus berjalan menuju ke arah rumah walid. Azhar terus memegang lembut pergelangan tangan Munirah. Tiada kata dia berikan kepada Munirah. Kaki Munirah terus melangkah ke mana sahaja Azhar membawanya. Melihat wajah Azhar yg sudah terluka sedikit itu membuatkan hatinya menjadi sakit. Azhar tidak perlu buat semua ini. Dia hanya mangsa keadaan sahaja. Semua ini disebabkan olehnya. Apa yg Amar cuba sampaikan nanti pasti akan menyakiti hati Azhar.

"Maafkan Irah abang...sampai bila abang nak berkorban untuk Irah..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience